Tuesday 31 December 2013

angan-angan.............................ku ( ambang 2014 )

assalamualaikum dan salam sejahtera..

aku cuba nak lepaskan tension aku selepas study yg tak sampai sejam...
itulah diriku..
baru baca kejap dah mengantok..
jadi aku ambil langkah untuk menulis blog yg super simple ni..hehehe..
erm... malam ni aku nak menceritakan tentang angan-angan ku...
oleh kerana dalam masa sejam lebih lagi kita akan ke gerbang 2014..
bukan gerbang perkahwinan tau..hehehe..
jadi banyak la kiranya idea-idea untuk aku menaip malam ni..
ampa layan je la na apa yg aku nak cakap ni..hehhee..
ofcoz la apa yg bakal aku cakap ni memang totally bout me..
erm.. aku memang ada niat nak berubah..
aku fhm bila org selalu dok tnya aku..
 " ang ni bila la nak berubah..cuba jadi matang sikit. "
mak pon ada cakap benda yg sama jugak..
aku tgh mencuba la ni..
aku ni bukannya baik sangat..
tapi tak salahkan kita cuba nak berubah jadi baik..
mesty ada org cakap..
ala..dia ni cakap je...
kan dah nama pon azam 2014..
ikut suka i la nak azam pe pon..heheh..
janji kita ada jugak inisiatif untuk berubah..
jangan sampai tak pikir langsung nak berubah..itu sgt rare,...
azam aku mungkin ada yg sama dengan tahun lepas..
kerana banyak lagi tak tercapai..

apa azam aku taun lepas yg tak berjaya???
nak jadi anak yg baik..
mmg sampai skrg pon susah lagi nak capai status tu..
bukan senang nak memenangi hati ibubapa kita..
bila kita dah tackle hati abah..hati mak pula yg terluka..
ya Allah..aku takut nnty Allah tak nak terima segala amalan aku,..
hanya kerana aku pernah menderhaka kat mak aku...
serius tak bermaksud pon aku nak buat macam tu...
kadang2 aku terpikir kat mana salah aku..
tapi ntahlah..mungkin mak ngan abah betul..
aku tak nak la..disebabkan aku ni ( like anak derhaka ni)..
mak dgn abah susah nak masuk syurga sbb kena soal bnyak dgn Allah nnty..
aku kalau boleh nak jumpa mak ngan abah kat syurga nnty..

kedua..
aku nak jadi adik @ kakak yg baik..
yg ni memang dri dulu lgi aku dok pegang..
tapi entah knp skrg aku dah jadi fed up nak jadi kakak yg baik..
sbb aku salahkan diriku yg sampai skrg tak mampu nak didik adik aku..
aku takut kalau mak ngan abah kena soal ttg adik aku nnty..
tapi sikap adik aku yang membuatkan aku putus asa untuk ajaq dia..
insyaAllah taun depan aku akan buat balik..
aku takkan putus asa..
seyesly..aku nak tgk adik aku berubah..
bila aku dpt tgk adik aku berubah..itu adalah kejayaan terbaik aku..

ketiga..
aku nak berusaha lebih lagi untuk jadi pelajar yg bukan sahaja berjaya di dunia tetapi insyaAllah berjaya di akhirat jugak..
tapi susah untuk capai matlamat ni...
perlukan banyak pengorbanan..
seriusly kadang2 aku rasa macam aku tak mampu nak pikul...
aku ni banyak sgt main...
tu yg jadi lagu ni..

keempat...
aku akan cuba jadi kawan yg baik..
insyaAllah..aku akan cuba sedaya upaya...
mungkin aku bukan roommate yg baik..
terhadap roommate aku yg skrg atau bekas roommate aku dulu..
tapi insyaAllah...aku akan jadi roommate yg terbaik 
untuk my future roommate...  ( wink...wink... ! )..ehehhehe...

kelima...
yg ni mungkin lambat lagi...
tapi akan cuba yg terbaik dari sekarang..
ilmu aku bab2 ni pon tak banyak lagi..
aku masih dan sedang mempelajari ilmu2 ke alam yg baru ini..
aku pernah berhasrat untuk pakai macam ni...


masa hari bersejarah aku nanty...
tapi entah lah...
dari sekarang pon banyak benda lgi yang nak kena perbetul..
kena perbetul niat...
cara berpakaian...
cara pergaulan..
dari segi fardu ain kena mantap..
fardu kifayah kena ambik tau...
macam-macam lagi..

aku amat menghormati ada sesetengah pihak yang boleh berubah dengan mudah dan segera..
silakan..
aku tak kata langkah yg mereka ambil itu salah...
tapi bagi aku..
nak berhijrah ni bukannya mudah..
pengorbanan yg besar diperlukan..
aku ni..
mcm mna nak berubah..
sedangkan perkara asas (hubungan kekeluargaan) aku pon aku tak mampu nak perbaiki lagi..
dengan diri sendiri asyik dok buat benda salah yang aku sedar salah tapi aku dok buat jugak kesalahan yg sama..
teruk ke tak teruk aku ni kan...

