Saturday 30 May 2015

Review Majlis Pertunangan Aku..

Alhamdulillah.. siap jugak video yg tak seberapa ni..

Sebenarnya malu ada juga nak tunjuk kat orang.. bukan apa.. takut tak jadi ja nak kahwin..

Tapi aku percaya dengan qada' dan qadar Allah.. kalau Allah takdirkan semua ni jadi dengan jayanya tahun depan..

Itulah satu nikmat kesyukuran bagiku..

Kalau tak jadi, InsyaAllah aku akan terima dengan redhanya..

Maafkan aku wahai tunang yang disayangi.. adalah lebih baik kita tak bersama semula lagi untuk mengelakkan berlakunya sebarang masalah lagi..

Aku serahkan kamu pada Allah untuk menjagamu..

Andai kita ada jodoh, InsyaAllah akan tiba juga masanya itu..

Aku percaya dengan janji Allah...

Kalau kau betul2 mencintaiku dengan seikhlas hati,doakanlah agar kita bertemu semula sebagai sepasang suami isteri..

Seandainya kau telah menjumpai jodoh yang terbaik untukmu, pulangkanlah aku dengan baik ke pangkuan keluargaku seperti mana kau mengambil dan mengikatku sebagai tunanganmu..

Demi Allah, aku lakukan semua ni untuk jaga ikhtilat antara kita..

Maaf, aku bukan wanita sempurna..

Semoga Allah sentiasa menjaga dan memelihara dirimu dengan baik sehingga tiba masanya nanti..

Kalau ada apa2, beritahulah kepada keluargaku supaya keluargaku dapat memaklumkan apa jua kepadaku..

Aku menunggu setiap pemberitaan sama ada baik atau buruk daripadamu melalui keluargaku..

With love,
Tunanganmu.. 💗

Majlis Pertunangan Siti & Mizi: https://youtu.be/1VBuuozTpt8

Tuesday 26 May 2015

NOTA CINTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

AKU hanya WANITA BIASA.

Kalau AKU lah penyebab kau sakit..
Kalau AKU lah penyebab kau sengsara..
Kalau AKU lah penyebab fitnah dunia bagi kau..
Kalau AKU lah penyebab kau stress..
Kalau AKU lah penyebab kau jemu..
Kalau AKU lah penyebab kau rimas..
Kalau AKU lah penyebab kau belum berubah..
Kalau AKU lah penyebab kau hilang sabar..
Kalau AKU lah penyebab hidup kau seakan tak berguna..
Kalau AKU lah penyebab kau tak puas enjoy lagi..
Kalau AKU lah penyebab kau tersasar dari kewarasan berfikir..
Kalau AKU lah penyebab kau hilang kawan2..
Kalau AKU lah penyebab kau rasa diri kau diperbodohkan..
Kalau AKU lah penyebab kau hilang tumpuan study..
Kalau AKU lah penyebab kau merasai kesusahan hidup..
Kalau AKU lah penyebab kau terasa terkongkong
kalau AKU lah penyebab kau berasa malu..
kalau AKU lah penyebab kau jadi lebih teruk..
kalau AKU lah penyebab kau jadi lebih jahat,..

AKU rela undur diri..

Kerana AKU sedar...

AKU bukan WANITA itu...

WANITA sempurna yang kau idamkan..
WANITA hebat yang kau kagumkan..
WANITA cantik yang kau pujakan..
WANITA bijak yang kau banggakan,...
WANITA solehah yang kau pujikan..

sesungguhnya AKU hanya...

WANITA biasa yang penuh dengan kekhilafan
WANITA biasa yang penuh dengan kesederhanaan
WANITA biasa yang penuh dengan kepelikan
WANITA biasa yang penuh dengan ketidaksempurnaan.

itulah AKU..

KAU begitu sempurna..
kalau KAU mencari kesempurnaan..
Carilah insan yang lebih sempurna daripada AKU..

Kerana...

AKU telah mencuba menjadi yang terbaik..

namun, AKU tak mampu..

kerana AKU adalah AKU...
  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday 18 May 2015

Doa.. Doa.. dan Terus berDoa... ( Tujuan Berkahwin )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

sebelum ini saya telah menceritakan serba sedikit tentang adab-adab nikah...

sekiranya kita ingin berkahwin, perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah berfikir apa sebenarnya tujuan kita ingin berkahwin.

memanglah tujuan asal berkahwin untuk menghalalkan yang haram sebelumnya.

tetapi lihatlah dalam sudut yang lebih jelas.. apa motif diri kita nak berkahwin?

bagi saya, saya nak berkahwin bukan kerana pada usia saya sekarang, kawan-kawan saya yang sudah berkahwin dan beranak-pinak. sama sekali tidak..

bagi saya, dengan berkahwin ini seolah-olah Allah telah menganugerahkan saya seorang bidadara yang bakal memimpin tangan saya ke syurga Allah.. yang sentiasa bersama saya susah dan senang.. yang sentiasa memberikan saya suatu inspirasi baru dalam hidup saya.. peneman saya untuk berbual-bual dan bergurau senda..

mungkin ada yang akan menganggap saya hanya akan mampu bermimpi sahaja dan menyatakan bahawa " awak jangan nak berangan macam yang awak tengok movie @ baca novel, realiti bukan macam tu la, wake up la"... mungkin ada yang akan cakap macam itu dan memperlekehkan rasa kasih dan sayang saya ini. ( lepas ni mesti ada yang cakap, "tak perlu nak tunjuk baik boleh tak!")..maaf lah kalau anda rasa saya hanya tunjuk baik, tapi saya hanya cuba menyampaikan rasa hati saya.. tolong jangan memperlekehkan impian saya dengan berkata, " tahniah, semoga awak mampu capai impian awak tu!" saya tak mengharapkan seribu pembalasan atas kasih sayang saya kepada siapa jua yang saya lakukan kebaikan ke atasnya.

1) Sahabatku, cuma cukuplah kalau saya katakan kasih dan sayang bukan untuk dijual beli. janganlah perkahwinan hanya dianggap sebagai pertaruhan dengan rakan-rakan, lepaskanlah orang yang anda sedang seksa hatinya itu. Carilah insan yang lebih baik daripadanya dan yang anda lebih cintai kerana mungkin insan itulah yang dapat menyayangi dan memenuhi kehendak anda. nasihat saya ini saya tujukan kepada lelaki mahupun perempuan kat luar sana.. Jangan berniat nak berkahwin untuk memperjudikan perasaan pasangan anda.

2) Janganlah perkahwinan dijadikan medan untuk melempiaskan nafsu semata-mata. perkahwinan ini sememangnya untuk perkongsian tetapi bukan hanya dalam satu aspek. perkahwinan ini merupakan suatu cara untuk mencipta ketenangan dan kebahagian hidup. janganlah dijadikan wanita itu sebagai simbol seks kelak perkahwinan itu hanya mampu bertahan sebentar sahaja. tetapi binalah perkahwinan itu dengan kasih sayang kelak nikmatnya melimpah ruah.

3) Janganlah perkahwinan itu dijadikan sebagai tempat untuk melepaskan dendam terhadap seseorang. lepaskanlah wanita itu, bebaskanlah dia dari penjara itu, dia berhak untuk mendapatkan cintanya sendiri. usah dikongkong perasaan dan jiwanya.

4) Jangan berkahwin jika dipaksa dan terasa terpaksa dengan orang lain, kerana sesungguhnya kebahagiaan itu hanya akan wujud sekiranya kedua-duanya meredhai hubungan tersebut. ikhlas kan lah hati dalam urusan perkahwinan. sekiranya tidak bersedia dan rasa terpaksa, lepaskanlah wanita tersebut. terus teranglah kepadanya.

5) jangan berkahwin jika berniat untuk berkahwin dalam tempoh tertentu dan berniat untuk menceraikannya dalam tempoh tertentu kerana hal ini untuk menjaga maruah wanita tersebut dan nasab keturunannya.

semuanya datang daripada niat!

kalau niat baik, perkara akan datang yang bakal berlaku juga akan baik manfaatnya kelak.
kalau niat tak baik, begitulah sebaliknya.

Ingatlah berkahwin ini salah satu perkara yang tidak boleh dimain-mainkan selain daripada talak dan rujuk.

terlajak perahu boleh berundur, sila sambung sendiri ( harap faham!)

Kalau niat betul-betul nak berkahwin, buat cara macam nak berkahwin, okey? (keep smiling)






  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday 4 May 2015

amalan berbekam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bekam (hijamah) adalah suatu cara perubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah s.a.w kepada umat islam. Bekam ini telah diamalkan seawal 3000 sebelum masihi. Bekam ini merupakan amalan penggunaan cawan khas yang telah dikeluarkan udaranya untuk menghasilkan ruang udara yang bertekanan rendah dengan menghasilkan sedutan separa ruang seperti vakum dan diletakkan di atas permukaan kulit. Mengikut kamus persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, berbekam ialah suatu proses mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan menoreh sedikit pada badan seseorang dan mengeluarkan darah kotor itu dengan menggunakan cawan panas yang boleh ditelungkup pada tempat yang telah ditoreh.

Nama gelaran lain amalan berbekam
·         Hijamah (arab)
·         Badkesh (parsi)
·         Bahnkes (magyar)
·         Nuhang (sikka)
·         Bantusa (indonesia)
·         Kuyukaku
·         Gak hoi (cina)
·         Ba Guan (singapura)

Tujuan berbekam
·         Merupakan teknik perubatan sunnah oleh Nabi Muhammad s.a.w
·         Melonggarkan tisu-tisu yang telah melekat
·         Mengangkat tisu penghubung
·         Meningkatkan pengaliran darah dalam otot
·         Untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksik @ racun yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Toksik adalah endapan racun/ zat kimia yang tidak dapat diurai oleh badan dimana toksik ini berasal dari pencemaran udara ataupun dari makanan yang banyak zat pewarna, pemanis dan pengembang makanan. Jadi bekam ini adalah suatu proses ‘detoksifikasi’ yang sangat berkesan dan tiada kesan sampingan.

76 jenis penyakit yang boleh disembuhkan melalui berbekam
1.       Kegemukan
2.       Penyakit kaki gajah
3.       Sakit pinggang
4.       Sakit perut
5.       Sembelit
6.       Gangguan jantung
7.       Radang perut
8.       Alergi makanan
9.       Sengal tulang
10.   Sesak nafas
11.   Asma
12.   Insomnia
13.   Cirit-birit
14.   Kejang otot
15.   Kencing manis
16.   Gangguan pundi kencing
17.   Menggigil
18.   Kencing malam
19.   Tonsil
20.   Gatal-gatal
21.   Radang usus besar
22.   Stress
23.   Gangguan hempedu
24.   Pusingan kitaran haid yang tidak teratur
25.   Masalah ginjal
26.   Tekanan darah tinggi
27.   Sakit lutut dan sendi
28.   Sakit kaki
29.   Sakit tulang belakang
30.   Gangguan jiwa
31.   Stroke
32.   Gout
33.   Rematoid
34.   Bisul
35.   Kurang imun
36.   Sinus
37.   Sakit kawasan perut
38.   Gangguan rusuk
39.   Buasir
40.   Mandul
41.   Kuat tidur
42.   Membaiki peredaran darah
43.   Pembuluh darah tersumbat
44.   Sakit punggung
45.   Badan kurus
46.   Membuang tabiat merosok
47.   Sakit bahu / tengkuk
48.   Pekak
49.   Jangkitan kuman
50.   Kurang daya ingatan
51.   Kurang fokus
52.   Kaki semut-semut
53.   Salah urat
54.   Lumpuh menyeluruh
55.   Lemah syahwat
56.   Masalah prostat
57.   Pening kerana gangguan haid
58.   Sakit paha dan tapak kaki
59.   Sejuk tapak kaki
60.   Gelisah selalu
61.   Tumor otak
62.   Lutut yang kaku
63.   Gangguan pankreas
64.   Kejang
65.   Bisu
66.   Penyakit mata
67.   Berhenti haid / menopaus
68.   Bengkak testis
69.   Tekanan darah rendah
70.   Penyakit pangkal rahim
71.   Keputihan
72.   Masalah kesuburan
73.   Batuk kronik
74.   Penyakit paru-paru
75.   Sihir
76.   Saka


