~~~~ CIRI BUDAYA KERJA CEMERLANG ~~~~

Budaya kerja yang yunggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan kualiti produktiviti sesebuah organisasi.

Pembentukan budaya kerja yang berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga organisasi mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang menyeluruh dan positif.

Jadi tidak keterlaluanlah sekiranya seorang pengurus sesebuah organisasi memilih seseorang yang mempunyai @ menepati ciri-ciri budaya kerja yang cemerlang selaras dengan pembangunan ekonomi dan sosialiti di negara ini...

Antara ciri-ciri yang ditekankan oleh pengurus sesebuah organisasi ialah

  • MENEPATI MASA
  • BERKEMAHIRAN DALAM TEKNOLOGI
  • BERFIKIRAN KREATIF
  • FASIH BERBAHASA DLM BAHASA MELAYU @ BAHASA INGGERIS
       ( tetapi jika mempunyai kebolehan berbahasa asing..adalah lebih diberi keutamaan)
  • INTEGRITI ( apa yang dikatakan..akan dikotakan dan dilakukan dgn kadar segera tanpa penangguhan)
  • TERBUKA ( mengetahui apa yg sedang dan telah berlaku didalam mahupun luar negara dan mampu mengaplikasikan @ mengambil iktibar dr sbrg kejadian..malah mampu mnyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan)
  • KEPIMPINAN
  • KOMITED (melakukan sesuatu perkara dgn bersungguh-sungguh sehingga berjaya walaupun telah mengalami kegagalan)
  • BERTANGGUNGJAWAB
  • AHLI PASUKAN

Di sini ana ingin membuat pembocoran soalan penemu duga terhadap anda!!

AMARAN!
DILARANG MEMBERITAHU ORANG LAIN AKAN MAKLUMAT YANG BAKAL ANA SAMPAIKAN INI...INI RAHSIA KITA BERDUA JE..HAHAHA..

1. MENEPATI MASA

Sekiranya waktu kerja bermula pada pukul 9.00 pagi, bolehkah anda datang lebih awal ke tempat kerja??

2. KEMAHIRAN TEKNOLOGI

Adakah anda mahir dalam menggunakan perisian di dalam komputer? (untuk kerani)

3. KREATIF

Adakah anda boleh memikirkan @ mencipta sesuatu yang terkini dan menghasilkan kelainan dari produk-produk yang lain?

4. FASIH BERBAHASA

Adakah anda fasih berbahasa inggeris dan bahasa malaysia?

5. INTEGRITI

Adakah integriti merupakan satu masalah besar dalam masyarakat hari ini?

6. TERBUKA

Beritahu saya tentang sesuatu perkara yang baru anda pelajari?

7. AHLI PASUKAN

Pernah anda berada dalam sebuah pasukan yang hebat?? jika ya..mengapa anda rasa pasukan anda itu hebat??

8. KEPIMPINAN

Adakah anda mampu menangani sesuatu masalah dengan baik? Adakah anda mampu menguruskan pekerja yang ramai dalam sesebuah organisasi??

9. KOMITED

Berikan satu contoh pada satu ketika, anda tidak putus asa. Mengapa?

10. TANGGUNGJAWAB

Anda perlu menghabiskan sebuah projek. Tiba-tiba bekalan elektrik terputus! Apa yang akan anda lakukan?



SEMOGA BERJAYA!!

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Comments

Popular posts from this blog

Tuala wanita , Period Panties dan Tampon

Review SimplySiti Dermagic

Mataku coklat??