Wednesday 28 October 2015

Tips memilih dan memakai minyak wangi atau perfume

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini nak kongsi sikit pasal perfume or minyak wangi yang kita wanita memang sangat suka pakai bila nak keluar jalan-jalan.
Minyak wangi mempunyai tiga komponen asas: air,alkohol dan minyak. Minyak adalah unsur-unsur yang memberikan bau.Air dan alkohol pula akan mengewap dan perlahan-lahan melepaskan aroma dari minyak . Sekarang untuk sebahagian anatomi, terdapat bahagian pada badan anda yang menghasilkan haba badan yang tinggi dan bahagian ini yang akan membantu dalam proses sejatan air dan alkohol.
Oleh itu anda perlu memakai minyak wangi di bahagian badan yang menghasilkan haba yang tinggi.Kawasan-kawasan ini adalah di belakang telinga,belakang dan sisi leher,bahagian dalam pergelangan tangan dan bahagian dalam siku anda.
Cara lain adalah sapukan losen ke atas kawasan-kawasan ini sebelum anda menggunakan minyak wangi. Losyen harus unscented atau mempunyai aroma yang sama dengan minyak wangi anda. Tunggu beberapa minit untuk losyen kering dan kemudian gunakan minyak wangi yang sesuai. Teknik ini akan membantu badan anda menyerap minyak dari minyak wangi dan membuat aroma tahan berjam-jam.
Anda juga boleh meletakan beberapa titis minyak wangi pada rambut anda apabila ia basah. Rambut anda akan menyerap bauan dan ianya tidak akan merosakan rambut anda.
Jika anda ingin minyak wangi anda bertahan lebih lama lagi, letakan minyak wangi ke pakaian anda.Teknik
ini lebih sesuai untuk kain semula jadi seperti kapas dan sutera.
Gunakan satu minyak wangi untuk setiap pakaian,jangan campur dengan minyak wangi lain dan gunakan dalam dos yang munasabah.
Akhir sekali, menukar minyak wangi anda mengikut musim.
Pilihlah aroma yang sesuai mengikut personaliti anda.

Cara salah pakai minyak wangi.
1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah selapas mandi.
2. Pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama
3. Pakai di tempat yang salah

4. Pakai dari atas ke bawah
Selalunya kita pakai perfume mula dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut.

5. Pakai perfume di baju
Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju.

6. Menggosok perfume selepas pakai
Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.

7. Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan
Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut.

8. Jangan Letakkan perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk
Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.

Cara pakai dengan betul
1. Guna satu perfume pada satu masa
2. Untuk memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik, oleskan perfume atau minyak wangi paling kurang 1 jam sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.
3. Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume.

 Ada 7 point utk mengekalkan keharuman perfume iaitu:
1. belakang telinga
2. nadi pada sendi tangan
3. siku
4. ruang bawah dada @ lurah dada
5. celah paha
6. belakang lutut
7. pergelangan kaki

Tips extra
1. Sesiapa yang suka bertukar perfume dinasihatkan berhati-hati apabila memakai perfume di pakaian. Kesan perfume yang tertinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian perfume baru. Pakaian juga mungkin boleh rosak disebabkan oleh perfume tersebut.
2. Bagi mereka yang tidak serasi atau sensitif terhadap perfume, cuba gunakan bau yang lebih ringan.
3. Perfume boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan perfume dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan. 

Jenis perfume ada beberapa kategori ye :
1) PARFUM = 16% - 30%
Merupakan minyak wangi yang paling kuat dan paling mahal. Biasanya wangiannya boleh bertahan sehingga 6 - 8 jam bergantung kepada jenis kulit. Jenis ini jarang berada dikedai-kedai biasa. Biasanya dijual dikedai yang menjual perfume yang berjenama tinggi dan harganya berlipat kali ganda mahal berbanding perfume biasa. namun kualitinya amat diyakini.

2) Eau De Parfum (EDP)
EDP ini adalah kurang kepekatan berbanding PARFUM asli dan harganya kurang mahal. Ia mengandungi purata 8% - 16% daripada pati wangian sebenar. Wangiannya tahan sehingga 3 - 5 jam.

3) Eau De Toilette (EDT) 
Minyak wangi ini yang paling lazim dan murah . Di jual dikedai-kedai biasa. Hanya mengandungi  3% - 8 % daripada pati wangian. Wangian ini bertahan sehingga 2 - 4 jam.

4) Eau De Cologne (EDC) 
Minyak wanggi jenis ini paling lemah baunya dan biasanya dipasarkan kepada lelaki. Hal ini kerana kebanyakan minyak wangi jenis ini berbotol kecil dan mudah diletakkan dalam poket untuk kegunaan kerap. Wangian ini merupakan wangian termurah dan mudah didapati. Wangian ini hanya bertahan sehingga 2 jam sahaja.

ehsan en. google

Pesanan akhir dari saya

Belilah perfume yang biar kita beli tu mahal untuk sekali sahaja tetapi penggunaannya hasil seperti kita sembur 10 kali walaupun pada pemakaian yang pertama dan sedikit. supaya perfume tu tahan lama.

terlupa pulak, kalau pakai pelembut fabric seperti downy , diingatkan , jangan guna beserta perfume kerana baunya akan menjadi teruk atau tidak menyenangkan orang lain disekeliling anda. maksudnya di sini, kalau nak pakai pelembut fabric jangan guna perfume, kalau nak pakai perfume jangan guna pelembut fabric, okey ye syg2 ku..

tengok pulak, nak beli perfume ini :-

1) kalau jenis suka bau yang lembut, ambil yang bau rose sikit atau bau ala-ala lavender sikit.

2) kalau jenis suka sporty, pilih bau yang seakan citrus atau woody supaya bau badan tidak terlalu menyengat.

3) kalau jenis yang suka sederhana, pilih bauan seperti autumn aroma atau maksudnya bau macam aromatherapy sikit tu.

jadi, pilih lah yang bersesuaian.

sekian, terima kasih.. :)

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: