Posts

Showing posts from 2015

Bridesmaids Dresses Contest

Image
Bismillahi rahmani rahim..Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaan nya dapat jugak saya merasai hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.. Rezeki Allah.. subhana Allah.. syukur sgt...Dapat baju untuk bridesmaids saya yang super duper awesome.. tima ksih sgt2.. love this lovely closet.. Sapa2 yang teringin nak pakai baju yang super duper awesome dan terlajak laku ni boleh la tengok kat bawah ni saya dah letakkan link dah.. jom follow page dan insta  butik terkenal ni.. ada macam2 jenis.. shawl , baju kurung, jubah, abaya AA.. mmg terbaik.. pastikan anda BUKAN orang yang terakhir mengenali butik ni .. Kalau tak,,,, serius rugiiii,..~~~Terima kasih kepada pihak #fleurbymrshim yang sudi menaja baju bridesmaids saya .. saya amat menghargai segala yang diberikan.. Rasa mcm mimpi sangat,.. ; )  semoga Allah memberikan kejayaan dan rezeki yang melimpah ruah sehingga ke syurga buat seluruh pihak fleurbymrshim ..  Akhir sekali,  terima kasih jugak yang sudi jadi bridesmai…

Rules Online Business (ROB)

Edisi = Bukan nak kata tapi tetap kena kata..Aku meluat dengan orang yang nak berniaga tapi kalut nak cepat kaya..Aku suka semangat korang berniaga tu sebab aku pon berniaga...Cuma aku rasa ampa ni tak berapa pasti kot rules berniaga online ni..1. Tak perlu kot dok mention nama org nu.. nama org ni.. nak mintak simpati org untuk beli brg ampa tu..melainkan ampa nak tag nama org tu bila org tu betul2 beli.. then its ok..2. Paling aku menyampah , bila ada si A (org awam) tu buat status yg agak gempak sikit dan dapat banyak like.. kat situ la jugak kau nak buat iklan brg kau bagai.. konon raih simpati ka raih perhatian pon xtau la.. tambah2 tadi aku bca kwn aku update status sedih pasal family dy ada lah sorg hamba Allah ni bleh pulak pi iklan brg dy.. bg aku mmg sgt melampau.. org tgh brduka cita kot.. ang tak perlu la nk beria2 sgt jual brg ang tu..3. Paling teruk sekali, bila si peniaga pi post terus kat wall customer.. nak berniaga pon berpada2 la .. tak perlu kot nak paksa2.. dan ta…

Menjadi Heroin untuk mu

Image
Alhamdulillah selesai sudah majlis makan malam rejimental (MMR) .. Hai.. Assalamualaikum semua... Apa khabar semua?  Lama tak berceloteh kat sini,, Sya nak ceritakan tentang hari yang paling bermakna dalam hidup saya iaitu hari  saya ditauliahkan... Dah lama nak update entry ni,, tapi sengaja tunggu habis MMR dulu.. alhamdulillah. . Selesai 3 tahun dalam palapes.. segala penat lelah teranugerah kini,,. Amiin,,, amiin ya rabbi.. Selama 2 minggu di upm bermula pada 1.8.2015 - 15.8.2015.. rutin harian : Pagi : joging, solat, makan, kawad
Petang : pt , rehat, solat, kiwi kasut
Malam : solat, rehearsal pentauliahan,  rollcal Selama dua minggu ini lah yang kami lakukan.. ada juga aktiviti lain yang dilakukan..
Cuma rasa down masa  kawad ja la.. terutama bila kita terlalu penat kawad, then jurulatih mintak buat sekali lagi.. kadang2 membawa sampai ke petang.. memang letih dan rasa macam nak marah orang ja.. memang rasa down sgt2... Kadang2 bila pikir balik,. Sabar ja la.. ada lagi beberapa ha…

Tips memilih dan memakai minyak wangi atau perfume

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini nak kongsi sikit pasal perfume or minyak wangi yang kita wanita memang sangat suka pakai bila nak keluar jalan-jalan. Minyak wangi mempunyai tiga komponen asas: air,alkohol dan minyak. Minyak adalah unsur-unsur yang memberikan bau.Air dan alkohol pula akan mengewap dan perlahan-lahan melepaskan aroma dari minyak . Sekarang untuk sebahagian anatomi, terdapat bahagian pada badan anda yang menghasilkan haba badan yang tinggi dan bahagian ini yang akan membantu dalam proses sejatan air dan alkohol. Oleh itu anda perlu memakai minyak wangi di bahagian badan yang menghasilkan haba yang tinggi.Kawasan-kawasan ini adalah di belakang telinga,belakang dan sisi leher,bahagian dalam pergelangan tangan dan bahagian dalam siku anda. Cara lain adalah sapukan losen ke atas kawasan-kawasan ini sebelum anda menggunakan minyak wangi. Losyen harus unscented atau mempunyai aroma yang sama dengan minyak wangi anda. Tunggu beberapa minit untuk losyen kering dan kem…

jom belajar tajwid (BHG 3)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
kali ini saya akan sambung entry terdahulu iaitu
http://solehahkahaku.blogspot.my/2014/12/jom-belajar-tajwid-bhg-2.html
Alif Lam Makrifah
Alif Lam Makrifah ini ada dua jenis iaitu 
Alif Lam Qamariah

* Terdapat tanda sukun (mati) di atas huruf Lam =  ﺍﻝ = الْ
* Dibaca dengan sebutan yang jelas ' al '
* Huruf Alif Lam Qamariah ada 14 huruf iaitu  
 ﻑ , ﻕ , ﻙ , ﻡ , ﻭ , ﻩ , ﻱ , ﺀ , ﺏ , ﺝ , ﺡ ,ﺥ , ﻉ , ﻍ

* contoh pada gambar yang berwarna PINK


Alif Lam Syamsiah

* Terdapat tanda syaddah ( sabdu ) di atas huruf selepas  ال  = الّ
* Bila dibaca, huruf ال tidak disebut atau seolah-olah tidak wujud , sebaliknya terus disambungkan dengan huruf selepasnya.
* Huruf Alif Lam Syamsiah ini ada 14 juga iaitu
 ت , ث , د , ذ , ر , ز , س , ش , ص , ض , ط , ظ , ل  , ن

* Contoh pada gambar berwarna PURPLE.




~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Kisah hati

Pada malam ni sya terdetik nak ceritakan ttg seorang sahabat sya yg sya perlu rahsiakan nama nya bagi menjaga aibnya.Saya akan membuat pengakuan disini..Memang.. memang mata saya tak sempurna.. daripada kecil saya sering diherdik dan dihina kerana mata saya.. saya ingtkn perkara itu hnya berhenti di sek rendah saja.. sebaliknya sehinggalah saya berada di sek men. Org semua mngata sya.. sapa yg tak terasa.. sya bukan mintak dilahirkan begini.. sebab tulah sya bersyukur sgt bila ada org yang mampu menerima kekurangan sya terutamanya tunang dan seluruh keluarganya.. Edit maaf~~dulu mak pernah cakap, aku ni dah tolak 2 kali pinangan org dah...last skali ni tunang aku aku trima.. mak kata jaga hubungan baik2.. mak takut aku jadi andartu sebab tak dak org dah mau kat aku.. aku faham maksud mak .. mungkin mak memikirkan keadaan mata aku yg tak sempurna akan menyebabkan org lain dah tak nak masuk meminang.. aku faham tu.. Tapi sebenarnya kalau betul tak dak jodoh aku dgn mana2 lelaki, kalau k…

GIVE AWAY NURFUZIE DOT COM #1 BERNILAI RM1000

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Give Away yang ditunggu tunggu oleh cik en dan sponsar sponsar cik en akan bermula pada 1/10/2015 sehingga 30/10/2015 Hadiah bernilai lebihdari RM 1000 boleh dimenangi dengan penyertaan 18 sponsar untuk 28 orang peserta yang bertuah. Mungkin anda salah seorangnnya. Jadi apa tunggu lagi, mari mencuba dengan join Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 ini dengan syarat yang sangat mudah. Kalau sertai Insyallah rezeki itu ada, Kalau tidak sertai sudah tentu rezekinya tiada Ini syarat yang perlu untuk menjadikan rezeki itu jadi kenyataan

