Wednesday 23 September 2015

Ibadah Korban dalam Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada malam ni, saya nak berkongsi sedikit tentang ilmu yang baru saya dapat dalam ceramah untuk aidiladha yang bakal disambut 2 hari lagi.

Hari Raya Aidiladha disambut dengan mengadakan ibadah korban sebagai tanda syukur.

Menurut pandangan2 Imam As-syafiee mengenai ibadah korban :

1) waktu pelaksanaan ibadah korban ini bermula daripada terbit matahari pada 10 zulhijjah pada hari khamis yang akan datang. maksudnya, boleh dilaksanakan sebelum solat aidiladha.
2) waktu yang afdal, apabila matahari naik setelah tujuh kaki dari ufuk timur di mana matahari itu terbit atau naik
3) sebaiknya diadakan selepas 2 khutbah hari raya , ini adalah Sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w
4) ibadah korban boleh dilakukan pada 11, 12 sehingga 13 zulhijjah (hari-hari tasyrik ) yakni pada hari ahad ini selagi mana belum masuknya waktu maghrib pada hari tersebut. tetapi apabila dah masuk waktu maghrib, maka tidak lagi diterima sebagai ibadah korban tapi dianggap sebagai daging biasa. daging ini masih dikira halal untuk dimakan cuma tak kira sebagai binatang korban.

Ciri-ciri atau kriteria orang yang melakukan ibadah korban ini (menyembelih binatang) :

1) seelok2nya orang yang berniat untuk melakukan ibadah korban itu sendiri, dengan hukum sekiranya dia pandai menyembelih binatang. kena tau hokum penyembelihan dan syarat-syarat penyembelihan baru lah dia boleh menyembelih sendiri binatang tersebut.
sekiranya dia pandai menyembelih binatang, maka dia boleh menyembelih sendiri, yang ni kalau seekor lembu untuk dia seorang ja yang korban.
2) sekiranya dia tidak pandai menyembelih, hukumnya harus bagi mewakilkan orang lain untuk melakukan penyembelihan binatang korban bagi pihaknya dan mestilah orang itu orang islam dan mengetahui hokum - hakam tentang ibadah korban ini dan kalau orang itu hanya tahu hokum penyembelihan biasa, orang itu boleh juga melakukan penyembelihan ini kerana bentuk penyembelihannya adalah sama cuma niat dan hukumnya saja yang berbeza.
3) Apabila seseorang itu mewakilkan kepada orang lain untuk melakukan penyembelihan binatang itu, maka sunat muakkad baginya untuk hadir menyaksikan penyembelihan itu diadakan.

Ibadah korban ini dilakukan secara berperingkat :

1) bermula daripada membeli binatang
2) meniatkan @ lafaz akad korban (sekiranya diwakilkan)
3) barulah penyembelihan dilakukan
4) lafaz akad untuk bahagian pengagihan daging korban (sekiranya diwakilkan)

Lafaz akad dalam ibadah korban :

1) Lafaz akad korban untuk mewakilkan orang lain : " saya dengan ini bersetuju mewakilkan kepada _______(siapa)_________ untuk membeli, menyiatkan, menyembelihkan dan mengagihkan daging ini dan semua perkara yang berhubung kait dengan ibadah korban untuk saya atau tanggungan saya sebagai mana yang telah dinyatakan ( apa yang telah diisi dalam borang untuk ibadah korban ). Akad ini dinamakan akad wakalah @ lafaz perwakilan.


contoh boring untuk korban

2) Kemudian orang yang mengambil bahagian dalam ibadah korban mesti hadir pada hari tersebut, tiba masa giliran binatang si dia untuk disembelihkan, dan  sebelum penyembelihan dijalankan, dia perlu berjumpa dan memberitahu kepada wakil yang ingin menyembelih binatang tersebut, " tolong niatkan penyembelihan korban ini atas nama saya semasa nak sembelih nanti." . Jadi , selesai penyembelihan.
#  tetapi sekiranya kita sembelih sendiri, kita boleh niat sendiri ataupun semasa orang yang diwakilkan menyembelih binatang korban itu, maka pada ketika itu kita hendaklah niat bahawa ini adalah korban untuk aku.

3) sekiranya seseorang itu membeli binatang tanpa niat untuk dikorbankan maka tidak dikira sebagai ibadah korban.

4) sekiranya seseorang itu tidak dapat hadir pada hari penyembelihan , maka niatnya telah dikira sebagai ibadah korban

5) kalau seseorang itu nak buat korban nazar maka di bolehkan dan tak perlu untuk diniatkan semasa sedang menyembelih.



P/S : Makruh hukumnya jika menyuruh kanak-kanak melakukan penyembelihan tersebut tetapi jika kanak-kanak itu mumaiyiz dan tahu segala hokum hakam untuk melakukan penyembelihan tersebut maka haruslah diminta kanak-kanak itu berbanding orang dewasa. Orang buta boleh melakukan penyembelihan sekiranya tiada langsung orang yang celik @ masih sempurna matanya untuk melakukan penyembelihan, jika ada hukumnya haram,.


Hukum keizinan untuk melakukan penyembelihan :

1) tidak boleh melakukan penyembelihan binatang sekiranya orang itu masih hidup dan tidak mengizikan untuk melakukan ibadah korban. maka tidak sah penyembelihan tersebut. maksudnya, orang yang melakukan korban ini mestilah bersetuju dan mengetahui akan bahagian penyembelihannya.

2) bagi orang yang telah mati sekiranya dia tidak berpesan atau berwasiat kepada orang yang masih hidup untuk dilakukan ibadah korban tetapi ibadah tersebut tetap hendak dilakukan maka hukumnya sah. tetapi si mati hanya mendapat pahala @ sedekah sahaja daripada ibadah untuk penyembelihan tersebut tetapi dia tak dapat pahala sebagaimana melakukan ibadah korban sepenuhnya kecuali sekiranya si mati berpesan atau berwasiat.

3) Sekiranya si mati berwasiat kepada anaknya tentang ibadah korban tersebut, maka wajib bahagian korbannya disedekahkan semuanya kepada fakir miskin tanpa ahli keluarga mengambilnya walaupun sedikit dan tak boleh diagihkan atau dihadiahkan kepada orang kaya dan juga tidak boleh diberikan kepada orang kafir walaupun sedikit.

4) Orang yang melakukan korban tersebut tidak boleh menjual daging tersebut bagi mendapatkan keuntungan , maka ibadah korbannya tidak dikira maksudnya tak sah.

5) Bagi orang yang menyembelih binatang korban ini tidak boleh menerima atau meminta apa-apa juga upah atas penyembelihan tersebut sama ada dalam bentuk wang atau daging korban tersebut. tetapi sekiranya duit tersebut diberikan oleh orang yang melakukan ibadah korban tersebut sebagai tanda sedekah atau hadiah terima kasih , maka hukumnya dibolehkan baginya untuk mengambil duit itu. maksudnya orang yang menyembelih tersebut mestilah dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan atau upah.

2 Jenis korban :

1) Korban Wajib : kalau kita niat korban wajib, maka keseluruhan daging tersebut harus disedekahkan kesemuanya. termasuk bulu, tanduk dan kulitnya sekali. haram hukumnya bagi orang itu memakan daging tersebut tetapi kalau dia makan, maka dia perlu mengantikan bahagian daging yang dimakannya tapi tak wajib sembelih semula. (tak boleh tukar dengan duit).

2) Korban Sunat : kalau kita niat korban sunat, boleh ambil sedikit bahagian yang dikorbankan dan disedekahkan selebihnya kepada fakir miskin dalam keadaan daging itu mentah dan basah.

# P/S : Orang yang menerima daging korban itu telah menjadi haknya ke atas daging itu dan dia boleh melakukan apa saja ke atas daging tersebut misalnya jika dia nak menjualnya kembali atau nak bagi pada orang lain jugak dibolehkan kerana itu telah menjadi haknya.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi menjayakan ibadah korban :

1) ikatlah binatang korban itu.
2) jangan mencacatkan binatang tersebut (cthnya : menconteng badan binatang tersebut)
3) tanda binatang korban tersebut
4) tidak boleh mengambil susu binatang korban tersebut sehari sebelum melakukan ibadah korban
5) bawa binatang korban tersebut ke tempat penyembelihan dengan baik
6) sunnat bagi orang yang akan melakukan penyembelihan untuk tidak memotong kuku dan rambutnya kecuali kalau terlalu kotor dan panjang terutama masuk pada 10 zulhijjah sehingga dia selesai melakukan penyembelihan ibadah korban itu.



Mengenai Hari Arafah


1) waktu wukuf di Arafah bermula pada hari esok ( 9 zulhijjah 1436h ), hari wukuf di Arafah sama dengan Malaysia pada tahun ini, cuma waktu berbeza...
Di Arafah, waktu wukuf bermula pada waktu zohor sampai maghrib (23hb sept. 2015 )
Di Malaysia , waktu wukuf bermula pada waktu 5.30ptg hingga pukul 12 tengah malam.

# waktu ini sesuai untuk berdoa kerana dikatakan waktu mustajab doa.

2) kita boleh berpuasa sunat pada hari arafah ini dan apabila kita berpuasa pada hari arafah ini, Nabi Muhammad s.a.w janji akan menghapuskan dosa kita pada setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. (hadis riwayat muslim).

lafaz niat :

1) nawaitu saumaqodin in yaummin arafah sunnatan lillahi taala.


atau

2) nawaitu sauyau arafah sunnatan lillahi taala.
( sahaja aku berpuasa sunat pada hari arafah kerana Allah taala)

atau

3) sahaja aku berpuasa pada hari arafah 9 zulhijjah tahun ini kerana Allah taala.