biarlah aku berubah slow2..
aku nak sekali aku dah berubah..
aku takkan berpatah balik ke takuk yg lama..
biar org tau yang  aku memang serius nak berubah...
dan biar masa tu..
walaupun langit berputar..aku takkan ubah pendirian aku..
dan aku paling tak suka kalau ada org yg nak mempengaruhi dalam perubahan yg bakal aku lakukan..
aku nak bila aku buat sesuatu tu ikhlas kerana Allah..
bukan sebab alasan tertentu..
bagi aku..
apa-apa pun niat tu yang penting kan..

apa pula azam anda tahun 2014??
cuba check blik..
jom muhasabah diri sama-sama dengan aku malam ni..   :)

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday 27 December 2013

Orang lain sudah...aku?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entry malam ni just nak luahkan isi hati kecil ku...
Seyes aku sgt2 jeles dgn kwn2 aku yg dpt kawin awal...

Tambah2 lepas baca blog ni...
http://myraluvherlife.blogspot.com/2011/12/truth.html..

Lagila...
Pemilik blog tu sama umur dgn aku...
Tapi...dpt kahwin msa 19 tahun..
Lagi awal drp aku...
Simple je diorg kawin..tanpa hantaran..juz maskahwin...
Ni yg bertambah minat aku untuk meneruskan hasrat hati ku..
Perasaan nak berkahwin awal tu mmg dah terpahat dlm hatiku ini dari form 2 lgi,,.
Sbb ada satu perasaan yg aku yakin dia jodoh aku...
Tapi... Bila? Mak abah aku bagi ka?

Entah bila la turn aku...

Mmg aku dh lama fikirkan hal ni...
Tapi aku tak pasti ttg jodoh aku..
Malah aku memikirkan keluarga aku yg terlalu mementingkan adat melayu...
Aku rasa agak sukar untuk aku mendapat persetujuan drp kedua ibubpaku..
Dan mmg tak semudah yg disngka..
Sedangkan sebelum ni bila ada je org tnya pasal diriku...
Mak aku akan cepat2 menyatakan " tunggulah dia abis belajar dulu... "
Bila aku dgr ayat mak aku mcm tu...
Aku dah cuak dah...
kompom mak takkan bagi aku ni kawin awal punya...
Aku tahu nak kahwin bukan senang...
Tapi aku rasa cara yg pemilik blog tu buat sangat bagus,..
Aku pun sebenarnya ada niat nak buat mcm tu...
Tapi..tak bleh... kluarga aku amat mementingkan adat...
Jadi, pendek kata banyak benda yg perlu diikuti yg akan menelan banyak belanja..
Sebenarnya,...kalau ikut aku,,,aku tak nak yg terlalu merumitkan keadaan...simple pon cukup la...janji syariat terjaga,..
Aku bukannya baik sangat...tapi tak salah nak cari keberkatan dalam rumah tangga,..
Kalau buat yg grand2 pon..klu tak bahagia wat pa...
Tapi nak wat cam ne..
Aku bukannya ditakdirkan jodoh awal..
Tapi ustaz ckp..takdir boleh ubah..
Yg penting kita usaha...
Aku sentiasa doakan supaya Allah membukakan pintu hati kedua ibubapaku terutamanya untuk menerima keputusan aku untuk berkahwin awal...
Harap2 akan ada keajaiban yg berlaku..
Aku percaya dengan kuasa Allah..
Bila Allah cakap kun fayakun..
Aku percaya Allah tak pernah memungkiri janji..
Aku hanya mampu berdoa..
Robbi yassir wala tuassir robbi tammin fil khair...
Semoga Allah memudahkan segala urusan ku..
Aku tak sanggup lagi hidup dalam melakukan dosa2 kering..
Aku hanya mengharapkan Allah memahami setiap apa yg aku hajati..
Tidak lebih dr itu...
Keranaa aku percaya rezeki itu drp Allah...
Kalau sekali pun aku kawin masa umor 30 ..kalau ditakdirkan Allah tak de rezeki dan keberkatan..tak guna jugak,..
Sbb tu la aku berharap sgt dpt kawin awal..
Sbb bg aku..kawin awal ke lambat ke sama ja klu bab rezeki ni...
Tapi kalau org dh tak restu...takkan aku nak wat jugak...
Sbb tu la...aku sentiasa doa supaya Allah buka mata hati org2 yg aku syg..untuk kebaikan aku..
Salah ka klu aku nak wat benda yg baik? Kalau aku dah bersedia...

