Tips jimat dalam majlis Tunang atau Nikah ( Projek DIY 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. .
Kali ni saya nak kongsi sikit tentang bahagian baju tunang diy  saya..

sambungan drp entry http://solehahkahaku.blogspot.my/2015/09/tips-jimat-dalam-majlis-tunang-atau.html

Baju tunang ni saya buat berkonsepkan  jubah  'princess cutting' menggunakan kain satin lembut.. saya beli kain ini semeter rm10.90 harga sebenar kain ini rm12 tapi dapat discount.. bidang 60.. saya beli dalam 6 meter.. 4 meter bahagian kain., 2 meter bahagian atas baju.. tapi xsampai rasanya 2 meter.. lebihan kain banyak saya buat bantal kat pelamin saya tu.. ( boleh tengok post bahagian 1 dulu) .. maaf la lambat update post baru,.. sibuk sikit kebelakangan ni..
Untuk menjimatkan kos jahitan baju ni,. Saya tak tempah kat butik pengantin untuk menjahitnya.. saya mintak makcik2 kwn kepada mak saya yang amat cekap menjahit untuk menjahit baju tunang ni,. Alhamdulillah hampir menepati cita rasa.. harga pon murah.. rm30.. kalau kat butik rm80.. walaupun murah tapi risiko amat tinggi sikit.. berbanding dengan butik yg kita akan rasa memang sedia puas hati.. tapi saya tak kisah semua tu janji ada orang yang sudi nak jahit kan untuk saya.. tu pon dah cukup baik dah.. alhamdulillah. . Baju jubah kosong je msa ni..
Lepas dah siap jubah.. saya tempah jahitan kerawang di sekeliling hujung kaki kain jubah saya., rm120.. untuk depan dan belakang kain jubah.. sebenarnya untuk kerawang ni boleh buat depan saja atau belakang saja tapi saya pilih untuk buat depan belakang.. kalau salah satu hanya rm60 saja.. tapi harga ni tak tetap.. mengikut jenis corak kerawang yang dipilih., bagi saya, murah la jugak.. sebab corak yang saya pilih agak padat jugak,, hihihi..
Lepas dah siap kerawang, saya beli hotfix bercorak.. rm10.. saya beli dua jenis.. saya tampal kat lengan tangan dan atas kerawang sikit2., cara tampal = saya ironkan je,, hehehe.. siap!
Selesai untuk bahagian baju tunang semi DIY.. Hehehe. ..
Tudung tu beli je rm15 ,.
Awning tudung rm5.,
Tu veil tu saya sewa kat butik rm20..
Diharapkan perkongsian ni dapat membantu bakal pengantin yang lain..
sayang semua., heheheh,,,

Comments

Popular posts from this blog

Tuala wanita , Period Panties dan Tampon

Review SimplySiti Dermagic

Mataku coklat??