~ Ayat-ayat Cinta ~

Bismillah hi rahman ni rahim

All praises belong to Allah Taala and may His choicest mercies and blessing be on His noble Messenger, Nabi Muhammad s.a.w ( Peace be upon him ).

'O our Rabb! Accord to us the coolness of our eyes from our spouses and children, and make us leaders of the pious. Aameen..



Followers

Keep in touch with me, Okey!

sila klik sini ye









  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

my e-days

Monday, 21 October 2013

USraH ~ bahagian 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya teruja sangat nak cerita tentang pengalaman manis saya mengikuti program usrah yang pertama kalinya saya ceburi...
Best sgt.. sukar digambarkan dengan kata2... mungkin ada orang yang akan menyatakan bahawa pengalaman sebegini telah biasa dilakukan oleh mereka...dan kemanisan dalam sebuah sesi usrah itu semakin tidak dirasai... tapi bagi saya walaupun saya pertama kali masùk...saya rasakan jiwa saya semakin hidup..mungkin bagi sesetengah pihak merasakan jemu mendengar usrah ni..tapi bagi saya...saya suka sangat mendengar orang lain memberi nasihat dalam nada yang sederhana dan berhemah dengan diselitkan cerita zaman rasullulllah s.a.w...orang cakap kita kena ada makanan rohani jugak...selalu jasmani ja diberikan makanan dan belaian...

Pada mulanya saya merasakan malas untuk bangun awal pagi...tapi saya tak tahu ada satu kuasa yang memanggil kan menggesa saya untuk teruskan hajat saya itu...masa sesi usrah yang berlangsung dengan sederhana itu...alhamdulillah 1** lebih yang datang pagi itu walaupun ada sebahagiannya yang terbongkang di atas katil..tapi alhamdulillah...Allah menyelamatkan saya dari terus hanyut dalam peraduan ku..terima kasih ya Allah..

Bagi yang teringin nak tahu..sesi usrah ni memang best sgt...selain dpt menimba ilmu...dpt juga berkenalan antara satu sama lain...dapat juga membaiki kelemahan diri..package 3 in 1... apa lagi yang ampa mau...jom la join usrah...saya bukan apa..sejak setahun dekat universiti ni..jarang dpt hadiri majlis ilmu sebegini...bila ada peluang macam ni,.takkan saya nak tolak pulak kan...

Pada mulanya sesi usrah kami ini dimulai dengan pendaftaran,..senaman ringan...sesi perkenalan...smart circle ( usrah dlm kumpulan kecil)....dan sesi ceramah...alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar,,..

Ni udah lebih ni...ngarot sgt dh ni...

Oklah..saya akan masukkan kepada topik yang telah dibincangkan...

Topik : Ukhwah
Penceramah : Ustaz Razil Rosli

Ukhwah - ikatan antara sesama muslim ( hablu minnan nas) dan hubungan dengan Allah s.w.t ( hablu minna Allah)... dan  Nabi Muhammad s.a.w..

Ciri-ciri manusia yang membina ukhwah kerana Allah..

#  tidak akan meninggalkan sahabat dalam kesusahan
#  bertoleransi dan sentiasa memaafkan orang lain
#  berjumpa sesama sahabat dengan bersenyum
#  setia dan tidak bercerita keburukan sahabat kepada sahabat yang lain
#  bersifat pemurah dan membantu sahabat
#  mengelakkan perselisihan pendapat
#  memudahkan urusan sahabat
#  berjabat tangan antara sahabat ketika berjumpa
#  menziarahi sahabat
#  sentiasa bergotong-royong antara sahabat
#  nasihat-menasihat ke jalan Allah
#  ikhlas dalam ukhwah
#  sentiasa mendoakan sahabat dan umat islam lain

Kelebihan mewujudkan ukhwah kerana Allah...

☆  Allah akan melanjutkan usia orang yang menjalinkan ukhwah
☆  dapat menimbulkan rasa kasih sayang antara saTu sama lain
☆  dapat menggembirakan hati2 orang yang beriman
☆  Allah dan para malaikat menyukai orang yang menjalinkan ukhwah..
☆  ikatan persaudaraan akan sentiasa berkekalan

¤  Tanpa ukhwah..umat islam akan ditindas oleh agama lain..anasir luar akan masuk...dan menyebabkan berlakunya malapetaka..

¤  apabila kita mencintai dan menyayangi saudara kita..hendaklah kita  memberitahu sahabat kita....

《 ♥ hargailah hubungan persaudaraan yang telah dibina selama ini...supaya hidup kita sentiasa berada dalam perlindungan Allah...hidup di dunia ini hanya lah sementara...buanglah segala persengketaan dan pertelingkahan.... jom bina hidup baru... ♥ 》

No comments: