Keadaan wanita sebelum dan selepas islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada kali ini saya nak cerita tentang keadaan dan penerimaan golongan wanita di muka bumi sebelum dan selepas kedatangan islam.

1.       Keadaan wanita sebelum kedatangan islam ( semasa zaman jahiliah )

·         Anak perempuan yang dilahirkan akan dibunuh hidup-hidup atau ditanam hidup-hidup . jadi jika mereka ( lelaki) ingin berkahwin, mereka terpaksa menculik atau membeli perempuan yang di jual di luar bumi arab untuk dikahwini dan dijadikan isteri.
·         Kecantikan wanita suatu ketika dulu dipertontonkan kepada khalayak ramai dan dijadikan bahan pameran. Hal ini terbukti apabila pertandingan ratu cantik diadakan dan wanita yang dipertandingkan akan bertelanjang bulat tanpa seurat benang di khalayak ramai dan pertandingan ini diadili oleh kaum lelaki sebagai hakim. Setiap pemenang dianugerahkan hadiah.
·         Wanita dianggap hina dan tiada nilai. Ini dilihat daripada sikap lelaki memperbodohkan , memperhambakan dan menjadikan wanita sebagai tempat melempias nafsu lelaki dan tempat berseronok sahaja.
·         Wanita tiada pembelaan terhadap hak sendiri. Terdapat wanita yang dirogol dihadapan ibubapa sendiri dan melahirkan anak luar nikah.
·         Wanita dimadukan tanpa had dan kerelaaan sehingga hak isteri terabai kerana suami memiliki isteri melebihi 4 orang malah ada lebih kurang 10 orang isteri paling ramai pada ketika itu.


2.       Keadaan wanita selepas islam

·         Wanita diberikan taraf yang sama dengan lelaki. Dimana Allah menyamakan taraf iman lelaki dan wanita dan siapa yang layak masuk syurga iaitu dari segi pahala dan dosa.
·         Tugas lelaki dan wanita diagih-agihkan. Dimana tugas menguruskan rumah tangga sangat dititikberatkan kepada wanita manakala tugas mencari rezeki ditugaskan kepada lelaki.
·         Lelaki ditetapkan sebagai pemimpin kaum wanita dan menyuruh lelaki memuliakan kaum wanita.
·         Pembelaan terhadap kaum wanita iaitu melalui perintah menutup aurat supaya menjaga aib wanita daripada pandangan lelaki ajnabi yang boleh membangkitkan syahwat.
·         Islam juga mengharamkan perzinaan bagi menjaga kesucian gadis dan nasab mereka dan menegaskan kecantikan tubuh badan mereka hanya untuk suami yang sah sahaja.
·         Islam telah mengharamkan pembunuhan anak perempuan dan menggalakkan untuk menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anak terutama terhadap anak perempuan.
·         Penghambaan ke atas wanita dihapuskan serta merta dan golongan yang menjadi hamba pada ketika itu mendapat pembebasan dan dimerdekakan oleh golongan muslim yang kaya.
·         Allah mengehadkan jumlah atau bilangan isteri bagi seorang suami iaitu hanya seramai 4 orang sahaja. Poligami tidak dianjurkan sewenang-wenangnya tanpa mengikuti syarat-syarat yang dibenarkan dalam islam.
·         Islam juga menetapkan bagi mereka yang berpoligami supaya berlaku adil terhadap isteri-isteri mereka agar dapat menjaga hak dan keperluan wanita.
·         Islam membataskan pergaulan lelaki dan wannita supaya wanita dihormati dan dijaga.
·         Peranan wanita juga diketengahkan dalam keluarga, masyarakat dan negara. Terutama dalam bidang-bidang kritikal yang memerlukan penglibatan wanita seperti tukang masak, doktor, jururawat, jurusolek, guru, tukang jahit pakaian dan sebagainya.

·         Wanita diberikan perlindungan  dan tidak lagi diperlakukan sewenang-wenangnya oleh lelaki.

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Comments

Popular posts from this blog

Tuala wanita , Period Panties dan Tampon

Review SimplySiti Dermagic

Mataku coklat??