~ Ayat-ayat Cinta ~

Bismillah hi rahman ni rahim

All praises belong to Allah Taala and may His choicest mercies and blessing be on His noble Messenger, Nabi Muhammad s.a.w ( Peace be upon him ).

'O our Rabb! Accord to us the coolness of our eyes from our spouses and children, and make us leaders of the pious. Aameen..



Followers

Keep in touch with me, Okey!

sila klik sini ye









  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

my e-days

Monday, 20 June 2016

Mutiara Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Emas permata tidak akan mencantikkan kita tanpa akhlak sebagai harta kekayaan ..
Esok akan merekah bunga yang harum aromanya yang mampu menghilangkan segala kesedihan dihati lantas menjadi penghibur hati..
Yang berlalu biarlah berlalu..
Cinta dan cita adalah harapan yang belum pasti bagiku..
Hanya menghadapi jalan yang sedang dilalui kini..
Janganlah hati, engkau berputus asa..
Jika jalan keluar tidak kau temui..
Tiada kegembiraan yang kekal bagimu..
Tiada kesedihan yang dapat mengembalikan sesuatu yang telah hilang..
Semua orang , baik yang memiliki istana mahupun rumah yang kecil..
Pasti akan menempuh kehidupan yang berliku..
Tempat yang paling dibanggakan di dunia..
Akan hilang seiring berlalunya waktu..
Ambil hikmah dan penerangan..
Kerana teman terbaik adalah buku..
Sabar itu baik dan indah..
Ungkapan yang biasa ku dengar..
Namun, sukar untuk aku rungkai..
Bagi si miskin, cukuplah hanya sepotong roti untukku..
Bagi si kaya, cukuplah hanya semahal baldu alas pakaianku..
Serahkanlah orang yang zalim ke mahkamah akhirat yang dihakimi Allah s.w.t..
Bertuahnya wahai insan yang bersyukur dan bersabar..
Mampukah aku?
Benar-benar meraih kebahagiaan dalam hidup..
Ku lihat kebahagiaan bukanlah milik orang yang kaya itu..
Tetapi kebahagiaan milik orang yang bertakwa..
Aku terlalu menuruti  hawa nafsu ku..
Ternyata ia sedang memperbodohkan aku..
Jika aku menerima apa adanya,
Pasti aku kalangan mereka beruntung itu..
Wahai masa, jika engkau mempunyai sisa rencana..
Mahu aku undurkan waktu merencana semula jalan hidupku..
Rasa sakit itu masih tajam..
Rasa sakit itu masih berbisa..
Membunuh misi pembawa berita gembira..
Mudah-mudahan malam ini..
Sesudah perpisahan yang lama..
Menempatkan kita di bawah naunagan yang disukaiNya..
Sesungguhnya aku benar-benar berharap kepada Allah s.w.t dengan kesabaran yang baik..
Seakan-akan aku dapat melihat segala sesuatu yang telah dilakukan Allah s.w.t kepadaku..
Semoga di sebalik kesusahan yang menimpa diriku ..
Terdapat kemudahan dalam waktu yang terdekat..
Kerana..
Pertolongan akan datang ketika kita berputus asa..
Sebagai anugerah Yang Maha Lembut lagi Maha Memperkenan Doa..
Setiap kejadian , betapa parahnya pun..
Pasti akan mempunyai hubungan langsung dengan kelapangan..
Mengapa?
Setiap bahagian kehidupan kita..
Pasti ada sudut yang gelap..
Bukan menanti orang lain menyerikannya..
Tetapi kita yang patut menyalakan pelita dalam diri..
Aku cuba percaya..
Banyak perkara yang kita cuba hindari..
Makin banyak perkara yang diharapkan mendatang..
Kamu mungkin seperti aku..
Kehilangan kata untuk bertaut..
Janganlah berputus asa..
Lambat laun jumpa jua hasrat dan cita..
Yang pasti..
Kita perlu menanggungnya..
Bukan melarikan diri darinya..
Kadang-kadang Allah s.w.t beri nikmat..
Sebelumnya Allah uji dengan dugaan yang besar..
Untuk menilai rasa kesyukuran kita..
Senyumlah wahai hati..
Kesulitan sekeras manapun…
Ringan dengan senyuman ikhlas..
Semoga  kebahagiaan itu ada dalam diri kita..
Jika kecintaan kita benar..
Semuanya akan terasa mudah dan indah..
Yang penting..
Berbahagialah hari ini , bukan hari esok..
Wahai Tuhan semesta alam..
Sesungguhnya aku berserah diri kepada Engkau..
Ya Tuhanku, kasihanilah kelemahan kami..
Engkau adalah Yang Maha Penyayang..
Aku tahu..
Sesungguhnya kelmarin bagaikan mimpi yang telah berlalu dan tamat waktunya..
Sedangkan hari esok, ada harapan yang indah..
Namun hakikatnya..
Hari ini adalah realiti sebenar hidupku..
Biarlah hari berlalu sehendaknya,
Semoga aku redha dengan takdir Allah s.w.t  atas ketetapan sesuatu..
Aku cuba hiburkan hati ini dengan pelbagai harapan yang dinantikan..
Supaya aku tenang  dengan ujian..
Kerana aku sedar..
Hidup ini sangat singkat untuk aku pendekkan..
Jadi aku cuba untuk tidak menyingkatkannya lagi..
Ya..

Aku cuba…


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~