Wednesday 30 November 2016

Adab pergaulan wanita bekerja di luar rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Dalam islam, wanita dikedudukan yang terhormat dimana hajatnya dan nafkahnya ditanggung dan dijamin. Wanita sentiasa berada di bawah tanggungan lelaki sama ada bapanya ketika dia masih gadis atau adik-beradik lelakinya jika dia berada dibawah jagaannya setelah kematian bapanya, atau anak lelakinya jika dia sebagai ibu, atau suami jika dia sebagai isteri. Wanita wajib ditanggung oleh lelaki yang berada pada kedudukan yang telah dinyatakan menurut hukum nafkah yang diatur oleh syariat islam dan ia wajib dipatuhi (al-Qaradawi, 1997) . Hal ini menunjukkan perlindungan yang berbentuk tanggungjawab lelaki terhadap wanita amat dititikberatkan oleh islam bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan kaum wanita dan masyarakat islam seluruhnya.

Walaupun islam menempatkan wanita dirumahnya, namun bukanlah bermakna wanita tidak boleh keluar langsung. Mereka boleh keluar atas tujuan-tujuan  tertentu. Malahan jika sekiranya terdapat kaum lelaki yang tidak dapat menanggung nafkahnya maka wanita boleh mencari nafkahnya sendiri. Kebenaran untuk wanita bergiat aktif di luar rumahtangga bukanlah suatu kebenaran yang mutlak malahan ianya bergantung kepada beberapa keadaan yang tertentu tetapi hal ini tidak menafikan bahawa isteri tersebut mesti menunaikan peranannya terhadap rumahtangganya dan bekerja untuk kebaikan masyarakat islam seluruhnya. Bagi membolehkan wanita keluar mencari nafkah diluar rumah, islam telah menggariskan beberapa perkara untuk menjaga batas pergaulan wanita tersebut dan maruah suaminya.
Adab pergaulan wanita bekerja di luar rumah :
  1. Wanita hendaklah menutup aurat.
Merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud, “ Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali , kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

“ perempuan itu aurat. Apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang akan dia” – Riwayat At-Tirmizi

  1. Wanita dikehendaki menjaga pandangan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “ ..dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada perempuan-perempuan yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka, (daripada memandang lelaki yang ajnabi) dan memelihara kemaluan mereka. – surah An-Nur : 31


  1. Tidak memakai bau-bauan yang kuat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “ mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian keluar lintas melintasi suatu kaum (lelaki ajnabi) agar tercium bau harumnya, maka ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata ( yang memandang) itu berzina. “ – Riwayat Tabrani, Baihaqi dan Al-Hakim.




  1. Tidak bertabarruj atau berlebih-lebihan dalam kecantikan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “ perempuan yang melabuhkan pakaiannya, dalam keadaan berhias-hias ( atau memakai perhiasan) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya.” – Riwayat Tarmidzi.



  1. Pergaulan wanita dan lelaki terbatas.
Wanita itu hendaklah mengelakkan daripada fitnah dengan tidak bertemu lelaki di tempat sunyi walaupun atas urusan kerja dan tidak bersalaman dengan lelaki yang bukan mahramnya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “ .. dan apabila kamu (lelaki beriman) meminta sesuatu keperluan kepada mereka ( isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang hijab (atau tabir). Cara yang demikian itu lebih mensucikan hatimu dan hati mereka.” – surah al-Ahzab : 52.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “ perempuan tidak berhak keluar rumahnya melainkan jika terpaksa ( kerana sesuatu yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan tepi-tepinya.”


  1. Isteri hendaklah meminta kebenaran suami sebelum keluar bekerja di luar rumah. Sekiranya wanita tidak mendapat keizinan suaminya tetapi dia melakukannya juga, dia akan dikutuk oleh Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “sesungguhnya telah diizinkan Allah bagimu (iaitu wanita) keluar untuk sesuatu hajatmu ( yang sebenar, yang tiada maksiat). – Riwayat Al-Bukhari.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “mana-mana perempuan yang keluar daripada rumahnya tanoa izin suaminya adalah ia di dlaam kemurkaan Allah sehingga ia kembali ke rumahnya atau suaminya redha dengannya.” –Riwayat Al-Khatib dari kitab Al-Tarikh.


  1. Wanita hendaklah bijak membahagikan masa di rumah dan di luar rumah. Wanita perlulah memikirkan pendidikan anak-anak secara serius dan mengajar anak-anak tentang akhlak yang baik, pergaulan yang baik dengan masyarakat dan keintelektualan di dalam pemikiran dan keaktifannya. Wanita juga perlu bijak membahagikan masa untuk melayani suami nya dan melengkapkan keperluan suaminya.


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

3 comments:

Ciktie said...

alhamdulillah.. semoga ianya bermaaf untuk kita semua

Tengkubutang said...

Haaaii.. TB datang melawat blog.. tak dapat nak komen sangat sebab tengah blogwalking dah singgah blog2 yang lain.. TB doakan untuk awak semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam .. K bye..

Syaffiyyah Thoqifah said...

hai.. tima kasih TB sudi blogwalking di sini..