Friday 29 January 2016

wanita : jom kenali diri anda (BHG. 4 - Cairan kewanitaan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. ..

Kali ni saya nak kongsi sikit tentang wanita lagi,. sambungan daripada entry sebelum ini ... http://solehahkahaku.blogspot.my/2016/01/wanita-jom-kenali-diri-anda-bhg-3-ubat.html

Ha, adik-adik yang akak kasihi sekelian, untuk pengetahuan adik, wanita ada dua saluran pada kemaluan wanita yang keluar darinya cairan yang boleh membatalkan wuduk iaitu..
1. Saluran untuk keluar kencing.
Sebarang cairan yang keluar dari saluran ini dianggap najis dan membatalkan wuduk. Cairan yang keluar daripada salur kencing ini ialah air kencing @ urine dan juga air wadi.. air mazi,,.
2. Saluran untuk keluar anak..
Sebarang cairan yang keluar dari saluran ini dianggap suci serta tidak membuatkan pakaian atau badan menjadi bernajis.. namun begitu, ia akan membatalkan wuduk.  Cairan yang keluar daripada salur ini ialah air mani..
Bentuk kecairan :-
1. Cairan kekuningan ( al - sufrah ) adalah cairan berwarna kuning yang keluar dari seorang wanita.  Biasanya cairan ini dilihat sehari sebelum datang nya haid atau sehari setelah habis haid..
2. Cairan keruh ( al - kudrah ) adalah cairan yang keluar dari seorang wanita yang berubah warnanya menjadi keruh. Iaitu berwarna merah tetapi merahnya tidak jelas.. cairan ini akan berlaku pada pendahuluan haid dan diikuti rasa sakit memulas..
3. Cairan putih adalah cairan yang berwarna putih atau colourless yang didorong oleh rahim ketika berhenti nya haid.. cairan ini biasanya juga disebut sebagai keputihan..
Jenis cairan :-
1. Air wadi adalah cairan yang biasanya keluar bersama air kencing. Warna putih kental dan tidak berbau.. biasanya keluar semasa seseorang wanita itu melakukan aktiviti lasak atau aktiviti memenatkan bukan kerana syahwat ye.. air wadi ini seperti keputihan..air wadi ini dianggap sebagai najis dan akan membatalkan wuduk..
* bagi adik2 yang baru tahu pasal ni, akak nak ingatkan adik2 yang dah period, WAJIB pakai pantiliner.. sebab apa?
Akak terang dulu ye pasal air wadi ni.. okey, kalau adik2 rasa penat sangat , contohnya lepas buat aktiviti berat ke bersukan ke bekerja seharian ka,.. dan tiba2 rasa ada cairan tengah mengalir kat underware tu tengok2 bukan period pon.. maksudnya air wadi la tu.. air wadi ni  tak boleh bawak solat ye,. Maksudnya.. adik2 kena bersihkan dulu bahagian kemaluan.. cuci bersih2.. buang pantiliner dan gantikan yang baru..( ha,. Ni la sebabnya kenapa perlu bawak dan pakai pantiliner ye adik2 sebab kalau tak pakai pantiliner kena tukar panties atau underware tu ye,, tak boleh pakai dah underware yang sama ye ) .. dah siap.. baru boleh solat macam biasa ye sayang.. :*
2. Air mazi adalah cairan bening dan lengket  yang keluar ketika sedang bercumbu atau terfikir  untuk melakukan persetubuhan dan sebagainya.. air mazi ini juga keluar di awal terbitnya syahwat.. sesetengah orang tidak merasa keluarnya  cairan mazi ini.. cairan ini adalah najis dan akan membatalkan wuduk.. wajib memercikkan air di bahagian yang terkena air mazi dan berwuduk semula jika telah berwuduk,, air mazi pon kena buat benda yang sama macam contoh air wadi tu sekiranya nak solat dan  sekiranya belum sampai keluar mani..
3. Air mani adalah  cairan pekat berwarna putih pada seorang lelaki manakala bagi wanita berwarna kuning nipis.. cairan mani ni bersifat suci tetapi wajib mandi selepas keluarnya.. cairan mani ini keluar kerana syahwat atau mimpi..air mani keluar secara memancar atau memancut dan terasa nikmat,.

Tuesday 26 January 2016

wanita : jom kenali diri anda (BHG. 3 - ubat penahan haid dan ubat mempercepatkan haid )

Assalamualaikum dan salam sejahtera. .

