Aku...kamu..kita... apa bezanya???

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entry kali ini saya terasa tertarik untuk membincangkan mengenai persahabatan...

 “ Aku lebih gemar bersendirian dan bagi aku, bersendiri tu adalah satu kebebasan. Tak banyak buat dosa.”

Luahan kata-kata daripada seorang gadis yang pendiam yang ku kenali..

Mungkin kata-kata ini membuatkan kita menganggap si dia sebagai seorang yang sombong atau mungkin seorang yang ulat buku atau mungkin seseorang yang tak pandai berkomunikasi dalam sesebuah masyarakat...mereka juga merupakan golongan  yang sukar menolak perlawaan orang lain dan lebih senang menerima perlawaan tersebut..pendek kata, golongan ini senang didiskriminasi oleh golongan tertentu..

Saya percaya ‘ MENYENDIRI’ ini agak penting kerana kita dapat mengelakkan diri kita daripada perkara-perkara yang akan menjurus kita ke arah kerosakan dan kejahatan. Jadi, kita perlu tahu waktu bila kita nak bersama kawan...waktu bila kita nak bersendirian... kita juga dapat memuhasabah diri dikala kita bersendirian.

Tidak pula saya menyokong 100% konsep menyendiri ini...

 Mengapa saya katakan begini???

Sedar atau tidak... apabila kita sering bersama dalam satu kumpulan, kita akan lebih cenderung untuk membuat fitnah ke atas orang lain. Hal ini akan membuatkan jiwa kita mati dari mengingati Allah..
Tetapi ada sebahagiannya yang bertindak dalam satu kumpulan..memiliki perwatakan yang unggul dan berintegrasi...

Semuanya bergantung kepada pemilihan kawan @ sahabat @ rakan @ teman @ member yang dapat membawa kepada kebaikan.. hal ini kerana individu lain yang mendampingi kita akan menjadi cermin kepada diri kita...

Maksudnye????

Pengaruh rakan sebaya ini besar pengaruhnye dalam diri seseorang.. sebagai contoh, apabila kawan kita ingin mengikuti sesuatu majlis agama..sudah tentu dia akan mengajak kita...hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi pemikiran dan sikap kita...begitulah sebaliknya..

Apa bezanya kawan, teman, rakan, member dan sahabat ni???

Kawan  -  orang yang bersama-sama melakukan sesuatu kegiatan @ pekerjaan yang sama dalam satu organisasi.. ( dalam pergaulan seharian)..mengenali tetapi tidak begitu rapat @ tidak mengenali kita secara detail.. kebiasaannya bukanlah golongan yang sesuai untuk kita ceritakan rahsia mengenai diri kita.

Teman – orang yang bersama-sama melakukan sesuatu kegiatan dalam kehidupan seharian sehingga ke akhir hayat.. atau lebih tepat kawan akrab.. TERHAD kepada seorang sahaja...golongan ini biasanya menjadi pelengkap hidup individu lain..boleh jadi golongan ini merupakan suami sendiri... atau mungkin kawan lelaki (bagi lelaki yg bujang)... kawan perempuan ( bagi wanita yg bujang)..golongan ini kebiasaannya diberikan kepercayaan penuh terhadap sesuatu rahsia..mereka sering berkongsi suka dan duka..dan menjadi tempat luahan hati individu lain..kebiasaannya mereka tinggal bersama dibawah satu bumbung @ mungkin rumah bersebelahan..sentiasa menerima kelebihan dan kekurangan individu lain..

Rakan – kawan dalam sesebuah perkongsian (persatuan, jabatan @ organisasi dll)..golongan ini kita hanya mengenali mereka dari segi rupa paras..bentuk badan.. cara pertuturan..maksudnya kita hanya menyedari kehadiran golongan ini....tidak begitu mengenali golongan ini malah ada sebahagiannya kita tidak tahu nama dan alamat mereka..

Member – golongan@ ahli @ pengikut yang menganggotai sesebuah kumpulan @ persatuan.. perkataan member ini dikutip daripada istilah bahasa inggeris yang berperanan sama seperti kawan..maksudnya..kita mengenali mereka tetapi bukan secara detail...

Sahabat -  golongan yang bersama-sama melakukan setiap aktiviti ke arah kebaikan dan mengajak meninggalkan keburukan... peranan nya sama seperti teman.. tetapi tidak terhad kepada seorang..boleh jadi 2 orang @ 3 orang @ lebih..mengikut kepercayaan kita kepada mereka..Cuma mereka tidak tinggal sebumbung atau tinggal berdekatan.. tapi cukup dihubungkan melalui teknologi moden dan sering bertemu dan bersama..

Jadi ... yang mana yang patot kita percayai???

Jawapannya ialah ‘ sahabat ‘ dan ’ teman ‘......

Ciri-ciri SAHABAT @ TEMAN  ini ialah.....
·         Sentiasa mengajak ke arah kebaikan
·         Mampu menasihatkan kita
·         Bersama tak kira waktu susah atau senang
·         menziarahi sahabatnya sama ada diwaktu sahabatnya sakit atau tidak
·         mengecapi kejayaan dan kebahagiaan bersama-sama
·         saling bantu-membantu
·         boleh dipercayai
·         sentiasa menerima kelebihan dan kekurangan seseorang lain
·         membantu membaiki kekurangan orang lain dengan hikmah..
·         sentiasa bertoleransi
·         saling sayang-menyayangi...
·         segera memohon kemaafan antara satu sama lain juga tercetus perselisihan faham
·         tidak menganggap sesuatu masalah itu sbg serius..
·         mampu berfikir secara rasional
·         tidak menyebarkan keaiban dan rahsia individu lain

Akhir kalam.... TWO IS BETTER THAN ONE...


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Comments

Popular posts from this blog

Tuala wanita , Period Panties dan Tampon

Review SimplySiti Dermagic

Mataku coklat??