# P/S : orang yang berada di padang arafah tidak digalakkan untuk berpuasa kerana mereka memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk mengerjakan dan menyempurnakan ibadah haji. manakala bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah di arafah, digalakkan berpuasa.

semoga para muslimin dan muslimat yang sedang mengerjakan haji di mekah dan Madinah dapat melakukan ibadah dengan jayanya terutamanya dapat menyelesaikan wukuf di arafah kerana tidak sah atau tidak diterima haji seseorang itu sekiranya dia tidak melakukan wukuf di Arafah kecuali atas sebab-sebab tertentu. aamiin...


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday 21 September 2015

Wajah Baru Blog : Tempahan meng- EDIT dan men CANTIK kan blog !

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah dah siap upgrade blog kite ni.. hehehe..

semoga lepas ni lebih bersemangat lagi nak tulis blog,.. hehehe... :)

enjoy ye dgn blog ni..

terima kasih diucapkan kepada adik comel Mastura sebab berkongsi idea dalam blognya , cutest freebies for template (bleh klik kat sini ye).

terima kasih ye...

kepada sesiapa yang nak minta dia tolong untuk mencantikkan blog tu, bleh mintak adik mastura ni buat.. memang puas hati dan tip top la,...

ni antara contoh yang dia dah editkan.. http://strawberrysgurls.blogspot.my/2015/09/tempahan-edit-blog-azizah.html

boleh lah mintak adik mastura tolong editkan ye.. in shaa Allah harga berpatutan dengan hasil yang memuaskan..  :)

jumpa lagi di lain entry ye.. papai..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday 17 September 2015

Pencarian dropship untuk INAI MEKAH ASLI sudah bermula.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Pada kali ini saya berbesar hati nak buka untuk agen dropship di bawah saya.

disebabkan ramai yang bertanya tentang pengambilan dropship untuk inai mekah asli ini.

kalau ada sesiapa yang berminat,

boleh whatsapp saya..

dengan menghantar

" SAYA NAK JADI AGEN DROPSHIP INAI "

ke

 012-5705495

untuk syarat-syaratnya akan dinyatakan kemudian.

sekian, terima kasih.


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday 16 September 2015

Hijrah dan Pengorbanan


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya nak berubah dan banyak dah buat perubahan..

Tapi semakin sya buat perubahan ke atas diri sendiri, semakin ramai insan yang meninggalkan diri saya.. atau ada insan yang salah anggap dengan kebaikan saya ke atas mereka..

Janganlah meragui segala perbuatan saya sebab saya ikhlas..

Walaupun saya sedih, saya anggap ini adalah satu antara seribu dugaan untuk saya istiqomah dalam perubahan.. in shaa Allah..

Saya percaya dengan janji Allah...

Surah An- Nahli ayat 128

Kata Allah..

Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki diri sendiri dalam amalannya..

Semoga perubahan ini diterima oleh Allah s.w.t. amiin..

Jom kita sama-sama cari ilmu untuk buat perubahan dalam diri..

Setiap hari kita perlu jadi lebih baik daripada hari-hari sebelumnya dan saya tidak terkecuali dengannya.

Jadi, hari ini saya nak kongsi ilmu yang saya dengar dalam tanyalah ustazah..

semoga kita sama-sama dapat berubah, tak banyak pon tak pa.. janji kita buat!

1. Persediaan mental dan fizikal utk perubahan diri
* keazaman dan keikhlasan kerana Allah
* sanggup berkorban kerana Allah
*  kena berguru dan kena ada ilmu

Hadis Nabi s.a.w :
Sesiapa yang ber hijrah itu kerana Allah dan rasulnya maka baginya hijrah kerana Allah dan rasulnya dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrah itu atas apa yang dia niatkan kepadanya.

2. Apakah faktor utk perubahan?
* bi'ah atau persekitaran = kalau tempat tu tak sesuai nak berubah, pindahlah ke tempat lain..
* lemah jiwa = senang rasa nak buat balik benda lama.
* kebendaan = rasa tak nak kehilangan harta benda utk berhijrah

3. Rebutlah 5 perkara atau peluang yang Allah berikan kepada kita iaitu kata Nabi s.a.w :
Masa sihat sebelum sakit
Masa senang sebelum susah
Masa lapang sebelum sempit
Masa kaya sebelum miskin
Masa hidup sebelum mati

Penghijrahan perlu dilakukan setiap hari.

4. Level utk perubahan diri..

1. Orang yang Berjaya = orang yang hari ini lebih baik drp semalam
2. Orang yang Gagal = orang yang hari ini lebih teruk drp semalam
3. Orang yang Terpedaya = orang yang hari ini sama saja macam semalam..

