Monday 3 October 2016

Cara shopping yang cepat dan puas hati..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. ..

Kali ni saya nak crita macam mana nak buat bagi kita pergi dan balik shopping dengan selesa dan puas hati..

1. Pergi shopping mall dengan hanya membawa duit dalam jumlah yang terhad atau bawa kad debit sahaja (bukan kad kredit ye). Kad diskaun atau membership card juga pastikan bawa ye.. ni untuk penjimatan berganda.. Elak bawak duit dlm beg tgn beribu raban sbb kita tak tahu tengah kita ralit, pencuri pon dok ralit tgk beg kita.

2. Pastikan hari tersebut merupakan promotion days atau  membership days. . Elakkan pergi sehari before perayaan atau cuti umum kerana kesesakan jalan raya dan shopping mall akan jadi terlalu busy (counter queue) . Padahal kalau hampa nak tau, masa tu bukan ada sangat pon size hampa tu kebanyakan nya dah habis saiz dah.. sebaiknya 2 atau 3  hari sebelum perayaan.. itu lebih baik..

3. Kalau membership depa akan antar flyers kat rumah, cek dulu  jenis kasut atau baju dan harga yang nak dibeli.. dah tau jenis kasut baru la pi shopping mall.

4. Semasa berada di booth2 kasut atau baju dalam shopping mall,  ambil sekeping kertas atau bawa buku 555 , catatkan nama booth atau kedai kasut atau baju  dan juga harga kasut yg kita minat tu.. cth : sembonia : rm90, polo club : rm150, carlo rina : rm40.. supaya senang kita buat perbandingan.. nnti bila kira rasa yg booth 1 kita pi lagi cantik, trus ja pergi kat sembonia.. kalau kita tak buat macam ni, kemungkinan besar kita akan cari semula kasut tu kat semua kedai sebab lupa kedai mana kasut yang kita berkenan tu.

5. Tidak digalakkan kita berada di satu2 booth tu lama2 sematanya nak pilih satu kasut kerana ia akan menyebabkan kita rambang mata .. last2 kita beli sampai lari bajet.. hahaha..

6. Kalau dibenarkan ambil gambar, ambillah gambar kasut yg kita berkenan itu supaya bila berada di booth lain , kita boleh compare lawa ke tak kasut atau baju tu..

7. Belilah baju atau kasut yang harga nya berpatutan dan bersesuaian dengan kita. Jangan beli saja , ( masa beli tu nampak cantik) tapi balik2 tak pakai pon.. ini pon masalah jugak.. hahahah.. pastikan untuk nak tahan lama, jangan beli yang terlalu murah dan tiada kualiti dari segi pembuatannya.. cari yang betul2 berkualiti kalau ingin pakai lebih 3 ke 5 tahun ke atas..

8. Beli saiz yang sesuai dan pada masa yang sesuai..
Sebagai contoh,  kalau nak beli kasut, pastikan beli pada waktu  petang kerana pada masa itu, kaki kita mula mengembang, jadi kalau kita beli pada waktu kaki menguncup saiz tu akan kecil sedikit dan membuatkan
kita tak selesa nak pakai lama.

9. Wanita yang mengandung seeloknya tidak berjalan banyak untuk memilih kasut kerana dikhuatiri bengkak kaki. Jadi, sebagai suami yg bertanggungjawab,  hendaklah membantu isteri memilih kasut atau baju..

10. Bagi wanita yang memiliki anak kecil dan barang belian yang banyak, minta supaya suami anda tengok2 kan anak2. Give and take la kan.. terutama beg tangan, minta suami galaskan sebab org perempuan ni kalau nampak kasut time nak try tu dy main letak ja mana2.. bahaya tu,.. no..no..no.. jgn buat ye..

So, apa2 pon kena pastikan kita enjoy but safe, okey,,

No comments: