~ PuLaNgKaN kEaMaNaN iTu ~ :(

Hari ni...
Malaysia telah dikejutkan oleh sepasukan penunjuk perasaan yang telah bertungkus lumus untuk memusnahkan keamanan yang telah sekian lama negara kita kecapi...

maaflah...sekiranya topik ana kali ini lebih menyentuh aspek berunsur politik sedikit...ana bukan apa..rasa tidak puas hati bersarang dalam hati ana ni...dengan tindakan dan sikap segelintir rakyat Malaysia yg telah mengambil tindakan terburu-buru dalam menyuarakan hasrat hati dengan mengadakan demonstrasi jalanan..ditambah pula dengan keganasan yang dilakukan oleh mereka...bagi ana...memang lah negara kita mempunyai hak kebebasan bersuara...tapi perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku...dengan keganasan yang bakal mencederakan dan ketidakwarasan mereka yang keterlaluan telah menyebabkan banyak rakyat mengalami kerugian..para peniaga terpaksa mengambil inisiatif untuk menutup kedai mereka lebih awal...kecian...amat kecian....semua gara-gara takut untuk berhadapan dengan kumpulan yang mengGANAS ini....

keadaan ini mengingatkan ana dengan situasi Darurat yang pernah dialami oleh negara kita suatu masa dahulu...ye la..dimana dikeluarkan perintah berkurung untuk mengelakkan sebarang kemungkinan...dan ana melihat situasi ini sama seperti itu kerana..Berita TV3 ada melaporkan keadaan lalu lintas yang sunyi sebelum demonstrasi dilakukan..seolah-olah telah mendapat perintah berkurung...

ana memohon kepada pihak yang berkenaan...janganlah melakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu..bukan apa...tempiasnya..rakyat Malaysia jugak yang menderita...akhirnya..membawa kepada campur tangan negara lain...yang sedia maklum..menanti macam buaya lapar nampak makanannya..
nak lagi ka negara kita dijajah???????
ana tak nak....
kalau boleh..ana nak sampai bila-bila negara kita aman...
walaupun ana tak nafikan..bila kiamat nnty akan ada negara yang saling berbalah...tapi apa salahnya..kalau kita cuba jaga negara kita dengan baik..insyaAllah..tak kan berlaku ketidakamanan itu...

tadi..ana lihat...kanak-kanak pun ikut turut serta melakukan demonstrasi jalanan tersebut...Ya Allah..kecian sungguh ana melihat kanak-kanak yang tidak bersalah tersebut yang terpaksa mengikuti demonstrasi tersebut...bagi ana...ibu bapa mereka telah menunjukkan satu contoh yang tidak patut diikuti oleh anak-anak...ibu bapa telah menanamkan perasaan untuk bertindak sebagai pemberontak dan sekaligus mengajar anak-anak untuk tidak bersyukur atas apa yang dinikmati pada hari ini...

yang amat ana kesali..apabila mereka tetap melakukan demonstrasi jalanan tersebut tanpa menghiraukan aspek keselamatan..malah sanggup melakukan keganasan...dan bertindak merosakkan kereta polis...merampas alatan senjata anggota polis...dan sanggup merempuh benteng pertahanan polis...amat kejam sekali tindakan mereka...fikiran mereka telah dirasuki oleh amarah yang tidak berkesudahan..hati mereka menjadi beku dek perasaan amarah yang dipendam...

apa salahnya sekiranya..mereka mengikut saranan Perdana Menteri yang menganjurkan pihak berkenaan berkumpul di dalam stadium untuk sama2 meluahkan rasa hati...( memberi kebebasan bersuara)...PM juga akan menyediakan makanan serta minuman kepada mereka...namun dek kerana kehitaman hati dengan rasa amarah...mereka tetap meneruskan hasrat mereka itu..untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa kononnya mereka berada di pihak yang benar..mereka menolak mentah2 perlawaan PM...

akhir sekali...ana memohon sekali lagi kepada pihak yang berkenaan....
~ PuLaNgKaNLaH kEaMaNaN iTu ~


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Comments

Popular posts from this blog

Tuala wanita , Period Panties dan Tampon

Review SimplySiti Dermagic

Mataku coklat??