5. Tips apabila dah berubah :

#  mesti syukur kepada Allah atas perubahan diri
#  jangan hina orang yang baru nak berubah
#  terus lakukan kebaikan dan jangan jemu
#  tidak bersifat riak atas perubahan

Hati yang istiqomah dekat dengan kebaikan dan dijauhkan drp hawa nafsu

6. Bagaimana untuk istiqomah?

* meletakkan niat cinta Allah dan cinta rasul  di tempat yang pertama
* lidah kena selalu berzikir kepada Allah s.w.t
* sentiasa tetap solat 5 waktu
* berdoa kepada Allah s.w.t supaya kita dapat tetapkan hati
* dampingi Al - quran
* bergaul dengan orang2 yang soleh dan solehah
* bertaubat kepada Allah
* mintak maaf kepada manusia

7. Doa untuk berubah :



surah al- baqarah , ayat 250








surah ali imran ayat 8-9

Monday 14 September 2015

Tips jimat dalam majlis Tunang atau Nikah ( Projek DIY 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah sudah hampir setahun lebih saya menjadi tunangan orang, ada lagi baki lagi 10 bulan untuk tiba pada hari bersejarah saya.

Baiklah, tujuan saya menceritakan tentang diy yang telah saya lakukan pada majlis pertunangan saya terdahulu, untuk memberikan inspirasi kepada mereka di luar sana yang sedang mencari ilham untuk melakukan diy seperti saya. Seperti yang saya katakan, projek diy ini sememangnya memerlukan masa dan tenaga untuk menjayakannya tapi memerlukan kos yang rendah.

Bagi yang tidak mempunyai bajet yang tinggi tetapi ingin melangsungkan pertunangan dengan jayanya boleh cuba macam saya ye.


Jom saya tunjukkan, layan~~~ :-

Pelamin DIY

Contoh Masa Hari Bertunang

Untuk entry pertama tentang diy ni saya nak cerita pasal pelamin diy saya dulu.

Kos bagi setiap barang-barang di atas..

Kos sepasang bunga hijau putih = RM 0 ( pinjam bunga jiran punya )
Kos langsir = RM 0 ( pinjam mak saudara punya )
Kos kerusi untuk pelamin = RM 290
* kerusi ini kerusi kayu jati, kalau nak beli yang murah still ada. tapi ingat boleh pakai untuk akad nikah nanti dan selepas kahwin, jadi tak rugi pon beli kan.
Kos untuk diy bantal pelamin = RM 12 ( Wah... kenapa murah sangat?? Jom saya kongsikan kat bawah ni kenapa murah sangat bantal ni.. hehehe..)

Cara untuk membuat sendiri bantal pelamin ( DIY )

Sebenarnya RM 12 tu saya gunakan untuk membeli gam uhu yang packing besar tu. Nak beli gam gajah sikit sangat.
*diingatkan , jangan guna gam uhu kecil sebab gam nya tak berapa kuat..

Kenapa saya hanya menggunakan gam?

1) saya malas nak jahit.. hahahaha..
2) memudahkan dan mempercepatkan kerja
3) tiada mesin jahit.

tanpa membuang masa saya nak tunjukkan cara buat bantal pelamin ni ye..

Bahagian 1


Bahagian 2

Dibawah ni pula saya tunjukkan cara untuk buat bunga besar di atas bantal pelamin tersebut.


cara nak buat tapak bunga



ni contoh jahitan jelujur dan cara menarik kain supaya terhimpun


dah siap buat bunga, boleh cantumkan dengan bantal
 dan letakkan butang baju ditengah-tengah bunga


nin dia dah siap dua biji bantal.. 

Selamat mencuba ye!!!

setakat tu dulu tips untuk bahagian pelamin..lepas ni kita sambung untuk bahagian baju tunang pulak ye... :)

don't go away ye.. tunggu sampai entry seterusnya.. emm..muah.. cayang siked.. hahahaha...


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Sunday 13 September 2015

wanita : jom kenali diri anda (BHG. 2 - Haid dan istihadah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah saya masih diberikan nafas baru untuk menghirup udara segar di dunia ni.. pada setiap pagi, kita sebenarnya baru hidup daripada kematian yang bersifat sementara.

tetapi hari ni bukan nak cerita kejadian manusia.. tapi nak sambung cerita entry lama.. 
http://solehahkahaku.blogspot.com/2014/11/wanita-jom-kenali-diri-kita.html

Dalam entry sebelum ini saya telah menceritakan tentang darah haid wanita.

Jadi, kali ini saya akan mendalami lagi mengenai darah haid wanita.

Masalah haid ini amat sukar untuk dibincangkan sebab setiap wanita tidak mengalami waktu haid yang sama. Ada sesetengah wanita yang menganggap haid ini akan berakhir genap 7 hari, jadi dia menunggu sehingga hari ke -7 sedangkan haidnya telah berhenti pada hari ke-5. Sepatutnya wanita perlu mandi wajib setelah berakhirnya haid tersebut. tetapi sekiranya wanita itu datang semula haidnya pada hari ke-6 pada kadar yang sedikit, jadi dia perlu tunggu sehingga darah itu betul-betul kering.

Bagaimana nak pastikan darah itu benar-benar kering dan sucinya daripada haid?

Mengambil sehelai kain dan letakkan di tengah-tengah miss v, lapkan dan lihat sama ada masih ada darah atau tidak. kalau tidak ada darah, barulah mandi wajib.

Tanda masa suci bagi wanita adalah adanya cairan putih ataupun keputihan tetapi tidak semua wanita akan mengalami tanda ini dan hanya menjadi kering begitu sahaja sehingga datang semula haid yang seterusnya. Ada juga wanita yang menggunakan ubat untuk menghentikan atau mengeringkan haid tetapi perkara sebegini terjadi sekiranya atas kebenaran doktor dan ubat itu tidak menimbulkan bahaya. Misalnya wanita yang ingin mengerjakan haji atau umrah yang kebetulan minggu yang ingin mengerjakan ibadah itu dianggarkan akan mendatangi haid itu lalu dia mengambil ubat untuk menghentikan atau mencegah haid itu atas nasihat doktor dan diizinkan oleh suami, maka dalam islam membenarkan.

Bahaya penggunaan ubat pencegah  atau penahan haid ini :-
* dapat melukai rahim
* mengakibatkan peredaran darah berubah dan tidak teratur
* menimbulkan kesan buruk bagi janin di masa hadapan
* mengakibatkan kemandulan bagi orang yang belum berkahwin

Ada juga sesetengah wanita islam yang tidak mandi wajib sepanjang dia haid maka terdapat sebuah hadis menyatakan bahawa solatnya sepanjang dia mula haid itu tidak sah sehingga dia mandi wajib dan bertaubat.

Terdapat juga wanita yang memakan ubat tertentu yang membolehkan darah keluar pada bahagian rahim, wanita itu perlu merujuk terlebih dahulu dengan doktor yang memberikan ubat itu bagi mengesahkan darah itu darah haid atau darah atas kesan ubat tersebut. termasuklah darah yang keluar daripada kesan pembedahan juga bukan jatuh hukum haid.

wanita boleh menggunakan ubat untuk mendatangkan haid dengan dua syarat :
* Bukan dengan tujuan untuk mengelakkan perkara kewajipan , misalnya berpuasa dalam bulan ramadan , solat dan sebagainya.
* Dilakukan atas izin suami kerana mengelakkan suami ingin bersenang-senang dengan si isteri misalnya isteri yang sedang ditalak untuk mempercepatkan gugurnya hak suami untuk rujuk semula.


Cara nak kenal darah haid dan istihadah :

kalau ada adat  ikut adat, kalau ada tamyiz ikut tamyiz.

adat : kebiasaan
tamyiz : boleh bezakan

ada orang ada adat dan ada tamyiz.

contohnya :
kebiasaannya dia haid ada 7 hari memang tiap bulan dia macam tu ( ADAT ) , warna haid dia kehitam-hitaman bau tengik sikit (TAMYIZ ).. Itu dikira haid kerana mengikut kebiasaan dan hukum tamyiz.

Ada orang ada adat tapi tak dak tamyiz (maksudnya dia tak boleh nak kenal warna darah tersebut)

contohnya :
setiap bulan dia haid pada 29hb, pada kali tu dia nampak seperti darah haid tapi dia tak pasti betul ke yang tu darah haid sebab warna dia bukan warna merah pekat atau kehitaman. ataupun situasi dimana darah keluar hanya sehari atau dua hari sahaja tetapi dia tidak pasti warna haid tersebut. Jadi, itu dikira sebagai haid kerana mengikut adat atau kebiasaannya.

Ada orang tidak mengikut adat tetapi dia ada tamyiz.

contohnya :
Dia datang haid tidak tetap pada setiap bulan, sekejap 8 hari , sekejap 7 hari ,  sekejap 6 hari dalam keadaan berbeza-beza tempoh haidnya tetapi dia akan datang haid pada tarikh yang sama setiap bulan dan dia boleh kenal warna darah . Jadi itu dikira darah haid kerana mengikut tamyiz dimana dia kenal warna darah tersebut.

Ada orang tak ada adat dan tidak  ada tamyiz.

contohnya :
Dia datang haid tak sekata setiap bulan dan dia jugak tak kenal jenis warna darah yang dia alami masa itu. Jadi untuk kes ini, dia perlu ikut batas maksimum yang ditetapkan oleh hukum syarak mengenai jenis-jenis darah haid dan waktu-waktu yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. (boleh rujuk pada entry yang saya lampirkan kat atas).

Macam mana kita nak tamyiz ( kenal atau tahu membezakan) antara darah haid dengan darah istihadah?

Darah haid ini berwana merah kehitam-hitam, darahnya lebih pekat daripada warna biasa dan baunya agak hanyir berbanding darah biasa. keluarnya tidak memancut seperti air kencing...

 manakala darah istihadah ini berwarna merah kekuningan, darah ini tiada bau yang kuat dan darahnya bersifat cair. Darah ini bersifat warna merah segar dan kurang hanyir.. darah istihadah ni merupakan darah yang keluar selepas darah haid iaitu selepas 15 @ 20 hari waktu haid biasa ataupun atas pembedahan atau penyakit tertentu. Suatu penyakit yang menimpa wanita hasil perbuatan syaitan..

hukum darah istihadah (mustahadah)
* Tidak wajib mandi ketika solat kecuali hanya sekali saja iaitu selepas berakhirnya waktu haid.
* Tidak boleh meninggalkan solat dan puasa
* Tiada larangan untuk bersetubuh

bagi wanita yang telah menopause,  darah yang keluar daripada faraj adalah darah istihadah yang mungkin disebabkan oleh penyakit seperti kanser pangkal rahim atau kanser rahim.. wanita yang menghadapi masalah ini dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapat kan rawatan..

cara untuk berbersuci daripada darah ini ialah..
1. Wanita itu perlulah menyucikan terlebih dahulu darah tersebut. 
2. Gantikan dengan tuala wanita yang masih baru dan bersih.
3. Hanya perlu berwuduk tanpa mandi wajib..
4. Jika telah penuh, gantikan yang baru dan lakukan langkah yang sama seperti langkah 1, 2, dan 3..



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Cara untuk cari, tarik dan dekatkan jodoh kita dengan kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kenapa wanita yang baik memiliki jodoh yang tak baik?

1. Allah sengaja nak bagi ujian sebab Allah rindu akan rintihan org2 yg baik itu..
2. Allah nak tinggikan darjat org yg baik ini atas ujian yg diberikan. Cth : Asiah dpt mahligai syurga di akhirat.
3. Allah nak menghapuskan dosanya selama mana dy redha dgn ketentuannya..


Tanda - tanda jodoh dapat melalui istikharah

1.Berasa tenang hati
2.Cenderung atau minat
3.Dapat ilham daripada Allah
4.Mimpi

Kenapa jodoh tak kesampaian?

~>  Check hubungan dgn Allah , dh mntak ampun ke dgn Allah

~>  Check pula hubungan dgn ibubapa , berkat jodoh adalah daripada doa ibubapa

~>  Asyik membuat maksiat dengan pasangan sampai nak berkahwin pon belum bertaubat lagi.

Nak tau, cinta juga Allah kurniakan kepada haiwan...

Tetapi cinta sesama haiwan hanyalah berbentuk hawa nafsu semata2 bagi membolehkan adanya zuriat sahaja.

Kalau manusia meletakkan cinta nafsu sebagai pengikat hubungan, manusia itu tiada bezanya dengan haiwan.. kerana haiwan tidak memiliki akal seperti manusia jadi tidak tahu membezakan yang mana baik ataupun buruk.

Dibawah ini merupakan antara doa yang boleh diamalkan untuk kita yang masih mencari jodoh atau sedang mendekatkan jodoh.. hehehe..


1. Doa utk membuat orang sayang kat kita ( bila orang tengok kita rasa mcm jatuh kasih kat kita dan sentiasa dekat dengan kita)

Surah yusuf - ayat 4

2. Doa utk jodoh ( dah sah suami isteri ) berkekalan

Surah Toha - ayat 39

Start drp Waalqaito qoika....

3. Doa utk bagi ada jodoh ( dipermudahkan berkahwin )

Surah Al anbiya - ayat 89

4. Doa smoga Allah makbulkan hajat.

Surah Al - Qasas - ayat 24

Apakah amalan untuk mampu menarik magnet jodoh kita..?

1) Baiki hubungan dengan Allah
2) Baiki hubungan dgn ibubapa
3) Baiki dulu diri sendiri
4) Mohon ibubapa doakan
5) Suka tolong org
6) Sucikan hati
7) Solat hajat
8) Puasa hajat masa hari jadi kita
9) Suruh alim ulama doakan
10) Diri sendiri berdoa
11) lakukan Solat istikharah
12) Pelihara hubungan silaturrahim sesama manusia
13) Jangan putus ikhtiar
14) Banyak bersedekah
15) jangan suka mengeluh

Apakah tanda2 jodoh yg serasi dengan kita?

1. Kita rasa bahagia dgn dy
2. Boleh bertolak ansur walaupun berbeza sikap
3. Rasa tenang bila kawin tak rasa serabut
4. Selalu ada disisi kita terutama bila kita susah atau sakit
5. Kita rasa selamat dgn dy
6. Perkenalan kita dgn dy akan mendekatkan kita dengan Allah
7. Ketawa dan menangis bersama - sama

Jom kita sama-sama try semua ni, bukan awak -awak je yang nak jodoh yang baik.. saya pon nak jodoh yang baik dan dekatkan jodoh saya jugak.. selagi belum kahwin, selagi itulah seseorang tu bukan jodoh kita dan banyak lagi halangan yang perlu ditempuhi untuk kita betul-betul dapat jodoh yang baik..