Entry ni sambungan dari entry  sebelum ni, http://solehahkahaku.blogspot.my/2015/09/wanita-jom-kenali-diri-anda-bhg-2.html

Pada kali ni saya ingin menceritakan tentang ubat penahan haid yang pernah saya lakukan..
Ubat penahan haid ini bersesuaian untuk Wanita yang ingin mengerjakan ibadah haji atau umrah atau masa bulan ramadan ataupun aktiviti yang memerlukan nya bergerak banyak dan cergas dan menjangkakan akan mengalami haid dalam tempoh berkenaan maka dia berhasrat untuk menahan haid atau melanjutkan tarikh haid tersebut bagi membolehkan semua aktiviti itu mampu dilakukan,.. hal ini dibolehkan oleh hukum syarak tapi perlulah dapatkan nasihat doktor.. sekiranya doktor membenarkan pengambilan ubat ini atas alasan tidak merbahaya jadi dibolehkan.. bagi wanita yang telah berkahwin perlulah mendapat kan izin suami..
Okey dah faham kan konsep ubat penahan haid ni..
Ingat tau, bukan mintak ubat kat farmasi ye,. Pergi dapatkan nasihat doktor dulu ye,,
Berbalik kepada cerita saya tadi, saya pernah ambil ubat penahan haid sebelum saya pergi masuk hutan ( aktiviti palapes ).. kerana khuatir saya akan datang haid semasa dalam hutan.. faham2 la.. keadaan kat hutan kan bukannya mudah nak jumpa paip air bagai ni.. memang leceh.. setelah mintak pandangan daripada mak dan nasihat doktor maka saya ambil la ubat penahan haid.. pada masa tu, doktor cakap tak pe boleh ambil ubat penahan haid ni , tak de kesan sampingan pon.. cuma dia akan melewatkan tarikh haid daripada yang sepatutnya., saya pon ambillah,, tapi masa tu saya datang haid sebelum masuk hutan.. alhamdulillah la.. sebab datang awal la jugak berbanding tarikh sebenar saya pada setiap bulan.. jadi, dengan keadaan tu saya tak perlu lagi mengambil ubat penahan haid itu..
Kebetulan pada masa yang sama roomate saya menyatakan kebimbangannya tentang tarikh haid nya yang tidak menentu.. jadi saya memberikannya sebiji ubat penahan haid itu sehari sebelum kami masuk hutan.. memang berkesan.. sepanjang dua minggu  dalam hutan dia tidak datang haid langsung.. hari demi hari berlalu.. saya cukup sebulan saya tanya dia, dia dah datang haid belom,. Dia cakap belom.. selepas dua bulan lepas tu, barulah dia datang haid.. saya kesian sangat kat dia.. sebelum ni katanya haid nya boleh dikatakan setiap bulan konsisten., tapi kali tu tak.. dan dia mengalami senggugut yang nampaknya amat teruk.. rasa bersalah sangat,, niat saya hanya nak tolong dia.. tak sangka jadi macam tu..
Saya mula search kat buku2 perubatan..  kesan penggunaan ubat penahan haid atau ubat pencegah haid ini ialah..
1. Dapat melukai rahim
2. Mengakibatkan peredaran darah berubah dan tidak teratur. .
3. Menimbulkan kesan buruk bagi janin di masa hadapan
4. Mengakibatkan kemandulan bagi orang yang belum berkahwin
apa yang saya nak sampai kan kat sini, jangan semudahnya kita berkongsi ubat dengan orang lain.. kadang2 satu2 ubat tu sesuai untuk badan kita dan mungkin tidak bersesuaian dengan orang lain.. apa2 pon, sepatutnya dia perlu mendapat kan nasihat daripada doktor sendiri. .
Yang kedua, ubat mempercepatkan haid atau ubat untuk mendatangkan haid. .
Ubat ini digunakan oleh wanita yang ingin melakukan aktiviti yang lasak atau dalam tempoh yang panjang..jadi dia ambil ubat ini terlebih dahulu bagi membolehkan dia datang haid sebelum tarikh sebenarnya. Pengambilan ubat ini juga perlu mendapat nasihat doktor..
Tetapi wanita boleh menggunakan ubat ini dengan tiga syarat iaitu..
1. Bukan bertujuan agar terbebas daripada kewajipan atau nak halang daripada buat perkara wajib..
Sebagai contoh, seorang wanita mengambil ubat ini pada bulan ramadan untuk membolehkan nya datang haid awal daripada tarikh sepatutnya ( misalnya haid dia dijangka pada awal syawal ) , kerana dia berniat untuk  tidak berpuasa dan tidak perlu solat sepanjang 7 atau 9 hari dalam bulan ramadan. .
2. Ubat itu diambil atas izin suami  kerana suami ingin 'bersama' dengan isterinya. Hal ini kerana bila isteri haid, ia boleh menghalang suami untuk bersenang-senang dengan isterinya..
3. Jika wanita itu sedang ditalak, dia ingin mempercepatkan gugurnya hak suami untuk rujuk maka dia menggunakan ubat mendatangkan haid ini untuk mempercepatkan datangnya haid.. ini adalah untuk jika dia masih memiliki hak untuk rujuk...
Ini saja untuk kali ni.. nnty kita jumpa pada entry yg lain ye,, :*

Sunday 24 January 2016

Tips jimat dalam majlis Tunang atau Nikah ( Projek DIY 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. .
Kali ni saya nak kongsi sikit tentang bahagian baju tunang diy  saya..

sambungan drp entry http://solehahkahaku.blogspot.my/2015/09/tips-jimat-dalam-majlis-tunang-atau.html

Baju tunang ni saya buat berkonsepkan  jubah  'princess cutting' menggunakan kain satin lembut.. saya beli kain ini semeter rm10.90 harga sebenar kain ini rm12 tapi dapat discount.. bidang 60.. saya beli dalam 6 meter.. 4 meter bahagian kain., 2 meter bahagian atas baju.. tapi xsampai rasanya 2 meter.. lebihan kain banyak saya buat bantal kat pelamin saya tu.. ( boleh tengok post bahagian 1 dulu) .. maaf la lambat update post baru,.. sibuk sikit kebelakangan ni..
Untuk menjimatkan kos jahitan baju ni,. Saya tak tempah kat butik pengantin untuk menjahitnya.. saya mintak makcik2 kwn kepada mak saya yang amat cekap menjahit untuk menjahit baju tunang ni,. Alhamdulillah hampir menepati cita rasa.. harga pon murah.. rm30.. kalau kat butik rm80.. walaupun murah tapi risiko amat tinggi sikit.. berbanding dengan butik yg kita akan rasa memang sedia puas hati.. tapi saya tak kisah semua tu janji ada orang yang sudi nak jahit kan untuk saya.. tu pon dah cukup baik dah.. alhamdulillah. . Baju jubah kosong je msa ni..
Lepas dah siap jubah.. saya tempah jahitan kerawang di sekeliling hujung kaki kain jubah saya., rm120.. untuk depan dan belakang kain jubah.. sebenarnya untuk kerawang ni boleh buat depan saja atau belakang saja tapi saya pilih untuk buat depan belakang.. kalau salah satu hanya rm60 saja.. tapi harga ni tak tetap.. mengikut jenis corak kerawang yang dipilih., bagi saya, murah la jugak.. sebab corak yang saya pilih agak padat jugak,, hihihi..
Lepas dah siap kerawang, saya beli hotfix bercorak.. rm10.. saya beli dua jenis.. saya tampal kat lengan tangan dan atas kerawang sikit2., cara tampal = saya ironkan je,, hehehe.. siap!
Selesai untuk bahagian baju tunang semi DIY.. Hehehe. ..
Tudung tu beli je rm15 ,.
Awning tudung rm5.,
Tu veil tu saya sewa kat butik rm20..
Diharapkan perkongsian ni dapat membantu bakal pengantin yang lain..
sayang semua., heheheh,,,

Thursday 7 January 2016

Wedding handbouquet - handmade 3D flower

Assalamualaikum semua.. In shaa Allah .. dalam 17hb jan 2016 ni.. sya akan open order untuk bulan February bagi siapa2 yg teringin nak buat bunga tgn.. Alhamdulillah dah ada 2 tempahan even belom bukak order... kepada yg nak tanya apa2 tentang wedding handbouquet ni bleh la whatsapp sya 012-5705495..

Sya buat tak amik charge perkhidmatan.. just amik untuk harga brg saja dgn postage sja.. ikhlas nak bantu mereka yg nak berkahwin atau bertunang.. tapi nak jimat mcm saya..

Antara pertanyaan yg sering ditanya oleh customer :-

1) kak, bunga ni buat guna material apa ye?

Saya guna ribbon satin.. 5 inci.. bukan kain satin ye.. dulu saya pernah guna kain satin, kerat2 kain dan cantum.. tapi yg ni lagi rumit. Jdi saya beli ribbon satin terus.. serius masa awal2 nak bukak bisnes ni.. merata alam jugak pi cari riben satin ni.. sampai 5 buah kedai.. skrg dpt sebuah kedai jual riben satin rm11.90 tapi disebbkan beli bbyk dpt rm10.80.. segulung okey.. tu pon kira mahal jugak.. tapi ada lg customer mintak kurang harga.. nak nangis rasa sebab tak amik service charge pon..  sapa yang tahu tmpat jual riben satin murah rojer2 ye..

2) harga berapa kak?

Saya jual rm50 tak termasuk accessory.. ni kalau yg biasa2 la.. klu customer jenis cerewet.. sya mintak tambah kos skit..jdi sapa yg bakal order tu pless jgn tukar planning anda last2 minit.. kesian la kat sya.. sya nak bantu awk.. tapi awk pon kena la bantu sya jugak.. kuang3!!

3) kak , satu bunga tu kak guna berapa kelopak?

Satu bunga 8 kelopak ye yunk..

4) klu saya nak tambah accessory , macam mana harganya kak?

Harga sya tak leh la nak bagitau on the stop.. sbb brg kena cari.. dont worry sya charge harga barang tu sendiri tak ambik lebih pon sbb ni tambahan ja.. in case kalau customer nak beli sendiri pon boleh.. sbb risau jugak kalau yg saya beli customer xbrkenan pulak..

5) kak, kalau sya tempah berapa lama ye bleh dapat?

Sya amik average time dalam 2 minggu sebab takut apa2 jadi.. masalah keluarga ka masalah peribadi ka.. saya pon manusia kan..kuang3.. tapi kalau siap awal sya akan antar awal kat awk.. don't worry okey.. yg penting, awk kena tempah sebelum 2 / 3 minggu wedding la.. 😍😍😂😂😂

6) apa kelebihan bunga ros 3d ni berbanding bunga ros sebenar?

Kita semua sedia maklum , bunga ros sebenar mudah layu.. beli sejambak siap deko rm70 .. last2 layu ja.. xleh nak simpan lama .. xleh buat kenangan.. xleh nak guna balik untuk saudara mara lain yg nak kahwin..

Bunga ros 3d ni pulak mudah disimpan.. tidak mudah kotor sekiranya kita cover dy utk penyimpanan.. boh plastik ka food wrapping ka.. boleh simpan lama sampai anak cucu.. bleh baling2 kat bridesmaids macam cite om putih tu sebab bunga tak jatuh.. in shaa Allah.. bg yg guna untuk bertunang, bleh pakai balik masa wedding.. bukan org tau pon.. hehehe..  harga pon rm50 je.. mmg berbaloi2.. boleh bagi saudara mara pinjam.. lepas kahwin, bleh buat hiasan ruang tamu ke meja makan ke sebab apa sebab dy tak layu.. bila tgk bunga ni balik lepas kahwin, mesty tringat masa wedding dulu..

7) selain bunga ros, kak bleh buat bunga apa lagi? Bunga lily ke bunga matahari ke boleh tak?

Setakat ni kalau menggunakan kain satin sya bleh buat bunga ros sja..  tapi tak pa.. in shaa Allah sya cuba cri ilham untuk buat bunga lain.. kalau nak sya buat guna material lain macam kertas crepe tu bleh tapi customer mesti ingat, buat guna kertas banyak benda boleh jdi.. salah satu kalau kena hujan, kertas crepe tu akan cair warna.. org kedah panggil satgi warna tu beretang.. lepas tu bunga tu dah jdi tak elok dah warna dy dan tak bleh simpan lama.. so nnty jgn nak salah kan sya pulak... hahhaha..

8) kak, bleh tlg ajar sya buat tak?

Bleh.. mai la jumpa saya.. sya tak pernah naj kedekut ilmu.. ilmu tu hak Allah.. semua org berhak dpt.. don't worry sya tak makan org lagi setakat ni..

9) kak kalau sya tak nak beli, nak sewa saja boleh tak? Brapa ye kak amik?  Sbb bajet tak berapa ada la kak?

Okey, untuk sewa, sya amik rm30 , deposit rm20... deposit ni sya akan bayar balik selepas awk abis wedding or engagement party awk tu.. kenapa sya amik deposit? Ni langkah berjaga2 supaya bunga sya masih berada dalam keadaan baik.. in case kalau jdi apa kat bunga tu mcm manik tertanggal ke bunga terkeluar ke sya akan charge dari duit deposit tu la.. tapi klu customer jaga dengan baik.. sya tak dak masalah nak bagi balik rm20 tu on the spot.. okey..

10) kak , kalau pos berapa hari ye smpai?

Kalau kedah, perak , perlis dalam sehari ke dua hari..
Kalau area selatan, kl dan sebagainya, 3 hari cam tu la..
Kalau sabah sarawak, kire sendiri lah.. hahahah..

11) kak , klu sya mintak kak untuk buat surprise give untuk mak sya bleh ka maksudnya kak post terus kat mak sya ?

Bleh awk.. sya mengalu - alukan apa jua yg mampu meningkatkan kualiti perniagaan sya.. tapi sya bagitau awal2 , kad ucapan sya buat guna laptop la ye.. tulisan tangan tak cantik.. kuang3!!! Hahahha...

Okey setakat tu sja maklumat pada pagi ni.. bagi yg nak tempah atau nak sewa.. bleh la pm atau whatsapp sya terus ye.. 012 5705495..

#sayasayangcustomersaya. 😍😍