Pages

Saturday, 18 February 2023

Matang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kalau semua nak tahu, dulu aku seorang yg susah nak terima bila sesuatu keadaan tu membuatkan aku xselesa atau perkara yang buat aku tak suka..

Tapi selepas ada anak ni.. aku dah boleh adapt dan cuba menerima apa saja kebarangkalian perkara dan situasi yang bakal berlaku.. makin tua ni, makin sedar aku ni tak boleh stick dgn apa yang aku suka saja..

Aku cuba untuk memahami org lain dan perbaiki diri.. bila aku buat aku semakin tenang.. mungkin atas faktor sakit migran yg aku ada..aku dah malas nak memikirkan banyak perkara.. aku cuma ambik langkah berdiam diri dan cuba memendam rasa..

Ya, mungkin itu lebih baik untuk diriku. Bila kita terlalu berharap org yg kita syg.. setia dan jujur dgn kita.. sebaliknya yg kita akan dapat. Bertahan itu kenyataan mudah. Aku bukan seorang penyabar. Tapi aku cuba ajar diri aku untuk jadi penyabar. 

Kedengaran seperti orang merajuk. Rajuk itu lah yang cuba pujuk hatiku. Bila kita dah makin tua ni, kematangan diri turut mengekori sekali. Seiring dengan kematangan.. aku pun dah jadi malas nak ambil port perkara yang remeh. Cuma bila berkait dengan sesuatu yang serius tu, aku memang susah sikit nak bersabar la.

 Orang kata mudah saja nak sabar.. kena ajar diri untuk tidak bercakap tentang perkara yang kurang penting dan banyakkan mendengar. Untuk orang yang pendiam, mungkin mudah melakukannya. Sebaliknya sukar untuk aku. 

Kerana sejak azali, aku seorang yang suka bercakap dan suka sekiranya orang lain mendengar apa yang aku cakap. Doakan aku dipermudah untuk menjadi seorang yang penyabar dan pendiam. 

Hari-hari aku titipkan doa.. " Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, hapuskanlah sifat amarah ku dan kau limpahkan kesabaran untuk ku..aamiin..." . 

Semoga suatu hari nanti Allah makbulkan segala doaku.. aamiin..

semoga kita semua dapat istiqamah dalam menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari..aamiin..

orang kata tak mudah itu jadi mudah..

kadang kita rasa benda yang mudah itu tidak penting tapi hakikatnya penting untuk orang lain.

jadi tak salah kan kita berubah untuk diri kita dan orang lain. tak rugi pon kan..

Dalam hidup ni, kalau kita hendak bahagia, kita tak boleh harapkan orang lain untuk bahagiakan diri kita, kita yang kena usaha untuk cipta kebahagiaan itu.

semoga segala urusan hidup kita Allah permudahkan..aamiin..

terima kasih kepada semua reader..

hari ni terluah sikit rasa hati.. hehehe..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~