Pages

Tuesday, 31 December 2013

angan-angan.............................ku ( ambang 2014 )

assalamualaikum dan salam sejahtera..

aku cuba nak lepaskan tension aku selepas study yg tak sampai sejam...
itulah diriku..
baru baca kejap dah mengantok..
jadi aku ambil langkah untuk menulis blog yg super simple ni..hehehe..
erm... malam ni aku nak menceritakan tentang angan-angan ku...
oleh kerana dalam masa sejam lebih lagi kita akan ke gerbang 2014..
bukan gerbang perkahwinan tau..hehehe..
jadi banyak la kiranya idea-idea untuk aku menaip malam ni..
ampa layan je la na apa yg aku nak cakap ni..hehhee..
ofcoz la apa yg bakal aku cakap ni memang totally bout me..
erm.. aku memang ada niat nak berubah..
aku fhm bila org selalu dok tnya aku..
 " ang ni bila la nak berubah..cuba jadi matang sikit. "
mak pon ada cakap benda yg sama jugak..
aku tgh mencuba la ni..
aku ni bukannya baik sangat..
tapi tak salahkan kita cuba nak berubah jadi baik..
mesty ada org cakap..
ala..dia ni cakap je...
kan dah nama pon azam 2014..
ikut suka i la nak azam pe pon..heheh..
janji kita ada jugak inisiatif untuk berubah..
jangan sampai tak pikir langsung nak berubah..itu sgt rare,...
azam aku mungkin ada yg sama dengan tahun lepas..
kerana banyak lagi tak tercapai..

apa azam aku taun lepas yg tak berjaya???
nak jadi anak yg baik..
mmg sampai skrg pon susah lagi nak capai status tu..
bukan senang nak memenangi hati ibubapa kita..
bila kita dah tackle hati abah..hati mak pula yg terluka..
ya Allah..aku takut nnty Allah tak nak terima segala amalan aku,..
hanya kerana aku pernah menderhaka kat mak aku...
serius tak bermaksud pon aku nak buat macam tu...
kadang2 aku terpikir kat mana salah aku..
tapi ntahlah..mungkin mak ngan abah betul..
aku tak nak la..disebabkan aku ni ( like anak derhaka ni)..
mak dgn abah susah nak masuk syurga sbb kena soal bnyak dgn Allah nnty..
aku kalau boleh nak jumpa mak ngan abah kat syurga nnty..

kedua..
aku nak jadi adik @ kakak yg baik..
yg ni memang dri dulu lgi aku dok pegang..
tapi entah knp skrg aku dah jadi fed up nak jadi kakak yg baik..
sbb aku salahkan diriku yg sampai skrg tak mampu nak didik adik aku..
aku takut kalau mak ngan abah kena soal ttg adik aku nnty..
tapi sikap adik aku yang membuatkan aku putus asa untuk ajaq dia..
insyaAllah taun depan aku akan buat balik..
aku takkan putus asa..
seyesly..aku nak tgk adik aku berubah..
bila aku dpt tgk adik aku berubah..itu adalah kejayaan terbaik aku..

ketiga..
aku nak berusaha lebih lagi untuk jadi pelajar yg bukan sahaja berjaya di dunia tetapi insyaAllah berjaya di akhirat jugak..
tapi susah untuk capai matlamat ni...
perlukan banyak pengorbanan..
seriusly kadang2 aku rasa macam aku tak mampu nak pikul...
aku ni banyak sgt main...
tu yg jadi lagu ni..

keempat...
aku akan cuba jadi kawan yg baik..
insyaAllah..aku akan cuba sedaya upaya...
mungkin aku bukan roommate yg baik..
terhadap roommate aku yg skrg atau bekas roommate aku dulu..
tapi insyaAllah...aku akan jadi roommate yg terbaik 
untuk my future roommate...  ( wink...wink... ! )..ehehhehe...

kelima...
yg ni mungkin lambat lagi...
tapi akan cuba yg terbaik dari sekarang..
ilmu aku bab2 ni pon tak banyak lagi..
aku masih dan sedang mempelajari ilmu2 ke alam yg baru ini..
aku pernah berhasrat untuk pakai macam ni...


masa hari bersejarah aku nanty...
tapi entah lah...
dari sekarang pon banyak benda lgi yang nak kena perbetul..
kena perbetul niat...
cara berpakaian...
cara pergaulan..
dari segi fardu ain kena mantap..
fardu kifayah kena ambik tau...
macam-macam lagi..

aku amat menghormati ada sesetengah pihak yang boleh berubah dengan mudah dan segera..
silakan..
aku tak kata langkah yg mereka ambil itu salah...
tapi bagi aku..
nak berhijrah ni bukannya mudah..
pengorbanan yg besar diperlukan..
aku ni..
mcm mna nak berubah..
sedangkan perkara asas (hubungan kekeluargaan) aku pon aku tak mampu nak perbaiki lagi..
dengan diri sendiri asyik dok buat benda salah yang aku sedar salah tapi aku dok buat jugak kesalahan yg sama..
teruk ke tak teruk aku ni kan...

biarlah aku berubah slow2..
aku nak sekali aku dah berubah..
aku takkan berpatah balik ke takuk yg lama..
biar org tau yang  aku memang serius nak berubah...
dan biar masa tu..
walaupun langit berputar..aku takkan ubah pendirian aku..
dan aku paling tak suka kalau ada org yg nak mempengaruhi dalam perubahan yg bakal aku lakukan..
aku nak bila aku buat sesuatu tu ikhlas kerana Allah..
bukan sebab alasan tertentu..
bagi aku..
apa-apa pun niat tu yang penting kan..

apa pula azam anda tahun 2014??
cuba check blik..
jom muhasabah diri sama-sama dengan aku malam ni..   :)

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 27 December 2013

Orang lain sudah...aku?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entry malam ni just nak luahkan isi hati kecil ku...
Seyes aku sgt2 jeles dgn kwn2 aku yg dpt kawin awal...

Tambah2 lepas baca blog ni...
http://myraluvherlife.blogspot.com/2011/12/truth.html..

Lagila...
Pemilik blog tu sama umur dgn aku...
Tapi...dpt kahwin msa 19 tahun..
Lagi awal drp aku...
Simple je diorg kawin..tanpa hantaran..juz maskahwin...
Ni yg bertambah minat aku untuk meneruskan hasrat hati ku..
Perasaan nak berkahwin awal tu mmg dah terpahat dlm hatiku ini dari form 2 lgi,,.
Sbb ada satu perasaan yg aku yakin dia jodoh aku...
Tapi... Bila? Mak abah aku bagi ka?

Entah bila la turn aku...

Mmg aku dh lama fikirkan hal ni...
Tapi aku tak pasti ttg jodoh aku..
Malah aku memikirkan keluarga aku yg terlalu mementingkan adat melayu...
Aku rasa agak sukar untuk aku mendapat persetujuan drp kedua ibubpaku..
Dan mmg tak semudah yg disngka..
Sedangkan sebelum ni bila ada je org tnya pasal diriku...
Mak aku akan cepat2 menyatakan " tunggulah dia abis belajar dulu... "
Bila aku dgr ayat mak aku mcm tu...
Aku dah cuak dah...
kompom mak takkan bagi aku ni kawin awal punya...
Aku tahu nak kahwin bukan senang...
Tapi aku rasa cara yg pemilik blog tu buat sangat bagus,..
Aku pun sebenarnya ada niat nak buat mcm tu...
Tapi..tak bleh... kluarga aku amat mementingkan adat...
Jadi, pendek kata banyak benda yg perlu diikuti yg akan menelan banyak belanja..
Sebenarnya,...kalau ikut aku,,,aku tak nak yg terlalu merumitkan keadaan...simple pon cukup la...janji syariat terjaga,..
Aku bukannya baik sangat...tapi tak salah nak cari keberkatan dalam rumah tangga,..
Kalau buat yg grand2 pon..klu tak bahagia wat pa...
Tapi nak wat cam ne..
Aku bukannya ditakdirkan jodoh awal..
Tapi ustaz ckp..takdir boleh ubah..
Yg penting kita usaha...
Aku sentiasa doakan supaya Allah membukakan pintu hati kedua ibubapaku terutamanya untuk menerima keputusan aku untuk berkahwin awal...
Harap2 akan ada keajaiban yg berlaku..
Aku percaya dengan kuasa Allah..
Bila Allah cakap kun fayakun..
Aku percaya Allah tak pernah memungkiri janji..
Aku hanya mampu berdoa..
Robbi yassir wala tuassir robbi tammin fil khair...
Semoga Allah memudahkan segala urusan ku..
Aku tak sanggup lagi hidup dalam melakukan dosa2 kering..
Aku hanya mengharapkan Allah memahami setiap apa yg aku hajati..
Tidak lebih dr itu...
Keranaa aku percaya rezeki itu drp Allah...
Kalau sekali pun aku kawin masa umor 30 ..kalau ditakdirkan Allah tak de rezeki dan keberkatan..tak guna jugak,..
Sbb tu la aku berharap sgt dpt kawin awal..
Sbb bg aku..kawin awal ke lambat ke sama ja klu bab rezeki ni...
Tapi kalau org dh tak restu...takkan aku nak wat jugak...
Sbb tu la...aku sentiasa doa supaya Allah buka mata hati org2 yg aku syg..untuk kebaikan aku..
Salah ka klu aku nak wat benda yg baik? Kalau aku dah bersedia...

