Pages

Tuesday, 25 June 2013

Selamat Tinggal Zmn Junior... Here,,, Inter to be,,,,!

assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari dah selesai semua paper untuk exam sem 2 ni...alhamdulillah...syukur sangat2...

habis je exam tadi,,.terus je pergi makan dengan kawan-kawan sekelas...

beberapa hari sebelum ni pun, aku dah jalan-jalan dengan ex-coursemate aku...

best sgt...pergi tepi pantai ramai-ramai.. sambil makan2...

yang paling terharu sekali... mereka buat kejutan untuk hari jadi ku dengan kek keju yang sangat cantik...

sayang sekali aku memang tak suka kek keju...

tapi untuk menghormati usaha mereka yang bersusah payah mendapatkan kek itu..

menyebabkan jiwaku tersentuh...aku memakan juga kek tersebut..

terima kasih kawan2 ku...

korang memang kawan yang terbaik dalam hidup aku...

mesty aku akan rindukan kenangan bersama mereka...

mereka sangat caring...

seusai solat maghrib tadi...

aku membuka laman muka buku...

kawanku..telah meng 'uploud' gambar kami dalam Palapes ketika Junior...

nak tengok???



ni dia...

alhamdulillah...dapat jugak aku melalui liku-liku kehidupan dalam Palapes...

setelah aku...

mengorbankan waktu kelapangan ku pada hari sabtu dan ahad...

mengorbankan waktu cuti panjangku masa cuti midsem yang lalu...

mengorbankan setiap kepingan wang yang ku ada...

mengorbankan titisan keringat yang mengalir membasahi pipi..

akhirnya...

zaman junior yang memeritkan telah berlalu..

aku tengok balik gambar-gambar masa time junior...

mengingatkan aku perjuangan2 para jurulatih dan sahabat seperjuangan yang bertungkus lumus dalam menghabiskan setiap aktiviti yang perlu kami ikuti tanpa rungutan dan keluhan yang panjang..

terima kasih ye semua jurulatih...terutama  Tuan Jo dan Staf Fauzi...

aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Tuan Jo (merangkap jurulatih)... 
semoga dipanjangkan umur...dimurahkan rezeki...dilimpahi nikmat berpanjangan...dirahmati dan diredhai seluruh kehidupan tuan...

berakhirnya zaman junior...

bermulanya episod baru....

Intermediate to be here....hehehehhe....


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 21 June 2013

Stress nak KAHWIN????? ~~~ KAHWIN PADA USIA MUDA ~~~


assalamualaikum dan salam sejahtera..

baru-baru ni ada la seorang hamba Allah ni buat status " Stress nak Kahwin Awal "...
lepas tu, kawan saya ada tanya pendapat saya tentang kahwin awal..
saya pon bagitau pendapat saya kat dia...

dia cakap ada banyak cara untuk mendapat jodoh..
kalau kita nak cari jodoh, kita tak perlu terburu-buru..biar jodoh tu datang sendiri..
kalau dah jodoh..takkan lari gunung di kejar..
dia cakap untuk dapat jodoh..
 baca selawat tafrijiyah sebanyak 100 kali...
nak lebih baik..baca atas air dalam baldi..
lepas tu, mandi guna air tu..
niatkan untuk mempercepatkan jodoh...
insyaAllah..menjadi..

dia juga cakap.. kalau ada orang masuk meminang, tak boleh tolak..
sebab itu kehendak kita..
kalau tak, jodoh yang akan datang lambat sikit la..

ni dia selawat tu..




~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday, 20 June 2013

susahnyer nak jawab bahasa omputih ni...erghh!!

Tips untuk jawab exam BI... Format Soalan Bahasa inggeris...

Bahagian Pemahaman


  1. baca soalan dulu... (fahamkan...kalau tak faham buat2 faham..hahaha..)
  2. baca artikel sampai abis...fahamkan... 
  3.  tick point bagi soalan yang kita dah tengok tadi...
  4. kalau sempat lagi..baca artikel sekali lagi..
  5. check balik jawapan tadi betul ke tak..
  6. soalan struktur.. (separuh daripada ayat dalam soalan boleh guna balik..ikut kesesuaian)
Bahagian Essay (300 words)
  1. Opening
  • nyatakan tujuan dan isu mengenai tajuk soalan essay tu
  • biasanya kena ada 4 - 5 ayat dalam satu perenggan. ( jangan buat ayat panjang2..buat ringkas dan padat je..takut nanty kita ada buat kesilapan kat grammar dy..kita bukannya nak perasan dah kan.,)
  • biasanya untuk pendahuluan ni, dia ada beberapa jenis cara nak buat dia..
    • Pandangan (secara umum) = mula-mula perenggan cita pasai isu-isu semasa dulu dan pandangan secara menyeluruh tentang topik soalan.
    • Quotation = memulakan perenggan pendahuluan dengan kata-kata golongan ternama @ orang yang pernah terlibat dalam isu topik tersebut.
    • Question = boleh juga untuk memulakan bahagian pendahuluan ini dengan menyatakan persoalan tentang tajuk tersebut untuk membolehkan pembaca lebih minat untuk membaca karya anda...
    • Brief story = memulakan pendahuluan dengan kisah real yang pernah berlaku berkaitan dengan tajuk soalan.
  • guna salah satu daripada cara di atas tu..sebagai permulaan ayat..bukan guna semua tau..erm.. selepas tu...isi seterusnya perlulah saling berkait rapat tau..
  • pada akhir ayat dalam perenggan pendahuluan ini..ceritakan tentang thesis statement ( isi penting )..
  • thesis statement ni jgn kembangkan lagi tau.. cuma cerita isi ja...
2. Body Paragraphs

  • perlu ada 5 ayat bagi setiap perenggan isi
  • isi boleh diceritakan dalam dua bentuk :
    • point by point = compare satu aspek saja dalam satu perenggan dengan membandingkan 2 benda sekaligus. (kena ada 3 perenggan isi)
    • oneside at a time = yang ni tak compare dalam satu perenggan tapi compare lain2 perenggan.. cerita terus 3 point dalam satu perenggan.. ( kena ada dua perenggan isi)
  • nyatakan isi utama dengan jelas
  • construct and explanation dengan lebih lanjut
  • support topik tu dengan bukti-bukti yang jelas dan contoh-contoh yang muhasabah.
3. summary

  • perlu ada 3 - 4 ayat dalam satu perenggan
  • nyatakan kembali thesis statement tadi tu tapi guna ayat lain sikit la...jgn guna ayat yang sama..
  • tegaskan kembali point utama tu..
  • berikan dalam bentuk persoalan (sbg penegasan)
  • bagi sedikit maklumat tambahan / nasihat / harapan untuk isu tersebut
  • cuba ramalkan apa yang bakal berlaku dengan adanya isu berkenaan.
siap!

Bahagian Listening

  1. baca dulu soalan..
  2. fahamkan soalan...
  3. dengar dengan teliti maksud perkataan yang cuba disampaikan.
  4. tengok balik soalan.. (jgn terburu-buru nak jawab soalan..tanda dulu guna pensil)
  5. bila dy ulang lagi... dengar dengan teliti...dan semak balik jawapan..
  6. selepas yakin..isi jawapan guna pen..
Bahagian Speaking

  1. berjalan dengan yakin..dan duduk dengan sopan..
  2. baca soalan dengan teliti..
  3. semasa turn diri sendiri..tarik nafas dalam-dalam..
  4. bercakap dengan penuh keyakinan..
  5. mulakan dengan memberi salam dan senyuman..
  6. susun ayat dengan lengkap...
  7. point ketika bercakap mestilah ada bukti beserta contoh.
  8. jangan amalkan cara pergaduhan..cuba memahami point orang lain..
  9. membantahlah dengan sopan sekiranya ada yang tidak betul.
  10. akhiri ucapan dengan baik..
  11. membuat kesimpulan dengan berkesan.

" Semoga Berjaya ye "

kredit by Muhammad Termizi bin Mohamad Jamil

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 19 June 2013

Hebatkah Mahasiswa @ mahasiswi yang Ber ' INTEGRITI ' ????



Mahasiswa @ Mahasiswi = sekelompok masyarakat yang menuntut di universiti atau institusi pengajian tinggi.

Universiti @ institusi pengajian tinggi = tempat untuk menimba ilmu dan membina kepakaran yang menjadi idaman setiap pelajar.

Umur golongan mahasiswa @ mahasiswi = 19 tahun – 35 tahun

Mahasiswa @ mahasiswi dengan ilmu memang tidak dapat dipisahkan.

Pencarian ilmu dalam kehidupan mahasiswa bakal menghasilkan golongan intelektual dan teknokrat yang diperlukan oleh negara.

Cara menjadi Mahasiswa @ mahasiswi

1. Kelayakan akademik yang cemerlang melalui keputusan peperiksaan di peringkat sekolah

2. Kelayakan taraf kokurikulum yang aktif

3. Komitmen dan kesungguhan untuk berjaya

4. Berminat untuk menyambung pengajian ke tahap yang lebih cemerlang



Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap mahasiswa

1. Amanah

· Perlu jujur semasa melakukan sesuatu pekerjaan



2. Bertanggungjawab

· Memikul tugasan dengan penuh tanggungjawab



3. Ikhlas

· Melaksanakan tanggungjawab dengan rela hati tanpa mengharapkan balasan.



4. Dedikasi

· Menyiapkan tugasan dengan penuh kesungguhan dan komitmen yang tinggi



5. Sederhana

· Tidak mengamalkan gaya hidup yang keterlaluan dan tidak menyukarkan orang lain mahupun orang lain.



6. Tekun

· Menunjukkan sikap kerajikan dan beretika tinggi dalam melaksanakan tugasan



7. Bersih

· Mengamalkan sikap rohaniah dan jasmaniah yang murni bagi menghasilkan tindakan yang baik.



8. Berdisiplin

· Berkomited, tertib serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan.



9. Bekerjasama

· Mempraktikkan amalam berpasukan dan permuafakatan.



10. Berbudi mulia

· Memupuk pengamalan sikap dan tindakan yang suci dengan berpaksikan kepada keadilan serta kebaikan masyarakat umum.



11. Bersyukur

· Mempamerkan sikap terhutang budi dan berterima kasih di atas sumbangan mana-mana pihak sehingga menjejakkan kaki ke menara gading.



Harapan masyarakat kepada mahasiswa @ mahasiswi

· Pewaris Kepimpinan Negara

· Agen Perubahan

· Agen perpaduan

· Penggerak Ekonomi

· Pencipta ilmu dan teknologi

· Modal insan kelas pertama untuk sektor awam dan swasta



Mahasiswa yang berintegriti = mahasiswa yang memiliki kualiti yang unggul meliputi pengetahuan dan penguasaan ilmu yang mendalam dalam bidang masing-masing, memiliki kemahiran generik dan keperibadian terpuji.