In Shaa Allah .. kita usaha sama-sama ye..

Info : tanyalah ustazah


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Vitamin Untuk Hati Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Kenapa islam tekankan penyucian jiwa?

Allah telah ciptakan manusia sebaik2 kejadian kerana manusia ada akal dan hati.

Ada akal boleh berfikir..
Ada hati utk merasa ( perasaan )...

Penyucian jiwa itu lah yang menyempurnakan manusia..

2. Jenis2 hati menurut islam

Qolbun marih = hati yang sakit ~ mengeras atau rosak dan tak de Ketenangan Hati ..

Apabila hati itu rosak, akan bertambah lagi rosaknya kalau tidak diubati..

Qolbun salim = hati yang mulia atau bahagia

3. Tanda2 hati yang kotor atau hati yang sakit

~> Apabila kita rasa malas untuk beribadah
~> persoalkan kenapa kita buat, org lain xbuat
~> apabila cepat marah org lain atau cepat benci kepada orang lain
~> selalu pandang org lain banyak kelemahan, kita ja yang betul

4. Apakah cara menyucikan hati kita yang kotor?

=> baca al quran dan maknanya sekali
=> bangun solat malam
=> berkumpul dengan orang2 yang soleh dan solehah
=> banyakkan berpuasa

5. Cara nak masukkan vitamin hati?

* dengan cara beristighfar @ mintak ampun kepada Allah

* dengan cara berdoa kepada Allah

* ziarah org yang sakit atau org yg dilanda musibah

6. Apakah kesan terhadap akhlak kita apabila kita membaiki hati kita?

# apabila tidak mengubati hati, seseorang akan suka merungut dan mencari kesalahan orang lain

# orang sekeliling lihat kita akan rasa tenang

# akhlak kita akan jadi mulia

7. Dah melakukan perubahan tetapi masih lagi hati jadi rosak. Cara nak ubati?

* usap kepala anak yatim yang belum baligh kerana akan gugur dosa2 kita

* rapatkan silaturrahim sesama manusia

* banyakkan berdoa supaya hati lembut

* selalu mintak maaf dengan orang sekeliling

8. Apakah kita dapat bila hati kita dah bersih?

 Hati kita bahagia , kita bleh bhagiakan org lain dan dapat bertemu dengan Allah dalam hati yang suci semasa hari akhirat nanty sekaligus menyebabkan kita masuk ke syurga bersama2 keluarga kita.

Info = tanyalah ustazah


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Matangkah kita sebagai ahli akademik ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya akan menyambung entry saya yang telah lama terbiar dalam draf ni.

Baiklah setelah melakukan penyelidikan ke atas ' kematangan itu suatu kebanggaan?'.

Banyak pendapat yang telah saya perolehi hasil feedback daripada rakan-rakan fb dan blog. Alhamdulillah terima kasih atas kerjasama semua ye. Baiklah malam ni saya akan mengupas sedikit apa yang diperkatakan tentang MATANG.

Kematangan merupakan satu fasa dalam proses perkembangan manusia. Seseorang itu dianggap matang, apabila seseoarang itu telah melalui fasa perubahan fizikal secara biologi (sudah baligh).

Misalnya:-

Alya (Cashier) : semua barang harga rm150 kak.
Ayu : awak panggil saya kak? awak tak nampak ka saya muda lagi? umur saya baru 20 tahun. awak umur berapa?
Alya : Errgh... saya umur 23 tahun. maaf ye saya nampak muka awak, muka matang, macam dah umur 30 tahun.
Ayu : umur 30 tahun? _ Ayu tergesa-gesa membayar dan berlalu pergi_
Alya : maaf ye.

situasi di atas telah menjadi kebiasaan dalam hidup kita.. Seseorang yang memiliki badan sasa dan bertubuh tinggi serta memiliki raut wajah yang cantik atau kacak akan dianggap telah matang berbanding dengan seseorang yang berwajah kecik , bertubuh pendek atau berbadan gempal dilihat sebagai individu yang belum matang atau masih dalam kategori kanak-kanak.

Ini adalah mentaliti masyarakat kita sama ada kita sedar atau tidak.

Sebenarnya maksud Matang ni mempunyai definisi yang lebih luas dan terbuka..

Seseorang itu dikira matang apabila mampu berdikari dalam membuat keputusan yang terbaik dengan mengambil kira semua aspek terhadap semua pihak. Malah apabila berlakunya sebarang ujian dan cabaran, seseorang itu mampu menanganinya dengan baik tanpa cuba mengelak dari menyelesaikannya.Hal ini kerana seseorang itu mampu berfikir secara kritis, mampu menyelesaikan masalah dengan efisien, mampu berkomunikasi dengan semua lapisan masyarakat dengan baik.

Kematangan seseorang itu menjadikan peribadi seseorang itu lebih berkeyakinan tinggi dan berpandangan jauh. Jadi kematangan bukanlah diukur melalui tahap umur seseorang tetapi lebih kepada kemampuan seseorang berfikir dan ketabahan serta kesabaran dalam menempuh kehidupan dan menjadikan sesuatu ujian tersebut sebagai pengalaman yang berharga dalam hidup.

MATANG = ILMU + PENGALAMAN.

Ada sesetengah orang mampu berfikir secara matang sejak berusia 7 tahun. Perkara sebegini memang dilihat luar biasa atau mustahil. tapi ianya tidak mustahil dengan adanya didikan daripada ibubapa dan orang sekelilingnya yang memberikan info yang baru bagi kanak-kanak tersebut dan mendedahkan mereka tentang dunia dewasa. secara tidak langsung, anak-anak ini mampu mempelajari yang lebih luas daripada zaman kanak-kanaknya.

saya tertarik untuk menceritakan tentang seorang kanak-kanak berumur 5 tahun yang begitu yakin menasihati kawan sebaya dengannya. saya dengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh kanak-kanak tersebut.

contoh di bawah bukan nama sebenar..

Amin : Alamak, makanan dah jatuh atas tanah. (amin tunduk dan ambil makanan tu lalu ditepis oleh Ali).
Ali : jangan ambil makanan ni dah ada kuman. nanti bila makan senang sakit perut. mama selalu cakap nanti senang dapat keracunan makanan.

Amin mengangguk dan membuang makanan tadi.

Jelas disini, kalau didikan yang diberikan oleh ibubapa dengan baik, anak-anak akan lebih mudah mengingatinya kerana semasa zaman kanak-kanak, mereka banyak membesar dengan meniru perlakuan dan percakapan ibubapa. jadi kalau kita memberikan ilmu yang sewajarnya anak-anak akan membesar sebagai kanak-kanak yang bijak dan tidak mustahil mampu berfikir dengan matang seawal usia setahun jagung.

Apabila kita memiliki ilmu, kita mudah bergaul dengan orang lain.

 sebab apa? sebab lumrah manusia suka berdampingan dengan orang yang berilmu.

Ilmu ini pula tidak terhad untuk setiap orang dan tak semestinya setiap orang memiliki ilmu yang sama. ilmu dunia yang Allah bagi sangat luas untuk diteroka. Percaya atau tidak, dengan adanya ilmu ini kita akan lebih matang dalam membuat keputusan. setiap keputusan itu akan dilakukan dengan lebih rasional dan lebih berfokus.

Kematangan yang diukur melalui ketinggian ilmu ini juga bukan hanya mengikut status akademik dan bidang-bidang kepakaran tertentu tetapi pengalaman dalam kehidupan juga pengukur kematangan.

Tidak keterlaluan kalau saya katakan kematangan saya lihat mengikut zaman.

Maaf bagi yang kurang menyenangkan dengan pernyataan saya ini..

Benar atau tidak, zaman sebelum kecanggihan teknologi menular ke negara kita, rakyat di Malaysia lebih berdaya saing dan bersikap matang untuk majukan negara di mata dunia. Status akademik yang dimiliki amat menyakinkan tahap kematangan seorang individu itu kerana adanya pengalaman hidup yang pahit semasa sebelum negara maju. berbekalkan keyakinan itu mereka mudah bersikap lebih optimis dan bertindak matang dalam mengambil keputusan atas sesuatu perkara. Misalnya kelulusan PHD , MASTER dan DEGREE seolah-olah menjadi satu status yang tinggi yang hanya dimiliki oleh golongan elit. Jadi kematangan dan kebijaksaan seseorang tidak dapat dipertikaikan lagi.. semasa ini umur meningkat dianggap lebih matang kerana adanya peningkatan status akademik dan status sosial dalam masyarakat.

Berbeza dengan zaman teknologi kini, rakyat berada dalam ZONE SELESA dimana rakyat hanya berminat untuk mengejar kekayaan dari sudut harta benda yang menjanjikan kemewahan sementara sehingga ada segelintir masyarakat yang tidak kisah untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan bagi membolehkan mereka memiliki status akademik yang tinggi supaya mereka memiliki pekerjaan yang terbaik dengan mengejar pointer yang tinggi dengan cara yang salah. Oleh sebab itu, pelajar yang memiliki status akademik yang tinggi ini tidak dianggap telah matang pada masa kini. Perkara ini terjadi kerana kematangan mereka tidak seiring dengan status akademik mereka.

Sepatutnya lebih banyak ilmu, lebih bertindak lebih matang tetapi oleh kerana ilmu yang dimiliki itu tidak memiliki keberkatannya maka ilmu itu menjadi sia-sia dan tiada gunanya.


tepuk dada tangan hati, Matangkah kita sebagai ahli akademik atau hanya membawa nama golongan elit  yang terdahulu?

#renung-renungkanlah



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~