Thursday 4 July 2013

Berjuang di Medan ilmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ni saya nak menceritakan bagaimana untuk kita berjuang habis-habisan di medan ilmu...

Memandangkan saya telah habis peperiksaan, jadi saya ingin kongsikan serba sedikit amalan yang selalu saya lakukan pada musim peperiksaan..

Ok...kita sedia maklum...study week ni... antara seminggu atau seminggu setengah kan.. ikut kepada subjek yang telah habis dipelajari..

Sebelum  study week (buat jadual)
·         Senaraikan jumlah buku dan topik yang perlu dipelajari
·         Aturkan juga sesi ulangkaji bersama kawan2..
·         Agihkan jumlah buku mengikut hari

Sbg contoh : katakan ada 5 subjek..
hari
buku
ahad
sejarah
isnin
ekonomi
selasa
geografi
Rabu
Falsafah sains sosial
khamis
Pendidikan islam

·         Agihkan topik mengikut jumlah jam dalam sehari..
Masa
Jumlah jam
aktiviti
Tandakan (/) bg yg siap
6.00 pg – 7.30 pg
1 1/2 jam
Sej – bab 1 dan 2 (hafal)
/
7.30 pg – 8.00 pg
½ jam
Rehat (uruskn diri)
 (dalam proses)
8.15pg – 10.15pg
2 jam
Sej – bab 3 dan 4










Semasa study week

·         Follow je table yang dah dibuat..
·         Kalau ada perubahan apa-apa, means korang ada event yang kena ikut ka...maksudnya akan menyebabkan perubahan dalam time table.. korang boleh tambahkan jam pada waktu yang korang tetapkan untuk rehat... ( berkorban sikit apa salahnya kan)..
·         Jangan study lewat malam.. sekiranya keesokkan harinya ada peperiksaan...
·         Study smart dan gabungkan dengan study hard.. maksudnya... study smart = kita ada jadual terancang.. study hard = kita belajar dengan lebih gigih sedikit berbanding hari biasa..
·         Mulakan perbincangan dengan kawan-kawan dan pensyarah subjek  yang berkenaan.
·         Sebelum mula study..amik wuduk dan baca doa penerang hati terlebih dahulu...sediakan sebotol air putih..
·         Subjek yang perlu penekanan dan hafalan yang banyak...ulangkajilah di waktu pagi sesudah subuh..
·         Subjek yang perlukan pengiraan dan penelitian, eloklah diulangkaji pada sebelah petang..
·         Banyakkan ulangkaji soalan past year.. (sbb kebiasaannya soalan dy ada yang ulang-ulang)
·         Sebelum tidur, ingat kembali formula yang telah dihafal.. (refresh minda)... * awas... kadang2 boleh jadi tertidur tau tak..hehehe...

Sehari sebelum  peperiksaan

·         Semak semua nota.. dan soalan past year..
·         Pastikan alatan penting seperti alat tulis.. kad matrik... kad pengenalan... slip pengambilan peperiksaan..kalkulator.. semua tersedia di atas meja study..
·         Mohon maaf dan juga restu daripada ibu bapa,..ahli keluarga.. pensyarah..penasihat akademik..kawan-kawan..
·         Jangan banyak berbual kosong dan bergelak ketawa keterlaluan..
·         Pastikan sudah siap diseterikakan baju untuk dipakai keesokkan harinya..

Semasa musim peperiksaan.
·         Membawa semua alatan dengan lengkap ke dewan peperiksaan..
·         Membaca doa sejak dari mula keluar dari rumah..sehingga duduk didalam dewan peperiksaan.
·         Elakkan mempunyai perasaan gemuruh yang keterlaluan..
·         Untuk elakkan gemuruh.. beristighfar banyak-banyak...dan bacalah.. rabbi yasir wala tu assir..
·         (30 minit ke bawah) Sebelum masuk dalam dewan peperiksaan.. elakkan daripada menyemak kembali nota.. (tindakan ini akan menyebabkan diri kita lebih nervous)..
·         Masuk dewan dengan melangkah menggunakan kaki kanan terlebih dahulu dan membaca bismillah..
·         Duduk di kerusi dengan tenang.. dan mula membaca doa.. jgn buka kertas soalan lagi..( utk elakkan diri jadi cemas)
·         Bila bukak kertas soalan...1st thing... semak muka surat betul ke tak.. ada soalan macam kabur2 ke tak...baca semua soalan sepintas lalu..baca arahan yang paling penting..memang la kita dah faham format peperiksaan..tapi mana lah tahu dia ubah soalan pulak..then..barulah mula menjawab..
·         Kalau soalan berbentuk esei @ karangan..lakarkan dulu point kat kertas soalan..
·         Kalau soalan berbentuk fakta tapi dy mintak dalam point..tetap kena hurai macam biasa tau..
·         Kalau soalan berbentuk kira-kira..nyatakan jalan kira dari A to Z ... kita anggap je pemeriksa macam budak baru belajar...
·         Kalau soalan berbentuk graf...pastikan paksi y dan paksi x dy betul dan semak kembali semua titik yang digabungkan.
·         Yang paling penting, pastikan kita memenuhi kehendak soalan...bukan soalan yang ikut kehendak kita,,.hahahha...

Selepas musim peperiksaan
·         Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat
·         Bertawakal setelah berusaha bersungguh-sungguh
·         Tunggu result dengan sabar ye...

Itulah diantara tips untuk korang semua... saya sayang sangat anda-anda sekelian..


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: