~ Ayat-ayat Cinta ~

Bismillah hi rahman ni rahim

All praises belong to Allah Taala and may His choicest mercies and blessing be on His noble Messenger, Nabi Muhammad s.a.w ( Peace be upon him ).

'O our Rabb! Accord to us the coolness of our eyes from our spouses and children, and make us leaders of the pious. Aameen..



Followers

Keep in touch with me, Okey!

sila klik sini ye









  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

my e-days

Monday, 23 February 2015

Review SimplySiti Dermagic

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

lama sudah rasanya tidak menulis blog ni.. dah jadi macam kekok sikit dah.. tapi tak pe.. untuk semua saya akan buat juga entry ni..

Dari mana ye nak mula..

okey lah.. saya masih baru dalam penggunaan simplysiti dermagic ni.. alhamdulillah saya rasa sesuai juga dengan kulit saya.. ramai yang perasan akan perbezaan wajah saya..

kenapa tiba-tiba saya bertukar kepada simplysiti ni?

sebelum ini saya pernah menceritakan tentang penjagaan wajah saya sejak sekolah kan..

terus terang saya katakan sejak saya baligh sehingga form 3, saya hanya menggunakan bedak sejuk sebagai asas kepada kecantikan saya.. atas petua kak saya.. alhamdulillah.. saya dapati dengan saya memakai bedak sejuk ini muka saya bebas jerawat @ jeragat sebab saya masih belum menggunakan mana-mana produk.. tetapi sejak form 4, saya mencuba clean & clear cleanser.. saya rasa kulit saya lembut dan tidak berminyak malah tidak berjerawat pon.. mungkin sesuai dengan usia remaja pada masa tu. saya teruskan penggunaannya sehingga form 6.. form 6 saya telah bertukar kepada garnier cleanser.. sebab baunya wangi.. terpikat saya.. alhamdulillah masih tidak memberi kesan terhadap wajah saya.. semasa masuk ke universiti, saya telah menggunakan safi balqis perfect 10 cleanser.. saya bertukar kepada safi kerana *perubahan semasa*.. hahahaha.. 

# don't try this at home!!!
- jangan tiru macam saya ye.. bagi kulit yang sensitif better guna satu je produk... kalau nak tukar jugak tunggu dalam 1 minggu dulu baru pakai produk baru tau!

kini.. saya telah menggunakan simplysiti dermagic.. atas alasan *nak kawin* kena cantik... hahahaha.. alasan tak boleh blah kan.. hahahaa..

set simplysiti dermagic

saya beli satu set ni sebelum pergi kem.. berangan nak pakai lepas kem..nak tengok menjadi ke tak pakai simplysiti ni.. dan yang paling penting, simplysiti ini buat di korea tau.. *wink*wink* .. hehehehe...
lepas je balik kem hari tu.. dengan muka yang hitam melegam...dan berbekalkan hati yang berbunga-bunga.. saya pon balik try la simplysiti ini kat rumah.. ada dalam seminggu lebih saya pakai..


set simplysiti dermagic ini saya beli secara berasingan tau..

cleanser , scrub , toner, moisturiser, mask, serum dan BB krim..

saya beli kat watson.. 

ingatkan tak dapat free.. skali dpt free blusher...

memang blushing habis la.. hahahaha..

alhamdulillah.. dah pakai seminggu lebih ni.. burn kat muka pon dah kurang.. kulit rasa macam gebu je bila pegang.. bila pakai simplysiti ni..muka rasa segar ja.. tapi bila tak pakai..memang rasa tak lengkap ja.. ramai jugak yang tegur dengan muka saya ni.. alhamdulillah.. (nanty saya letak gambar terkini saya ye.. tak boleh nak snap lagi.. handset saya rosak.. :'(  )

yang paling menarik sekali sepanjang penggunaan saya terhadap banyak produk kecantikan ni.. saya rasa produk simplysiti dermagic ni unik sebab struktur dia sangat lembut.. bila kita sapu kat muka,. kita tak terasa macam kita dah sapu kat muka..rasa macam nak bubuh banyak2.. tapi sebenarnya dah ok dah..

memang saya sangat sarankan bagi mereka yang tiada masalah kulit muka untuk cuba simplysiti.. kalau yang nak tau sesuai ke tak.. 
terus ke laman web http://simplysiti.com.my/index.php/products/skincare/item/3-dermagic

kat sini anda boleh berhubung dengan khidmat pelanggannya melalui email  rasmi mereka..
mereka akan menasihati produk simplysiti yang mana yang bersesuaian dengan kita..

jom la cuba simplysiti.. pasti puas hati macam saya...
jadi.. sapa-sapa yang masuk palapes ke suksis ke jpam ke pe ke.. jangan risau.. kita ada penyelamat kulit wajah..simplysiti.. hehehe...


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: