Pages

Saturday, 30 June 2018

Ucapan rasmi dari hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Here is my speech for my lovely husband..



My love...

A year has flown by, and i didn't even realize it.

Am i dreaming??

The very first year of our marriage has made me realize that i've married the best husband in this world. I'm so glad we tied the knot.

How can i deny?

My husband...πŸ’‘

He's looked after me through thick and thin. When we had so many smiles and frowns..
Through ups and downs..
He's seen me at my worst..
He's seen me at my best..
I'm just forever grateful for the love and the support that he gives me because i'm really sure it goes beyond what most people are capable of.
After all, he's amazing man..

My love..❤
Thanks for being the perfect partner.πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹
Happy anniversary, honey. πŸŽ‰πŸŽ‰

Spending a year with you in pure bliss equal a thousand  years of experiencing the other pleasures of life. You shown me all the good things that i've been missing all my life.

On our first marriage anniversary today, nothing to promise. But surely , i will be a good wife and friend for you whenever u need me as much as u want. πŸ’

Hope our dreams come true. πŸ‘ͺπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘Ά 😘

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 29 June 2018

Advance anniversary from my husband

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni dapat surprise dari hubby..





Tima kasih suami untuk semua ni.. 😘😘

Mmg betul2 terkejut..

Keluar2 tandas.. Pelik.. Kenapa gelap rumah ni..

Tgk2....

Ada kekasih hati berdiri kat ruang tamu dgn kek..

Ya Allah.. Mmg tak sangka sgt2..

Semakin sayang kat cinta hati pengarang jantung ni..

Walaupun xsampai lagi detik 12 tgh mlm ni.. Tapi suami dah bagi kejutan dulu dah..

Ingatkn suami dah lupa dah.. Hahaha.. (baru nak merajuk 😬 )

Dah tiup lilin pa semua..

Tgk2 ada hadiah pulak..

Lagi la cayaq hati ni.. Dapat pulak hadiah buku pink.. 😍😘



I love u syg.. U're my everything..

Terima kasih untuk kejutan 1st anniversary ni..

Rasa bahagia sgt2..

Petang tadi punya la sedih..

Ingatkan suami dah tak ingat dah anniversary kmi..

Tup tup dia dah rancang macam2 dah..

Terharu sgt..

Semoga hubungan kita terus kekal sampai syurga.. Aamiin..

#1stanniversary
#1years
#husbandandwife
#30_6_2018

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday, 28 June 2018

Happy Birthday sayangku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ermm..Sekali sekala dating.. Tak salah kan.. πŸ˜‡πŸ˜˜πŸ˜

Selamat hari lahir syg.. 11 Jun yang lalu..

Tahun ni.. Tahun pertama kita sambut hari lahir sayang sebagai suami isteri.. Alhamdulillah selepas 10 tahun bercinta.. Terima kasih Allah..

Tahun ni tahun pertama jugak kita berpuasa bersama-sama.. Bangun awal untuk masak dan bersahur adalah pengalaman mencabar bagi saya . Kerana biasanya mak yang akan masakan sahur.. Kami anak beranak turun makan je..  Walaupun begitu.. Alhamdulillah..aku berjaya jugak bangun awal dan siapkan sahur untuk suami trcinta..

Semoga Allah memberikan kebahagiaan, kejayaan dan rezeki yang melimpah ruah untuk syg..aamiin..

Syg, jgn pernah jemu layan kerenah ayg ye..

Doakan kita mudah dapat zuriat ye.. Aamiin.. 😘😘

#seribukalisayang
#sempenaharilahirsuamiku
#takpernahtaksayang


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 13 June 2018

Cadbury my favourite

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Entry kali ni nak bg penghargaan untuk suami tercinta..

Tq hubby hadiahkan cadbury..

Besday dy.. Tapi dy bg kita hadiah plak.. 😂

Sapa yg kenal aku.. Mmg akn tau betapa sukanya aku dgn cadbury ni..

Dari zmn sekolah lg.. Dulu siap ada org bagi kita cadbury paling besar skali.. 😂😂

Ermm.. Nmpk x btapa aku suka sgt cadbury ni.. 😂😂

Pi langkawi ari tu.. Sanggup berhabis beratus ringgit beli cadbury.. 😂😂

Last2 menyesal x beli pinggan mangkuk.. Knp? Sbb cadbury halfnya ada yg cair.. 😅😅 alkisahnya, tamak la kn.. Beli bnda xperlu.. 😂😂😅

Lepas ni mmg akn beringat dah..

Husband tnya smlm.. Nk honeymoon kat langkawi x? Xpon pulau perhentian ke?

Wahh.. Husband bagi hint la..

Aku bukannya tak nak.. Tapi aku ni lebih prefer tempat sejuk2 sikit.. Mcm cameron ke genting ke kota kinabalu ke.. Baru la syok sikit nak bermanja2.. Hahaha.. Just kidding..

Hrp2 apa yg hubby ckp tu , dia betul2 maksudkan.. Aamiin.. Bukan pe.. Hujung bulan ni .. Genap la perkahwinan kami selama setahun.. Eh.. Kejap pulak la kan.. Ermm.. Alhamdulillah syukur sgt.. Tq Allah. 😍

Monday, 4 June 2018

Inai Mekah Asli

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni kita nak tunjukkan packaging baru untuk inai kita..

Dah lama kan saya menyepi pasal inai ni..

Maaf la semua customer saya.. Saya ari tu lost dgn supplier..

Okey lah..

Kali ni nak tunjuk inai kita yang dah bertukar baju..

Untuk serbuk :
Kita ada yang 50g ,100g , 200g , 500g dengan 1kg..

Untuk siap bancuh plak :
Kita ada yang jenis kon atau yang dalam bekas..

Untuk makluman, yang kon ni bukan untuk lukis-lukis ye.. Dia hanya untuk bubuh kat hujung jari atau kat kuku saja.. Lagi satu kena bubuh tebal dan pakai lama tau.. Baru merah aum.. Aumm... Hehehe..

Yang dalam bekas tu, kita ada beberapa jenis.. 50g , 100g dgn 200g je ye..

Warna dia in shaa Allah memang puas hati.. Merah.. Dan bau daun inai.. Bau ni mmg heaven.  Suka sangat.. Bukan inai instant tau.. Kalau nak rushing merah, boleh beli inai bahan kimia kat luar ye..

Kalau minat boleh whatsapp saya : 012-5705495..

Harga kasih sayang saya bagi..

Kalau nak borong pon boleh ye.. 😘😘

Monday, 21 May 2018

Rawatan untuk pesakit buah pinggang (bhg. 4)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sambungan Rawatan untuk pesakit buah pinggang (bhg.3)

Cara dialysis ketiga :



Apd ( Automated Peritoneal Dialysis ) - proses dialisis adalah sama cuma berbeza daripada capd kerana apd menggunakan mesin automatik untuk mengawal aliran keluar masuk air dan pembuangan toksik dalam badan.



Apd perlu dilakukan dalam tempoh 10jam... Waktu terbaik yang sesuai untuk proses apd ini adalah semasa pesakit sedang tido.

Air dialisis sebanyak 4 kantung itu akan digantung dan dipasangkan secara terus di mesin apd.

Mesin apd

Mesin apd perlu disetkan mengikut arahan yang ditetapkan dan dibiarkan berfungsi secara automatik.

Pesakit boleh tidur atau melakukan apa saja aktiviti ringan semasa proses apd. Misalnya membaca novel , bermain game dan sebagainya.

Setelah selesai..pada waktu pagi, pesakit perlu menutup mesin dan meletakkan kntung yang telah digunakan di tempat yang bersesuaian.

Waktu siang, pesakit boleh melakukan pelbagai aktiviti yang ingin dilakukan dan tidak perlu melakukan dialysis di siang hari.

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Sunday, 20 May 2018

Rawatan untuk pesakit buah pinggang (bhg. 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Peritoneal dialisis ada 2 jenis -



a) continuous ambulatory peritoneal dialysis (capd)..
b) Automated peritoneal dialysis (apd)

Biasanya kalau ada masalah jantung.. Doktor akan suggestkan capd atau apd..

Tetapi kebiasaannya nurse dan doctor akan menyarankan capd kerana apd memerlukan pesakit membeli atau menyewa mesin dialysis tersebut..

Bagi capd atau manual dialysis - Pesakit akan diberikan latihan untuk melakukan capd selama 14 hari..

Risiko untuk hepititis dan jangkitan kuman rendah kerana tidak berkongsi peralatan bersama pesakit lain.

Pembedahan untuk melakukan catheter seperti dalam gambar.


* Mula2 pesakit akan melalui pembedahan untuk memasukkan tiub ke dalam perut (ruangan peritoneum) pesakit.. Sekali sahaja pembedahan sekiranya tidak mengalami jangkitan kuman dan sebagainya. Pembedahan ini akan dialami sama ada pesakit yang memilih capd atau apd.

Process CAPD


Proses peritoneal dialysis sama bagi kedua2 cara ( capd @ apd) ..

- Mula kena buat dwel - buang toksik dulu
-Pastu kena buat drain - buang ayaq

Bawak keluaq 1.5 liter air dari dlam bdn..
Xsemestinya 1 jam setiap sesi.. Ikut atas badan dan kelancaran air dlm bdn.. Ada sesetengah orang 30 minit sahaja..

Kalau org xdak masalah air banyak dalam badan .. 1.5liter..

Kalau jenis air banyak .. 4.25liter ...

#nampak kuning jernih air tu ok lagi

Klu nampak mcm kuning susu.. Tu xok.. Ada jangkitan.

Capd dilakukan sebanyak 4kali.. Boleh tetapkan waktu subuh, zohor, asar dan isyak.. Mesti dilakukan dengan consisten dan dicatatkan didalam buku catatan dialysis.

Melalui dialysis, Diabetes akan jadi control secara semulajadi.

Alat-alat yang diperlukan :
- Meja
- Singki
- Sabun cecair ( dettol )
- Tmpat cek darah
- alat penimbang
- buku catatan
- kerusi
- tiang letak air untuk dialysis
- hand gel
- alcohol wipes
- blue clamps



Cara buat capd secara sendirian atau melalui pembantu :

a) basuh tangan dengan betul dan keringkan
b) gantung air yang dibekalkan oleh hospital di bahagian atas tiang...
c) gantung bekas kosong di bahagian bawah tiang..
d) bersihkan meja dan sekeliling dengan alcohol wipes
e) letakkan hand sanitizer / hand gel
f) keluarkan tiub dari dalam pakaian
g) buka catheter valve
h) sambungkan tiub untuk keluarkan air kotor sehingga bekas penuh
i) tutup tiub dan  keluarkan tiub ( check sama ada warna air keruh atau jernih dan timbang berat air tu - berat mesti lebih 2kg)
j) timbang berat badan dan catatkan di dalam buku.
k) ambil pengepit atau blue clamp .. Kepit kat bahagian turun air tu atau yang bahagian keluar air tu..
l) masukkan tiub kedua untuk masukkan air baru sehingga selesai. Masa air masuk ni ambik masa dalam 5 hingga 10 minit bergantung kepada keadaan pesakit.
m) dah siap bubuh air.. Pakai hand gel dan Tutup catheter valve tu..
n) letak salotipe kat catheter tu lekat kat perut.
o) buang sisa kumuhan yang dalam beg tadi dalam toilet bowl dan flush...
p) dah siap semua .. Buang bekas kotor dala beg plastik sampah yang sesuai..

Sebahagian cara capd sama dengan apd.. 😊


Org yang tidak sesuai untuk buat capd..
- Pernah operate kat perut
- Jangkitan kuman dlm perut

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Saturday, 19 May 2018

Rawatan untuk pesakit buah pinggang (bhg. 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sambungan dari Rawatan pesakit buah pinggang (bhg. 1)

Tak salah kan kongsi ilmu..



b) Haemodialysis (cuci darah)

- mengeluarkan bahan toksin2 melalui tabung cuci darah..
-mengeluarkan air berlebihan dalam badan
- mengekalkan komposisi garam2 dalam darah yang diperlukan oleh badan
- dilakukan 3 kali dalam seminggu setiap sesi 4 jam..12 jam sahaja..
- perlukan tempat yang sesuai untuk cuci darah..

Proses Tabung cuci darah



- ada dua bahagian :

a)bahagian atas.. Ada rerambut putih.. Darah yang kotor akan masuk ke dalam tabung cuci darah. Darah masuk dari atas ke bawah.

Tabung cuci darah


b) bahagian tepi.. Air akan masuk ke bahagian tepi tabung cuci darah.. Air tu akan serap bahan2 toksik dan menarik keluar semula cecair yang berlebihan dalam badan.

Kemudian air dalam mesin dialisis akan masuk ke dalam tabung cuci darah . Air ini akan keluar masuk berterusan.. 500ml per minit masuk dan 500ml per minit keluar.. Nonstop..Darah yang dah elok yang dah siap cuci akan masuk balik ke badan pesakit tu. Semasa proses dialisis berjalan, pesakit dikehendaki melakukan exercise tangan supaya urat jadi besar dan kenyal dan memudahkan pengaliran darah keluar masuk ke badan pesakit. Pesakit juga akan dibekalkan dengan ubat cair darah (heparin) semasa proses dialisis dijalankan. Heparin ini akan diberikan sejam sekali selama tempoh 4 jam dialisis untuk mengelakkan darah beku dalam salur darah terutama di dalam tabung cuci darah. Semasa dialisis jantung akan mengepam kuat dan dalam tempoh 4 jam , mesin dialisis ini mampu menarik air keluar masuk dari badan sebanyak 2 liter hingga 3 liter.



Setiap sesi dua jarum..urat yang berlainan..

a)Satu jarum masuk darah dari mesin ke badan..
b)Satu jarum lagi keluar darah dari badan ke mesin..

*Kalau guna satu jarum.. Darah yang keluar masuk tu kebarangkalian tidak dicuci sepenuhnya.. Jadi, proses tu perlu ada 2 jarum.



*Pemasangan fistula (mesin) di tangan pesakit amat penting bagi peringkat awal dialisis.. Hanya sementara sahaja sebelum pembedahan untuk guna mesin dialisis.. Fistula ini matang dalam tempoh 4 hingga 6 minggu bergantung kepada penjagaan fistula.

 Fistula adalah Proses mencantum kan 2 urat alteri dan vena akan bentukkan salur darah baru supaya urat akan jadi kuat semasa jantung mengepam pantas. Fistula ini dapat menampung aliran darah yang cepat dan kuat semasa dialisis.

# Masalah bagi rawatan haemodialysis
- fistula rosak boleh jadi disebabkan oleh tekanan darah yang terlalu rendah
- boleh menyeebabkan jangkitan kuman
-risiko untuk dapat hepatitis ni sangat tinggi sebab berkongsi mesin dialisis dengan orang lain..

 Satu mesin boleh digunakan 3 orang pesakit sehari..walaupun tidak berkongsi tabung cuci air..

- urat mudah membengkak atau pecah tetapi tidak sama bagi setiap individu.

# peringatan :

* pesakit haemodialysis sekiranya ini melancong ke negeri lain atau tempat2 lain yang tidak berdekatan dengan pusat dialisis tetap.. Mereka perlulah menghubungi pusat dialisis yang berhampiran dengan tempat pelancongan tersebut mungkin sebulan atau 2 minggu sebelum tempoh percutian itu bagi memudahkan pesakit mendapatkan rawatan dialisis ni tanpa pengecualian.

* sekiranya pesakit tidak mengikuti jadual dialisis atau pemakanan yang betul dalam jangka panjang..  Pesakit akan mengalami tiroid akan rosak dan  tulang temulang akan mereput.


Next : peritoneal dialysis process

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 18 May 2018

Derma darah (bhg. 4)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wah.. Rasanya dah lama tak menulis blog ni..

Alhamdulillah, hari ni berpeluang juga menulis blog..

Sebenarnya dah banyak kali cuba login blog ni tapi tak leh..

Mujur la last sekali ingat password..

Okeylah..

Hari ni nak cerita pasal aku pi Hospital Sultan Abdul Halim..

Actually, dah 2 kali aku pi tak berjaya jugak nak derma darah..

1st, aku pi masa tahun 2017 .. Sebulan before aku get married...

Mungkin salah aku jugak..

Yela.. Tido tak cukup.. Makan tak banyak..

Lepas isi borang tu, nurse ambil darah aku letak dalam gelas berisi air..

Well... Darah aku masa tu terapung..

Nurse cuba ambik sekali lagi darah kat jari aku, but the same thing happened..

So.. Nurse cakap ha.. Ni tak boleh la ni.. Kena mai lain .. Kita try hari lain pulak..

Disebabkan aku busy yang teramat sangat uruskan hal kahwin.. So terbabas lah nak pergi derma darah..

Then..

2nd, tahun ni.. Baru ja lagi.. Seingat aku bulan 4.. Sebelum birthday aku.. Konon nak buat sedekah la untuk birthday aku tu.. Dah alang alang mak aku kena pi hospital jumpa pakar untuk taklimat dialisis tu.. So ada masa terluang aku pon pi la kat tingkat 3.. Kat bahagian tabung darah tu..

Aku  dengan penuh yakin dan pasti, nak buat derma darah ni..

Sampai ja kat sana, isi borang pa semua..

Nurse dah amik darah dah..

Darah pon elok..

Berat badan pon elok..

Last2 ada sorang lagi nurse datang..

Dia sebenarnya nak proceed la untuk aku masuk bilik derma darah..

Then dia bukak borang aku tu.. Semak2 pa yang patut.. Rasanya maybe dia tengok kat status aku kot..

Nurse : dah kahwin ka? Berapa lama dah kahwin?

Aku: dah kahwin, baru ja.. Dalam 8 bulan.

Nurse : tak boleh ni.. Kena tunggu cukup setahun baru boleh derma darah.

So, balik la aku dengan perasaan hampa..hahaha..

So sad kan..

In shaa Allah.. Mana tau lain kali ada rezeki lagi..

Aku ni nak derma darah sebab aku nak bantu insan lain yang memerlukan darah aku (darah jenis O ) untuk dialisis ke pe ke.. Sebab aku rasa terhutang budi untuk orang yang bantu ayah aku dulu masa ayah aku buat dialisis dulu. 

Darah siapa tu? Terima kasih ye orang yang memberi untuk arwah abah.. Semoga Allah je yang mampu balas jasa baik hampa.. Aku tak tau siapa hampa, tapi aku tetap bersyukur dengan adanya bank darah tu.. Banyak bantu ayah aku dialisis.. ❤

Yang ni saja coretan aku untuk hari ni.

Salam sayang dari mawar merah jambu. 

Rawatan untuk pesakit buah pinggang (bhg. 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saja nak share sikit ilmu yang dah dapat ari tu.. Kalau ada yang salah bleh tegur.. 

Saya bukan ahli perubatan.. Tapi ni hasil ilmu taklimat haemodialysis dan capd.. Apa yang saya tulis ni 90% daripada taklimat tu.. Cuma ada la benda yg ingat tak ingat sikit.. *Gambar semua guna Mr.Google.Tq*

Tak salah kan kongsi ilmu..

1) Fungsi utama Buah pinggang
- membuang bahan kumuh (toksin) dari badan
-mengekalkan nutrien penting dalam badan.
-mampu mempertingkatkan sel darah merah
-menyeimbangkan kalsium dalam badan untuk elakkan pereputan tulang badan.

2) kesan toksin berlebihan dalam badan
-tidak tidur lena
-tidak lalu makan
-loya
-penat
-gatal-gatal
-kulit kering
-mengantuk


Cara bezakan buah pinggang normal dengan buah pinggang yang rosak.



3)sekiranya buah pinggang rosak, ada 3 kaedah utama :

a) pemindahan buah pinggang

* dari saudara mara terdekat (living related transplan) - biasanya yang tua kepada yang muda - buah pinggang penderma akan dicheck.. Sekiranya sesuai - akan diberikan sesi kaunseling sebelum pembedahan..

* dari pemegang kad penderma organ yang berdaftar dan telah berakujanji - tidak mengenal usia , bangsa atau negeri.

* dari orang luar ( negara lain - commercial transplan)

#pesakit yang melalui pemindahan buah pinggang akan memiliki 3 buah pinggang. Buah pinggang rosak takkan buang.. Kebanyakkan pesakit hanya mampu bertahan dengan organ baru dalam tempoh 10 tahun ke 20 tahun..atau kurang dari itu..




Ciri-ciri penderma
-tidak mengalami sakit buah pinggang
-kedua buah pinggang sihat
-umur tidak lebih 60 tahun
-tiada hiv dan tibi
- bukan pesakit mental
-atas persetujuan penderma

sambungan boleh baca kat next entry...

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Pakaian ke pejabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pemakaian ke pejabat atau tempat pekerjaan yang formal.. Memerlukan kita bergaya bersederhana tanpa berlebihan..

Antara tips yang boleh diberikan bagi yang baru memulakan hari dalam alam pekerjaan :-

1. Maksimum rona warna adalah 3 warna yang lembut atau sedikit gelap..dan bukannya warna yang menonjol.

2. Pilihan warna yang sesuai  adalah seperti rona hitam, coklat, kelabu, biru tua ataupun krim. Warna-warna pastel juga merupakan warna yang sesuai.. Misalnya merah jambu atau biru muda.. Yang pastinya, hindari warna putih polos.

3. Tidak memilih  pakaian yang mengikut bentuk badan.. Boleh juga mengenakan baju dengan skirt labuh atau memakai pakaian tradisional seperti baju kurung sekiranya tidak mahu memakai pakaian seperti kemeja bersama blazer dan seluar slek.

4. Mengelakkan dari memilih pakaian yang bermotif atau bercorak keterlaluan.
5. Pilihlah pakaian yang polos bersama rona tegas bagi menampakkan diri seseorang lebih profesional.

6. Sebenarnya, blazer tidak sesuai digayakan bersama baju kurung kerana baju kurung sudah menampakkan impak profesional pada diri seseorang. Malah baju kurung juga lebih sesuai untuk dipakai ketika menghadiri sesi temuduga.. Nampak manis gitu.

7. Pemilihan aksesori yang tepat dan kasut yang bersesuaian menjamin keyakinan diri dan tampak lebih sempurna. Kasut yang sesuai adalah berjenis 'pump shoes' .

8. Pemakaian stokin amat penting bagi menampakkan kekemasan diri seseorang. Warna stokin yang sesuai seperti warna kulit atau warna hitam atau gelap.

9. Yang penting sekali, keyakinan diri dan buatlah pemilihan sendiri supaya nampak lebih segar dan bersemangat untuk bekerja..
Selamat menempuh alam pekerjaan dari hakak yang dah lama menceburi bidang kerja ni..

Yang paling, ajar diri untuk cepat belajar sesuatu perkara dan cuba sesuaikan diri dalam alam pekerjaan..

Salam sayang dari si mawar merah jambu. 

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~