Posts

Showing posts from 2016

5 perkara penting dalam memilih pasangan hidup.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
🎵🎵 🎤 Carilah pasangan hidup betul-betul.. Bahagia bersemi.. Rumah tangga akan harmoni.. 🎤🎵🎵 Checklist : 1. Sekufu ke?
Kufu atau kafa'ah adalah suatu darjat atau kemuliaan yang jika tiada pada calon pemuda kemuliaan tersebut, maka jatuh darjat si isteri.. Maksudnya kalau tak sekufu, boleh hilang rasa kehormatan atau kemuliaan antara pasangan tersebut.
Kufu ini dinilai dari segi agamanya.. Sekiranya agama kedua pasangan ini sama, jadi keduanya mudah memahami antara satu sama lain.. Berbanding berlainan agama. Kalau kita pilih seseorang yang jaga agama, jadi mudahlah untuk kita berkongsi kelebihan berpahala dalam rumah tangga kerana masing-masing faham tentang tanggungjawab masing-masing. Benda ni paling penting sekali, sebab apa? Takkan kita sebagai isteri nak mengajar suami tentang agama.. Mungkin ada yang boleh.. Tapi seperti yang kita tau lelaki ni ada ego nya.. Susah untuk kita membentuk mereka melainkan dengan rela hati mereka sendiri.. K…

Adab pergaulan wanita bekerja di luar rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
Dalam islam, wanita dikedudukan yang terhormat dimana hajatnya dan nafkahnya ditanggung dan dijamin. Wanita sentiasa berada di bawah tanggungan lelaki sama ada bapanya ketika dia masih gadis atau adik-beradik lelakinya jika dia berada dibawah jagaannya setelah kematian bapanya, atau anak lelakinya jika dia sebagai ibu, atau suami jika dia sebagai isteri. Wanita wajib ditanggung oleh lelaki yang berada pada kedudukan yang telah dinyatakan menurut hukum nafkah yang diatur oleh syariat islam dan ia wajib dipatuhi (al-Qaradawi, 1997) . Hal ini menunjukkan perlindungan yang berbentuk tanggungjawab lelaki terhadap wanita amat dititikberatkan oleh islam bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan kaum wanita dan masyarakat islam seluruhnya.
Walaupun islam menempatkan wanita dirumahnya, namun bukanlah bermakna wanita tidak boleh keluar langsung. Mereka boleh keluar atas tujuan-tujuan  tertentu. Malahan jika sekiranya terdapat kaum lelaki yang tidak dapat me…

derma darah ( bahagian 3 )

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

sambungan entry

http://solehahkahaku.blogspot.my/2016/10/derma-darah-bahagian-2.html



Org tnya aku.. " awat asyik nk derma darah.. ang tu dah kuruih.. nanty tinggai tulang ja."
Aku derma darah sbb
1. Masa arwah ayah aku sakit dulu, susah nk dptkn darah yg ssuai dgn bdn abah.. aku kesian kalau2 ada org alami nasib mcm abah dulu.. dialisis bukan bnda main2.. xtukar drah.. kuman merebak. 2. Terutama penerima darah jenis 0 ni ramai.. tapi bekalan utk penderma darah 0 sikit.. sbb org darah 0 hanya bleh trima darah 0 jugak. Kesianlah kat mereka ni.. sementara sihat, kita bantu depa.. bila kita sakit, ada org lain bantu kita pulak. 3. Bnyk kelebihan klu kita derma darah.. ada mcm2 reward... dpat renew darah baru dlm badan... dapt renew pahala.. dapt reward hospital.. 


Jangan risau psal nak jadi kurus kering tu.. sbb sya rasa sya xde masalah pon utk itu.. gemuk sama ja.. hahaha.. 
Banyakkan mkn makanan yg ada iron dgn asid folic.. ni utk tambah …

Penderaan oleh suami terhadap isteri dan sebaliknya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Balasan dan azab suami yang mendera isteri.
·Sabda Rasulullah s.a.w “ Setiap lelaki yang menampar isterinya, Allah akan memerintahkan malaikat penjaga api agar di neraka kelak menampar muka lelaki itu sebanyak 70 kali. Dia lelaki manapun yang meletakkan tangannya di atas kepala isterinya yang muslim, sesungguhnya telah memaku tangannya dengan paku-paku neraka.”

·Rasulullah s.a.w bersabda, “ Lelaki manapun yang memukul isterinya lebih dari 3 kali , di hari kiamat kelak Allah s.w.t akan mengangkatnya di atas kepala segenap makhluk dan membentangkan seluruh keburukannya, sejak orang yang paling awal hingga yang paling akhir melihatnya.”

·Rasulullah s.a.w bersabda , “ Aku hairan dengan orang yang memukul isterinya sedangkan yang pantas dipukul adalah dirinya sendiri. Janganlah kamu memukul isteri-isteri kamu dengan kayu kerana itu memiliki qisas (balasan) “
Balasan dan azab isteri yang mendera suaminya:
·Rasulullah bersabda: “Wanita yang taat terhadap suam…

kenapa wanita kini perlu bekerja walaupun berumahtangga?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
hari ni saya ingin mengulas tentang fenomena wanita bekerjaya masa kini.. 
ya , sememangnya kita sedia maklum, kemajuan dan pembangunan sangat mengajak agar wanita turut berganding bahu dengab lelaki keluar rumah.
Jika kita lihat Era  tahun 2000 ini dilihat sebagai era teknologi yang menuntut golongan wanita muslim agar turut aktif dalam kerjaya sama ada (Ghazali, 2001) :
Untuk menambahkan sumber pendapatan dari segi kewangan. Ini adalah disebabkan keperluan semasa yang semakin hari semakin tinggi harganya. Meskipun pemulihan ekonomi telah dilakukan dan ekonomi di negara kita semakin pulih, namun harga barangan dari sehari ke sehari semakin meningkat. Jadi, perbelanjaan rumah tidak cukup sekiranya hanya suami sahaja yang mencarinya apatah lagi dengan keperluan hidup dan kos sara diri masa kini yang semakin tinggi.
Menuntut wanita muslim semakin aktif dan sibuk dalam politik , sosial dan sebagainya. Ini adalah disebabkan banyak masalah , berbangkit berk…

PIZZA MAGGIE

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ini saya nak bagi resepi untuk pizza maggie.. maaf ye lambat bagi.. busy sikit..

resepi untuk seorang atau 2 orang ..

Bahan-bahan :

telur 2 biji ( pukul dgn bawang dulu bagi kembang baru masukkan maggie)
perencah maggie
maggie 1 bungkus ( dicelur )
carrot 1 btg
bawang besar sebiji (potong nipis-nipis)
#cheese kalau nak tambah

cara-cara :

1. gaul semua bahan kat atas dalam mangkuk
2. sediakan kuali leper dan letakkan minyak sedikit saja (lenggangkan sikit kuali bagi minyak rata)
3. masukkan maggie dalam kuali..






4. biar sampai rasa macam telur kering sikit, baru kalihkan..





 5. dah siap.. kalau pemalas macam saya, potong ja dalam kuali.. hahahaha





6. dah boleh hidang.. masa makan...



senangkan.. selamat mencuba.. :*


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

header atas yang comel

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
hari ini nak cerita sikit pasal header yang kat atas tu.. maaflah header tak seimbang.. hahahha..
dah berhari-hari fikir nak buat header yang sesuai.. dah buat.. tgk2 .. laa.. tak masuk la pulak..
untuk menghargai jasa diri sendiri yang dok usaha buat..
so letak la jugak header tu. hahahaa..
header tu akan buat lain pada masa yang akan datang... hahaha
ce wah mcm busy sgt je kan.. hahaha..
nak fikir background lain lagi.. ingat taun depan je la nak ubah background tu..
setiap tahun mesti tukar satu yang baru.. hahhaha
bukan apa , tak nak la korang jemu datang blog nikan..
nanti lepas kahwin, upgrade blog secara keseluruhan...hahahaha...
padan muka hampa nanti, tengok la muka aku dengan laki aku memenuhi ruang lepas aku kahwin nanti.. hahaha..
tapi entah bila la kan yang tu.. hahahaha
okey la.. harap hampa semua tak kisah pasal header tu buat masa ni..




tapi comel gak la kan.. hahaha *perasan pulak*
#p/s : maaf dah lama tak update.. busy dengan kej…

Bukti wanita itu lemah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sudah lama rasanya saya tidak menulis diblog ni... rasa macam dah bersawang dah..
sekali tulis, nah amik hampa, baca lah sampai muntah na,.. hahahaha..
Untuk entry kali ini saya akan menerangkan isu yang sering diperkatakan dan dikaitkan dengan wanita.
 Baiklah, wanita sering dianggap lemah oleh kaum lelaki dan diperakui pernyataan ini sejak azali kewujudan manusia.
Ya, wanita itu lemah dari segi fizikalnya namun wanita kuat dari segi mentalnya berbanding lelaki.
Ada  beberapa bukti yang mengaitkan tentang kelemahan wanita ini.
apa bukti nya? habaq mai sikit.. hehehe..
1.Wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki yang bengkok seperti mana firman Allah dalam Al-Quran.

2.Menurut kajian perubatan moden, wanita lebih mudah dijangkiti penyakit berbanding lelaki. Wanita juga berisiko menghadapi tulang reput dan wajah yang dimamah usia lebih awal berbanding lelaki. 

3.Wanita mempunyai satu akal dan sembilan nafsu iaitu keinginan terhadap kecantikan, kewangan dan l…

Masalah cirit birit ? keracunan makanan?? jom buat ini..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
bagi sesiapa yang ada  mengalami cirit birit dan ada tanda-tanda keracunan makanan.. 
jom cuba salah satu daripada cara kat bawah ni.. in shaa Allah , boleh cepat sembuh.. yang penting, niatkan kerana Allah dan percaya dengan kuasa Allah.. kita cuma ikhtiaq ja.. okey,,
Masak lobak dengan api kecil selama 2 jam ( 1kg lobak dengan 1 ½ liter air) .. tambahkan 3g garam halus dan minum setelah sejuk.
Goreng  2/3 sudu besar beras tanpa minyak sehingga hangus, masukkan ke dalam secawan air panas, biarkan selama beberapa minit kemudian minum ke semuanya.
Celur beberapa biji kurma dengan sedikit air mendidih. Lumatkan dengan cara menekannya menggunakan sudu. Campurkan sedikit madu kemudian minum 3 kali sehari.
Basuh dan bersihkan akar anggur. Rendam dalam air masak selama beberapa minit kemudian minum.
Buang kulit dua biji delima putih. Panggang sehingga kering dan tumbuk halus. Masukkan satu sudu besar bahan ini ke dalam air panas, kacau hingga rata lalu minu…

Keadaan wanita sebelum dan selepas islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada kali ini saya nak cerita tentang keadaan dan penerimaan golongan wanita di muka bumi sebelum dan selepas kedatangan islam.
1.Keadaan wanita sebelum kedatangan islam ( semasa zaman jahiliah )
·Anak perempuan yang dilahirkan akan dibunuh hidup-hidup atau ditanam hidup-hidup . jadi jika mereka ( lelaki) ingin berkahwin, mereka terpaksa menculik atau membeli perempuan yang di jual di luar bumi arab untuk dikahwini dan dijadikan isteri. ·Kecantikan wanita suatu ketika dulu dipertontonkan kepada khalayak ramai dan dijadikan bahan pameran. Hal ini terbukti apabila pertandingan ratu cantik diadakan dan wanita yang dipertandingkan akan bertelanjang bulat tanpa seurat benang di khalayak ramai dan pertandingan ini diadili oleh kaum lelaki sebagai hakim. Setiap pemenang dianugerahkan hadiah. ·Wanita dianggap hina dan tiada nilai. Ini dilihat daripada sikap lelaki memperbodohkan , memperhambakan dan menjadikan wanita sebagai tempat melempias nafsu lelaki dan …

Cara mencari titik persefahaman antara suami isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
1.Tidak mengharapkan pasangan kita menjadi seratus peratus seperti yang kita inginkan.

2.Bertimbang rasa dan menerimanya seadanya.

3.Melihat kebaikan pasangan lebih daripada keburukannya.

4.Tidak terlalu memfokuskan perkara yang remeh temeh.

5.Buat perubahan diri sendiri melebihi daripada mengharapkan pasangan yang berubah.

6.Kurangkan mencari cacat cela pasangan.

7.Banyakkan muhasabah diri dan beristighfar sekiranya mengalami masalah rumahtangga.

8.Fikirkan perkara yang positif

9.Gunakan kewarasan minda untuk membuat keputusan berbanding menggunakan emosi.

10.Elakkan mengadu domba dan membuat kritikan mengenai pasangan kepada orang lain.

11.Menghargai apa yang kita miliki.

12.Fahami diri sendiri untuk memahami pasangan.

13.Sentiasa memberikan kemaafan kepada pasangan.

14.Merendahkan ego dan sentiasa memohon kemaafan daripada pasangan.

Sumber  : Buku Keluarga Menuju Syurga
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Masalah kegemukan dan badan banyak lemak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ramas-ramas 2 genggam daun delima dengan sedikit garam dan segelas air masak, perah kemudian minum ½ gelas bagi sekali minum. Lakukan 2 kali sehari.
Tumbuk isi 2 biji buah delima putih beserta biji sehingga lumat. Campurkan 3 sudu besar air masak dan letakkan sedikit garam, kacau rata, tapis dan minum. Lakukan 3 kali sehari.
Rebus barli sekurang-kurangnya 3g bersama air secukupnya, setelah barli kembang, minum bersama air biasa dan tambahkan sedikit gula. Minum setiap hari.
Mengamalkan juga Talbinah iaitu bancuhan barli bersama susu segar dan sedikit madu.
Makan buah anggur, jagung masak, mangga atau pisang masak secukupnya setiap hari.
Memakan 1 @ 2 biji buah tomato yang ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan.
Rebus kacang kuda ½ cawan kecil atau ¾ cawan sehingga kembang. Makan sehingga menghilangkan rasa lapar.
Ambil 3 – 4 batang serai yang telah dibuang akar dan daun, diracik-racik dan direbus. Ambil segelas air rebusan itu dan minum perlah…

Ciri-ciri yang perlu ada pada pasangan yang bakal berkahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1.Pasangan yang dipilih mampu menjadi pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab.

2.Mencari nafkah yang halal dan berkat.

3.Pasangan ideal yang mampu bersikap baik terhadap isterinya kelak.

4.Pasangan yang dapat memberikan  kebebasan berfikir dan memberi pendapat serta menerima kekurangan dan kelemahan.

5.Pasangan yang mampu membantu dan memahami antara satu sama lain.

6.Pasangan yang dapat menjaga kewibawaan suami ataupun isteri serta mampu membimbing ke jalan yang baik.

7. Pasangan dapat menghormati dan menyayangi keluarganya.

8.Pasangan yang mampu menjadi ibubapa yang baik.

9.Pasangan yang kecintaannya ikhlas kerana Allah s.w.t

Sumber : Buku Keluarga Menuju Syurga
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~