Tuesday, 24 December 2013

Abah kat hospital

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bukan senang, nak senang...
Tapi susah bila susah...

Ntah la..kadang2..kta nampak mcm senang...tapi yg jalani yg susah...

Susahla kalau kita nak puaskan hati semua org kan...
Amboi...berleter panjang..hehehe...

Entry kli ni juz nak kongsi pasal keadaan abah je,..
Alhamdulillah selepas tebuk beberapa kali di bahagian perut dan paha..
untk predialisis...

Then..abah dah dapat cuci dah...
Lpas ni nak buat dialisis je la...
3 kali seminggu..

Tapi tak tau lgi kat mana..
Thanks kepada semua yang mendoakan abah supaya sembuh...
Terima kasih sgt2...
Sayang semua...

Wednesday, 18 December 2013

Pendermaan & Pemindahan Organ dalam Islam

assalamualaikum dan salam sejahtera..

saya memang teringin sangat nak pindahkan organ saya mahupun darah saya kepada orang-orang yang memerlukan. setiap kali ada aktiviti pendermaan darah, saya selalu teruja nak derma..tetapi saya rasa sedih sebab setiap kali saya nak pergi derma ..dah 4 kali dah pergi try..tapi tak boleh sebab berat tak cukup 45kg.. padahal masa tu cuma 44.8 kg je pon..saya marah sangat kat nurse tu..saya tahu bukan salah dia tapi saya terkilan sebab tak dapat nak derma darah. saya pernah derma darah sekali saja..tu pon darah saya diambil setengah botol saja sbb dr takut sya pengsan. tapi serius saya tak rasa apa-apa pon..tak sakit mcm org dok takutkan tu pon..cuma lepas derma darah tu rasa pening sikit la... dan kawan cakap muka saya sangat pucat. masa tu saya tak terus sambung ke kelas sbb kawan saya suruh saya balik rest kat bilik. tapi anyway..pengalaman tu serius best..

disebabkan saya tak boleh sgt nak derma darah..tiba2 saya terpikir.. kan bagus kalau dapat derma organ..ayah saya sakit buah pinggang..yang memerlukan RM33,000 setahun untuk dibelanjakan bagi rawatan mencuci darah..tidak termasuk pengangkutan, masa yg sekurang-kurangnya 6 jam dan makanan. saya pernah menyuarakan hasrat hati saya kat my future roommate . tapi dia tak menggalakkan saya..katanya kita boleh derma tapi ikut kepada keperluan.. macam abah mungkin akan guna sekejap ja..jadi sama je hasil dia..lain la kalau derma kat budak2 sbb dengan usia dia macam tu..mungkin dia akan guna lebih lama..kalau la saya guna sebelah je nanti..nak hidup lama lagi..kalau rosak yg sebelah tu kena tunggu org lain dermakan pulak. lagi susah.

bukannya saya tak sayangkan abah..sayang sangat2.. tapi betul jugak cakap dia..lepas tu..saya ada search kat website tertentu dan beli buku mengenai pemindahan dan pendermaan organ ni...ni antara ilmu yg boleh saya kongsikan.

Derma : bantuan yang berupa wang kepada kumpulan dan lain-lain iaitu pemberian ikhlas dan sedekah kepada orang miskin.
Pendermaan : perihal@ perbuatan mendermakan.
penderma : orang yang menderma.

manakala..

Pindah : mengalihkan sesuatu @ melakukan perubahan ke atas sesuatu.
Pemindahan : perbuatan memindahkan / mengalihkan

organ : alat dalam tubuh (manusia, binatang, tumbuhan) yang mempunyai tugas yg penting.

transplan (umum) : memindahkan, mengubah, menanam dan pindahan.
transplan (tersirat) : penukaran organ yang telah rosak dan digantikan dengan organ penderma untuk diberikan kepada pesakit yang memerlukan.

definisi pemindahan organ ini terbahagi kepada dua ;-
# pengalihan organ drp penderma kepada penerima untuk mengambil tempat organ yang rosak pada badan penerima.
# menggantikan organ yg gagal berfungsi dengan baik pada tubuh badan seseorang dengan organ baru daripada seorang penderma.

antara yang boleh didermakan :-
* organ : buah pinggang, jantung, hati, paru-paru atau tulang

* tisu : kulit, kornea, injap jantung dan lain-lain.

sumber : google

ada dua pandangan mengenai hal ini...

