Usrah ke- 3 : Sinar Hidayah

usrah yang telah saya ikuti seterusnya...Sinar Hidayah...



seseorang itu memerlukan Allah s.w.t untuk mengukuhkan diri supaya hidayah Allah tetap terus berada dalam diri dengan suburnya dan tidak pula berkurangan...

orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa berfikir tentang kehidupan setelah mati..


hidayah : suatu petunjuk untuk melakukan sesuatu perkara yang dituntut.
taufik : perkara yang telah diizinkan dan telah dibantu oleh seseorang itu melakukan perkara yang dituntut..

beberapa jenis hidayah mengikut Imam Al-Ghazali..

  • hidayah semulajadi  - cth : bayi..
  • hidayah pancaindera - cth : perasaan gembira..sedih..
  • hidayah akal - cth : manusia diberikan akal untuk berfikir
  • hidayah agama - cth :hidayah agama yang akan terpecah kepada hidayah taufik
(maaf tidak tulis perkataan arabnya..takut silap eja plak..heheh)

hidayah perlu dicari bukan dijumpai...

jadi untuk mendapatkan hidayah ini..perlulah dekati mereka yang menjaga fardhu ainnya..
golongan ini..apabila kita lihat wajahnya..kita akan insaf dan ingatkan Allah..kerana zikir tidak pernah lekang dari bibirnya..apabila kita lihat tingkahlakunya..kita akan ingat pada kematian kerana si dia beramal seperti akan mati pada esok hari...

so..jangan malas dalam mencari hidayah Allah..Allah tak pernah kedekut dengan hambanya yang selalu meminta-minta dengan nya..

punca seseorang itu menjadi malas kerana dia tidak pernah bersyukur dalam kehidupannya..

ciri-ciri orang yang mendapat hidayah
  • orang yang sering berfikir akan mati (perasaan untuk berubah yang tinggi)
  • orang yang rasa ringan untuk melakukan ibadah
  • orang yang bersyukur
  • orang yang istiqamah
mereka yang telah mendapat hidayah ini akan dapat merasai kemanisan dalam melakukan ibadah seharian dan tidak sabar-sabar untuk menantikan adanya pertemuan seterusnya dengan Allah..dan mengharapnya pada keesokkan dan seterusnya..

tetapi...

apabila hati manusia ini tidak diselenggara dan dibiarkan diselaputi dengan noda hitam kerana sudah sebati melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali tanpa penyucian hingga akhirnya sukar hati itu untuk menerima kebenaran yang diimani sebelumnya..

hal ini kerana.. apabila manusia telah membiasakan keadaan hatinya lalai daripada cahaya Allah s.w.t mungkin akan dibiarkan oleh Allah s.w.t untuk terus berada dalam kelalaian dan jauh dari rahmat-Nya,..

nak nasyid sikit la..heheh..

jagalah hati jangan kau kotori..
jagalah hati cahaya Ilahi..


jom amalkan doa ini...















~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Comments

Popular posts from this blog

Tuala wanita , Period Panties dan Tampon

Review SimplySiti Dermagic

Mataku coklat??