Cara penyembuhan sesuatu penyakit.
Terdapat tiga cara yang dapat menyembuhkan sesuatu penyakit mengikut cara Rasulullah s.a.w :
Pertama = meminum madu lebah
Kedua = berbekam
Ketiga = merawat dengan besi panas tetapi kaedah ini tidak begitu digalakan untuk dilakukan.
“sesungguhnya pada bekam itu mengandungi penyembuhan.”
“ Rasulullah s.a.w juga melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir oleh orang.”

Dua jenis rawatan berbekam
        I.            Bekam kering / bekam angin  = peralatan hanya diletakkan diatas kulit, kulit tidak ditoreh dan tiada pendarahan yang berlaku. Konsep rawatan berbentuk kesejahteraan. Antara jenis-jenis bekam angin iaitu magnet dan akupuntur.
      II.            Bekam basah = peralatan diletakkan di atas kulit yang telah ditoreh dan berlaku pendarahan melalui luka tersebut yang terkumpul di dalam alat bekam tersebut. Konsep rawatan berbentuk terapeutik

Umur yang sesuai untuk berbekam
1)      Umur 10 tahun sehingga 65 tahun
2)       Umur 65 tahun ke atas perlu memastikan kesihatan diri berada dalam keadaan baik.

Individu yang dilarang keras daripada melakukan berbekam ini ialah
·         Individu yang fizikalnya lemah
·         Orang tua yang telah uzur
·         Penghidap kanser darah
·         Penghidap tekanan darah rendah yang serius
·         Penghidap penyakit kulit yang serius
·         Wanita hamil 3 bulan pertama
·         Wanita yang sedang haid
·         Penyakit HIV dan berjangkit lain ( tetapi sekiranya tempat berbekam itu menyediakan peralatan yang khas barulah digalakkan).
·         Individu yang sedang mengalami demam panas

Anggota badan dalam berbekam
1)      Anggota badan yang terlibat
-          Kepala
-          Belakang badan
-          Belakang leher
-          Bahagian antara tulang belikat
-          Bawah dagu
-          Kaki
-          Bahagian dalam paha
-          Bahagian depan paha
-          Bahagian pinggul
-          Bahagian belakang lutut
-          Muka

2)      Anggota badan yang tidak terlibat
-      payudara wanita
-      di atas kawasan yang mempunyai bonjolan tulang
-      anggota badan yang mengalami keradangan dan penyakit kulit
-      anggota badan yang luka

Pantang larang dalam menjalani kaedah berbekam
1.       Seelok-eloknya berpuasa seharian atau 2 jam sebelum melakukan proses berbekam ini
2.       Jangan makan makanan yang terlalu mengenyangkan sebelum berbekam untuk memudahkan proses pengeluaran darah kotor.
3.       Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan makan/ mandi melainkan selepas sejam kemudian.
4.       Jangan makan makanan laut untuk dua atau tiga hari selepas berbekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.

Tujuan berpuasa sebelum berbekam
·         Mengelakkan berlakunya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang dijamah terlalu berat dan tidak sihat.
·         Pendapat Ibnu Umar bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah lebih baik kerana dengan hal itu terdapatnya kesembuhan.

Kesan berbekam dalam dua situasi
         i.            Selepas makan
a) badan akan menjadi letih lesu dan tidak bermaya
b) terdapat juga yang demam selepas berbekam
c) mengundang pelbagai penyakit

       ii.            Sebelum makan @ dalam keadaan berpuasa
a) badan akan terasa ringan dan segar
b) meningkatkan kesihatan tubuh badan


Waktu-waktu yang sesuai untuk berbekam
·         Dari Abu Hurairah yang berkata, Rasulullah telah bersabda : “barangsiapa yang berbekam pada tanggal 17,19 dan 21, maka ia akan menyembuhkan semua penyakit.”
·         Digalakkan berbekam pada hari khamis bagi mendapatkan keberkatan dari Allah s.w.t
·         Pada hari isnin dan selasa iaitu hari dimana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala
·         Elakkan berbekam pada hari rabu  dan hari ahad kerana dikhuatiri penyakit kusta akan muncul pada hari rabu.
·         Penulis al-Qanun mengatakan , “Rasulullah s.a.w memerintahkan kita agar tidak berbekam pada awal bulan islam kerana komposisi unsur-unsur darah belum bergelojak pada ketika itu, juga bukan pada akhir bulan islam kerana pergolakan darah sudah berhenti tetapi lebih afdal adalah pada pertengahan bulan kerana pada kerika ini komposisi unsur darah dan frekuensinya meningkat.

Kebaikan berbekam
·         Menghilangkan pengaruh sihir, bisa, santau dan racun.
·         Membantu menghilangkan pening dan migrain.
·         Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
·         Membantu memecahkan lemak.peluh dan melegakan demam
·         Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi.
·         Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar, kebas-kebas tangan dan kaki.
·         Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
·         Membantu meringankan tubuh kerana darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas.
·         Membantu menajamkan penglihatan kerana peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

Pemakanan yang baik selepas berbekam
1.       Amalkan gaya hidup yang sihat
2.       Menjaga pemakanan seharian.
3.       Minum madu asli (original) setiap pagi dengan membancuhkan 1 -2 sudu kecil madu dalam air suam.
4.       Biasakan diri makan habatussauda yang asli 2 – 3 kali sehari.

 Peralatan berbekam


a.            Cawan bekam =  cawan bekam boleh diperbuat daripada pelbagai bahan. Peralatan bekam yang digunakan pada zaman dahulu diperbuat daripada tanduk kerbau, buluh, tembaga atau tembikar. Walau bagai manapun, peralatan bekam moden kebanyakannya diperbuat daripada kaca, dan mempunyai injap pada bahagian atas cawan yang bertujuan untuk mengeluarkan udara menggunakan pam. Teknologi ini membolehkan penghasilan tekanan rendah atau ruang separa vakum di dalam cawan bekam tanpa perlu memanaskan udara sebelum diaplikasikan kepada pelanggan. Cawan–cawan ini perlu disterilkan selepas setiap sesi rawatan, dan cawan yang sama tidak boleh tidak boleh digunakan pada tempat yang berbeza atau pada pelanggan yang lain. Pastikan saiz cawan adalah bersesuaian dengan tempat yang akan diaplikasikan. Saiz cawan yang kecil digunakan untuk kawasan ruang yang sempit seperti leher dan saiz cawan yang besar digunakan di kawasan yang luas seperti badan.

b.            Lanset steril pakai buang = Hanya lanset pakai buang sahaja yang digunakan untuk menoreh kulit semasa prosedur bekam basah dilakukan.


c.             Minyak zaitun = digunakan untuk mengurut kawasan yang ingin dibekam untuk melancarkan peredaran darah di kawasan tersebut.

   Rawatan

a)      Selama 10 -15 minit untuk setiap cawan atau sehingga kawasan bawah cawan bertukar menjadi kemerah-merahan.
b)      Hanya sebanyak 10 cawan boleh digunakan untuk satu prosedur
c)       Penggunaan kawasan yang sama untuk berbekam hanya boleh digunakan sebanyak 3 kali dan maksimum 7 kali.
d)      Torehan dilakukan pada kawasan kulit yang berlainan jika melakukan tempat yang sama.