Tuesday 24 December 2013

Abah kat hospital

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bukan senang, nak senang...
Tapi susah bila susah...

Ntah la..kadang2..kta nampak mcm senang...tapi yg jalani yg susah...

Susahla kalau kita nak puaskan hati semua org kan...
Amboi...berleter panjang..hehehe...

Entry kli ni juz nak kongsi pasal keadaan abah je,..
Alhamdulillah selepas tebuk beberapa kali di bahagian perut dan paha..
untk predialisis...

Then..abah dah dapat cuci dah...
Lpas ni nak buat dialisis je la...
3 kali seminggu..

Tapi tak tau lgi kat mana..
Thanks kepada semua yang mendoakan abah supaya sembuh...
Terima kasih sgt2...
Sayang semua...

Wednesday 18 December 2013

Pendermaan & Pemindahan Organ dalam Islam

assalamualaikum dan salam sejahtera..

saya memang teringin sangat nak pindahkan organ saya mahupun darah saya kepada orang-orang yang memerlukan. setiap kali ada aktiviti pendermaan darah, saya selalu teruja nak derma..tetapi saya rasa sedih sebab setiap kali saya nak pergi derma ..dah 4 kali dah pergi try..tapi tak boleh sebab berat tak cukup 45kg.. padahal masa tu cuma 44.8 kg je pon..saya marah sangat kat nurse tu..saya tahu bukan salah dia tapi saya terkilan sebab tak dapat nak derma darah. saya pernah derma darah sekali saja..tu pon darah saya diambil setengah botol saja sbb dr takut sya pengsan. tapi serius saya tak rasa apa-apa pon..tak sakit mcm org dok takutkan tu pon..cuma lepas derma darah tu rasa pening sikit la... dan kawan cakap muka saya sangat pucat. masa tu saya tak terus sambung ke kelas sbb kawan saya suruh saya balik rest kat bilik. tapi anyway..pengalaman tu serius best..

disebabkan saya tak boleh sgt nak derma darah..tiba2 saya terpikir.. kan bagus kalau dapat derma organ..ayah saya sakit buah pinggang..yang memerlukan RM33,000 setahun untuk dibelanjakan bagi rawatan mencuci darah..tidak termasuk pengangkutan, masa yg sekurang-kurangnya 6 jam dan makanan. saya pernah menyuarakan hasrat hati saya kat my future roommate . tapi dia tak menggalakkan saya..katanya kita boleh derma tapi ikut kepada keperluan.. macam abah mungkin akan guna sekejap ja..jadi sama je hasil dia..lain la kalau derma kat budak2 sbb dengan usia dia macam tu..mungkin dia akan guna lebih lama..kalau la saya guna sebelah je nanti..nak hidup lama lagi..kalau rosak yg sebelah tu kena tunggu org lain dermakan pulak. lagi susah.

bukannya saya tak sayangkan abah..sayang sangat2.. tapi betul jugak cakap dia..lepas tu..saya ada search kat website tertentu dan beli buku mengenai pemindahan dan pendermaan organ ni...ni antara ilmu yg boleh saya kongsikan.

Derma : bantuan yang berupa wang kepada kumpulan dan lain-lain iaitu pemberian ikhlas dan sedekah kepada orang miskin.
Pendermaan : perihal@ perbuatan mendermakan.
penderma : orang yang menderma.

manakala..

Pindah : mengalihkan sesuatu @ melakukan perubahan ke atas sesuatu.
Pemindahan : perbuatan memindahkan / mengalihkan

organ : alat dalam tubuh (manusia, binatang, tumbuhan) yang mempunyai tugas yg penting.

transplan (umum) : memindahkan, mengubah, menanam dan pindahan.
transplan (tersirat) : penukaran organ yang telah rosak dan digantikan dengan organ penderma untuk diberikan kepada pesakit yang memerlukan.

definisi pemindahan organ ini terbahagi kepada dua ;-
# pengalihan organ drp penderma kepada penerima untuk mengambil tempat organ yang rosak pada badan penerima.
# menggantikan organ yg gagal berfungsi dengan baik pada tubuh badan seseorang dengan organ baru daripada seorang penderma.

antara yang boleh didermakan :-
* organ : buah pinggang, jantung, hati, paru-paru atau tulang

* tisu : kulit, kornea, injap jantung dan lain-lain.

sumber : google

ada dua pandangan mengenai hal ini...

