Friday 31 October 2014

Bantu-membantu amalan mulia..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

saya nak minta semua untuk isi borang yang ada kat atas tu ye..
mohon bantu saya.. 
penting sangat..

Bagi yang dah isi,saya doakan semoga Allah balas jasa tuan-tuan dan puan-puan sampai hari kiamat.. amiin...

sayang semua... :)


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Abahku, Kenangan indah buatku

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Abah..
Kini, kehilanganmu ku rasai..
tawa dan sendamu masih disini..
kehadiranmu hanya sekali..
kini kau pergi takkan kembali..

Dulu, tangan kasar itu menyentuh pipi..
menghapus sedih, merawat luka..
memujuk kata, membuah bahagia
menyambut dengan kasih dan sayang

lewat ku mengerti ketiadaanmu disisi
namun..
ku tetap redha akan mimpi ini
akan ku minta pada yang Esa
supaya tetapkan kami bersama disyurga,
haramkanlah neraka ke atas dirinya.

Abah..
ku bisikkan kerinduan tidak terkata
mengharap kasih tak kunjung tiba
peribadimu, mengamit semua kenangan lama

Sementara cuma, kasih sucimu
ku genggam erat tangan kaku itu
ku cium penuh nyahdu
mengharap esok akan ketemu

Yasin ku atur penuh merdu
mengharap pahala mengiringimu
menghapus dosamu yang terdahulu
mengangkat darjatmu ke arasy yang satu


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday 17 October 2014

Mesin jahit kesayanganku

Assalamualaikum dan salam sejahtera. ..
Hari ini saya hendak menceritakan tentang my newborn sewing machine yang baru saya beli baru-baru ini.. alhamdulillah. .. sudah lama saya tunggu untuk beli mesin jahit itu... OMI SM1 sewing machines 505 Purple..that's my newborn baby name..
Mesin jahit ni saya beli sendiri.. malas nak harap kat mak dah.. dah patah hati dah sebenarnya dengan kata kata mak tu..entahlah.. tak tahu nak bagitau macam mana lagi dah tentang minat saya yang mendalam dengan mesin jahit ni. .. susah sebenarnya nak dapatkan persetujuan daripada mak.. lepas tu, saya ambil keputusan untuk beli jugak mesin jahit ni. .. alhamdulillah dengan keizinan Allah,,, hari ni saya tempah, esok tu dah sampai dah... alhamdulillah. .. Allah tak sia2 kan permintaan hambaNya ni...  dah dapat dan sampai ke tangan saya baru saya bagi tahu mak... hehehhe,,, fuh,,, penangan dia,, terkeluar taik telinga,, heheheh.. tapi lepas tu mak tak kata apa2 dah,,, mak macam redha ja.. heheheh.,
Lepas dah sampai saya bukak bungkusan dengan penuh rasa teruja dan gembira.. dah bukak dan pasang benang... saya pasangkan plug dan start menjahit.. benda pertama yg saya mula jahit guna perca kain baju tunang saya dulu.. jadilah pouch handset... alhamdulillah menjadi... saya semakin teruja.. xsabar nk jahit yang lain pulak...petang tu jugak saya keluar ke kompleks bukit jambul.. beli kain cotton kat kamdar.. beli 5 meter.. ingt nak jahut sarung bantal.. saya betul 2 corak kain yang berbeza tapi warna tetap sama.. pink again,, memang tak leh nak lari la dari pink., hehehehe... masa on the way nak pergi ke BJ... my Tab jatuh,.. retak screen... melayang rm150,, erm.. nak buat macam mana kan.. redha je la... dah puas window shopping. . Then balik bilik.. dengan tak buka tudung lagi.. terus mulakan operasi menjahit.. haahahah... taraaa... dah bertukar dah.. bantal busuk ( dari standard 2) dah jadi bantal baru.. heheheh... alhamdulillah semua ni berlaku dengan izin Allah. .. seharian menjahit.. dari pukul 9 malam sampai pukul 11 malam...nanti saya tunjuk gambar apa yang saya dah buat menggunakan mesin ajaib ni,, hehehehe
Ramai yang tanya beli kat mana... berapa ratus abis? Ada warna apa lagi? Syok tak guna,.
Saya beli dengan lazada... salah satu tempat shopping yang saya sukai.. cepat.. cekap.. boleh dipercayai. . Walaupun trademarks dia, Effortless shopping. .. memang tak sanggup la nak keluar bilik pergi ke tesco ke mydin ke pe ke.. jadi kat sini jelah tempat saya berkumpul untuk labur duit.. ceewahhh.. macam banyak pulak duit saya kan...
Saya suka beli kat lazada sebab polisi dia Cash on Delivery... tapi ada je barang yang tak macam tu.. contoh barang yang lebih rm300 tak la diorang nak buat COD  kan... erm... alhamdulillah. ..stakat ni boleh dipercayai lagi... hopefully nanti depa punya service macam ni jugak sampai bila2. . Saya bayar dalam RM135. .. tak de charge tambahan.. alhamdulillah. .. mesin jahit yang saya beli ni warna purple.. ada ja warna hijau.. tapi saya pilih purple sebab lebih menawan.. hehehehe...
Apa yang bestnya guna mesin jahit ni?
Okey, yang pertamanya.. mesin jahit ni semi-auto.. means hampa boleh guna dalam dua cara, , manual : guna pedal kaki... dan auto : button high or low yang ada kat mesin tu..
Mesin ni jugak ada beberapa kelebihan yang tak selalu ada kat mesin jahit lain iaitu ada beberapa jenis jahitan yang dapat digunapakai.. multipurpose kan,, dan multifunction. ..
Kenapa dikatakan multifunction? 
Sebab dia ada tempat untuk putuskan benang dengan sendiri tanpa perlu susah2 nak cari gunting.. dia juga ada lampu kecil kat tempat jahit.. kot2 la ada yang dah biasa menjahit.. sampai nak tido pon dok teringat nak menjahit jugak.. boleh guna lampu ni untuk tak ganggu orang lain tido.. lagipon bunyi dia tak kuat sangat pon.. biasa2 saja.. jadi sesuai la untuk penggunaan pada waktu malam. .
Mesin jahit ini jugak boleh refill sarung benang yang dah habis dah.. sebab mesin ini ada alat yang tersendiri..
Alhamdulillah, . Memang mudah guna mesin jahit ni.. jauh lebih mudah daripada mesin jahit lama.. harga pun berpatutan. .  Tak dak la berat sangat dalam 4 kg cam tu ja,, ringan.. boleh la kalau nak bawak pi mana2..
Untuk travel..
Mesin ni paling sesuai sebab mesin ni boleh bubuh bateri. . 2A .. dalam 4 biji macam tu la... means tak gaduh susah2 nak cari soket nak  pasang plug kalau nak guna.,. Just pasang batery dan dah boleh guna dah... pendek kata semua mudah la.., hehhehhe
Saya nak bagitahu satu rahsia ni...
Sebenarnya antara sebab lain saya nak beli mesin jahit ni...
Sebab.....
Antara projek memikat suami saya.... heheheh,,, saya nak bakal suami saya tahu bahawa walau pun rupa paras saya tak cantik,,, fizikal saya tak menawan.. tapi saya nak kelebihan saya inilah yang mampu curi hati dia..berbanding wanita lain.. saya nak dia tak rasa sia2 dia bagi duit hantaran banyak2.. saya nak banggakan andika dengan kelebihan saya.. jangan pernah menyesal ye atas perhubungan kita ni.. semoga urusan pernikahan kita dipermudahkan dan dipercepatkan serta mendapat redha kedua2 belah keluarga. . Amiin,,

Thursday 16 October 2014

Ways to improve Quality of Human Resources


Education is essential element to improve the quality of human resource. To improve quality of human resource, need to change the standard of education. Our education system still drop than other developed countries education system. So our government has to do evolution on education system to improve quality of human resource.
            Moreover, to make sure quality of human resource improved, we should encourage lifelong learning process. Most of employees after got job, employees won’t to improve their skills and fail to make a changing in job system. They more comfortable with old style and it makes a difficulty to country to achieve a good position in economy and also social.           
            Other than that, companies also should prepare good platform to employees increase their capabilities. Each year, they should arrange training for their workers. It needed to make sure employees are getting more caliber and creative. Companies also can give more rewards to every improvement of their workers to encourage them put more efforts to improve their self.
            Improvement in human capital is really important to improve quality of human resource. Good human capital absolutely can be a great human resource. A great human resource should integrated with aspect of physical, mental, spiritual and also intellectually

