Posts

Showing posts from June, 2013

Selamat Tinggal Zmn Junior... Here,,, Inter to be,,,,!

Image
assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari dah selesai semua paper untuk exam sem 2 ni...alhamdulillah...syukur sangat2...
habis je exam tadi,,.terus je pergi makan dengan kawan-kawan sekelas...
beberapa hari sebelum ni pun, aku dah jalan-jalan dengan ex-coursemate aku...
best sgt...pergi tepi pantai ramai-ramai.. sambil makan2...
yang paling terharu sekali... mereka buat kejutan untuk hari jadi ku dengan kek keju yang sangat cantik...
sayang sekali aku memang tak suka kek keju...
tapi untuk menghormati usaha mereka yang bersusah payah mendapatkan kek itu..
menyebabkan jiwaku tersentuh...aku memakan juga kek tersebut..
terima kasih kawan2 ku...
korang memang kawan yang terbaik dalam hidup aku...
mesty aku akan rindukan kenangan bersama mereka...
mereka sangat caring...
seusai solat maghrib tadi...
aku membuka laman muka buku...
kawanku..telah meng 'uploud' gambar kami dalam Palapes ketika Junior...
nak tengok???


ni dia...
alhamdulillah...dapat jugak aku melalui liku-liku keh…

Stress nak KAHWIN????? ~~~ KAHWIN PADA USIA MUDA ~~~

Image
assalamualaikum dan salam sejahtera..
baru-baru ni ada la seorang hamba Allah ni buat status " Stress nak Kahwin Awal "... lepas tu, kawan saya ada tanya pendapat saya tentang kahwin awal.. saya pon bagitau pendapat saya kat dia...
dia cakap ada banyak cara untuk mendapat jodoh.. kalau kita nak cari jodoh, kita tak perlu terburu-buru..biar jodoh tu datang sendiri.. kalau dah jodoh..takkan lari gunung di kejar.. dia cakap untuk dapat jodoh..  baca selawat tafrijiyah sebanyak 100 kali... nak lebih baik..baca atas air dalam baldi.. lepas tu, mandi guna air tu.. niatkan untuk mempercepatkan jodoh... insyaAllah..menjadi..
dia juga cakap.. kalau ada orang masuk meminang, tak boleh tolak.. sebab itu kehendak kita.. kalau tak, jodoh yang akan datang lambat sikit la..
ni dia selawat tu..



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

susahnyer nak jawab bahasa omputih ni...erghh!!

Tips untuk jawab exam BI... Format Soalan Bahasa inggeris...

Bahagian Pemahaman


baca soalan dulu... (fahamkan...kalau tak faham buat2 faham..hahaha..)baca artikel sampai abis...fahamkan...  tick point bagi soalan yang kita dah tengok tadi...kalau sempat lagi..baca artikel sekali lagi..check balik jawapan tadi betul ke tak..soalan struktur.. (separuh daripada ayat dalam soalan boleh guna balik..ikut kesesuaian)Bahagian Essay (300 words) Openingnyatakan tujuan dan isu mengenai tajuk soalan essay tubiasanya kena ada 4 - 5 ayat dalam satu perenggan. ( jangan buat ayat panjang2..buat ringkas dan padat je..takut nanty kita ada buat kesilapan kat grammar dy..kita bukannya nak perasan dah kan.,)biasanya untuk pendahuluan ni, dia ada beberapa jenis cara nak buat dia..Pandangan (secara umum) = mula-mula perenggan cita pasai isu-isu semasa dulu dan pandangan secara menyeluruh tentang topik soalan.Quotation = memulakan perenggan pendahuluan dengan kata-kata golongan ternama @ orang yang pernah terl…

Hebatkah Mahasiswa @ mahasiswi yang Ber ' INTEGRITI ' ????

Mahasiswa @ Mahasiswi = sekelompok masyarakat yang menuntut di universiti atau institusi pengajian tinggi.

Universiti @ institusi pengajian tinggi = tempat untuk menimba ilmu dan membina kepakaran yang menjadi idaman setiap pelajar.