# situasi pertama : diharuskan #
pemindahan organ manusia yg telah mati kepada yang hidup dengan empat syarat...

  1. hendaklah orang yang diambilkan organnya telah mengizinkannya sebelum matinya dan dia waras, sudah baligh dan tiada paksaan atau diizinkan oleh walinya setelah kematiannya.
  2. hendaklah terbukti bahawa pemindahan itu akan berjaya @ berhasil pada umumnya.
  3. hendaklah dipastikan bahawa pemindahan itu semata-mata untuk berubat dan bukan untuk maksud dan tujuan lain.
  4. tidak ada unsur kontrak jual beli dalam pemindahan organ tersebut.
# situasi kedua : tidak diharuskan @ dibolehkan dalam beberapa keadaan berikut. #
  • mengambil organ daripada org yg telah mati demi menyelamatkan manusia lain yg memerlukan dengan syarat org yg diambil itu telah mengizinkan dan seorang mukallaf.
  • mengambil organ drp binatang yg halal dimakan dan telah disembelih atau selain itu, dalam keadaan darurat untuk digantikan kepada manusia yg memerlukan.
  • mengambil sebahagian drp badan manusia untk menampalkan atau dipindahkan ke bahagian lain daripada badannya sendiri mengikut keadaan yg diperlukan,
  • memasukkan sesuatu benda ke dalam badan manusia sebagai cara berubat daripada penyakit..contohnya : memasukkan besi ke tulang.
4 syarat pemindahan organ yang perlu dipatuhi sebelum menjalani pemindahan organ orang yg hidup kepada orang yg memerlukan iaitu...
  1. hendaklah persetujuan memberi itu atas kerelaannya bukan dengan paksaan.
  2. hendaklah pemindahan organ itu merupakan usaha yg terakhir serta dalam keadaan darurat bagi mengubati pesakit.
  3. hendaklah dipastikan bahawa operasi mengambil organ dan memindahkannya kepada pesakit itu umumnya berjaya menghasilkan faedah yg diharapkan.
  4. janganlah orang yg mengambil organnya itu menempuh bahaya yg akan mengganggu keadaan hidupnya yg biasa.hal ini kerana bahaya tidak boleh dihapuskan dengan melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya lain yg sama berat dengannya. jika berlaku demikian, bererti org itu mendedahkan dirinya kepada bahaya dan hukumnya adalah tidak harus dari segi syarak.

kunjungi laman sesawang utama : http://www.dermaorgan.gov.my/
Derma Organ

Sumber : Buku Pemindahan & Pendermaan Organ
Oleh : Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
~ Terima kasih Dr. Zulkifli atas info ni ~



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday 6 December 2013

ucapan rasmi dariku untuknya

kehadapan kekasih hatiku merangkap bakal suamiku,

mungkin aku bukan yang terbaik untukmu..
 rupa paras tidak secantik Aisya Humaira
akhlakku juga tak sesempurna Siti Khadijah
namun aku akan terus berusaha membahagiakanmu

Sungguh...
sungguh ak tidak akan meninggalkanmu
walau apapon terjadi..
masakan dalam hatiku aku boleh lupa
pada orang yang ku sayang
yang banyak berjasa 
sungguh..
sungguh aku takkan lupa..

dalam setiap tangis dan sukamu
aku akan setia disisimu
dikala kau memerlukanku

walaupun kita dipisahkan 
oleh jarak dan waktu
tetapi cintaku dan kasihku terhadapmu
tidak!

kekasih hatiku,
kau kesayanganku,
kata-katamu
cebisan sayangmu 
itulah yang menemaniku 
sepanjang liku jalanku

rintih hati petah berbicara
tika lidah letih menutur sepi
terkadang badan menghantarkan penat
akhirnya bicara cinta
terhantar melalui hamparan rindu

Sepi...
Bisu...
tetapi..
 getaran jiwaku
tidak pernah diam..

sungguh..
sungguh tidak mahu kulepaskan
aku tidak mampu..
tika berjauhan
tika berpisahan
senduku memuncak syahdu
melepas rindu

tapi siapakah aku
belum tentu dapat ku putar waktu
menggamit kembali
putaran saat yang berlalu
tanpa dirimu

tenang hatiku berbicara
merakam sebak didada
saat ditinggalkan ku rahsiakan
tapi
siapa kita untuk relakan
bila hati kian menjauh

kini..
ku himpun kembali
minit terakhir ini bersamamu
menggantikan 
waktu dulu tanpamu

kekasih hatiku,
tidak pernah ku luahkan
bila letih dan jemu bertandang
di saat
putaran hidup kian mencengkam
menghimpit waktu
merakam rindu

tetapi..
percayalah...

cintaku...
tidak pernah padam..
kasihku....
tidak pernah letih..
sayangku...
tidak pernah jemu..
rinduku..
tidak berhenti mengharap..

dalam sunyi merantai malam
dalam sepi mengumpul siang
mataku meratap lesu
bibirku membungkam kata
engkau tetap hadir dalam doa

Ya Allah...
rahmatilah kekasih hatiku
di dunia dan di akhirat
agar 
cinta kami 
membumbung tinggi
merentas sempadan.
tiada tandingan
sampai syurga abadi..
Amin ya rabbal ala min...


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday 15 November 2013

Rahsia kekal cantik dan coomel

assalamualaikum dan salam sejahtera...

sebelum kita teruskan...

jom layan abg amar nyanyi...


oklah...sya nak teruskan dengan rahsia kekal cantik tapi nampak macam coomel je... hhehe..

baiklah.. 

kecantikan dengan wanita memang tidak dapat dipisahkan..
dulu-dulu..mmg la org tak pentingkan lagi kecantikan ini..tapi sekarang bila banyak usaha kearah kecantikan, ramai wanita yang mula menyedari yang mereka perlu untuk nampak cantik. sehinggakan ada sebahagian besar golongan wanita yang sanggup menghabiskan ratusan duit untuk membeli produk kecantikan macam saya..hahahah...
 jadi tidak hairanlah kenapa zaman sekarang ramai lelaki yang kahwin banyak..
faktor persekitaran sama la kan...
tapi...
for my future roomateee...
no..no...no..no way...
hahaha (gelak nakal)..

saya rasakan dan saya nasihatkan kepada golongan wanita terpedaya dengan produk2 terkini yang diiklankan di tv @ radio @ mana2 blog.. (maaf kepada yang terasa..izinkan saya cakap habis dulu..hehehe)
kepada yang beli tu tak salah..tapi sebelum beli pastikan anda check dulu benda kat bawah ni..
  1. nama produk
  2. bahan-bahan dalam produk tu (bagi orang islam..check sama ada kena mengena dengan khinzir..kalau tak silap ada kod dy tertentu)
  3. check dulu tarikh luput dy (kalau ada)..barang kosmetik ni kalau yang dah lama sangat pon tak elok untuk kulit.
  4. bila dah ok..check kat laman sesawang kkm..ni cara nak semak... http://www.enieque.com/tips/macam-mana-nak-semak-no-kkm/
  5. lepas dah semak produk tu selamat ke tak..bru la boleh guna tau...

tapikan...sebaiknya jom kita elak guna produk kecantikan banyak  sgt..sebab.. produk-produk ni banyak bahan kimia...

tips kedua untuk nampak cantik...

bagi adik-adik yang baru memasuki alam remaja ( baru baligh)..akak sarankan jangan teruss agresif nak pakai pencuci muka @ krim ke pe ke...sebab kulit kita masih dalam proses nak berubah..mengikut hormon kita..sebaliknya gunakan bedak sejuk..kalau boleh bedak sejuk asli buatan sendiri..sebab ada bedak sejuk zmn sekarang bubuh bahan kimia untuk bagi wangi...kalau tak jumpa jugak tak pa..guna sahaja bedak sejuk tu..tak pon bedak nyonya yang warna pink dalam botol kaca tu..

jika ada banyak jerawat..jangan sesekali picit @ menggaru..memang la mula-mula dy rasa pedih dan gatal..biarkan je..kalau adik-adik terus menggaru akan jadi parut pulak..nak ke nampak huduh dengan parut..eeiii..tak nak la.nanty kurang dowry..hehehe...

kalau nak cepatkan jerawat tu hilang..tempek bedak sejuk bagi banyak sikit kat tempat ada jerawat..sambil berselawat...insyaAllah...akan hilang dalam masa seminggu..

kalau adik-adik nak pakai jugak pencuci muka...tunggu dulu sehingga kulit muka melepasi tempoh matang masa umur 15 tahun..lebih afdal 16 tahun...masa ini kulit muka baru sesuai nak pakai pencuci muka..tetapi pastikan pakai satu jenis sahaja sampai bila-bila..jangan mudah terpedaya dengan iklan yang akan menyebabkan kita tukar jenama.. pertukaran jenama produk akan menyebabkan kulit muka terkejut..

antara simptomnya :
  • kulit muka gatal dan kemerah-merahan
  • muka cepat berpeluh walaupun cuaca tidak panas
  • jerawat tumbuh banyak dan tak tekawal
  • kulit muka semakin berminyak
jadi..untuk mengelakkan berlakunya perkara sedemikian...kalau nak tukar jugak jenama lain..pastikan anda meninggalkan atau tidak menggunakan apa-apa produk selama sminggu..kemudian baru beralih ke produk baru..kalau dia bagi kesan pon tak de la teruk sgt..mungkin dalam 3 hari saja...

sekiranya anda dah beralih kepada penggunaan pencuci muka..tidak salah sekiranya anda masih ingin menggunakan bedak sejuk untuk membaik pulih sel-sel kulit..biasanya bedak sejuk di pakai pada waktu malam...ataupun mask...

bagi saya..untuk nak jimat..lebih baik guna bedak sejuk selamanya...senang!!!


tip 3 untuk nampak cantik...