· Dengan memiliki ilmu, mahasiswa dan mahasiswi akan dipandang tinggi oleh masyarakat sebagai remaja yang lebih berkualiti serta berdaya saing dan mampu untuk menghadapi segala cabaran berbekalkan ilmu yang melekat di dada.



· Kemahiran generik ini disebut sebagai soft skill seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran dalam menyelesaikan masalah,berkepimpinan dan mampu bekerja secara berpasukan. Kemahiran generik ini penting sebagai pelengkap kepada penguasaan ilmu pengetahuan oleh setiap mahasiswa untuk menghadapi alam pekerjaan yang mencabar pada masa hadapan.



· Mahasiswa yang mengutamakan kualiti diri akan berpaksikan kepada ajaran agama dan etika yang dipelajari dalam kehidupan agar dapat menjadi perisai kepada gejala yang kurang bermoral. Sikap ini lah yang membezakan golongan intektual dengan golongan biasa. Keperibadian terpuji ini wajar dipraktikkan untuk melahirkan mahasiswa yang patuh kepada peraturan dan undang-undang. Eleman yang perlu ada ialah amanah, tanggungjawab, pekerti mulia dan sebagainya.



Kesan Mahasiswa @ mahasiswi berintegriti



I. Golongan pewaris kepada kepimpinan ini bakal membawa negara ke arah kemajuan dan kemakmuran.

II. Membawa perubahan kepada rakyat dalam konteks pembangunan sosial dan perpaduan masyarakat.

III. Membentuk tradisi keilmuan dan kesarjanaan universiti

IV. Menjaga nama baik universiti

V. Menjadikan mahasiswa lebih bernilai dalam pasaran kerja

VI. Mempunyai jati diri yang utuh.



Ikrar Integriti Malaysia

Kami rakyat malaysia yang merdeka dan berwawasan, dengan tulus ikhlas dan suci hati, berikrar,..

Memantapkan dan memperkukuhkan maruah dan integriti kami, keluarga dan masyarakat, agama, bangsa dan negara kami.

Ke arah itu kami berikrar...

· Mematuhi sepenuhnya perlembagaan persekutuan dan undang-undang

· Mematuhi dan mengamalkan prinsip rukun negara

· Mempertingkatkan integriti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan beretika

· Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk mencegah sebarang perlakuan jenayah, salah laku dan perbuatan tidak berintegriti

· Menyokong dan bekerjasama bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menggugat integriti masyarakat dan negara

· Membudayakan integriti sebagai amalan hidup seharian secara berpasukan dan individu



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 17 June 2013

Itu bukan Aku...aku bukan sepertinya....

Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH Menjalin agung sebuah cinta Menafkahkan hartanya pada FISABILILLAH
Aku ingin sezuhud FATIMAH Akur tanpa jelak setiap perintah
Aku mengagumi dan mahukan kejayaan Gedung ilmu SITI AISYAH
Aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR Mengendong puteranya yang masih merah Di padang pasir yang merekah
Bukannya wanita penggoda Fitrah dari sejarah SITI ZULAIKHA
Pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH Tenggelam asyik dalam UBUDIYAH Biar tersingkap segala hijab Dua cinta takkan berpadu dalam satu hati Lantas ku serah cinta ini pada satu perjuangan
Bagai cekalnya hati ZAINAB AL GHAZALI Terluka terseksa terhina terpenjara Terkurung jasad di celahan janji kaku Teguh istiqamah menjunjung akidah dakwah Demi Islam bukannya menyerah galang gantinya
Atau setidaknya aku impikan hidup semulia MARYAM JAMEELAH Berteman pena menongkah kepayahan Roh jihad perlu disemarakkan Dan biarlah aku yang menyemarakkan obornya
Aduhai, meskipun aku hanyalah perawan Yang jiwanya tak sekental ASMA
Belum teruji dengan deraian airmata ATIQAH
Tak mampu tersenyum bagai KHASA yang tabah
Namun relalah aku.. Relalah aku menjadi sayap kiri perjuangan Kan kuteguh menatang amanah ini Mewarisi kegemilangannya SERIKANDI UMMAH
Hanya kerana Islam merindui Kemunculan peribadi mukminah Muslimah mujahidah..
Yang rela mati dalam keunggulan iman Terpanggang indah bagaikan harumnya pusara MASYITAH Jika Islam itu kan kudaulatkan


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Sunday, 16 June 2013

kata-kata imam Ghazali




~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 14 June 2013

ku rindu hembusan doamu

assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entry kali ini agak menyentuh hal peribadi diriku,...

masa musim-musim peperiksaan macam ni lah yang menyebabkan hatiku kuat merindui belaian ibu dan ayah ku... lagi pulak,..sekarang mak tengah sakit...dan abah pon tengah sakit jugak sebenarnya.. tapi abah tak pernah mengeluh..cuma hari tu masa aku balik kampung, adalah abah menyuarakan rasa sakitnya kepadaku..aku tau abah sakit tapi dia tak ceritakan kepada mak sebab abah tau mak tengah sakit jadi abah tak nak tambah beban mak...bertambahlah aku risaukan mak dan abah..

 sekarang ni rumah tu tak ada sapa-sapa dah..yela..kak dah kahwin..mesty la kena ikut suami..duduk pulak kat Sabahan..abang pon dah kawin,..atas tuntutan kerja..kenalah depa duduk kat Johor... aku pulak kena mai belajaq kat Penang.. memang tak la kan.. adik aku sorang tu nak jaga mak dengan abah.. bukan aku tak harapkan adik aku..cuma adik aku tu tak ada lesen kereta..susah sikit nak bawak mak dengan abah pergi klinik ke ape ke...

berbalik kepada cerita aku tadi...memang aku amat rindukan mak dan abah...
erm...mau tau nye tak rindu... dulu tiap kali nak exam...
mak akan bacakan yasin untuk aku malam tu..aku ingat lagi...mak tunggu aku study kat ruang tamu sampai tertidur..punya sayangnye mak kat aku..
bangun paginya..mak sediakan makanan seawal mungkin berbanding kebiasaannya...dan menyediakan bekal untuk aku bila time rest..
sebelum pergi sekolah, selepas cium pipi mak dan abah..mak akan alihkan badan aku..lepas tu mak bacakan doa ape ntah..yang aku dengar hembusan manja beserta doa di belakang tubuhku...
lepas tu, mak akan usapkan kepala aku dan aku pusing ke belakang untuk menyalami mak dan abah...dan terus je lari ke pondok bas.. 

rasa bersemangat je bila tiba pagi-pagi nak exam..sekarang..perkara macam tu hanya berlaku dalam ingatan ku je..sbb dah tinggal jauh dari mak...tapi ape-ape hal,,,aku tetap call mak dengan abah..bila dengar suara mak dengan abah pagi-pagi..itu dah satu rahmat bagi aku...aku rasa bersyukur sangat sebab masih ada mak dan abah yang tercinta...

aku selalu berdoa.. sekiranya Allah nak ambil balik orang-orang yang aku sayang dan cintai..biarlah semasa ketiadaan mereka itu, aku masih ada di sisi mereka dan mencurahkan kasih dan sayangku kepada mereka sehingga ke saat akhir mereka di dunia...dan aku sempat  untuk memohon kemaafan dan menyatakan betapa sayangnya aku kepada mereka...

mood pagi ni :  RINDUNYE KAT MAK DAN ABAH...


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 12 June 2013

Keimanan Bukan Diwarisi

assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ini saya terpanggil untuk menceritakan mengenai seorang gadis muslim yang tinggal di Perancis yang bernama Fatimah Asybun. 

saya sebagai seorang muslim yang hidup dan menetap di dalam negara islam berasa sangat kagum bercampur malu terhadap gadis ini manakan tidak... saya ini hidup dalam environment yang mengiyakan dan memahami situasi syariat islam namun saya pernah hidup dalam keadaan kejahilan dalam bumi islam ini berbanding dengan gadis ini keislamannya dan keimanannya membuatkan rasa kagum. 

kenapa saya katakan sedemikian?????

Gadis ini sangat memperjuangkan syariat islam dalam negara yang menafikan syariat islam. semasa zaman persekolahannya, dia telah dikecam oleh pihak sekolah supaya dia menanggalkan tudung ketika berada di dalam sekolah. Ujian ini dihadapi dengan tabah.. reaksi Fatimah Asybun ini terhadap larangan tersebut. dia mengatakan, " aku tidak akan sesekali menanggalkan tudung walau apa pun hukuman yang ku terima." dan dia juga menegaskan bahawa dia tidak pernah menghasut pelajar lain berbuat sepertinya. baginya, itu hak masing-masing dan dia ada hak untuk mempertahankan kemuliaan islam. dia juga tidak memakai David Star ( lambang agama Yahudi) apabila disuruh oleh pengetua bagi pelajar beragama yahudi.

contoh lambang agama yahudi
David Star

Fatimah menganggap pengetua itu terlampau fanatik dengan agamanya sehingga melarang pelajar beragama islam sepertinya memakai tudung. Fatimah juga menyatakan bahawa dia tetap akan tinggal di Perancis kerana ia bumi kelahirannya dan tidak akan sesekali meninggalkan negara itu selagi belum menamatkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Pihak sekolah tidak dapat membuang Fatimah kerana mereka tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk kerana Fatimah merupakan pelajar cemerlang dan sering memperolehi markah tertinggi setiap kali peperiksaan.

Fatimah juga berkata dia tetap memilih untuk bertudung dan belajar di rumah sekiranya pihak sekolah memberi syarat untuknya menanggalkan tudung untuk terus belajar disekolah. dia bukan sahaja menerima tentangan di sekolah tetapi turut menerima tentangan oleh ibu bapanya sendiri. namun, dia tetap dengan pendiriannya.

berbeza dengan diriku.....

aku sentiasa menyenangi situasi aku sekarang mungkin kerana negara yang aku diami ini agak aman berbanding dengan negara lain.. kadangkala keselesaan aku ini menyebabkan aku alpha dan hidup seperti zaman jahiliah.. tiada pendirian yang teguh untuk mempertahankan kesucian agamaku.

apa maksudku?????

bukannya aku melakukan jenayah berat sehingga memalukan islam... tidak... bukan itu maksudku.. tapi aku berasa malu dengan gadis ini kerana dia amat mempertahankan auratnya dari dicerobohi oleh mata-mata yang galak melihat. padahal aku ini yang dibesarkan dalam negara islam sendiri tidak utuh menjaga auratku dari pandangan bukan muhrim ku.. astaghfirullah hal azim.. malunya aku... teringat aku zaman jahiliah ku dahulu..harap-harap Allah mengampunkan segala dosaku yang terdahulu, sekarang dan akan datang yang tanpa aku sedari mahupun di dalam sedarku..

kawan-kawan...
jangan jadi macam saya ye...
jadilah seperti gadis ini yang sentiasa menjaga kesucian agama kita...