 Kesan sampingan / komplikasi
a)      Rasa tidak selesa pada tempat aplikasi bekam
b)      Pening atau pitam
c)       Pendarahan yang berlebihan
d)      Kurang darah ( anemia)
e)      Melecur ( sekiranya menggunakan api untuk memanaskan udara dalam cawan bekam)
f)       Jangkitan kuman pada tempat yang ditoreh

g)      Kesan yang ketara pada tempat bekam
  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday 1 May 2015

Nota Cinta 3 (Kursus Kahwin)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

wah.. banyakkan entry hari ini yang saya berjaya tulis.. hehehe... saya ni amatlah 'rajin' untuk menulis jadi bila ada idea nak tulis baru la buka laptop lama-lama.. hehehe... bukan apa kesian kat orang yang selalu baca blog saya ni.. ada kew masalahnya?? heheheh.. (kiss pipi hampa semua yang sudi baca blog sepi ni).. thanks okey..

baiklah, untuk entry ni saya nak cerita mengenai BERSUCI..

apa itu bersuci???

bersuci ini merupakan perkara yang menjadi tuntutan agama islam kepada umat islam supaya menggalakkan umatnya berada dalam keadaan bersih dari segi rohani dan jasmani terutama apabila melakukan ibadah dan dapat jugak terhindar dari penyakit.

islam amat simple tapi kita ja yang dok buat difficult..

Alat-alat untuk bersuci :

  • air mutlak (air hujan, air laut, air sungai, air telaga, mata air, air salji , air embun)
    maklumat lanjut : http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/air.htm
  • tanah atau debu tanah
  • benda-benda kesat seperti tisu, batu kain, daun atau kulit kayu
  • benda yang bersifat tajam seperti cuka, kapur, tawas untuk menyamak kulit bangkai binatang.
cara-cara bersuci :

  1. Istinjak - menghilangkan najis dari qubul dan dubur sama ada dengan air atau lain-lain yang diharuskan oleh syarak. contohnya, tisu dan batu yang bucunya 3 kecuali makanan dan tulang.
  2. wudhuk - menghilangkan hadas kecil dengan cara dibawah :






  3. tayamum ialah mengangkat hadas kecil dengan menyapu debu ke muka dan kedua-dua tangan sehingga siku..





  4. Mandi - menghilangkan najis dan kotoran pada anggota badan. ia terbahagi kepada dua jenis iaitu :
    1) mandi wajib - atas sebab haid/ period , berjimak, mati, keluar mani, nifas dan wiladah.




    2) mandi sunat - mandi pada hari raya / hari jumaat
  5. samak - menghilangkan bahan yang selain daripada kulit iaitu yang terdiri daripada darah,najis, lemak, daging, lendir dan bulu dengan menggunakan alat untuk menyamak.

  6. jenis-jenis najis :

    a) najis mughallazah (najis berat)

    untuk anjing dan babi

    b) najis mutawassitah ( sederhana )
    najis biasa

    c) najis mukhaffafah (najis ringan)

    najis kanak-kanak

    rujukan gambar drp google image..  :)





  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Inai.. oo.. inai

Pemakaian inai sudah menjadi kegemaran bagi saya dan saya yakin! Mesti ramai wanita yang suka memakai inai seperti saya..

Dulu, ada orang pernah tanya, kenapa suka pakai inai? Best ke?

Jawapannya : best sangat...

Bila kita pakai inai ni, seolah olah kita mengajar diri kita erti kesabaran.. memakai inai bukan boleh pakai 5 minit lepas tu bukak.. tidak.. memakai inai ni, saya pernah pakai paling lama dari pukul 10 malam sehingga pukul 6 pagi dan bangun basuh untuk solat subuh.. tau tak macam mana excited nya saya nak buka inai ni untuk tengok hasil.. memang sangat teruja.. serious! Bagi yang tak pernah pakai takkan dapat rasa perasaan puas hati bila tengok warna mengancam tu.. hehehee.. setelah hampir beberapa jam tahan nafsu nak tengok warna inai yang terhasil kat tangan..hehehee..

jangan risau, inai pokok tidak menghalang air masuk ke kulit melainkan kita menggunakan pewarna kuku dan sebagainya.. Alhamdulillah.. Inai ni banyak faedahnya.. tapi saya akan terangkan dilain entry pula ye..

Apa yang saya nak bagi tau, saya baru lepas pakai inai hari ni.. itu je..hehehe..

Ada siapa2 yang mencari inai untuk apa jua majlis atau suka suka, boleh mesej @ whatsapp saya di nom 012- 5705495.. InsyaAllah.. saya akan berikan yang terbaik untuk anda..

pencerahan semula kepada Mesin Jahit Kesayangan Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

penerangan kepada http://solehahkahaku.blogspot.com/2014/10/mesin-jahit-kesayanganku.html

pada pagi ini saya akan menjelaskan mengenai mesin jahit saya itu. saya ingin berterus terang tentang masalah yang saya hadapi berkenaan dengan mesin jahit saya itu kerana ramai yang mempersoalkan tentang mesin jahit saya ni sama ada melalui whatsapp @ call yang saya terima.

jujur saya akui ini bukan kali pertama saya membeli mesin jahit kecil dan comel ini, apa yang saya nak katakan disini, bukan jenama mesin tersebut yang menjamin mesin jahit tersebut berada dalam keadaan baik dan saya tak salahkan mana2 syarikat yang mengeluarkan mesin jahit kecil ini tetapi saya akui mesin jahit kecil ini memang akan memberikan masalah sedikit sebanyak dari segi penggunaannya malah mesin jahit biasa juga mempunyai masalah tersendiri. kita tidak boleh expect sesuatu perkara itu sentiasa sempurna kalau orang lain menggunakannya dengan baik kenapa tidak kita?

baiklah...

MESIN JAHIT PERTAMA

mesin jahit saya yang kali pertama saya membeli mengalami kerosakan di bahagian mesin @ motornya, pada masa itu saya menjahit sehelai skirt untuk KHB Ting 3 dulu, semasa saya menjahit getah di bahagian pinggang kain saya mendapati mesin itu berbau terbakar.. tetapi saya tetap meneruskan menjahit sehingga siap dan saya mendapati selepas itu tidak lagi boleh digunakan mesin itu.

MESIN JAHIT KEDUA

baru-baru ini saya ingin menggunakan mesin jahit kesayangan saya itu, saya mendapati mesin jahit ini mengalami masalah dibahagian geledungnya. saya sangat sedih dengan kerosakan ini menjadikan saya sukar untuk menggunakannya lagi. kebetulan saya telah menghilangkan warrantty card untuk membaiki mesin jahit ini yang membuatkan mesin jahit itu langsung tidak dapat dibaiki..

Kekurangan mesin jahit kecil yang boleh saya listkan setelah saya alaminya sendiri :-

  1. tidak boleh jahit bahagian kain yang tebal
  2. tidak boleh guna dalam tempoh yang lama ( cth : dari pukul 9 pg sampai 6 ptg - nonstop )
  3. benang mudah tersekat-sekat dan terputus
  4. geledung tidak dapat berfungsi dengan baik
  5. susah untuk dikawal

pesanan saya :

  • jangan beli mesin jahit kecil ini @ barangan elektrik yang kecil untuk penggunaan lama dan kadar yang banyak, beli terus mesin jahit yang jenamanya dipercayai.
  • jangan beli mesin jahit melalui online purchase kerana sukar untuk membawa mesin jahit itu untuk ditukarkan kerana kita tidak tahu apa akan jadi masa depan  (tidak kira apa jua jenis barangan elektrik)
  • simpan warranty card anda sekiranya berlaku sebarang masalah, ada tempat yang boleh dirujuk.
  • jangan rujuk saya ye, saya bukan pakar untuk mesin jahit yang saya tunjuk dulu. tapi saya hanya boleh bagi nasihat ja... (emmm...muah.. kiss pipi ampa sikit).. hehehe..
ingat tau pesan saya...! hehehe


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~