The most important basis for improving the quality of human resources is to improve the quality of training and development (T&D). According to Nadler and Wiggs (1989), "training" consists of activities aimed at improving the performance of an individual in his current position or job related. However, "development" is defined as learning- oriented personal development and organization but it is not limited to a current job or future career. As we all know, training and development (T&D) is to develop the skills of leadership and human resources to manage a job or organization. This is because an individual who has received training means he has got a particular skill or skills such as technical knowledge, problem solving ability, experience or new properties depending on the form of the types of training received.The lack of effectiveness of the training provided by an individual will affect human resource skills in dealing with an occupation or organization. This is because the most effective way to improve the skills of human resources is through systematic skills training. This aspect is important because in the era of the knowledge- Economic realization, quality of human resources should be enhanced with emphasis on planning in a training and development (T&D). This is because, according to Tracy (1992), planning, training and development (T&D) is critical to the effective management of the organization. Without careful planning and complete a program of training and development (T&D) undertaken will be in vain and all the resources available in an organization will be wasted. Therefore, a program of training and development (T&D) which is designed to bestudied will advance its goals and objectives. This is because if a program of training and development (T&D) carried out regardless of the goals of the organization will be a negative impact not only to companies but also to the development of human resources.Moreover, in line with the requirements of globalization and K- Economic, then a training and development (T&D) requires that a change in the application of creative skills and scientific technology. This is because the use of information technology is a new trend in human resource management. Thus, training and development programs to create a skills training in the application of technology and scientific. It aims to produce human resources with skills in technology to help organizations reduce costs, labor, work space and so on. Therefore, the excellent quality of human resources could be born through training and development (T&D) quality .

Importance of human resource

The importance of human resources is to Improving the effectiveness system of labor markets performs its allocative function. The setting of the goals is a part of the logical process of planning any activity. Educational policy has helped us toward the goal of manning our industrial establishment, but it has also help us toward the goal of rounded achievement and the advancement of individuals. For some people they might describe this goal as “improving the quality of the labor force.” It is important to recognize that a society can overinvest in education, training and health care as well as underinvest. This goal actualy to improve the funtioning of labor markets and helping to train the labor force. The quality of human resources can be upgrade and increases because we know that human resources can be developed compared to the natural resources which is high level of risk. To reinforce the fact today industrial sector and global economy are no longer looks for a natural resources but they are looking for a educated human resources with high of skilled. So that the quality of human resources obtained through investment in human resources is the most important asset for a nation, especially for nations that are short of capital and actual physical resources.

Human resources also known as human capital  is one of the fundamental towards developmental process. This importance of human resouces because human capital will lead to the economic growth such as education, training, better health facilities, sanitation, water supply and shelter are essential sources of increasing labour productivity. Natural resources in whatever form will not on their own contribute to the development of the world to the extent that can be seen today. It is clear that the human factor plays a decisive and active role in economic and social progress, while at the same time it becomes the ultimate beneficiary of this development. For the information, human resources development is evidently much more than an instrument for development because it is ultimate objective of the development process itself. The concept of human resources development assumes that human beings are a great asset in the organisation.
          The function of human resource management refers to the work and the work done by a small or large organization in order to provide and coordinate human resources. These functions include a variety of activities that give significance to all parts of the organization. There area six functions of human resource management, namely human Resource Planning, Human Resource Development, Compensation and Faclities, Health and Safety, Industrial Relations, and Human Resource Research. Human capital has been argued to be mostly important for young organizations. 
Young organisations suffer from the effect of newness and challenge, which refers most of the young organisations have a higher propensity of comparing them with older and more established enterprises, especially when implementing  new projects, and development plans. The main reasons is less experience and skill shortage. The liability of newness is partially due to skill gaps and lack of information and therefore, human capital can reduce the liability of newness. As example, young businesses are mostly mostly confronted with many different and potentially new issues and tasks. For the existence in the business they have to respond to those situations as well as may require immediate decisions and actions. Routines and strategies, however, have yet to be developed. High level of human capital assists such organisations to learn new tasks and roles and to adapt to new situations . Thus, human capital should be more important in the initial years of business rather than during later stages to implementing and maintaining all necessary human resource policies and procedures to enable the organization to achieve its objective (Barry Cushway 1999).