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 11 June 2013

KESAN NEGATIF PELAKSANAAN SKIM GAJI MINIMUM

1.      Kesukaran untuk menurunkan gaji
Gaji minimum ini merupakan gaji yang dikuatkuasakan oleh undang-undang kepada pihak majikan dalam penetapan gaji para pekerja. Gaji ini sememangnya dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Hal ini kerana gaji ini telah diukur berdasarkan pendapatan garis kemiskinan. Namun, apabila skim gaji minimum ini telah dilaksanakan, berlakunya kesukaran untuk menurunkan gaji sekiranya berlaku kegawatan ekonomi. Hal ini kerana majikan terpaksa membayar pada kadar gaji yang sama dengan jumlah sebelumnya. Dengan ini akan membebankan para majikan untuk membiayai para pekerja.

2.      Membahayakan golongan yang miskin dan berpendapatan rendah
Gaji minimum ini merupakan gaji yang telah ditetapkan pada paras tertentu dan pihak majikan hanya boleh meletakkan atau memperuntukkan jumlah gaji bagi setiap pekerja melebihi paras yang ditetapkan dan tidak boleh kurang daripada itu. Pihak majikan yang ingkar akan dikenakan tindakan undang-undang. Jadi, hasil daripada pelaksanaan skim gaji minimum ini,kos buruh ini dilihat semakin meningkat. Hal ini telah menyusahkan majikan kerana  majikan tidak dapat menampung kos buruh tersebut tetapi belum dicampurkan lagi dengan caruman KWSP yang terpaksa dibayar oleh majikan. Akibatnya, ramai pekerja yang terpaksa diberhentikan. Hal ini kerana majikan terpaksa memikirkan kos bahan mentah, kos pengeluaran dan kos pemprosesan termasuklah caruman KWSP. Sebagai contoh, jika seorang pekerja dibayar RM 5,000 sebulan. Kos kepada syarikat jika dicampurkan dengan caruman KWSP (12%) , ialah RM5,600. Kos tambahan itu sangat tinggi. Jadi majikan tidak akan mampu mengaji pekerja yang ramai jadi terpaksa dikurangkan gaji pekerja baru atau menamatkan kontrak bagi pekerja sambilan. Sedangkan pekerja yang bergaji rendah tersebut amat bergantung harap dengan upah yang diberikan oleh majikan. Situasi yang dialami oleh pekerja ini memaksa mereka memperolehi pekerjaan yang baru. Hal ini amat dibimbangi terutama kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah kerana kehidupan mereka akan lebih sukar berbanding sebelumnya dan mereka terpaksa menganggur.

3.      Lambakan pekerja Asing dari Luar Negara
Apabila skim gaji minimum ini dilaksanakan, kita dapati majikan tidak mampu untuk menanggung kos buruh tempatan yang semakin tinggi tersebut. Jadi, terdapat ramai majikan yang sanggup mengambil dan menggunakan khidmat pekerja asing yang meletakkan kos buruh yang rendah sebagai pekerja di tempat kerja masing-masing bagi membolehkan majikan tidak mengeluarkan lebih banyak modal untuk melakukan perniagaan tersebut berbanding pekerja tempatan yang meletakkan kos yang tinggi sehingga membebankan majikan. Tambahan pula, majikan tidak perlu membayar bayaran Levi terhadap pekerja sebaliknya gaji pekerja asing akan dipotong sedikit demi sedikit pada bulan berikutnya. Hal ini sememangnya memudahkan majikan dalam pengendalian organisasi tetapi ianya menyebabkan rakyat asing semakin bercambah di Malaysia. Dengan ini sedikit sebanyak memberikan keuntungan kepada pekerja asing mengikut garis panduan Perkara 23 Pengistiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) yang menyatakan bahawa setiap orang tanpa sebarang pembezaan, adalah berhak kepada pengajian yang sama bagi kerja yang sama. Semua orang juga berhak kepada saraan yang adil dan berfaedah yang dapat memastikan diri dan keluarganya mendapat suatu kehidupan yang wajar dan manusiawi. Memang tidak dapat menolak kemungkinan bahawa aliran tunai kita yang mengalir adalah dengan adanya pekerja asing dalam pasaran kerja namun nasib rakyat Malaysia masih sama.

4.      Kesan terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana
Menyentuh dakwaan gaji minimum akan memberikan impak negatif kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),Fiscal Policy Institute di Amerika Syarikat telah menjalankan satu kajian pada tahun 2006 untuk membandingkan kesan gaji minimum terhadap pertumbuhan PKS dan juga tahap gaji antara negeri-negeri di Amerika Syarikat. Hasil kajian sepanjang tempoh tahun 1998 hingga 2003 menunjukkan prestasi negeri dengan pelaksanaan gaji minimum yang lebih tinggi adalah lebih baik :
·         5.4% pertumbuhan bilangan perniagaan kecil (kurang daripada 50 pekerja) adalah lebih tinggi daripada negeri yang meletakkan gaji minimum kepada para pekerjanya iaitu 4.2%.
·         6.7% pertumbuhan peluang pekerjaan dalam sektor perniagaan kecil adalah lebih tinggi berbanding 5.3% bagi negeri yang mengamalkan skim gaji minimum ini.
·         24.5% pertumbuhan jumlah gaji tahunan juga lebih tinggi berbanding bagi negeri dengan gaji minimum iaitu 21.2%.
Menurut Setiausaha Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN), T Shanmugam memberitahu Berita Harian bahawa sebelum ini terdapat 4,200 daripada 800,000 syarikat yang telah memohon penangguhan sementara bagi melaksanakan skim gaji minimum ini disebabkan oleh faktor kewangan. Hal ini membuktikan terdapat syarikat yang masih meragui keadilan dan kesukaran untuk melaksanakan skim gaji minimum ini kerana terdapat pelbagai perkara yang perlu diselesaikan terutama dari segi perancangan kewangan dan operasi perniagaan syarikat itu sendiri.