Umur golongan mahasiswa @ mahasiswi = 19 tahun – 35 tahun

Mahasiswa @ mahasiswi dengan ilmu memang tidak dapat dipisahkan.

Pencarian ilmu dalam kehidupan mahasiswa bakal menghasilkan golongan intelektual dan teknokrat yang diperlukan oleh negara.

Cara menjadi Mahasiswa @ mahasiswi

1. Kelayakan akademik yang cemerlang melalui keputusan peperiksaan di peringkat sekolah

2. Kelayakan taraf kokurikulum yang aktif

3. Komitmen dan kesungguhan untuk berjaya

4. Berminat untuk menyambung pengajian ke tahap yang lebih cemerlang



Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap mahasiswa

1. Amanah

· Perlu jujur semasa melakukan sesuatu pekerjaan



2. Bertanggungjawab

· Memikul tugasan dengan penuh tanggungjawab



3. Ikhlas

· Melaksa…

Itu bukan Aku...aku bukan sepertinya....

Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH Menjalin agung sebuah cinta Menafkahkan hartanya pada FISABILILLAH
Aku ingin sezuhud FATIMAH Akur tanpa jelak setiap perintah
Aku mengagumi dan mahukan kejayaan Gedung ilmu SITI AISYAH
Aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR Mengendong puteranya yang masih merah Di padang pasir yang merekah
Bukannya wanita penggoda Fitrah dari sejarah SITI ZULAIKHA
Pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH Tenggelam asyik dalam UBUDIYAH Biar tersingkap segala hijab Dua cinta takkan berpadu dalam satu hati Lantas ku serah cinta ini pada satu perjuangan
Bagai cekalnya hati ZAINAB AL GHAZALI Terluka terseksa terhina terpenjara Terkurung jasad di celahan janji kaku Teguh istiqamah menjunjung akidah dakwah Demi Islam bukannya menyerah galang gantinya
Atau setidaknya aku impikan hidup semulia MARYAM JAMEELAH Berteman pena menongkah kepayahan Roh jihad perlu disemarakkan Dan biarlah aku yang menyemarakkan obornya
Aduhai, meskipun aku hanyalah perawan Yang jiwanya tak sekenta…

kata-kata imam Ghazali

Image
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

ku rindu hembusan doamu

assalamualaikum dan salam sejahtera...
Entry kali ini agak menyentuh hal peribadi diriku,...
masa musim-musim peperiksaan macam ni lah yang menyebabkan hatiku kuat merindui belaian ibu dan ayah ku... lagi pulak,..sekarang mak tengah sakit...dan abah pon tengah sakit jugak sebenarnya.. tapi abah tak pernah mengeluh..cuma hari tu masa aku balik kampung, adalah abah menyuarakan rasa sakitnya kepadaku..aku tau abah sakit tapi dia tak ceritakan kepada mak sebab abah tau mak tengah sakit jadi abah tak nak tambah beban mak...bertambahlah aku risaukan mak dan abah..
 sekarang ni rumah tu tak ada sapa-sapa dah..yela..kak dah kahwin..mesty la kena ikut suami..duduk pulak kat Sabahan..abang pon dah kawin,..atas tuntutan kerja..kenalah depa duduk kat Johor... aku pulak kena mai belajaq kat Penang.. memang tak la kan.. adik aku sorang tu nak jaga mak dengan abah.. bukan aku tak harapkan adik aku..cuma adik aku tu tak ada lesen kereta..susah sikit nak bawak mak dengan abah pergi klinik ke ape ke..…

Keimanan Bukan Diwarisi

Image
assalamualaikum dan salam sejahtera..
hari ini saya terpanggil untuk menceritakan mengenai seorang gadis muslim yang tinggal di Perancis yang bernama Fatimah Asybun. 
saya sebagai seorang muslim yang hidup dan menetap di dalam negara islam berasa sangat kagum bercampur malu terhadap gadis ini manakan tidak... saya ini hidup dalam environment yang mengiyakan dan memahami situasi syariat islam namun saya pernah hidup dalam keadaan kejahilan dalam bumi islam ini berbanding dengan gadis ini keislamannya dan keimanannya membuatkan rasa kagum. 
kenapa saya katakan sedemikian?????
Gadis ini sangat memperjuangkan syariat islam dalam negara yang menafikan syariat islam. semasa zaman persekolahannya, dia telah dikecam oleh pihak sekolah supaya dia menanggalkan tudung ketika berada di dalam sekolah. Ujian ini dihadapi dengan tabah.. reaksi Fatimah Asybun ini terhadap larangan tersebut. dia mengatakan, " aku tidak akan sesekali menanggalkan tudung walau apa pun hukuman yang ku terima."…

Segmen : tambah & kenali kaki blog mengikut bulan kelahiran.

Image
assalamualaikum dan salam sejahtera...
jom join satu lagi segmen...
birthday date saya : 29 April 1992 (dah lepas dah.. :'(  )

due date : 29 june 2013
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

1st Big Giveaway Diari Sedetik Lebih Farisha

Image
* 1ST BIG GIVEAWAY DIARI SEDETIK LEBIH FARISHA
Alhamdulillah..Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat-NYa, Farisha berjaya menganjurkan "1st Big Giveaway Diari Sedetik Lebih Farisha" bersempena pertengahan tahun 2013 Kejap je masa berlalu,kan?
Pencarian Sponsor telah dimulakan pada 22/04/2013 dalam entry INI. Mula-mula nak mencari sponsor, teragak2 jugak takut tiada yang sudi sponsor. Tapi alhamdulillah, sponsor semua amat baik hati dan sporting! Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada sponsor-sponsor kerana menyokong 1st Big Giveaway ini
Jadi, pada hari ni, 15/05/2013 rasmilah pembukaan Big Giveaway ^.^  (sambil ambil mood potong ribbon merah..hehe)..  Audience...Please Clapping your hands! :) Clap! Clap! Clap!!
Hadiah berjumlah RM 800.00 untuk dimenangi!!  50 pemenang utama di cari!
Para peserta dikehendaki JUJUR ketika melakukan tugasan yang diberi. Semua tugasan adalah WAJIB sebab Hadiah yang akan diberi adalah berbaloi dengan usaha korang menyiapkan …

KESAN NEGATIF PELAKSANAAN SKIM GAJI MINIMUM

1.Kesukaran untuk menurunkan gaji Gaji minimum ini merupakan gaji yang dikuatkuasakan oleh undang-undang kepada pihak majikan dalam penetapan gaji para pekerja. Gaji ini sememangnya dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Hal ini kerana gaji ini telah diukur berdasarkan pendapatan garis kemiskinan. Namun, apabila skim gaji minimum ini telah dilaksanakan, berlakunya kesukaran untuk menurunkan gaji sekiranya berlaku kegawatan ekonomi. Hal ini kerana majikan terpaksa membayar pada kadar gaji yang sama dengan jumlah sebelumnya. Dengan ini akan membebankan para majikan untuk membiayai para pekerja.
2.Membahayakan golongan yang miskin dan berpendapatan rendah Gaji minimum ini merupakan gaji yang telah ditetapkan pada paras tertentu dan pihak majikan hanya boleh meletakkan atau memperuntukkan jumlah gaji bagi setiap pekerja melebihi paras yang ditetapkan dan tidak boleh kurang daripada itu. Pihak majikan yang ingkar akan dikenakan tindakan undang-undang. Jadi, hasil daripada pelaksanaan skim gaj…

simple giveaway #2

Image
assalamualaikum dan salam sejahtera...
jom join giveaway yang coomel ni...

due date : 13 jun 2013
nak tahu lebih lanjut, klik kat banner,,,
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

kematian demi kematian datang menjelma di muka buku...

assalamualaikum dan salam sejahtera...
tidak ku sangka.. ingatkan roomate aku saja yang mengalami kedukaan... 
rupanya rakan seperjuanganku dri sekolah menengah kebangsaan batu 5 pon turut merasai kesedihan dan kedukaan...
hari ini barulah aku mengetahuinya... maafkan diriku wahai sahabatku Tieqa Soffie ....
disini, aku ingin mengucapkan takziah kepadamu atas kehilangan bapa tercinta... sabarlah dalam menempuh liku-liku kehidupan.. setiap yang pergi tidak akan kembali lagi.. kita ni sebagai manusia yang belum menemui ajal..perlulah menyambung kehidupan dengan tabah... banyakkan berdoa dan beribadat... hadiahkanlah setiap butir perkataan yang dilafazkan melalui bacaan ayat suci al-Quran kepada bapamu yang tercinta... jangan sedih-sedih lagi ye... kuatkanlah dirimu...
marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah bapa sahabat saya ini... semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...
amin...
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Doa Buat Kekasih

Ya Allah...  Ya Tuhanku...
seandainya telah kau catatkan... dia milikku... dan ... tercipta untuk diriku...
maka.. temukan lah...,...satukanlah... hatiku dengan hatinya...
titipkanlah kebahagiaan... antara aku dan dia...
bimbinglah kami ke jalan kebenaran... jalan yang Kau redhai... janganlah Kau biarkan kami terjatuh dalam jurang semu..
Ya Allah... ku redha apa yang telah Kau takdirkan... ku harap dia adalah yang terbaik buatku.. kerana... hanya Kau yang tahu segala isi hatiku... dan... hanya pada-Mu tuhan ku mohon segalanya...
Ya Allah...Ya Tuhanku... ku pohon kudrat-Mu... ku pohon rahmat-Mu... ku impikan kejayaan... di dunia dan akhirat... bersamanya....
Amin Ya Rabbal alamin....
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Jodoh itu misteri, takdir itu pasti

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 
Topik saya kali ini agak hangat.
Agaknya lah kan, Mengapa saya katakan jodoh itu misteri???
Pada pendapat saya, jodoh ini telah ditetapkan sejak kita dalam kandungan ibu kita lagi. Selepas kita ditiupkan roh ke dalam jasad kita, Allah mula merencana setiap detik perjalanan kita sebaik sahaja kita lahir ke dunia ini. Pernahkah anda  sedar bahawa sebenarnya suami anda sekarang ini merupakan seseorang yang Allah telah amanahkan untuk menjaga diri anda sejak anda masih bayi? Jadi kenapa perlu terburu-buru dalam mencari cinta? Jodoh itu sudah pasti ada.Cuma takdir untuk kita bertemu jodoh kita itu sama ada di dunia mahupun di syurga nanti kerana Allah s.w.t telah menyebutkan sepotong ayat dalam Al-Quran yang bermaksud tiada seorang bujang pun di dalam syurga. Dengan kata lain, semua orang akan berkahwin juga Cuma takdir bagi setiap orang itu yang berbeza. Saya cuba memetik kata-kata Ustazah Fatimah Syarha penulis novel terhebat dan saya selitkan di dalam …

demam study??

assalamualaikum dan salam sejahtera...

sekarang ni msa utk study!!! yeeha~~
eh..seronok plak dy kan.. hahaha

sebenarnya tak pon...nervous je yg lebih ni...
so nak hilangkan nervous buat2 la happy...

orang selalu cakap jangan study hard tapi study smart...

cara untuk ulangkaji yang betul...

* jangan makan banyak sebelum study
* berwuduk dan membaca al-quran sebelum study
* baca banyak kali sekurang-kurang 7 kali
* ceritakan kepada rakan-rakan
* gunakan masa sepenuhnya
* selalu bangun malam untuk berdoa
* banyakkan berzikir
* jgn buat maksiat
* sebelum masuk dewan peperiksaan, mintak maaf dengan semua terutama dengan parents


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Mega Giveaway by Cik Hawa

Image
ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUHKorang! Jom join Mega Giveaway by Cik Hawa yang julung-julung kali ini. Banyak hadiah lumayan dan menarik menanti anda :D
click banner untuk join.
Mega Giveaway by Cik Hawa ini disponsor oleh Mayini, Deena, Memey, Isamudin Isa, Syauqah, Mastura, Nur Zack, Simple Syara, Adam Faiz, Haida, Nyamuk Terbang, Ifah Dafila, Kaqyonk Fauzi, Mazni, Eymasu, Bubu Lalola, Cikgu Hailmi, Nur Zahirah
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~