 Human capital is an important factor for those industries with higher level of technology. Because skilled and experience human resource is the only way to adopt new knowledge and skills. And apart from those, Human capital is mostly important for young business than, established organization. Young organization need to compete with other established and needs expertise knowledge and skills to take quick decisions. And as the Nobel Prize winning economist Gary S. Becker, who coined the term “human capital,” says that “the basic resource in any company is the people. The most successful  countries will be those that manage human capital in the most effective and efficient manner. Human capital is a valuable resource to any organization because that people should be treated as assets, rather than asan experts.

kepentingan dan sumber-sumber dalam penyelidikan

Sumber ilmu pengetahuan diperolehi daripada beberapa sumber iaitu pengetahuan daripada para pakar dan autoriti, pengalaman sendiri, tradisi, pengetahuan umum dan penyelidikan. Berdasarkan sumber-sumber pengetahuan tersebut didapati bahawa sumber yang paling diyakini diperoleh daripada penyelidikan. Penyelidikan bermaksud sesuatu seni untuk menyingkap pengetahuan baru. Menurut Sakaran (2000), penyelidikan dikatakan sebagai proses untuk mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah setelah membuat analisis dan penelitian yang mendalam tentang sesuatu faktor yang berkaitan. Justeru itu, bagi menyingkap sesuatu pengetahuan yang baru penyelidikan ini memerlukan daya kreativiti dan pemikiran yang mendalam. Penyelidikan ini, sebenarnya membayangkan kepada kita bahawa ilmu tersebut telah pun sedia ada. Oleh itu, kerja penyelidik perlu menyingkap ilmu tersebut melalui pelbagai teknik.
Penyelidikan sosial mengikuti suatu proses sains untuk mewujudkan ilmu baru. Bagi memulakan penyelidikan ini, pakar yang datang daripada pelbagai fakulti dan jabatan mengikut kelompok sains sosial yang tersendiri. Penglibatan mereka adalah berdasarkan kepakaran bidang masing-masing. Kumpulan inilah yang biasanya menjalankan penyelidikan. Mereka menggunakan data untuk menyokong atau menolak teori-teori tertentu. Situasi utama yang menyebabkan para ahli sains ini memulakan penyelidikan adalah sikap-sikap saintifik yang ada dalam diri mereka iaitu sifat ingin tahu (curiousity), ragu-ragu dan ingin tahu dengan lebih mendalam (scepticism) dan juga bersifat objektif. Terdapat dua bentuk data yang digunakan dalam penyelidikan ini. Yang pertama ialah data berbentuk abstrak. Data ini diperoleh dengan cara memerhati dan melihat dunia sosial. Sebagai contoh, idea, andaian, teori, paradigma, konsep, model dan pendekatan yang sesuai. Manakala bentuk data yang kedua ialah data bentuk empirikal. Data bentuk empirikal diambil dengan cara memberi dan mengumpul maklumat mengenai dunia sosial melalui pancaindera. Teknik mengumpul, mengutip, menghimpun dan menambah data dalam keadaan yang lebih konkrit.
Faedah penyelidikan ini adalah dapat mewujudkan sesuatu yang baru daripada hasil penyelidikan. Hal ini wujud daripada pelbagai bentuk persoalan yang cuba diselesaikan dan pembentukan idea baru.  Penyelidikan yang dilakukan dengan sempurna dapat membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi serta menghalang daripada mengulangi kesilapan yang berlaku. Hasil penyelidikan juga menemukan tindakan yang dapat dilakukan untuk mengatasi penyimpangan dalam setiap persoalan kajian.
Dengan adanya penyelidikan ini juga mampu meningkatkan ekonomi. Hal ini kerana pakar-pakar ekonomi dapat mengenal pasti peluang-peluang yang mampu meningkatkan pendapatan negara. Selain itu, ia juga dilihat penting dalam mengisi peluang perlaburan yang baik dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan negara. Seterusnya, penyelidikan yang sempurna mampu meningkatkan keupayaan, pengetahuan dan inovasi negara serta mampu membentuk ‘Minda Kelas Pertama’ dalam kalangan rakyat. Pengetahuan yang luas dan inovasi dapat membantu industri negara menghasilkan barangan atau produk serta perkhidmatan yang berkualiti. Perkara ini membuka peluang ekonomi dan memberi impak positif dalam pembangunan negara kita.
Oleh itu, penyelidikan juga mampu membantu masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berlaku dalam negara. Ketidakseimbangan yang berlaku akibat kekurangan ilmu tanpa adanya penyelidikan yang lengkap tentang sesuatu permasalahan. Hal ini akan mewujudkan jurang perbezaan maklumat dalam kajian yang dikaji. Jadi, jelaslah menunjukkan kajian atau penyelidikan yang dilakukan dapat mengenalpasti masalah yang berlaku serta dapat mencari jalan penyelesaian yang berkesan untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang berlaku.