bagi yang lebih sukakan natural look...
boleh try cara ni...
  1. bukak paip air...
  2. tadah tangan kat aitr
  3. sebelum raup ke muka..baca surah yusuf ayat 4 dalam air...
  4. lepas tu..sapu air tu kat muka...
* boleh gantikan surah yusuf dengan surah yunus ayat 81..
dan surah qasas ayat 24..
.

sumber : Nor Amanda



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday 17 October 2013

Pembangunan Sumber Manusia

assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ini topik saya lebih ke arah pembangunan sumber manusia...

sumber manusia dianggap sebagai aset untuk menjana pendapatan negara..

ini menunjukkan betapa pentingnya pembangunan sumber manusia dalam negara..

jadi untuk itu..modal insan amat diperlukan seperti

  • education (pendidikan yang cemerlang)
  • training ( adanya latihan yang terbaik )
  • skill ( kemahiran yang fleksible)
  • knowledge ( pengetahuan yang tinggi)
  • health ( tahap kesihatan yang baik )
modal insan ini merujuk kepada

  • kebolehan dan kemahiran manusia
  • sebagai tenaga buruh
  • menjadi faktor pengeluaran selain tanah dan modal
konsep modal insan ialah pelaburan terhadap sumber manusia..
  1. konsep aset ketara ( Tangible Asset ) - aset yang boleh nampak
  • contohnya : wang simpanan, saham , kilang dan sebagainya
2.  konsep aset tak ketara ( Intangible Asset ) - aset yang tidak nampak tapi penting
  • contohnya : pendidikan, kemahiran, penjagaan kesihatan dan sebagainya.
Faktor kegagalan modal insan 

1. Pendapatan Rendah
  • menurut teori pendapatan, pendapatan yg rendah akan menjadikan golongan masyarakat berada dalam kemiskinan
  • jadi, akan gagal menikmati kehidupan sosial yang baik
  • dengan ini, kadar penggangguran meningkat.
2. taraf pendidikan rendah
  • tidak mempunyai kemahiran dan kuran keyakinan
  • mendapat gaji yang rendah
  • kadar keciciran pendidikan yang tinggi
3. faktor budaya
  • nilai hidup kurang dinamis dan progresif
  • masih dalam kemiskinan dan kemunduran
4. perkembangan teknologi yang rendah
  • meluasnya kemiskinan
  • masyarakat tidak cekap dalam penguasaan maklumat dunia
  • perkembangan literasi yang rendah
kedudukan golongan yang miskin merujuk kepada 
  • ketiadaan harta..
  • tiada sumber pendapatan lain...
  • sumber pendapatan yang terhad...
  • tidak dapat menabung...
Dasar dan Struktur Upah Buruh

  1. mendapat kadar upah yang terhad
  2. majoritinya miskin
  3. berlakunya ketidakseimbangan antara kaya dan miskin
  4. ketidakadilan dalam sosial masyarakat
Putaran Ganas Kemiskinan

  1. keluarga dalam kemiskinan
  2. anak-anak membesar dalam kemiskinan
  3. kekurangan dalam pendidikan dan kemahiran
  4. berusaha mendapatkan kerja
  5. gagal mengubah kitaran kemiskinan
kepentingan sumber manusia
  • pernacang, pengurus, penggerak dan penerima faedah pembangunan
  • dapat meningkatkan daya saing dan faedah perbandingan negara
  • penggerak kepada modal kewangan dan fizikal bagi proses pengeluaran
Dua bentuk peranan sumber manusia

  1. kuantiti sumber tenaga kerja yang disediakan kepada pekerja @ organisasi pasaran
  2. kuantiti pengeluaran kemahiran sumber manusia yang disediakan untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran
peranan dan sumbangan pendidikan
  • pembasmian kemiskinan
  • peningkatan pendapatan
  • tahap kesihatan yang baik
  • bebas dari ancaman eksploitasi
  • peningkatan produktiviti dan pendapatan negara
  • pertambahan penduduk terkawal
  • perpaduan sosial


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday 3 October 2013

Duty of L.O.V.E

The first duty of LOVE is to hear...

* untuk kekalkan perhubungan..jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda..

# kekasih yang baik ialah seorang pendengar yang baik #

dengan mendengar... kita seolah-olah menyatakan yang kita tetap setia dan tetap cinta...

jangan sampai pasangan kita lama-kelamaan kehilangan suara dan tidak lagi berkata-kata..

menjadi pendengar yang baik bukan sekadar mendengar dengan telinga ( Hearing ) dimana kita hanya mendengar dengan rasa simpati..tapi mendengarlah dengan mata dan jiwa ( Listening ) dimana kita mendengar dengan rasa empati... 

maksudnya..kita kena memahami setiap inci apa yang sedang disampaikan bukannya dengan segera mencelah... rasa empati inilah yang akan memperkukuhkan lagi hubungan kerana pada hakikatnya kita sedang berkongsi rasa bukan berkongsi kata-kata...


