Pages

Wednesday, 31 July 2013

Our Message Aniversary

assalamualaikum dan salam sejahtera...

hari ini merupakan hari yang sangat bermakna kepada saya...

ulangtahun mesej aku dengan si dia kali ke 5....

ni la yang aku nak bagi kat dia raya ni...


aku harap buku ni sedikit sebanyak dapat memberikan dia lebih semangat untuk meneruskan pengajiannya..

aku suka tengok bila dia banyak sibukkan diri dengan buku...

tambah-tambah time exam..

walaupun kadang-kadang aku rasa macam terabai jugak...

tapi aku cube positifkan diri..

dia nak berjaya untuk kami jugak..

teruskan usahamu ye..

aku akan setia menyokongmu dari depan.. belakang... kiri... kanan...atas.... bawah...

supaya dirimu rasa lebih dihargai..

aku akan terus menunggu mu...

wahai bakal suami ku yang aku hormati... 


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday, 18 July 2013

tahniah kepada imanku..

assalamualaikum dan salam sejahtera...

mesty korang rasa pelik kan kenapa saya tulis title entry macam ni...

jarang sekali kita menghargai diri kita apabila kita berjaya membuat perubahan terhadap diri kita sama ada perubahan tu kecil atau besar..

perasan atau tidak setiap perubahan yang kita lakukan itu berdasarkan niat kita...

dan niat kita akan mempengaruhi berkurangnya atau bertambahnya iman kita..

kenapa saya katakan sedemikian...

cube kita selidik balik diri kita...

kalau dalam bulan biasa..nak pijak kaki ke masjid pon sekali sekala..atau seminggu sekali..tak kira lah laki ke perempuan..same je..laki pon nasib baik sebab kene pergi solat jumaat setiap minggu kalau tak..tak tau la nak kata...

tapi...cube kita tengok dalam bulan posa sebegini...

masjid sentiasa dipenuhi manusia hampir setiap malam..

wah...baguskan kita..

tahniah untuk iman kita yang diperbaharui dalam bulan yang mulia ni..

bukan senang nak buat amal ibadah yang secara berjemaah dan dapat pahala free...

sape yang tak nak kan...

beruntungkan kita orang islam...

puasa siang hari dah dapat pahala..

solat berjemaah sebelah malam pula dapat pahala...

alhamdulillah...

tahniah imanku...

teruskanlah perjuanganmu ye imanku..

jangan berundur ke belakang ye imanku..

lepas puasa sebulan ni...

saya bagi hadiah ye...hehehe.... 

( mood : tak sabar nak raya)....

harap-harap amalku akan dapat ku tambah dari hari ke hari... amin...

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 12 July 2013

puasa jangan tak puasa tau!!

assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ini dah masuk hari yang ke 3 kita berpuasa...

alhamdulillah...dapat jugak kita harungi cabaran-cabaran yang mendatang sepanjang 3 hari ni....

bukan senang tau...kadang-kadang tergugat jugak..

yela...mau taknya...bazaar ada depan mata...

dok nmpak ja pa yang ada..

air liur pulak makin meleleh2...bila tiba waktu petang..hahaha..

dah jadi sasau dah bila naik jam 6.30 ptg..

makanan dihidangkan..ditenung tajam..

jam dinding dibelek2... lama lagi ker...

mesty korang pon serupakan...

mungkin ada yang kata.. " saya kuat iman"

tipulah kalau tak tergugat barang sedikit pon..

kalau tak..takkan la bila balik bazaar..tangan dah penuh dengan makanan...

nafsu...ooo...nafsu...hahaha

sukarkan nak elak dari beli mkanan banyak2..

yela..time tengok sumo berkenan..

rasa mcm nak beli je semua makanan kat gerai2 bazaar tu..hahaha

bila dah tibe time berbuka..

duduk bersama dengan keluarga..

tangan ditadah memohon doa..

mula lah mata di klipok..klipok.. 

dah banyak sgt beli mknan..hahaha

menatang apa nak makan dulu ni..

last2 mak suakan kurma..

makan ni dulu lebih afdal..

lepas makan..

laju je angkat kaki..

pergi masjid...

solat terawih...

harap-harap tahun ni dapat pergi terawih sampai abis..

hanya niat mampu kutitipkan

sedangkan aku tahu...

aku hanyalah wanita biasa....