Penyelidikan yang berunsurkan ilmiah yang dilakukan secara berterusan ini mampu meningkatkan tahap dan kualiti hidup rakyat kerana mampu membina tenaga kerja yang lebih produktif. Kajian yang dilakukan ini mampu mengenal pasti kekurangan dan keperluan secara nyata. Hal ini kerana bagi mendapatkan penyelidikan yang tepat, para penyelidik akan mendekati golongan rakyat daripada lapisan masyarakat yang pelbagai dan daripada latar belakang yang berlainan. Perkara ini mampu mencerminkan secara lebih terperinci tentang keperluan yang perlu ditunaikan.
Seterusnya, penyelidikan yang berkesan mampu memperkukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Ini disebabkan oleh para penyelidik dapat menemui masalah dan kegagalan yang dihadapi dengan adanya penyelidikan daripada kajian yang lepas. Oleh itu, punca kegagalan ini dapat dikenalpasti dan diperbaiki dalam masa yang ringkas. Dengan adanya penyelidikan ini, sesuatu perkara itu dapat diselesaikan dan diperkukuhkan dengan jalan penyelesaian yang baru sekaligus dapat memperkukuhkan kedudukan sesuatu perkara. Hal ini kerana setiap penyelidikan mempunyai kepentingan tersendiri mengikut bidang yang dikaji dan akan berjaya sekiranya penyelidikan ini dilakukan secara serius, tepat dan sistematik.
Namun terdapat juga sumber ilmu selain penyelidikan yang menjadi rujukan iaitu melalui tradisi. Tradisi ialah satu cabang ilmu ini telah diketengahkan sejak zaman pertengahan hanya menggalakan pengertian tentang amalan dan isu keagamaan yang bersifat abstrak seperti kajian tentang alam nyata , penciptaan , sifat tuhan baik alam fizikal mahupun sosial. Tradisi ilmu ini bersifat teleological dan diasaskan kepada kepercayaan tuhan adalah sumber pengetahuan. Hal ini kerana tradisi ini bersifat turun temurun, menyebabkan tiada kesahihan dalam sumber yang diperolehi berbanding dengan penyelidikan yang mempunyai maklumat sistematik , teratur dan terkini.
Sumber pengetahuan juga mungkin datang daripada seseorang yang berautoriti dalam bidang tertentu (method of authority). Sebagai contoh kata-kata pemimpin sering dianggap benar dan berautoriti, walaupun kadang kala pemimpin berkenaan bercakap bukan dalam bidang kepakarannya. Di dalam dunia pengetahuan, pandangan orang yang benar-benar pakar dalam bidangnya sering diiktiraf sebagai sumber pengetahuan yang sah. Umpamanya dalam hal koperasi Profesor DiRaja Ungku Aziz diiktiraf sebagai orang yang berautoriti dalam bidang berkenaan. Profesor Khoo Kay Kim ialah orang yang berautoriti dalam sejarah manakala Profesor Awang Had Salleh ialah orang yang berautoriti dalam bidang bahasa, begitu juga dengan tokoh lain di peringkat antarabangsa seperti Kotler dalam bidang pemasaran, Drucker dalam bidang pengurusan, Yukl dalam kepimpinan dan sebagainya. Oleh itu, jelas membuktikan sumber yang didapati daripada para pakar dan berautoriti bergantung kepada kebijaksaannya dalam bersuara walaupun bukan dalam kepakarannya. Namun penyelidikan menekankan aspek kesahihan dalam sumber ilmu kerana memgumpul data untuk dijadikan bahan bukti supaya tiada yang boleh mepertikaikan.
Selain itu, pengalaman seseorang juga boleh dijadikn sebagai sumber ilmu. Empirisme berasal daripada kata yunani empeirisko bererti pengalaman. Menurut aliran ini manusia memperolehi pengetahuan berdasarkan pengalaman yang lalu. Pada awalnya manusia tidak mengetahui apa-apa, namun setelah melalui pelbagai jenis pegalaman ia dijadikan ilmu pengetahuan sebagai panduan. Sumber pengetahuan ini diperolehi daripada pengamatan iaitu melalui pancaindera seperti pemerhatian, meramal dan memahami.
Pengetahuan umum didefinisikan sebagai ilmu dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut keadah tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dalam bidang ilmu tersebut. Dalam zaman moden pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengetahuan zaman moden ilmu merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Kewujudan perkara lain dalam keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan sebagai bukti dalam pengetahuan. Selain daripada itu, mereka berpendapat bahawa ajaran agama terkeluar secara automatik daripada takrif dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata. Secara kesimpulannya, ini membuktikan bahawa pengetahuan tidak dapat digunakan sepenuhnya dalam kajian harian bidang sains sosial berbanding penyelidikan kerana terdapat sesetengah sumber mahupun pendapat yang tidak selari dengan teori sains sosial.

Kesimpulan, ilmu pengetahuan ini haruslah bersifat positif,ilmiah, objektif dan universal. Objektif ilmu pengetahuan ini mestilah melibatkan antara dua pihak iaitu subjek dan objek. Pada pihak subjek iaitu para penyelidik itu sendiri perlulah memiliki ilmu sains supaya melalui penyelidikan ini, teori-teori ilmiah dapat dijelaskan melalui fakta-fakta dan kejadian-kejadian yang dapat diperhatikan. Pada pihak objek, aspek-aspek dan dimensi lain tidak dapat diukur dengan tepat kerana hanya diperolehi melalui pemerhatian. Jadi, penyelidikan ini bukan sahaja dalam bentuk ramalan, pengamatan malah melalui pertimbangan ilmu sains secara matematik bagi memastikan ilmu pengetahuan itu bebas daripada penilaian yang bersifat subjektif dan mempunyai kebenaran yang tinggi.

Tuesday 7 October 2014

Keluargaku = keluarganya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat hari raya aidil adha, nak ucapkan kepada semua yang mengenali diriku..

Bersempena hari raya ni, kak saya telah bagi cadangan untuk beraya bersama dengan keluarga tunangku..
Subhana Allah.. tak terungkap ucapan alhamdulillah ke hadrat Allah. .. syukur sangat. .
Memang dah lama saya nak pergi ke rumah si dia.. tapi kerana rasa hormat dengan perintah mak..
Saya tak berani nak kata apa apa pun.. saya faham apa yang mak buat untuk kebaikan dan menjaga maruah keluarga kami juga. .. jadi, saya layankan saja..
Bila mak  dah setuju... then kami decided nak pergi rumah si dia. .

Saya beritahu En. Tunang tentang kedatangan kami...si dia sangat happy.. tak terungkap..
Mau tak nye.. saya belum pernah menjejakkan kaki ke rumahnya sebelum ini..
Petang tu, selepas semua tetamu balik.. kami bersiap siap dengan segera.. takut kalau kalau akan ada lagi tetamu yang hadir.
Lebih kurang pukul 5 lebih kami bertolak ke rumah si dia..
Nasib dekat je.. Gurun Sahara ja pon.. hehehe..
Rumah saya kat bukit selambau jadi lebih kurang 30 minit sampai la..

Alhamdulillah. . Keluarga si dia melayani keluarga saya dengan baik sekali..
Terharu sangat..
Saya dah anggap keluarganya = keluarga saya sendiri..
Masakan bakal MIL pon sedap sedap belaka..
Nasi daging dgn bihun sup..
Memang meleleh air liur..
Patutlah En. Tunang makin mem 'Bam Bam' kan diri..

Abg jan merangkap abg ipar saya kata.. " mampuih la ang siti, mak dia dah la pandai masak,. Ang belajaq la masak sedap sedap lepas ni..."...
Saya senyum je.. ada betulnya apa yang abg ipar cakapkan tu..
InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk belajar masak..
Respon En. Tunang, " tak pa la tak pandai masak,  nanti boleh belajaq dengan mak"...
Yelah awak...

Memang rancak la sembang dengan mak dan ayah si dia.. keluarga si dia pon sporting. ...
Alhamdulillah. . Happy sangat...
Dah rasa macam sebahagian keluarga sendiri dah..
Sampai balik layanan yang diberikan sangat mengharukan hati saya..
Sebelum balik sempat berborak dengan ayahnya..
Ayah si dia kata " ha, dah ingat ka jalan nak mai sini?"..
Saya senyum ja.. dan kata " pernah mai, tapi dulu garaj lain.. sekarang dah lain.. hehhee"
Memang la pernah pergi ke rumah si dia sebab kat depàn rumah si dia selalu jadi pot untuk berkumpul sebelum pergi mana mana. . Cuma tak pernah masuk rumah si dia ja..

Balik ja rumah.. perasaan sedih menyelubungi diri sendiri. .
Sedih + marah pada diri sendiri sebab terlupa nak ambil gambar ramai ramai dengan keluarga si tunang..
Sedih sangat.. mungkin ada hikmahnya kot.. husnuzon..

InsyaAllah,..
kalau ada sumur diladang,
boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita bersama lagi. . ♡ ♡ ♡ ♡ ♡

#maaf  *no pictures here!