jangan sampai satu hari nanti.. pasangan kita mula berpaling kepada pihak ketiga yang lebih sudi mendengar..

kerana kebiasaannya pihak ketiga sememangnya mencari alasan untuk memerangkap golongan wanita yang mempunyai masalah peribadi dan kekeluargaan..kesempatan ini biasanya digunakan melalui pelbagai cara.. internet chatting..tersilap dail number...macam-macam lagi.. berhati-hati tau,...
ingat...

 sekiranya pasangan kita tidak memberikan respon kepada kita seperti yang kita kehendaki..
tetapi..sekiranya tidak..anda jangan lah bertindak secara tidak rasional dengan menjadikan diri anda sendiri sebagai mangsa keadaan untuk dijadikan bahan permainan dan percaturan kepada pihak ketiga..
ingatlah... kita masih ada pedoman dan agama..jangan sampai maruah tergadai kerana kecuaian diri kita sendiri..
jika sudah berlaku..insaflah... 
ingatlah... kalau manusia di sekeliling kita tak mampu mendengar..kisah apa???
CINTA ALLAH LEBIH LUAS DAN SUCI BERBANDING CINTA MANUSIA YANG SENTIASA BOLEH BERUBAH-UBAH..
Rasulullah s.a.w pernah mengajar kita tentang doa ini...
" Ya Allah..berikanlah aku cinta-Mu..jadikanlah orang yang mencintai-Mu mencintaiku dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu..."
jadi...jangan memohon kepada manusia... mohon lah kepada Allah ye..
la tahzan ye..jgn sedih-sedih lagi ye sayang-sayang ku..

fahamilah dia... jangan lah bersikap ego..
jelaskan kepadanya tentang masalah kita..
minta dia mendengar dahulu apa yang anda ingin sampaikan..
jaga intonasi suara anda..
jauhkan dari memegang objek tumpul @ tajam ketika menceritakan masalah..
pastikan keadaan dan tempat ketika itu selesa dan sesuai..
jangan pilih kawasan yang bising dengan bunyi-bunyian..
sediakan air di hadapannya sebelum menceritakan masalah anda..
hargai pasangan sekiranya dia sanggup mendengar isi hati anda...
cntohnya dengan mengucapkan terima kasih..memberikan ciuman di pipinya..

buatlah solat sunat taubat..
jangan buat lagi lepas itu..

Allah kan ada... Allah sentiasa mendengar luahan hambaNya.. dan Allah tak pernah mengecewakan hambaNya yang sentiasa memohon pertolongan daripadaNya.. 

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday 2 October 2013

Kahwin awal: keperluan @ keinginan ?

saya ni pernah juga terfikir untuk kahwin awal,..
setiap kali solat sya selalu mendoakan supaya Allah mempercepatkan dan mempermudahkan pertemuan jodoh untuk saya...
pelbagai cara telah saya lakukan untuk mendapatkan jodoh..yela...orang cakap macam mana nak dapat apa yang kita nak kalau kita tak usahakan..sehinggakan saya telah menjadi perigi yang bergerak mencari timbanya sendiri..mungkin pada sesetengah pihak akan cakap..tak malunya dia ni...saya peduli apa orang nak cakap...jadi saya teruskan usaha saya...( usaha saya tu bukan bermaksud sya goda orang ye)...saya gunakan pendekatan pembacaan doa pengasih..mcm doa nabi yusuf..amalkan doa apabila melihat cermin...lepas tu kalau jumpa orang yang saya minat...saya baca doa nabi yusuf dalam hati then hembuskan perlahan dekat wajah dia..alhamdulillah..hasil doa saya dalam sujud dan tindakan saya tu...si dia dah semakin rapat dengan saya...sujud syukur saya pada malam kmi kenal..sejak kenal dia..fikiran saya lebih dekat dengan alam perkahwinan...macam-macam yang telah saya rancangkan..tapi kini...saya rasa ada benda yang tak kena...kalau saya terus leka dalam alam percintaan saya...saya sedar semua ni lepas baca sebuah artikel tu tentang kahwin muda,,..sekarang baru saya faham,..tindakan dan pemikiran saya selama ini tidak matang...kata-kata dalam artikel tu seolah2 menuding jari ke arah saya dan menyalahkan saya kerana terlalu asyik memikirkan ttg dunia cinta,..bukan apa...ramai kawan saya yang dah berkahwin,..jadi mcm suatu tekanan jugak untuk saya...sehingga saya terleka..bahawa,..perkahwinan bukan suatu yang mudah,..maafkan saya wahai si dia yang saya hormati...saya sedar..entah layak atau tak saya ni untuk jadi bakal ibu kepada anak2 nya nanti...seorang bakal ibu perlulah ada banyak ilmu dan kemahiran serta pengalaman hidup barulah boleh mendidik anak2 dgn lebih baik...mulai hari ni..saya akan berhenti menilai cinta....tapi saya berazam nak pupuk nilai cinta saya supaya si dia kagum dengan saya sekaligus anak2 saya nanty dapat berasa bangga dengan ummi depa ni atas usaha saya sekarang...kalau saya bersikap sebegini barulah tak de sangat kan stress nak kahwin cepat..ni tak...hari2 pikiaq pasai duit tak cukup...skrg aku dah tak nak paksa dia lagi dah...i'll be waiting for you...2 tahun lagi? 3 tahun lgi? 5 tahun lgi? tapi jgn la sampai umor 30 tahun baru nak mai masuk minang ye...tak nak la mcm tu,..yang tu tua sangat la pulak...awak jangan la paksa sgt diri awk tu ye...saya faham awk still student,..awak pon kena pastikan suatu ari nnty anak2 bangga dgn awak ye...dan akan jadi role model terbaik untuk anak2... saya sentiasa support awak ye...