5.      Penindasan terhadap pekerja swasta
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) umpamanya, berpendirian bahawa penetapan gaji para pekerja di sektor swasta berkait rapat dengan prestasi syarikat. Pastinya, bagi sesebuah syarikat korporat, produktiviti serta keuntungan syarikat merupakan aspek utama yang mempengaruhi kadar penetapan gaji kakitangan mereka. Jadi, walaupun pihak kerajaan meletakkan kemestian untuk pelaksanaan skim gaji minimum ini, namun bagi pihak swasta mereka mempunyai kuota dan syarat mereka tersendiri untuk membolehkan para pekerjanya mendapat kenaikan gaji. Bukankah ini akan hanya membunuh produktiviti para pekerja serta menurunkan minat pekerja untuk menyertai sektor swasta di negara ini. Sepertimana kenyataan Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar baru-baru ini di dalam media, para majikan perlulah sensitif kepada para pekerjanya terutama sekali dengan mereka yang terlibat dengan pekerjaan yang berbahaya, kotor dan sukar. Perjuangan bagi merealisasikan dasar gaji minimum di negara ini adalah satu perjuangan yang besar dan panjang. Ia tidaklah hanya melibatkan pihak yang memberi dan menerima gaji semata-mata. Ia melibatkan pelbagai pihak.Ini termasuklah usaha meningkatkan kefahaman pimpinan kesatuan sekerja serta akar umbi mengenai kepentingan serta cabaran-cabaran dalam melaksanakan dasar gaji minimum.

6.      Berlakunya kekurangan peluang pekerjaan dan penularan jenayah
Pelaksanaan skim gaji minimum ini akan memberikan impak negatif ke atas sistem sosioekonomi. Dalam bab Enam Laporan Model Ekonomi Baru (MEB), dengan terang menyatakan bahawa MPEN tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan gaji minimum kerana boleh mengurangkan peluang pekerjaan di Malaysia. Pandangan MPEN ini tepat sekali. Hal ini dapat dilihat apabila kebimbangan para majikan  khususnya majikan kecil yang lebih merasai derita menanggung kos buruh yang kian meningkat atau caruman pekerja-pekerja lain yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Dengan ini, para majikan tidak akan mampu untuk menaikkan gaji pekerja mereka malahan terdapat segelintir majikan yang terpaksa menutup operasi perniagaan mereka kerana menghadapi masalah yang besar untuk beroperasi. Kemungkinan besar, pekerja terbabit berisiko tinggi untuk kehilangan pekerjaan. Kata-kata ini telah dipetik daripada Kementerian Sumber Manusia. Hal ini kerana penetapan gaji ini adalah berbeza kadarnya dari satu tahun ke satu tahun yang lain. Apabila rakyat mula kehilangan pekerjaan, kadar jenayah juga turut meningkat tanpa disedari akan mengugat keamanan negara dan merosakkan imej negara apabila terdapat rakyat yang menjadikan kaki lima bangunan sebagai tempat kediaman mereka.
7.      Ketidakadilan dalam sesebuah organisasi
Penetapan gaji minimum ini perlulah diimbangi dengan perkara-perkara yang berkaitan taraf hidup dan produktiviti seseorang. Dalam situasi biasa (sebelum pelaksanaan skim gaji minimum ini), kenaikan gaji dan pangkat seseorang berdasarkan produktiviti, ciri inovatif, kreativiti dan tanggungjawab seseorang tetapi sekiranya pelaksanaan skim gaji minimum ini dilaksanakan, rasanya tidak adil bagi pekerja yang baru memasuki bidang pekerjaan yang mendapat gaji lumayan setaraf dengan pekerja yang sudah lama bekerja dan berpengalaman dalam bidang yang diusahakan. Kesan seperti ini mungkin akan menurunkan motivasi kerja diantara pekerja yang telah lama berkhidmat kerana kenaikan gaji tidak diberikan mengikut kepakaran sebaliknya mengikut ketentuan undang-undang. Jadi untuk membolehkan gaji minimum ini terlaksana, biasanya golongan yang akan rugi ialah golongan pekerja yang berpendapatan rendah kerana mereka lebih mudah ditukar ganti berbanding golongan professional yang semestinya berpendapatan tinggi. Ini bermakna tenaga kerja lama yang dianggap professional berbanding pekerja baru akan dikekalkan. Jika kita lihat, pelaksanaan gaji minimum ini melibatkan semua pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh  negara kecuali perkhidmatan domestik, pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya. Jadi, golongan pegawai keselamatan, tukang sapu sampah, tukang kebun, buruh kasar, jurutol dan lain-lain sepatutnya berasa bimbang akan kedudukan mereka apabila cadangan gaji minimum ini berjaya dilaksanakan. Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Shaheen Mirza Habib mengatakan bahawa jika langkah ini diteruskan, maka mungkin 300 syarikat keselamatan terpaksa gulung tikar kerana hal ini akan menyebabkan 60,000 orang pegawai keselamatan tempatan kehilangan pekerjaan. Inilah akibat yang tidak dijangka daripada tindakan memperkenalkan gaji minimum. Skim gaji ini hanya akan mencetuskan kezaliman terhadap golongan yang paling memerlukan kewangan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

8.      Kehilangan daya saing yang tinggi
Sekiranya gaji minimum ini dilaksanakan, negara kita akan hilang daya saingnya diantara syarikat-syarikat di dalam mahupun luar negara. Hal ini kerana negara kita tidak akan dapat menampung kos yang meningkat pada masa itu. Kesannya, kita dapat lihat, pelabur asing akan mengalihkan modal mereka ke negara-negara yang mempunyai kos pengeluaran yang lebih rendah seperti di negara China dan Indonesia. Selain itu, ianya juga akan menggalakkan penggunaan lebih banyak mesin yang jauh lebih produktif sebagai alternatif kepada tenaga buruh yang semakin mahal.Sekiranya kita lihat pada keluk upah buruh, kita akan dapati apabila kerajaan meningkatkan gaji para pekerja secara tidak langsung majikan akan mengurangkan permintaan bilangan buruh. Jelaslah disini menunjukkan ketidakupayaan sesebuah syarikat untuk meneruskan operasi jika terdapat banyak pekerja yang perlu digajikan dalam satu masa dengan gaji yang tinggi. Hal ini sekaligus akan menyebabkan negara kehilangan daya saing kerana kekurangan kepakaran tenaga buruh sebaliknya hanya mengharapkan mesin penggerak sahaja. Negara hanya melaburkan modal untuk pembelian barangan susut nilai sahaja. Jadi hal ini telah mengurangkan kepercayaan pelabur asing untuk melabur di dalam negara.


9.      Menggalakkan berlakunya Inflasi
Penetapan gaji minimum ini sememangnya dapat meningkatkan kuasa beli dan kadar belanjawan pekerja. Namun, secara umumnya sudah sedia maklum bahawa sebarang pertambahan kos pengeluaran yang berlaku maka harga pasaran bagi barangan itu juga akan turut meningkat. Hal ini secara tidak langsung akan menggalakkan inflasi. Hal ini demikian kerana kos pembuatan sesebuah barangan itu telah meningkat kerana menggunakan mesin yang canggih jadi sudah tentu kos ini akan diletakkan kepada pelanggan melalui pembelian sesebuah produk yang dijual dengan harga yang mahal. Hal ini akan menyebabkan semua orang terutamanya pengguna terpaksa menanggung kerugian. Situasi ini dipanggil sebagai Inflasi Tolakan kos yang terjadi apabila berlakunya peningkatan harga umum akibat daripada peningkatan kos pengeluaran yang berpunca daripada peningkatan keuntungan firma, peningkatan upah buruh dan peningkatan kos faktor pengeluaran lain.

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

kematian demi kematian datang menjelma di muka buku...

assalamualaikum dan salam sejahtera...

tidak ku sangka.. ingatkan roomate aku saja yang mengalami kedukaan... 

rupanya rakan seperjuanganku dri sekolah menengah kebangsaan batu 5 pon turut merasai kesedihan dan kedukaan...

hari ini barulah aku mengetahuinya... maafkan diriku wahai sahabatku Tieqa Soffie ....

disini, aku ingin mengucapkan takziah kepadamu atas kehilangan bapa tercinta...
sabarlah dalam menempuh liku-liku kehidupan..
setiap yang pergi tidak akan kembali lagi..
kita ni sebagai manusia yang belum menemui ajal..perlulah menyambung kehidupan dengan tabah... banyakkan berdoa dan beribadat...
hadiahkanlah setiap butir perkataan yang dilafazkan melalui bacaan ayat suci al-Quran kepada bapamu yang tercinta...
jangan sedih-sedih lagi ye...
kuatkanlah dirimu...

marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah bapa sahabat saya ini...
semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...

amin...

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 10 June 2013

Doa Buat Kekasih

Ya Allah... 
Ya Tuhanku...

seandainya telah kau catatkan...
dia milikku...
dan ...
tercipta untuk diriku...

maka..
temukan lah...,...satukanlah...
hatiku dengan hatinya...

titipkanlah kebahagiaan...
antara aku dan dia...

bimbinglah kami ke jalan kebenaran...
jalan yang Kau redhai...
janganlah Kau biarkan kami terjatuh dalam jurang semu..

Ya Allah...
ku redha apa yang telah Kau takdirkan...
ku harap dia adalah yang terbaik buatku..
kerana...
hanya Kau yang tahu segala isi hatiku...
dan...
hanya pada-Mu tuhan ku mohon segalanya...

Ya Allah...Ya Tuhanku...
ku pohon kudrat-Mu...
ku pohon rahmat-Mu...
ku impikan kejayaan...
di dunia dan akhirat...
bersamanya....

Amin Ya Rabbal alamin....

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Jodoh itu misteri, takdir itu pasti

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Topik saya kali ini agak hangat.

Agaknya lah kan, Mengapa saya katakan jodoh itu misteri???

Pada pendapat saya, jodoh ini telah ditetapkan sejak kita dalam kandungan ibu kita lagi. Selepas kita ditiupkan roh ke dalam jasad kita, Allah mula merencana setiap detik perjalanan kita sebaik sahaja kita lahir ke dunia ini. Pernahkah anda  sedar bahawa sebenarnya suami anda sekarang ini merupakan seseorang yang Allah telah amanahkan untuk menjaga diri anda sejak anda masih bayi? Jadi kenapa perlu terburu-buru dalam mencari cinta? Jodoh itu sudah pasti ada.Cuma takdir untuk kita bertemu jodoh kita itu sama ada di dunia mahupun di syurga nanti kerana Allah s.w.t telah menyebutkan sepotong ayat dalam Al-Quran yang bermaksud tiada seorang bujang pun di dalam syurga. Dengan kata lain, semua orang akan berkahwin juga Cuma takdir bagi setiap orang itu yang berbeza.
Saya cuba memetik kata-kata Ustazah Fatimah Syarha penulis novel terhebat dan saya selitkan di dalam hujah saya seterusnya untuk membolehkan semua yang membaca ruangan ini faham. Eewah… mcm berdebat plak..hahahah…rindu nak berdebat lagi…
Baiklah, saya teruskan…apabila seseorang itu terburu-buru mencari cinta, dia akan menjadikannya stress bila dia dah beroleh cinta itu. Kenapa dia stress? Sebab.. dia buntu sama ada nak terus buat maksiat dengan layan mesej yang tak berfaedah, cakap benda-benda yang tak perlu dan bermanja-manja, di tambah dengan selalu video call ataupun nak kahwin cepat. Bila dah terlampau terdesak untuk berkahwin di usia yang muda di saat ibubapa masih mengharapkan kasih sayang anak-anak (ibubapa tidak membenarkan kahwin awal) , jadi ramai yang mengambil jalan pintas dengan Kahwin Lari @ menjeratkan diri ke dalam maksiat dan akhirnya membolehkan mereka berkahwin. Sebenarnya perjalanan mereka masih panjang lagi dan sepatutnya apabila mereka bersabar,mereka akan diganjarkan dengan lelaki yang lebih baik daripada yang mereka inginkan sebelum itu. Memang kita boleh ubah takdir tapi kita tidak boleh ubah jodoh. Cuba kita lihat pernikahan mereka yang berkahwin dengan cara di atas tidak akan kekal lama, kerana mereka yang memaksa takdir untuk menerima jodoh mereka, akhirnya mereka bercerai dan mereka bertemu cinta baru. Mungkin cinta baru yang Allah kurniakan itu sebenarnya jodoh yang telah Allah tetapkan sejak dari kandungan. Jadi bersabarlah… sabar itu sebenarnya sangat indah.
Sebagai contoh, kisah seorang sahabat saya yang telah meninggal dunia seminggu sebelum tarikh pernikahannya. (saya pernah cerita sebelum entry ni) ,… mungkin jodohnya Allah telah tetapkan di Syurga dan mungkin juga tunangannya itu merupakan jodoh untuk insan lain. Ada seorang sahabat saya cakap dia kalau boleh nak kahwin sebelum meninggal dunia. Katanya lagi, kalau kahwin kat dunia lagi bagus sebab kita sudah mencukupkan separuh daripada iman kita. Cuma perlu berusaha lebih untuk nak mencukupkan separuh lagi semasa alam rumah tangga. Alhamdulillah suatu niat yang sangat bagus, insyaAllah nanty Allah akan makbulkan doa kita..teruskan berdoa ye sahabat ku.
Then, saya terfikir betul juga, niatkan senjata orang mukmin… jadi, kalau betul-betul anda inginkan cinta anda…jangan lupa untuk terus berdoa dan berusaha untuk persiapkan diri untuk menjadi isteri..teringat nasihat Ustazah Fatimah Syarha, baca buku tentang perkahwinan sekurang-kurangnya 50 buah buku..untuk memantapkan ilmu.. belajar memasak dan lain-lain..
kalau lelaki untuk jadi suami, siapkan kertas kerja untuk menunjukkan rancangan jangka panjang dan rancangan jangka pendek…berusaha untuk merealisasikan plan tersebut..bila dah berkeyakinan dan dah jumpa calon.. jumpa jiran-jirannya untuk bertanyakan tentang si dia… bertaaruf dulu…dengan si dia dan family nya..
janganlah mulakan perhubungan dengan bercinta sebelum kahwin..kelak hilang kemanisan cinta…bercinta selepas kahwin itu lebih utama…

ingat ye… jodoh itu sangat misteri….tapi takdir itu sudah pasti…

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Sunday, 9 June 2013

demam study??

assalamualaikum dan salam sejahtera...

sekarang ni msa utk study!!! yeeha~~
eh..seronok plak dy kan.. hahaha

sebenarnya tak pon...nervous je yg lebih ni...
so nak hilangkan nervous buat2 la happy...

orang selalu cakap jangan study hard tapi study smart...

cara untuk ulangkaji yang betul...

* jangan makan banyak sebelum study
* berwuduk dan membaca al-quran sebelum study
* baca banyak kali sekurang-kurang 7 kali
* ceritakan kepada rakan-rakan
* gunakan masa sepenuhnya
* selalu bangun malam untuk berdoa
* banyakkan berzikir
* jgn buat maksiat
* sebelum masuk dewan peperiksaan, mintak maaf dengan semua terutama dengan parents


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 3 June 2013

~~~ Sabar ye roommate ku sayang ~~~

assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ni ... pada pukul 5.45 pagi....saya telah mendapat berita kematian bapa kepada roomate sya...
kecian roomate sya.. Nur Haziyah Zainal Abidin ... dah lah tak lama lagi nak exam dah...

sabar ye syg.. mungkin ada hikmah di sebalik semua ini..
sabar itu kan indah..


marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah roomate sya merangkap sahabat sejati saya.. 




~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~