Idea untuk masakan dalam bulan ramadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tahun ni tahun pertama aku berpuasa bersama dengan suami aku..

Seperti yang disangka, memang agak susah sikit nak bangun awal pada mulanya.. Mana tak nya.. Biasa nya sebelum kahwin, bangun je sahur, makanan dah tersedia atas meja makan.. Kau cuma duduk dan ngap je. Hahaha..

Sehari sebelum ramadan, suami aku kena ot.. Pukul 10 malam sampai 8 pagi..

So pergi la aku ke masjid sorang-sorang.. Tido pon sorang-sorang je.. Nasib lah..

Sebelum suami aku pergi kerja aku siapkan makanan untuk dia sahur..

Menu sahur aku cuma

1. Sambal sotong #kurang_pedas

* Basuh sotong sebaik mungkin.. Ketepikan..
* masuk minyak dan tumis bahan yang telah diblendkan ( bawang besar sebiji , bawang putih 3 ulas, serai 1 batang, halia sikit untuk buang angin dan cabai kering kisar) sampai naik bau dan pecah minyak. Jangan lupa sedikit belacan kalau perlu.
* masukkan sotong dulu untuk bagi cepat masak.. Kacau sampai sebati..
* masukkan air sikit bila dia nak kering.
* masukkan garam , gula dan aji secukup rasa..
( kalau tak suka aji, boleh guna maggi ckup rasa)
*dah siap angkat hidang okey. 😘

Lepas tu aku buat telur mata kerbau sikit kat dia..

Settle satu bab.. Hehehe..

Malam tu pergi terawih kat masjid.. Alhamdulillah ramai jugak sampai parking tak dak.. Bagus lah tu semua pakat kalut nak imarahkan masjid dalam bulan posa ni.. Alhamdulillah.. Seronok tengok..

Hari pertama ramadan.. Alhamdulillah semua okey ja .. Cuma agak busy sikit.. Sebab suami aku kena masuk kerja pukul 2 petang pulak.. Ot lagi katanya.. Balik pukul 10 malam.

So, nak tak nak, kena buat jugak .. Masak awal la nampaknya..

Menu kedua kami untuk buka puasa

Ayam masak kurma..
* basuh ayam sebaik mungkin..yang ni takkan nak ajar kot. Hahaha..
* masukkan minyak banyak sikit ye .. tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dan helba sikit..
* masukkan bahan kisar.. Lebih kurang macam kat atas tadi jugak. Sampai pecah minyak dan naik bau..
* masukkan rempah kurma yang dah dibancuh dengan air.
* masukkan ayam.. Gaul sebati..
* masukkan air sedikit demi sedikit.. Yang kalau nampak macam pekat sangat.. Lepastu biar dia pecah minyak..
* masukkan santan.. Kacau sebati..
* masukkan garam dan gula secukup rasa.
* dah siap untuk dihidang.

Lepas tu , buat sayur ayaq bendi sikit..
* tumis bawang merah dan bawang putih ..
* masukkan bendi..
* tambah sedikit air.. Jgn terlalu banyak air nanti lendir bendi akan keluar banyak.
* masukkan garam dan perisa secukup rasa.

Jadi aku bekalkan yang ni kat suami aku..

Aku masak yang ringkas saja.

Puasa.. Bukan lalu sangat nak makan.. Dahaga air je lebih. Hahaha..

Untuk moreh, aku masak keowteow goreng ja. Selingan ... Hehehe..

Untuk menu sahur 2 pulak, aku masak sayur kacang buncis .. ( buat macam sayur ayaq bendi).. Cuma aku tambah sikit telur 2 biji dalam sayur.. Baru sedap sikit...

Aku buat ikan bilis goreng ranggup.. Yang ni saja ja goreng.. Bukan pa.. Puasa2 ni mulut rasa tawaq hebiaq ja.. Hahaha..

Ada balance lebih sikit masak kurma.. Bawak la makan soq atau sahur jugak..

Pendek kata, kalau pemalas macam aku ni.. Elok la buat makan tu banyak sikit.. Boleh makan untuk dua kali terus. Jimat.. Hahaha..

Tu je kot tips untuk setakat ni..

Lepas ni nak kena pikiaq lain plak.. Apa nak masak untuk berbuka ari ni.. Ayoyo..  Pening pala mau pikir.. Hahaha..

Ni kalau tanya suami, dia akan kata.. Buat je la apa2 pon.. Tu je la jawapan dia.. Stress aku.. Hahaha. 

Okey la.. Jgn lupa ye.. Nnty ikuti blog kita esok pulak okey..

Mood rajin menekan huruf henset ni.. ❤

Comments

Popular posts from this blog

Tuala wanita , Period Panties dan Tampon

Review SimplySiti Dermagic

Mataku coklat??