# situasi pertama : diharuskan #
pemindahan organ manusia yg telah mati kepada yang hidup dengan empat syarat...

  1. hendaklah orang yang diambilkan organnya telah mengizinkannya sebelum matinya dan dia waras, sudah baligh dan tiada paksaan atau diizinkan oleh walinya setelah kematiannya.
  2. hendaklah terbukti bahawa pemindahan itu akan berjaya @ berhasil pada umumnya.
  3. hendaklah dipastikan bahawa pemindahan itu semata-mata untuk berubat dan bukan untuk maksud dan tujuan lain.
  4. tidak ada unsur kontrak jual beli dalam pemindahan organ tersebut.
# situasi kedua : tidak diharuskan @ dibolehkan dalam beberapa keadaan berikut. #
  • mengambil organ daripada org yg telah mati demi menyelamatkan manusia lain yg memerlukan dengan syarat org yg diambil itu telah mengizinkan dan seorang mukallaf.
  • mengambil organ drp binatang yg halal dimakan dan telah disembelih atau selain itu, dalam keadaan darurat untuk digantikan kepada manusia yg memerlukan.
  • mengambil sebahagian drp badan manusia untk menampalkan atau dipindahkan ke bahagian lain daripada badannya sendiri mengikut keadaan yg diperlukan,
  • memasukkan sesuatu benda ke dalam badan manusia sebagai cara berubat daripada penyakit..contohnya : memasukkan besi ke tulang.
4 syarat pemindahan organ yang perlu dipatuhi sebelum menjalani pemindahan organ orang yg hidup kepada orang yg memerlukan iaitu...
  1. hendaklah persetujuan memberi itu atas kerelaannya bukan dengan paksaan.
  2. hendaklah pemindahan organ itu merupakan usaha yg terakhir serta dalam keadaan darurat bagi mengubati pesakit.
  3. hendaklah dipastikan bahawa operasi mengambil organ dan memindahkannya kepada pesakit itu umumnya berjaya menghasilkan faedah yg diharapkan.
  4. janganlah orang yg mengambil organnya itu menempuh bahaya yg akan mengganggu keadaan hidupnya yg biasa.hal ini kerana bahaya tidak boleh dihapuskan dengan melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya lain yg sama berat dengannya. jika berlaku demikian, bererti org itu mendedahkan dirinya kepada bahaya dan hukumnya adalah tidak harus dari segi syarak.

kunjungi laman sesawang utama : http://www.dermaorgan.gov.my/
Derma Organ

Sumber : Buku Pemindahan & Pendermaan Organ
Oleh : Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
~ Terima kasih Dr. Zulkifli atas info ni ~



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 6 December 2013

ucapan rasmi dariku untuknya

kehadapan kekasih hatiku merangkap bakal suamiku,

mungkin aku bukan yang terbaik untukmu..
 rupa paras tidak secantik Aisya Humaira
akhlakku juga tak sesempurna Siti Khadijah
namun aku akan terus berusaha membahagiakanmu

Sungguh...
sungguh ak tidak akan meninggalkanmu
walau apapon terjadi..
masakan dalam hatiku aku boleh lupa
pada orang yang ku sayang
yang banyak berjasa 
sungguh..
sungguh aku takkan lupa..

dalam setiap tangis dan sukamu
aku akan setia disisimu
dikala kau memerlukanku

walaupun kita dipisahkan 
oleh jarak dan waktu
tetapi cintaku dan kasihku terhadapmu
tidak!

kekasih hatiku,
kau kesayanganku,
kata-katamu
cebisan sayangmu 
itulah yang menemaniku 
sepanjang liku jalanku

rintih hati petah berbicara
tika lidah letih menutur sepi
terkadang badan menghantarkan penat
akhirnya bicara cinta
terhantar melalui hamparan rindu

Sepi...
Bisu...
tetapi..
 getaran jiwaku
tidak pernah diam..

sungguh..
sungguh tidak mahu kulepaskan
aku tidak mampu..
tika berjauhan
tika berpisahan
senduku memuncak syahdu
melepas rindu

tapi siapakah aku
belum tentu dapat ku putar waktu
menggamit kembali
putaran saat yang berlalu
tanpa dirimu

tenang hatiku berbicara
merakam sebak didada
saat ditinggalkan ku rahsiakan
tapi
siapa kita untuk relakan
bila hati kian menjauh

kini..
ku himpun kembali
minit terakhir ini bersamamu
menggantikan 
waktu dulu tanpamu

kekasih hatiku,
tidak pernah ku luahkan
bila letih dan jemu bertandang
di saat
putaran hidup kian mencengkam
menghimpit waktu
merakam rindu

tetapi..
percayalah...

cintaku...
tidak pernah padam..
kasihku....
tidak pernah letih..
sayangku...
tidak pernah jemu..
rinduku..
tidak berhenti mengharap..

dalam sunyi merantai malam
dalam sepi mengumpul siang
mataku meratap lesu
bibirku membungkam kata
engkau tetap hadir dalam doa

Ya Allah...
rahmatilah kekasih hatiku
di dunia dan di akhirat
agar 
cinta kami 
membumbung tinggi
merentas sempadan.
tiada tandingan
sampai syurga abadi..
Amin ya rabbal ala min...


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~