1. Buat satu entry bertajuk " Giveaway Nurfuzie Dot Com #1"

2. Follow  dan like semua sponsar dibawah ini  dan copy html dan paste di HTML entri korang :

Follow Blog
Nurfuzie , Julia Jamaludin , Lisa Hlovate , Along , MrsYatie , KhalidKyle , Shad , Nona , Farah , Athirah Diyana , Ejulz , Addin , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Emy Amelia , Irrayyan , Sporting Mummy , SayidahNap…

Apa itu Give Away dan Contest dalam kehidupan Blogger?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hai blogger baru...

Entry ini saya sengaja tulis bagi memperkenalkan kepada penulis blog baru tentang kehidupan sebagai blogger..

Give Away ni merupakan salah satu jenis contest yang gemar dilakukan dalam kalangan blogger yang bermurah hati untuk memberikan hadiah atau sumbangan tertentu kepada orang lain dengan kata lain lebih kurang macam bersedekah la,, tapi dalam bentuk yang peraduan..

Kenapa pentingnya give away ni bagi blogger?

Sebenarnya give away ini adalah sebagai satu cara untuk meningkatkan jumlah pengunjung dalam sesebuah blog tersebut.  jadi, tidak hairanlah ramai yang ingin jadi sponsor untuk give away tertentu. saya sendiri pernah menjadi sponsor dan membuat give away sebelum ini. ternyata mampu meningkatkan ramai kenalan baru..

Bagaimana nak jadi sponsor give away?

macam ni, biasanya blogger tertentu yang akan buat give away tersebut akan buat announcement tentang pencarian sponsor. Biasanya seminggu atau dua minggu sebelum give a…

Ibadah Korban dalam Bulan Zulhijjah

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada malam ni, saya nak berkongsi sedikit tentang ilmu yang baru saya dapat dalam ceramah untuk aidiladha yang bakal disambut 2 hari lagi.
Hari Raya Aidiladha disambut dengan mengadakan ibadah korban sebagai tanda syukur.
Menurut pandangan2 Imam As-syafiee mengenai ibadah korban :
1) waktu pelaksanaan ibadah korban ini bermula daripada terbit matahari pada 10 zulhijjah pada hari khamis yang akan datang. maksudnya, boleh dilaksanakan sebelum solat aidiladha. 2) waktu yang afdal, apabila matahari naik setelah tujuh kaki dari ufuk timur di mana matahari itu terbit atau naik 3) sebaiknya diadakan selepas 2 khutbah hari raya , ini adalah Sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w 4) ibadah korban boleh dilakukan pada 11, 12 sehingga 13 zulhijjah (hari-hari tasyrik ) yakni pada hari ahad ini selagi mana belum masuknya waktu maghrib pada hari tersebut. tetapi apabila dah masuk waktu maghrib, maka tidak lagi diterima sebagai ibadah korban tapi diang…

Wajah Baru Blog : Tempahan meng- EDIT dan men CANTIK kan blog !

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah dah siap upgrade blog kite ni.. hehehe..
semoga lepas ni lebih bersemangat lagi nak tulis blog,.. hehehe... :)
enjoy ye dgn blog ni..
terima kasih diucapkan kepada adik comel Mastura sebab berkongsi idea dalam blognya , cutest freebies for template (bleh klik kat sini ye).
terima kasih ye...
kepada sesiapa yang nak minta dia tolong untuk mencantikkan blog tu, bleh mintak adik mastura ni buat.. memang puas hati dan tip top la,...
ni antara contoh yang dia dah editkan.. http://strawberrysgurls.blogspot.my/2015/09/tempahan-edit-blog-azizah.html
boleh lah mintak adik mastura tolong editkan ye.. in shaa Allah harga berpatutan dengan hasil yang memuaskan..  :)
jumpa lagi di lain entry ye.. papai..
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Pencarian dropship untuk INAI MEKAH ASLI sudah bermula.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Pada kali ini saya berbesar hati nak buka untuk agen dropship di bawah saya.
disebabkan ramai yang bertanya tentang pengambilan dropship untuk inai mekah asli ini.
kalau ada sesiapa yang berminat,
boleh whatsapp saya..
dengan menghantar
" SAYA NAK JADI AGEN DROPSHIP INAI "
ke
 012-5705495
untuk syarat-syaratnya akan dinyatakan kemudian.
sekian, terima kasih.

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Hijrah dan Pengorbanan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya nak berubah dan banyak dah buat perubahan..

Tapi semakin sya buat perubahan ke atas diri sendiri, semakin ramai insan yang meninggalkan diri saya.. atau ada insan yang salah anggap dengan kebaikan saya ke atas mereka..

Janganlah meragui segala perbuatan saya sebab saya ikhlas..

Walaupun saya sedih, saya anggap ini adalah satu antara seribu dugaan untuk saya istiqomah dalam perubahan.. in shaa Allah..

Saya percaya dengan janji Allah...

Surah An- Nahli ayat 128

Kata Allah..

Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki diri sendiri dalam amalannya..

Semoga perubahan ini diterima oleh Allah s.w.t. amiin..

Jom kita sama-sama cari ilmu untuk buat perubahan dalam diri..

Setiap hari kita perlu jadi lebih baik daripada hari-hari sebelumnya dan saya tidak terkecuali dengannya.

Jadi, hari ini saya nak kongsi ilmu yang saya dengar dalam tanyalah ustazah..

semoga kita sama-sama dapat berubah, tak ba…

Tips jimat dalam majlis Tunang atau Nikah ( Projek DIY 1)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah sudah hampir setahun lebih saya menjadi tunangan orang, ada lagi baki lagi 10 bulan untuk tiba pada hari bersejarah saya.

Baiklah, tujuan saya menceritakan tentang diy yang telah saya lakukan pada majlis pertunangan saya terdahulu, untuk memberikan inspirasi kepada mereka di luar sana yang sedang mencari ilham untuk melakukan diy seperti saya. Seperti yang saya katakan, projek diy ini sememangnya memerlukan masa dan tenaga untuk menjayakannya tapi memerlukan kos yang rendah.

Bagi yang tidak mempunyai bajet yang tinggi tetapi ingin melangsungkan pertunangan dengan jayanya boleh cuba macam saya ye.


Jom saya tunjukkan, layan~~~ :-



Untuk entry pertama tentang diy ni saya nak cerita pasal pelamin diy saya dulu.

Kos bagi setiap barang-barang di atas..

Kos sepasang bunga hijau putih = RM 0 ( pinjam bunga jiran punya )
Kos langsir = RM 0 ( pinjam mak saudara punya )
Kos kerusi untuk pelamin = RM 290
* kerusi ini kerusi kayu jati, kalau nak b…

wanita : jom kenali diri anda (BHG. 2 - Haid dan istihadah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah saya masih diberikan nafas baru untuk menghirup udara segar di dunia ni.. pada setiap pagi, kita sebenarnya baru hidup daripada kematian yang bersifat sementara.
tetapi hari ni bukan nak cerita kejadian manusia.. tapi nak sambung cerita entry lama..  http://solehahkahaku.blogspot.com/2014/11/wanita-jom-kenali-diri-kita.html
Dalam entry sebelum ini saya telah menceritakan tentang darah haid wanita.

Jadi, kali ini saya akan mendalami lagi mengenai darah haid wanita.

Masalah haid ini amat sukar untuk dibincangkan sebab setiap wanita tidak mengalami waktu haid yang sama. Ada sesetengah wanita yang menganggap haid ini akan berakhir genap 7 hari, jadi dia menunggu sehingga hari ke -7 sedangkan haidnya telah berhenti pada hari ke-5. Sepatutnya wanita perlu mandi wajib setelah berakhirnya haid tersebut. tetapi sekiranya wanita itu datang semula haidnya pada hari ke-6 pada kadar yang sedikit, jadi dia perlu tunggu sehingga darah itu betul-be…