Tuesday 26 January 2016

wanita : jom kenali diri anda (BHG. 3 - ubat penahan haid dan ubat mempercepatkan haid )

Assalamualaikum dan salam sejahtera. .

Entry ni sambungan dari entry  sebelum ni, http://solehahkahaku.blogspot.my/2015/09/wanita-jom-kenali-diri-anda-bhg-2.html

Pada kali ni saya ingin menceritakan tentang ubat penahan haid yang pernah saya lakukan..
Ubat penahan haid ini bersesuaian untuk Wanita yang ingin mengerjakan ibadah haji atau umrah atau masa bulan ramadan ataupun aktiviti yang memerlukan nya bergerak banyak dan cergas dan menjangkakan akan mengalami haid dalam tempoh berkenaan maka dia berhasrat untuk menahan haid atau melanjutkan tarikh haid tersebut bagi membolehkan semua aktiviti itu mampu dilakukan,.. hal ini dibolehkan oleh hukum syarak tapi perlulah dapatkan nasihat doktor.. sekiranya doktor membenarkan pengambilan ubat ini atas alasan tidak merbahaya jadi dibolehkan.. bagi wanita yang telah berkahwin perlulah mendapat kan izin suami..
Okey dah faham kan konsep ubat penahan haid ni..
Ingat tau, bukan mintak ubat kat farmasi ye,. Pergi dapatkan nasihat doktor dulu ye,,
Berbalik kepada cerita saya tadi, saya pernah ambil ubat penahan haid sebelum saya pergi masuk hutan ( aktiviti palapes ).. kerana khuatir saya akan datang haid semasa dalam hutan.. faham2 la.. keadaan kat hutan kan bukannya mudah nak jumpa paip air bagai ni.. memang leceh.. setelah mintak pandangan daripada mak dan nasihat doktor maka saya ambil la ubat penahan haid.. pada masa tu, doktor cakap tak pe boleh ambil ubat penahan haid ni , tak de kesan sampingan pon.. cuma dia akan melewatkan tarikh haid daripada yang sepatutnya., saya pon ambillah,, tapi masa tu saya datang haid sebelum masuk hutan.. alhamdulillah la.. sebab datang awal la jugak berbanding tarikh sebenar saya pada setiap bulan.. jadi, dengan keadaan tu saya tak perlu lagi mengambil ubat penahan haid itu..
Kebetulan pada masa yang sama roomate saya menyatakan kebimbangannya tentang tarikh haid nya yang tidak menentu.. jadi saya memberikannya sebiji ubat penahan haid itu sehari sebelum kami masuk hutan.. memang berkesan.. sepanjang dua minggu  dalam hutan dia tidak datang haid langsung.. hari demi hari berlalu.. saya cukup sebulan saya tanya dia, dia dah datang haid belom,. Dia cakap belom.. selepas dua bulan lepas tu, barulah dia datang haid.. saya kesian sangat kat dia.. sebelum ni katanya haid nya boleh dikatakan setiap bulan konsisten., tapi kali tu tak.. dan dia mengalami senggugut yang nampaknya amat teruk.. rasa bersalah sangat,, niat saya hanya nak tolong dia.. tak sangka jadi macam tu..
Saya mula search kat buku2 perubatan..  kesan penggunaan ubat penahan haid atau ubat pencegah haid ini ialah..
1. Dapat melukai rahim
2. Mengakibatkan peredaran darah berubah dan tidak teratur. .
3. Menimbulkan kesan buruk bagi janin di masa hadapan
4. Mengakibatkan kemandulan bagi orang yang belum berkahwin
apa yang saya nak sampai kan kat sini, jangan semudahnya kita berkongsi ubat dengan orang lain.. kadang2 satu2 ubat tu sesuai untuk badan kita dan mungkin tidak bersesuaian dengan orang lain.. apa2 pon, sepatutnya dia perlu mendapat kan nasihat daripada doktor sendiri. .
Yang kedua, ubat mempercepatkan haid atau ubat untuk mendatangkan haid. .
Ubat ini digunakan oleh wanita yang ingin melakukan aktiviti yang lasak atau dalam tempoh yang panjang..jadi dia ambil ubat ini terlebih dahulu bagi membolehkan dia datang haid sebelum tarikh sebenarnya. Pengambilan ubat ini juga perlu mendapat nasihat doktor..
Tetapi wanita boleh menggunakan ubat ini dengan tiga syarat iaitu..
1. Bukan bertujuan agar terbebas daripada kewajipan atau nak halang daripada buat perkara wajib..
Sebagai contoh, seorang wanita mengambil ubat ini pada bulan ramadan untuk membolehkan nya datang haid awal daripada tarikh sepatutnya ( misalnya haid dia dijangka pada awal syawal ) , kerana dia berniat untuk  tidak berpuasa dan tidak perlu solat sepanjang 7 atau 9 hari dalam bulan ramadan. .
2. Ubat itu diambil atas izin suami  kerana suami ingin 'bersama' dengan isterinya. Hal ini kerana bila isteri haid, ia boleh menghalang suami untuk bersenang-senang dengan isterinya..
3. Jika wanita itu sedang ditalak, dia ingin mempercepatkan gugurnya hak suami untuk rujuk maka dia menggunakan ubat mendatangkan haid ini untuk mempercepatkan datangnya haid.. ini adalah untuk jika dia masih memiliki hak untuk rujuk...
Ini saja untuk kali ni.. nnty kita jumpa pada entry yg lain ye,, :*

No comments: