~ Ayat-ayat Cinta ~

Bismillah hi rahman ni rahim

All praises belong to Allah Taala and may His choicest mercies and blessing be on His noble Messenger, Nabi Muhammad s.a.w ( Peace be upon him ).

'O our Rabb! Accord to us the coolness of our eyes from our spouses and children, and make us leaders of the pious. Aameen..



Followers

Keep in touch with me, Okey!

sila klik sini ye









  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

my e-days

Saturday, 11 February 2012

~ persoalan terjawab ~


Maaflah kalau Ana ungkit balik hal lama… bukan niat ana tapi ana Cuma nak bagitau apa yang ana dah jumpa…ana terbaca sebuah artikel yang mempersoalkan SIAPA GADDAFI??? Dan satu lagi artikel iaitu DIKTATOR YANG PEMURAH…

 selama ni ana dok fikir mengapa begitu kejam tindakan yang diperlakukan ke atas mayat Muammar Gaddafi…  pelik sudah semestinya hadir dalam lubuk hati ana… masakannya tak...pelbagai kelebihan dan kemewahan telah dijanjikan dan ditunaikannya terhadap rakyat libya…

Nak tahu tak apa???
  • Rakyat Libya tidak perlu membayar bil elektrik untuk kegunaan kediaman masing-masing. Ia adalah percuma untuk setiap orang.
  • Tidak ada faedah ke atas pinjaman. Bank-bank di Libya dimiliki pemerintah dan peminjam dikenakan 0% faedah ke atas setiap pinjaman.
  • Setiap pasangan yang baru berkahwin di Libya akan diberikan 60,000 dinar oleh kerajaan bagi digunakan untuk membeli kediaman yang pertama.
  • Pendidikan dan perubatan diberikan secara percuma kepada semua rakyatnya.
( jadi tidak hairanlah sekiranya angka rakyat Libya yang celik ilmu/huruf meningkat daripada 25% <sebelum pemerintahan Gaddafi > kepada 83% <selepas pemerintahan Gaddafi >...dan 25% antaranya memiliki ijazah )
  • Jika seseorang rakyat Libya memilih untuk bertani, kerajaan akan memberikannya tanah, rumah ladang, peralatan, biji benih dan ternakan sebagai modal untuk memulakan perusahaan itu. Semuanya diberikan secara percuma.
  • Kerajaan memberikan subsidi 50% ke atas pembelian kereta baharu oleh setiap rakyat Libya.
  • Bagi setiap anak yang dilahirkan, si ibu akan menerima wang ganjaran AS$5,000 daripada kerajaan..

Kenikmatan yang dinikmati menyebabkan banyak pemerhati berpendapat Gaddafi merupakan diktator yang paling pemurah di dunia..

Kalaulah semua negara membuat dasar pemerintahan yang sama.. Ana yakin pasti takkan ada seorang pon rakyat dalam negara tersebut hidup dalam kemiskinan dan kebuluran.. Tetapi Kerajaan Malaysia sendiri telah memberikan pelbagai kenikmatan terhadap rakyatnya sama ada rakyatnya  sedar atau tidak sedar. ANA AMAT BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA..

Oklah… berbalik kepada penceritaan mengenai Gaddafi yang telah ana ringkaskan melalui artikel yang telah ana baca…
( Mintak untuk disalin semula kandungan artikel tersebut sebagai bukti penemuan ana tentang persoalan ana selama ini)

" ...masalah dengan pemimpin yang menggelar dirinya 'Raja Segala Raja' itu ialah beliau bersikap terlalu kasar terhadap penentangnya...dasar-dasar yang dilakukannya memperlihatkan bahawa beliau memberikan rakyatnya makan kenyang-kenyang, supaya dapat menutup mulut rakyatnya daripada bersuara.."

"...tindakan-tindakan melampau yang dikenakan ke atas penentangnya dan tertutupnya ruang untuk rakyat bersuara menyebabkan bertunasnya rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahannya...perasaan ini menjadi seperti dalam sekam dan ia akhirnya marak membakar seluruh Libya.."

"...rakyat yang merasa resah dan tertekan kerana hak-hak mereka dari segi demokrasi disekat bangkit meluahkan kemarahan...dan kemarahan itu akhirnya menenggelamkan segala kebaikan Gaddafi.."

Ana amat bersetuju dengan kenyataan yang diberikan penulis ini dalam artikel nya… Ana merasakan bahawa setiap pemimpin seharusnya mengutamakan suara hati rakyat selain memenuhi keperluan rakyat seterusnya bermatlamat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang maju dan terkenal di seluruh pelosok dunia.. Berbuat baik lah terhadap semua orang tetapi buat baik berpada-pada..buat jahat janganlah sekali...

Ana faham kehendak manusia tidak terbatas … tapi sekurang-kurangnya pemimpin mendengar luahan hati rakyat yang terhimpit dalam arus pemodenan yang dilakukan… kisah Gaddafi ini sewajarnya dijadikan tauladan untuk membangunkan sesebuah negara ke arah mencapai negara yang kaya dan masyhur..

Apa-apa pon.. Marilah kita sedekahkan AL-FATIHAH ke atas Muammar Muhammad Abu Minyar Al-Gaddafi...

No comments: