Sunday 7 December 2014

Jom Belajar Tajwid

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada kali ni saya nak ajak kawan-kawan sama-sama perbaiki bacaan tajwid kita..
Saya nak kembali mengingati apa yang pernah saya pelajari dulu..

Apa itu Al-Quran?

Al-Quran adalah kitab suci umat islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat jibrail yang digunakan sampai sekarang.
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. Mukjizat Al-Quran ini mampu mencairkan cairan kuning yang berada dalam otak sekaligus menajamkan fikiran dan daya ingatan. Al-Quran akan menjadi pelindung kita pada hari kiamat nanti.

Huruf Asas (Hijaiyyah) dalam Al-Quran




Cara pembacaan huruf hijaiyyah yang betul




Belajar Tajwid?

Tajwid bermaksud memperelokkan (bahasa) atau (istilah) mengelokkan bacaan al-quran mengikut hukum-hukum tertentu dan memelihara makhraj serta sifat hurufnya.

Hukum mempelajari tajwid ialah fardu kifayah ( jika salah seorang muslim mewakili masyarakat setempat untuk mempelajari ilmu tajwid, maka terlepaslah dosa semua masyarakat setempat itu). Dengan mempelajari tajwid dapat memelihara lidah daripada kesalahan membaca al-Quran.

Hukum mengamalkan ilmu tajwid semasa tilawah (baca) dan hafazan ialah fardu ain ( setiap individu wajib baca & hafal Al-Quran dengan bertajwid).

Adab-adab menuntut ilmu dan membaca Al-Quran


  • ikhlaskan niat
  • bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu
  • menyucikan hati daripada kotoran maksiat
  • merendahkan diri terhadap guru dan ilmu
  • melihat guru dengan pandangan hemat serta iktiraf ilmunya
  • menyimpan al-Quran ditempat yang tinggi dan bersih
  • membaca al-Quran dalam keadaan berwuduk
  • semasa membaca al-Quran , mulut mestilah bersih, tidak berkata-kata dan ketawa
  • membaca dengan perlahan dan bertajwid
Tingkatan-tingkatan bacaan Al-Quran
  1. AL-HADAR (Sangat Laju Bacaannya) : orang yang telah menghafal al-Quran tetapi tetap memelihara hukum tajwid.
  2. AT-TADWIR (Laju Bacaannya) : Orang yang telah memahami maksud al-Quran
  3. AT-TARTIL (Sederhana Bacaannya) : Orang yang sudah mengenali hukum hakam tajwid
  4. AT-TAHQIQ (Sangat Lambat Bacaannya) : Orang yang baru hendak belajar membaca al-Quran.


Sumber : Buku Kuasai Ilmu Tajwid Cara Mudah
Dikarang oleh : Ustazah Niraida Md Noor
~ Terima Kasih Ustazah ~
( Saya hanya nak kongsi ilmu ustazah saja berdasarkan buku yang saya beli, Kalau nak lebih jelas bolehlah terus membeli buku ini.)


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: