~ Ayat-ayat Cinta ~

Bismillah hi rahman ni rahim

All praises belong to Allah Taala and may His choicest mercies and blessing be on His noble Messenger, Nabi Muhammad s.a.w ( Peace be upon him ).

'O our Rabb! Accord to us the coolness of our eyes from our spouses and children, and make us leaders of the pious. Aameen..



Followers

Keep in touch with me, Okey!

sila klik sini ye









  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

my e-days

Wednesday, 30 November 2016

Penderaan oleh suami terhadap isteri dan sebaliknya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Balasan dan azab suami yang mendera isteri.

·         Sabda Rasulullah s.a.w “ Setiap lelaki yang menampar isterinya, Allah akan memerintahkan malaikat penjaga api agar di neraka kelak menampar muka lelaki itu sebanyak 70 kali. Dia lelaki manapun yang meletakkan tangannya di atas kepala isterinya yang muslim, sesungguhnya telah memaku tangannya dengan paku-paku neraka.”

·         Rasulullah s.a.w bersabda, “ Lelaki manapun yang memukul isterinya lebih dari 3 kali , di hari kiamat kelak Allah s.w.t akan mengangkatnya di atas kepala segenap makhluk dan membentangkan seluruh keburukannya, sejak orang yang paling awal hingga yang paling akhir melihatnya.”

·         Rasulullah s.a.w bersabda , “ Aku hairan dengan orang yang memukul isterinya sedangkan yang pantas dipukul adalah dirinya sendiri. Janganlah kamu memukul isteri-isteri kamu dengan kayu kerana itu memiliki qisas (balasan) “

Balasan dan azab isteri yang mendera suaminya:

·         Rasulullah bersabda: “Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta’ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang.” (Riwayat Al Bazzar).

·         Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)

·         Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud, “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”(Riwayat Muslim)

·         Ibnu ‘Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”


·         sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: ” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah)

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: