Thursday 4 July 2013

Mahligai impianku...

1.       Syurga Firdaus
Syurga yang diciptakan dari emas yang merah dan diganjarkan kepada  orang yang khusyuk  dalam solatnya (kosongkan minda...minta perlindungan daripada Allah dari syaitan..memandang ke arah tempat solat sahaja..membaca surah lazim sekadar didengari oleh telinga sendiri dengan memahami maknanya..tidak banyak pergerakan dalam solat yang membolehkan terbatalnya solat..tidak solat dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu letih) , menjauhkan diri daripada perbuatan sia-sia  , sentiasa menunaikan zakat ( zakat zahir = zakat harta, zakat emas, zakat pelajaran dan sebagainya... zakat jiwa = sentiasa berzikir kepada Allah..sentiasa memohon keampunan daripada Allah.. sentiasa berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w ) , sentiasa menjaga kemaluannya (tidak melakukan zina :- zina kecil iaitu zina mata = melihat perkara yang diharamkan, zina telinga = tidak mendengar sesuatu keburukan dan keaiban , zina mulut = memperkatakan tentang sesuatu perkara yang mengaibkan diri sendiri mahupun orang lain , zina hati = berkeinginan untuk melakukan perkara yang diharamkan yang akhirnya membawa kepada zina besar..yakni disaat seseorang tidak lagi menjaga kemaluannya) , memelihara amanah  , menepati janji , dan memelihara solatnya ( solat di awal waktu ).

2.       Syurga ‘Adn
Syurga yang diciptakan dari intan putih dan diganjarkan kepada orang yang bertakwa kepada Allah  , orang yang beriman dan beramal soleh  , banyak membuat kebaikan dan meninggalkan perkara keburukan , sentiasa bersabar , sentiasa menginfaqkan hartanya (zakat) , dan membalas kejahatan dengan kebaikan.

3.       Syurga Naim
Syurga yang diciptakan dari perak putih dan diganjarkan kepada orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah dan orang yang beramal soleh.

4.       Syurga Ma’wa
Syurga yang diciptakan dari zamrud hijau dan diganjarkan kepada orang-orang yang bertakwa kepada Allah , orang yang beramal soleh , seseorang yang takut dan mempercayai dengan kebesaran Allah , dan seseorang yang mampu menahan hawa nafsu.

5.       Syurga Darussalam
Syurga yang diciptakan dari yakut merah dan diganjarkan kepada orang-orang yang mempunyai keimanan yang kuat dalam keislamannya , sentiasa membaca dan melihat ayat-ayat suci Allah , dan beramal soleh.

6.       Syurga Darul Muaqaamah
Syurga yang diciptakan daripada permata putih dan diganjarkan kepada orang yang sentiasa bersyukur kepada Allah. (orang-orang yang tinggal di dalamnya tidak pernah merasa lelah dan lesu )

7.       Syurga Al- Maqamul Amin
Syurga yang diciptakan daripada permata putih dan digandarkan kepada orang-orang yang sentiasa bertakwa kepada Allah.

8.       Syurga Khuldi
Syurga yang diciptakan daripada marjan merah dan kuning dan diganjarkan kepada orang yang taat menjalankan perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

semua orang memiliki impian yang sama sepertiku..

jadi...janganlah kita mensia-siakan kehidupan kita yang sementara ini...

marilah kita sama-sama memenuhinya dengan beribadah kepada Allah supaya kita dapat tinggal mahligai yang serba indah itu..semasa kita berada dalam kehidupan baru selepas dihidupkan kembali sesudah kita meninggal dunia..

insyaAllah...amin..


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: