~ Ayat-ayat Cinta ~

Bismillah hi rahman ni rahim

All praises belong to Allah Taala and may His choicest mercies and blessing be on His noble Messenger, Nabi Muhammad s.a.w ( Peace be upon him ).

'O our Rabb! Accord to us the coolness of our eyes from our spouses and children, and make us leaders of the pious. Aameen..



Followers

Keep in touch with me, Okey!

sila klik sini ye









  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

my e-days

Thursday, 30 May 2013

HOT eNtRy ..... PERKAHWINAN ' POLITIK @ AGAMA ' ????

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hari ini sya bangun pagi-pagi semata-mata hendak menceritakan tentang perkahwinan........

perkahwinan merupakan suatu ikatan suci untuk menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan seorang wanita.

yang secara fitrahnya, untuk mengiktirafkan hubungan cinta yang terjalin antara dua makhluk yang berlainan jantina supaya dapat membawa kepada pembentukan institusi kekeluargaan yang bertunjangkan ilmu agama sebagai pembimbing untuk merealisasikan lagi impian untuk memasuki syurga Allah...

untuk memasuki Syurga Allah...bukan mudah...
 untuk memasuki neraka.. cukup mudah..

KAHWIN....OOO....KAHWIN...

tetapi tidak kurang jugak yang mengambil perkahwinan ini sebagai tiket untuk menyebarkan dakyah mengenai POLITIK...

*DRAMA LAGI-----

1 , 2, 3....Action!

SEBELUM KAHWIN

di dalam bilik study...

Mak (45 tahun) : wah...rajinnye anak mak study.. (sambil mengusap kepala Aulya)
Aulya (22 tahun) : Mak...adik dah ada calon...Mak bagi tak kalau adik nak tamatkan zaman bujang sekarang?
Mak  : sapa dia?? mai mak nak tengok dulu..suruh dia mai jumpa mak dengan abah dulu.
Aulya : ni ha gambar dia.. ( mengeluarkan sekeping gambar yang diselit didalam buku di atas meja study)
Mak : ....mmmm.....(meneliti gambar tersebut dan mengerutkan muka)
Aulya : kenapa ni mak??? (Aulya mengambil semula gambar tersebut dan melihatnya sekali lagi)...'tak ada pulak cacat celanya.'
Mak : dia orang Pas ke? tengok gambar dia duduk atas moto yang ada pelekat

ooo...bukan org UMNO ???


Aulya : erm... yela mak..kenapa mak tak bagi ke?
Mak : mak bukan apa..takut nanty Aulya yang merana.
Aulya : kenapa mak cakap macam tu?
Mak : langit tidak selalunya cerah..mendung tidak semestinya berpanjangan.
Aulya : tak faham lah mak,...
Mak : tak pe lah..mak izinkan saja..nanti bawak lah dia berbincang dengan abah..suruh dia ajak keluarganya sekali..terus saja bertunang.
Aulya : baiklah mak.. (Aulya masih memikirkan kata-kata mak tadi....buku di depan mata hanya mampu di selak tanpa dibaca)


PERBUALAN TELEFON 

Aulya : Assalamualaikum..
Hazim (29 tahun) : waalaikumussalam..macam mana? mak bagi ke?
Aulya : alhamdulillah..mak bagi..mak suruh bawa family awak ke rumah dan terus saja bertunang.
Hazim : owh..baguslah tu. macam yang saya ingin katakanlah.
Aulya : erm..oklah,..sya ada keje sikit nak buat ni..lain kali cakap lagi ye. jangan lupa minggu depan bawa keluarga ye sebab mak cakap nak amik cuti hari selasa.
Hazim : ok..nanty saya bincang dengan family sya.. kebetulan sya pon masih cuti lagi sampai bulan 8. sebelum tu, sya nak tanya berapa saiz jari manis awak?
Aulya : oo... awak beli saja cincin tu ikut jari kelingking awak..
Hazim : ok.. Assalamualaikum...
Aulya : waalaikumussalam..

BERTUNANG

Ketika rombongan lelaki sampai...

Mak cik (50 tahun) : amboi..hijaunya hantaran...yang sebelah perempuan..biru...elok sangat la tu...hehehe... (kata makcik selepas masuk ke dalam bilik)
Aulya : biasalah mak cik sebenarnya tak rancang pon. yang ni pon, Aulya keluar beli dengan mak ari tu..mak cik..takutlah,,
Mak cik : ala..jangan lah takut..depa pon orang jugak..

Dari luar kedengaran suara ayahku sedang berbincang dengan ayahnya...aku hanya menanti dengan gentar..apa yang aku dengari hanyalah aku akan berkahwin minggu depan kerana pihak lelaki tidak mahu memanjangkan tempoh memandangkan usia si bakal suami semakin meningkat dan ayahnya sekali-sekala mengeluarkan beberapa hujah mengenai kebaikan mempercepatkan ikatan perkahwinan..
selepas siap ditentukan mas kahwin dan sebagainya. mak Hazim masuk ke bilik untuk menyarungkan cincin ke jari manis Aulya. agak longgar sedikit. mengikut mak Aulya, kalau ingin tahu dia jodoh kita, jari manis kita, sama besar jari kelingking dia. tapi dah tersemat di jari manis..maksudnya kata-kata mak  Aulya tidak benar.

KAHWIN

Aulya dan Hazim selesai diijab kabulkan...
selepas berkahwin...barulah Aulya mengerti akan kata-kata ibunya. hampir setiap hari Aulya mengadu kepada ibunya akan sikap suaminya yang selalu memburukkan BN dan mendewakan PAS...namun sebagai seorang isteri..Aulya hanya mengambil sikap berdiam diri.. Hazim telah menggunakan kuasanya sebagai ketua keluarga untuk memaksa Aulya memilih parti tersebut.

Aulya menjadi trauma kerana hampir setiap hari dimarahi suaminya kerana enggan mengikut nasihat suaminya. dan Hazim menggelar parti BN itu sebagai kafir dan dia kononnya tidak mahu menjadi suami yang dayus apabila membenarkan isterinya melakukan perkara yang bercanggah mengenai islam. dikatakannya bahawa pemimpin BN itu tidak layak menjadi pemimpin kerana nak pimpin keluarga pon tak lulus lagi. Aulya dah terpaksa memekakkan telinga. Hazim juga telah menghasut beberapa orang daripada saudara mara Aulya apabila mereka berdua pergi melawat saudara-mara Aulya. Sikap Hazim seumpama orang yang terdesak..

bagi Aulya, mengundi adalah hak individu..tiada siapa yang dapat menghalangnya. dan manusia tidak ada hak untuk menghukum individu lain sebagai kafir. Aulya menjadi sangat tertekan dan dia telah bertemu dengan pakar perundingan keluarga. Aulya dinasihatkan untuk bercerai. Aulya telah memfailkan penceraian terhadap suaminya namun suaminya enggan melepaskannya.. setelah dinasihati, suaminya telah menceraikannya talak satu..Aulya berasa lega kerana kehidupan misterinya telah terungkai dari ikatannya.

* based on True Story drp masyarakat sekeliling ( credit _ mak saya yang kadang-kadang buat mesyuarat tingkap dengan jiran)

jadi...sebenarnya kahwin ni untuk tujuan agama @ penyebaran dakyah tentang politik masing-masing????
pikir-pikirkanlah...
saya bukan nak salahkan mana-mana pihak..
tapi nak bagi korang terbuka sikit minda....
sorry la entry kali ni berbaur POLITIK sikit...

untuk membolehkan lagi pikiran korang terbuka...

jom baca entry kat blog Mr. K
http://theotherkhairul.blogspot.com/2013/04/kenapa-perlu-undi-pr-jika-anda.html

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: