Resepi Sup Telur Sosej

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Hari ni rasa mcm happy sikit nak share pasal masakan pagi ni..

Disebabkan kita on diet hari ni.. so kita masak simple je.. sup telur sosej dan nasi putih beras taj mahal (xde kolestrol tau)..

Bagi yg baru guna beras ni, beras ni sukatan air dia lebih sikit daripada beras biasa sebab kalau kita masukkan sukatan biasa seperti beras lain.. akan menyebabkan beras tu still masak tapi terlalu kering smpai rasa tak lalu.. jadi pastikan sukatan air tu okey.. sama jugak dengan beras perang atau beras yang tanpa kanji lain..

Untuk healthy food, kita boleh guna minyak bunga matahari atau minyak jagung atau minyak2 yg berkualiti.. minyak pulak jgn letak banyak.. kalau nak lebih berkualiti, boleh guna planta.

Okey untuk sayur, kalau berkemampuan, boleh beli sayur organik . Lebih sihat..

Jom kita mulakan.

Bahan2 :

Minyak lebih kurang 2 sudu besar..
Bawang besar satu biji.. ( potong halus/ blend )
Bawang putih seulas.. ( potong halus / blend)
Telur 2 biji
Tomato sebiji potong 6
Sosej 2 ketul ( bleh tukar dgn isi ayam / ubi kentang / daging dipotong dadu )
Air ikut sukatan periuk ye..
Kiub pati ayam 1 ketoi ( bleh jugak kalau nak guna perencah cukup rasa )
Garam
Gula

*bahan2 ni sya buat utk sorg makan..
jadi kalau nak makan bnyak utk 4 atau 5 org..

Bleh tambah sawi cina + carrot  utk bg bnyak bahan.. telur tu tambah la dlm 3 , 4 biji ikut ahli keluarga yg nak makan..

Cara2nya :

1. Masukkan minyak sedikit saja untuk menumis..Tumis bawang2 tadi sampai naik bau wangi dan warna dy kekuningan tapi bukan kehitaman tau.. hahahha.. nanti terkhusyuk plak.. hahaha..

2. Masukkan air dalam periuk.. dan masukkan sekali kiub pati ayam.. garam dan gula secukup rasa.. tunggu sampai menggelegak atau mendidih.

3. Masukkan telur dahulu shingga telur dah nmpak bentuk dy .. last skali masukkan  tomato dan sosej sbb dua bahan ni mudah empuk jadi kita masuk last2 ye. ( time ni bleh la jugak masukkan sawi dan carrot tu)

4. Biar mendidih.. rasa dulu okey ke tak.. dah okey tutup api.  Hidangkan.. siap..

Mudahkan?

Alhamdulillah sya punya dah selamat masuk dlm perut.. anda pulak macam mna? Hehehe..

Meh la try.. sedap oo.. healthy pon healthy. 😘

Oh ya, bagi yang nak buat sup tanpa minyak.. kalau tak dak minyak berkualiti..

Caranya..

Tukar cara 1 dan 2 yang kat atas tadi..

1. Masukkan air dalam periuk.. masukkan bawang putih dan bawang merah.. tunggu sehingga mendidih..

2. Masukkan kiub pati ayam.. garam dan gula secukup rasa..

Langkah 3 dan 4 tiru macam kat atas..

Senang ja..

Selamat mencuba ye.. 😘

Comments

Popular posts from this blog

Tuala wanita , Period Panties dan Tampon

Review SimplySiti Dermagic

Mataku coklat??