Tuesday 31 May 2016

Air zam zam.. Air syurga..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai air zam-zam..

dari Ibnu Juraih berkata, " aku mendengar sesungguhnya dikatakan :

 sebaik-baik air dimuka bumi adalah air zam-zam. seburuk-buruk air di bumi adalah air barhut. sebaik-baik tanah adalah tapak Masjid dan seburuk-buruk tanah adalah tanah pasar." ( dikeluarkan oleh Abdur-Razak).

kalau nak tahu kilah selanjutnya mengenai telaga barhut (klik) ni..

Air zam-zam adalah mu'jizat yang Allah berikan kepada Nabi Ismail a.s. Air zam-zam ini berfungsi sebagai makanan yang mengenyangkan dan ubat yang boleh menyem,buhkan apa jua penyakit apabila meminumnya.

ada sebelas nama air zam-zam :

  1. zam-zam = yang asalnya zamzinah bermaksud kumpulan (banyak) dan dipanggil zamzam kerana apabila ditahan dalam mizan atau timbangan, ia tidak mengalir ke kanan atau ke kiri.
  2. Maktumah = yang tersembunyi
  3. Madhnunah = yang tersimpan
  4. Syuba'ah = yang mengenyangkan
  5. Sugyan = minuman
  6. Ar-Rawa'u = air yang sedap
  7. Rakdhatu Jibril = kesan pijakan kaki Malaikat jibril
  8. Hazmatu Jibril = galian Malaikat Jibril
  9. Syifa'u sukmin = ubat setiap penyakit
  10. To'amu tukmin = makanan yang mengenyangkan
  11. Hafiratu Abdul Muttalib = perigi Abdul Mutalib
saya tak nak cerita panjang.... nak tau kisah pasal air zam-zam.. nah .. klik ni AIR ZAM ZAM.. 

Air zam-zam ini juga digunakan ketika peristiwa isra' dan mikraj (sila klik) Nabi Muhammad s.a.w.. 

Cara minum air zam-zam yang betul dari Ibnu Abbas r.a :
  1. menghadap kiblat
  2. menyebut nama Allah.. Baca basmalah..
  3. minum perlahan-lahan
  4. hembus tiga kali
  5. kemudian teruskan minum sampai kenyang. 
  6. selesai minum, hendaklah memuji Allah dengan menyebut, Alhamdulillah.
  7. membaca doa dan niatkan apa yang dikehendahi.
Doa setelah minum air zam-zam




P/S : Ibnu Abbas menyatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda," sesungguhnya satu tanda antara golongan kami dan orang-orang munafik ialah mereka orang munafik itu tidak minum air zam-zam sampai kenyang. (diriwayatkan oleh Ibnu Majah)



Cara mengubati segala jenis penyakit menggunakan air zam-zam ini :

  1. Segala jenis penyakit - mandi dengan air zam-zam dan niat mudah-mudahan Allah menyembuhkan penyakit dan setelah itu , minum air zam-zam banyak.
  2. Demam panas - mandi dengan air zam-zam dan niat mudah-mudahan Allah menyembuhkan penyakit dan setelah itu , minum air zam-zam banyak.
  3. Mengubati pening - minum air zam-zam sebanyak mungkin dan jerlum kepala  dengan air zam-zam.
  4. Lemah penglihatan dan penyakit buta- membuka mata didalam air zam-zam dan minum air zam-zam sebanyak mungkin
  5. menghilangkan rasa lapar dan dahaga - meminum air zam-zam dan diniatkan.
  6. Menghentikan buang air kecil yang kerap - minum air zam-zam sehingga kenyang dan diniatkan atasnya.
  7. penyakit kanser - mandi dengan air zam-zam dan niat mudah-mudahan Allah menyembuhkan penyakit dan setelah itu , minum air zam-zam banyak.
P/S : segala jenis penyakit  termasuk lah penyakit hati dan rohani dan hajat boleh disembuhkan dan ditunaikan dengan meminum air zam-zam atas izin Allah.. kecuali penyakit tua.



Al-Hakim At-Tirmizi r.a berkata tentang orang yang minum air zam-zam :

  • jika dia meminumnya dengan niat agar kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.
  • jika dia minum utk hilang dahaga, Allah akan hilangkan dahaganya.
  • jika dia meminumnya dengan tujuan untuk berubat dengannya, maka Allah menyembuhkan penyakitnya.
  • jika dia minum untuk membaiki akhlaknya yang buruk, Allah akan memperelokkan akhlaknya.
  • jika dia minum kerana merasa sempit didadanya (tak tenang), maka Allah akan melapangkannya.
  • jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menerangkan hatinya.
  • jika dia minum untuk mengkayakan jiwanya, Allah akan mengkayakannya.
  • jika dia minum untuk sesuatu hajat, maka Allah akan memperkenankannya.
  • jika dia minum dengan niat supaya barangnya yang hilang terganti, Allah akan menggantikannya.
  • jika dia minum untuk menghilangkan kesusahannya, Allah akan menghilangkan kesusahannya itu.
  • jika dia minum untuk mendapatkan pertolongan, Allah akan menolongnya.
pendek kata, minum air zam zam dengan niatkan apa saja, asalkan perkara kebaikan, Allah akan mencukupkan apa yang kita kehendaki.. in shaa Allah..


hebatkan kuasa air zam-zam.. .. :) 

* PROUD TO BE MUSLIMAH *



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: