Tuesday 11 October 2016

Masalah cirit birit ? keracunan makanan?? jom buat ini..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

bagi sesiapa yang ada  mengalami cirit birit dan ada tanda-tanda keracunan makanan.. 

jom cuba salah satu daripada cara kat bawah ni.. in shaa Allah , boleh cepat sembuh.. yang penting, niatkan kerana Allah dan percaya dengan kuasa Allah.. kita cuma ikhtiaq ja.. okey,,

  • Masak lobak dengan api kecil selama 2 jam ( 1kg lobak dengan 1 ½ liter air) .. tambahkan 3g garam halus dan minum setelah sejuk.
  • Goreng  2/3 sudu besar beras tanpa minyak sehingga hangus, masukkan ke dalam secawan air panas, biarkan selama beberapa minit kemudian minum ke semuanya.
  • Celur beberapa biji kurma dengan sedikit air mendidih. Lumatkan dengan cara menekannya menggunakan sudu. Campurkan sedikit madu kemudian minum 3 kali sehari.
  • Basuh dan bersihkan akar anggur. Rendam dalam air masak selama beberapa minit kemudian minum.
  • Buang kulit dua biji delima putih. Panggang sehingga kering dan tumbuk halus. Masukkan satu sudu besar bahan ini ke dalam air panas, kacau hingga rata lalu minum 3 kali sehari.
  • Makan buah delima putih muda dengan madu lebah.
  • Tumbuk halus kulit batang delima dan 3 sudu besar biji habatussauda. Masukkan air perahan rizom halia dan madu. Kacau hingga rata. Minum satu sudu besar setiap kali selepas makan setiap hari.
  • Campurkan daun , kulit berbatang kayu, buah muda, dan kulit buah delima yang masak. Rebus sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu minum.
  • Rebus kulit buah delima sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu minum.
  • Kupas 7 – 9 biji epal, kemudian parut setelah dibersihkan dan buang biji yang ada di dalamnya. Berikan kepada kanak-kanak sehingga kenyang sebanyak 3 kali sehari dalam tempoh 2 hingga 3 hari. Jika terdapat tanda untuk pulih, kurangkan jumlah epal dan tambahkan rebusan oat. Jauhi daripada pemakanan lain selain epal selama dia cirit-birit.
  • Hiris 3 biji epal dengan kulitnya, kemudian rebus dalam 1 liter air selama ¼ jam. Minum rebusan tersebut sebanyak 4 gelas setiap hari. In shaa Allah dapat mengubati segala penyakit dalam perut.
  • Kupas epal dan parut kemudian rebus dengan air bercampur gula. Setelah sejuk, berikan kepada kanak-kanak yang cirit birit tanpa mencampurkan dengan makanan lain.
  • Parut lobak merah dan campurkan ke dalam makanan atau susu kanak-kanak. Kemudian berikan sesudu madu selepas bangun tidur dan sebelum tidur.
  • Kupas kulit 2 ulas bawang putih, cuci kemudian rebus dengan segelas air. Setelah sejuk, minum air rebusan sebelum makan. Lakukan 3 kali sehari sehingga sembuh.
  • Kupas kulit 5 ulas bawang putih dan remdam didalam air panas selama 10 minit dan makan. Lakukan 2 kali sehari.
  • Kupas kulit kunyit , bawang besar dan bawang putih lalu rebus. Minum air rebusan tersebut.
  • Bakar 5 ulas bawang putih, kupas kulitnya dan makan. Lakukan dua kali sehari.
  • Makan biji habatussauda ( 7 biji) setiap pagi bersama sesudu madu.


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: