~~~ StReSSsss ~~~



Rasa stress dengan keadaan sekeliling???

mungkin kerana ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan berlaku dan mungkin juga apa yang ingin kan tidak mudah didapati dengan mudah..jadi kita senang untuk berasa stress akan sesuatu...mungkin juga kerana kita tidak mampu menahan rasa marah terhadap seseorang lantas menjadikan kemurungan yang dahsyat dalam diri kita,..hal sebegini tidak dinafikan boleh berlaku dalam diri kita..tambahan pula, hidup kita sebagai seorang pelajar yang sekaligus memerlukan kita komitmen terhadap pelajaran dan juga tanggungjawab sebagai seorang anak....

Stress ini juga mungkin akan berlaku terhadap seseorang yang sering dipertangggungjawabkan terhadap banyak perkara seperti menjadi ketua dalam sesebuah organisasi atau sebagainya..tidak kurang juga terdapat segelintir para pelajar sekarang yang lebih gemar berkahwin awal dan ada juga yang telah memegang status ibu muda @ janda muda pada usia yang terlalu muda dan mentah...jadi tanggungjawab yang dipikul adakala membuatkan diri berasa tertekan dengan kehidupan yang dilalui...

kenapa saya cerita tentang stress ye ari ni??? ermmm... bukan sebab ari ni ari stress sedunia ye tapi sebab tergerak hati nak cerita tentang hal ini...yang saya rasakan sekarang masih ramai yang tidak tahu mengawal stress dengan betul.... kalau ada masalah skit..orang sekeliling boleh jadi mangsa..bahaya kan macam ni...

korang tau tak sebenarnya..bahaya kalau selalu stress ni..
macam om putih cakap .....
"Stop the world, I want to get off!" 
ini menunjukkan rasa panik @ stress yang membuatkan seseorang itu mahu menghentikan apa saja yang dilakukannya..cuba untuk bertindak tenang (relax)...

STRESS ???
apa itu stress.???
stress adalah suatu tindakbalas dari segi mental, fizikal  dan emosi seseorang terhadap sebarang perubahan @ tuntutan. stress juga merupakan perasaan yang tidak tenang @ seseorang itu mengalami tekanan (berasa tertekan). stress ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina.

Tahap Stress :
* Eustress - tekanan yang baik yang dapat dikawal oleh seseorang dalam jangka masa yang sikit mahupun sederhana.
* Distress - tekanan yang tidak dapat dikawal sehingga seseorang mengalami kesugulan. (tekanan yang memudaratkan)

Kategori Stress yang memudharatkan :-

  • Tekanan jangkaan (Anticipatory Stress) -berkaitan kerisauan dengan perkara yang belum berlaku
  • Tekanan semasa (Situational Stress) - ketika benar2 berhadapan dengan masalah
  • Tekanan Kronik (Cronical stress) - hasil dari masalah @ konflik yang berlarutan
  • Tekanan Lampau ( Residual Stress) - berkaitan pengalaman pahit di masa lampau

Punca stress :
- tekanan dalam sebarang tanggungjawab yang dipegang
- masalah yang ditangguhkan 
- terlalu merendah diri
- semasa musim peperiksaan
- mengalami masalah kewangan
- kehilangan orang yang disayangi
- keyakinan diri yang rendah
- penyakit keturunan @ berjangkit yang dialami
- kehendak individu yang tidak tercapai

Perubahan dalam diri seseorang yang stress...

  1. perubahan fizikal
  • terlalu kurus @ gemuk
  • hilang keceriaan diri
  • tidak berhias langsung @ selekeh
  • agresif
  • sering mengelamun
  • sering lupa
  • mengasingkan diri @ menyendiri
2. Perubahan sikap
  • mudah marah
  • mudah bosan
  • tidak mampu menguruskan diri
  • suka mengalikan kemarahan terhadap orang yang berada dekat dengannya
  • sentiasa berpandangan negatif
  • mudah hilang pertimbangan
3. Perubahan emosi
  • terlalu cemburu
  • sedih dan sensitif
  • ego dan mementingkan diri sendiri
  • kemurungan
Stress ini sebenarnya boleh memberikan kesan dalam jangka pendek, sederhana dan yang paling teruk dalam jangka panjang.

Kesan terhadap anggota badan :
  • jantung - Tekanan darah tinggi
  • sistem pernafasan - asma, sukar bernafas
  • perut - mengalami sakit perut dan mengalami masalah penghadaman
kesan-kesan lain :-
  • 'burn-out' - hilang semangat
  • menjejaskan aktiviti sosial @ pengelakan sosial
  • mengalami kekecewaan yang teruk
  • cepat berasa letih
  • terdedah kepada risiko bunuh diri
  • hilang kesabaran diri
  • rasa bersalah
Teknik dalam menguruskan stress dengan kaedah yang betul ;
  1.  sentiasa senyum (senyum kan satu sedekah)
  2. mempertingkatkan ketahanan fizikal
  3. menjaga diri sendiri sama ada aspek kesihatan dan kebersihan
  4. berdialog dengan diri sendiri
  5. sentiasa bertolak ansur dengan sebarang ketidakpastian
  6. mengurangkan permintaaan yang keterlaluan
  7. berfikir secara positif
  8. menyelesaikan perkara yang belum selesai
  9. memahami personaliti diri sendiri
  10. meningkatkan jaringan sokongan sosial
  11. beriadah dan bersenam 
  12. mendengar muzik 
  13. melihat persekitaran yang hijau dan bersih
  14. dapatkan nasihat pakar kaunseling
tindakan yang sesuai bila stress ikut cara saya sendiri :-
  1. keluar dari tempat yang menyebabkan kita stress...
  2. cari kawasan yang lapang dan banyak tumbuhan hijau
  3. melakukan regangan badan sedikit
  4. tarik nafas dengan betul
  5. lepaskan nafas dengan betul
  6. pandang sekeliling
  7. merenung dan muhasabah diri sebentar
  8. lastly,...senyum...
  9. kemudian baru sambung buat keje...
kalau kaedah islam pulak :
  • mendengar azan dekat masjid juga mampu kurangkan stress
  • ambik wuduk
  • menunaikan solat taubat @ hajat
  • berdoa @ baca mathurat
  • zikir
  • membaca Al-Quran


okey lah..itu je untuk hari ni...rasa letih pulak badan ni...nak rehat jap...semoga apa yang saya kongsikan dapat dimanfaatkan oleh semua...sory la kalau ada apa-apa yang salah..

" sayang-sayangku sekelian..jangan tension2 dah tau... tak baik untuk kesihatan... sayang semua..."



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Comments

Popular posts from this blog

Tuala wanita , Period Panties dan Tampon

Review SimplySiti Dermagic

Mataku coklat??