syauqah mawardah

Wednesday 25 September 2013

Gerakan Desa Wawasan

assalamualaikum dan salam sejahtera...

topik kali akan mengupas mengenai Gerakan Desa Wawasan yang telah saya kumpulkan dari beberapa nota kuliah dan buku-buku tentang dasar pembangunan...

gerakan ini dilancarkan pada 4 julai 1996 di Kg. Felcra Seberang Perak Daerah Hilir Perak..

suatu proses untuk membangkitkan kesedaran dan pembangunan sikap penduduk desa ke arah transformasi Luar Bandar. Lebih bersifat Bottom-up..melibatkan penglibatan penduduk dalam proses pembangunan ke arah desa yang lebih maju dan menarik.

Ciri- ciri Desa Maju

  1. Kampung-kampung lebih kompetitif & ada sektor pertanian dan industri
  2. Perkampungan tradisional lebih tersusun
  3. Ada industri kecil & besar
  4. Ada industriperkhidmatan sebagai pusat pemasaran hasil-hasil desa
  5. kawasan luar bandar tampak menarik
  6. pendapatan lingkungan 80 -90%


usaha yang tersusun telah dibuat secara berterusan untuk menukar sikap penduduk dan budaya pertanian tradisional kepada budaya pertanian komersial dan perindustrian.

Matlamat Gerakan Desa Wawasan
  • berinisiatif
  • berdikari
  • berilmu
  • berdaya tahan
  • berdisiplin
Objektif Gerakan Desa Wawasan
  • meningkatkan semangat berdikari dengan mengikis mentaliti subsidi
  • meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pembangunan desa
  • memudahkan sikap dan proses percantuman tanah 
  • meningkatkan kemahiran untuk pelaksanaan Pelan Induk Desa (PID )
  • meningkatkan keupayaan masyarakat untuk maju
  • membentuk " empowerment"
12 kriteria
  1. kebersihan & keceriaan
  2. keagamaan & kemahiran
  3. pendidikan & kemahiran
  4. ekonomi berasaskan pertanian
  5. kepimpinan @ pentadbiran
  6. sosial
  7. keselamatan
  8. infrastruktur
  9. kesihatan
  10. pembangunan IT
  11. pembangunan manusia
  12. ekonomi bukan pertanian
Agensi Pelaksana GDW
  1. Kemas - 482 Kg
  2. Felcra - 20 Kg
  3. RISDA - 30 Kg
  4. KEJORA - 10 Kg
  5. KESEDAR - 10 Kg
  6. DARA - 10 Kg
  7. PERDA - 10 Kg
  8. KETENGAH - 10 Kg
  9. KEDA - 10 Kg
  10. Jengka - 10 Kg
  11. Kampung Termiskin - 40 Kg
Program dalam GDW
  • Program Bina Insan & Kesedaran
  • Ilham Desa
  • Program Keluarga Angkat
  • Program Pengindahan Persekitaran
Kursus Bawah GDW
  1. Kursus GDW kepada penggerak
  2. Kursus ketrampilan penggerak
  3. Kursus Brain teknologi
  4. kursus penyelarasan Homestay
  5. Pelan Tindakan Pembangunan Kampung
  6. Kursus Asas GDW kepada JKKK
  7. Konvensyen GDW
  8. Latihan Ilham Desa
  9. Seminar Pengukuhan GDW
  10. Pengurusan institusi komoniti
  11. pengemasan pengurusan organisasi JKKK
  12. Kursus Pembangunan Institusi Komuniti ( Generasi Pelapis )
  13. kursus ketrampilan JKKK
  14. Kursus literasi komputer
  15. Kursus Literasi Desa Medan Info Desa
  16. latihan untuk jurulatih Medan Info Desa
  17. Kursus internet / laman web

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~