Friday 15 November 2013

Rahsia kekal cantik dan coomel

assalamualaikum dan salam sejahtera...

sebelum kita teruskan...

jom layan abg amar nyanyi...


oklah...sya nak teruskan dengan rahsia kekal cantik tapi nampak macam coomel je... hhehe..

baiklah.. 

kecantikan dengan wanita memang tidak dapat dipisahkan..
dulu-dulu..mmg la org tak pentingkan lagi kecantikan ini..tapi sekarang bila banyak usaha kearah kecantikan, ramai wanita yang mula menyedari yang mereka perlu untuk nampak cantik. sehinggakan ada sebahagian besar golongan wanita yang sanggup menghabiskan ratusan duit untuk membeli produk kecantikan macam saya..hahahah...
 jadi tidak hairanlah kenapa zaman sekarang ramai lelaki yang kahwin banyak..
faktor persekitaran sama la kan...
tapi...
for my future roomateee...
no..no...no..no way...
hahaha (gelak nakal)..

saya rasakan dan saya nasihatkan kepada golongan wanita terpedaya dengan produk2 terkini yang diiklankan di tv @ radio @ mana2 blog.. (maaf kepada yang terasa..izinkan saya cakap habis dulu..hehehe)
kepada yang beli tu tak salah..tapi sebelum beli pastikan anda check dulu benda kat bawah ni..
  1. nama produk
  2. bahan-bahan dalam produk tu (bagi orang islam..check sama ada kena mengena dengan khinzir..kalau tak silap ada kod dy tertentu)
  3. check dulu tarikh luput dy (kalau ada)..barang kosmetik ni kalau yang dah lama sangat pon tak elok untuk kulit.
  4. bila dah ok..check kat laman sesawang kkm..ni cara nak semak... http://www.enieque.com/tips/macam-mana-nak-semak-no-kkm/
  5. lepas dah semak produk tu selamat ke tak..bru la boleh guna tau...

tapikan...sebaiknya jom kita elak guna produk kecantikan banyak  sgt..sebab.. produk-produk ni banyak bahan kimia...

tips kedua untuk nampak cantik...

bagi adik-adik yang baru memasuki alam remaja ( baru baligh)..akak sarankan jangan teruss agresif nak pakai pencuci muka @ krim ke pe ke...sebab kulit kita masih dalam proses nak berubah..mengikut hormon kita..sebaliknya gunakan bedak sejuk..kalau boleh bedak sejuk asli buatan sendiri..sebab ada bedak sejuk zmn sekarang bubuh bahan kimia untuk bagi wangi...kalau tak jumpa jugak tak pa..guna sahaja bedak sejuk tu..tak pon bedak nyonya yang warna pink dalam botol kaca tu..

jika ada banyak jerawat..jangan sesekali picit @ menggaru..memang la mula-mula dy rasa pedih dan gatal..biarkan je..kalau adik-adik terus menggaru akan jadi parut pulak..nak ke nampak huduh dengan parut..eeiii..tak nak la.nanty kurang dowry..hehehe...

kalau nak cepatkan jerawat tu hilang..tempek bedak sejuk bagi banyak sikit kat tempat ada jerawat..sambil berselawat...insyaAllah...akan hilang dalam masa seminggu..

kalau adik-adik nak pakai jugak pencuci muka...tunggu dulu sehingga kulit muka melepasi tempoh matang masa umur 15 tahun..lebih afdal 16 tahun...masa ini kulit muka baru sesuai nak pakai pencuci muka..tetapi pastikan pakai satu jenis sahaja sampai bila-bila..jangan mudah terpedaya dengan iklan yang akan menyebabkan kita tukar jenama.. pertukaran jenama produk akan menyebabkan kulit muka terkejut..

antara simptomnya :
  • kulit muka gatal dan kemerah-merahan
  • muka cepat berpeluh walaupun cuaca tidak panas
  • jerawat tumbuh banyak dan tak tekawal
  • kulit muka semakin berminyak
jadi..untuk mengelakkan berlakunya perkara sedemikian...kalau nak tukar jugak jenama lain..pastikan anda meninggalkan atau tidak menggunakan apa-apa produk selama sminggu..kemudian baru beralih ke produk baru..kalau dia bagi kesan pon tak de la teruk sgt..mungkin dalam 3 hari saja...

sekiranya anda dah beralih kepada penggunaan pencuci muka..tidak salah sekiranya anda masih ingin menggunakan bedak sejuk untuk membaik pulih sel-sel kulit..biasanya bedak sejuk di pakai pada waktu malam...ataupun mask...

bagi saya..untuk nak jimat..lebih baik guna bedak sejuk selamanya...senang!!!


tip 3 untuk nampak cantik...

bagi yang lebih sukakan natural look...
boleh try cara ni...
  1. bukak paip air...
  2. tadah tangan kat aitr
  3. sebelum raup ke muka..baca surah yusuf ayat 4 dalam air...
  4. lepas tu..sapu air tu kat muka...
* boleh gantikan surah yusuf dengan surah yunus ayat 81..
dan surah qasas ayat 24..
.

sumber : Nor Amanda



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~