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 5 July 2013

jom sebarkan...

assalamualaikum dan salam sejahtera...

mana selalu yg anda san saya selalu buat???



jom kita ubah...ikut Rasullullah..s.a.w

nasihatlah..kawan yg lain ye...

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~


kalau sudi, komen la sikit yer... MyEm0.Com

Thursday, 4 July 2013

Darahku... personalitiku...


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ini saya ingin membuat pendedahan mengenai kaitan antara jenis darah dengan personaliti seseorang.

Darah jenis A = individu yang mampu melakukan sesuatu ke tahap yang Terbaik.

Darah jenis B = individu yang boleh berkomunikasi dengan baik tetapi agak mementingkan diri sendiri.

Darah jenis O = individu yang tegas dan mampu membuat keputusan yang bijak.

Darah jenis AB = individu yang berfikiran lebih kompleks dan banyak terlibat dalam bidang kesenian dan penyelidikan.

Kalau saya...darah jenis O ... saya rasa keterangan itu agak tepat dengan diri saya,..

anda pula bagaimana??

mungkin ada individu yang saat ini berkata.. “ tak sama pon dengan aku...”

Keterangan di atas mungkin tidak sepatotnya kita mempercayai 100% tetapi ia hanyalah hasil kajian semata-mata..


jumpa lagi...

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

BENGKEL MENGHADIRI TEMUDUGA..

Sebelum menghadiri temuduga
1.       Fahami diri sendiri
·         Ketahui kelebihan dan kekurangan diri sendiri
·         Ketahui juga kemahiran dalaman dan luaran diri sendiri

2.       Kenali dan meneka soalan yang bakal diajukan
·         Ketahui tentang syarikat yang telah diminta itu
·         Ketahui lokasi untuk ditemuduga
·         Ketahui tugas-tugas bagi kerja yang diminta itu
·         Ketahui juga gaji yang sepatotnya diperolehi untuk kerja tersebut.. ( sbb kdg2 penemuduga nak uji tentang gaji kat kita..hati-hati soalan trick ini)
·         Buat summary tentang apa yang kita faham dengan kerja tersebut.

3.       Sediakan resume yang secara detail dan menarik
·         Utamakan personal detail
·         Highlight kebolehan diri sendiri
·         Gunakan ayat yang simple and sweet untuk buat summary tentang diri korang
·         Nice spacing ( 1.5 -2.0 ) * memudahkan pembacaan
·         Boleh buat dalam bullet list
·         Ceritakan serba sedikit tentang pengalaman bekerja
·         Nyatakan kemahiran dalaman dan luaran korang
·         Senarai pendekkan anugerah yang pernah diperolehi
·         Selitkan dengan kurikulum dan kokurikulum yang pernah korang ceburi
·         Letakkan sekali reference contact

4.       Persediaan dalaman dan luaran
·         Membuat solat hajat sebelum @ selepas solat subuh
·         Membuat solat dhuha (jika sempat)
·         Ketahui pengalaman daripada individu lain yang pernah mengikuti sesi interview jika korang baru 1st time nak pi interview..
·         Memakai pakaian yang kemas dan tidak berwarna warni..
·         Seeloknya pakaian formal seperti baju kurung , baju kemeja , baju batik..
·         Warna pakaian yang digalakkan :- hijau muda, hijau , biru dan putih. (warna pastel dan nampak lembut  je tau..jangan terlalu menonjol seperti warna oren, merah dan kuning terang...sbb kita nak pi temuduga..bukan nak pi menggoda..)
·         Pastikan kasut bertutup dan memakai stokin
·         Pastikan korang menjamah sedikit makanan.. ( kdg2 ada orang yang terlalu ketaq..sampai tak lalu nak makan..kene makan sikit tau..sikit pon jadi la..)
·         Minumlah air secukupnya (jangan minum air sejuk)
·         Pastikan semua dokumen telah disusun rapi dan salinan dokumen juga dibawa.
·         Jangan lupa membawa kad pengenalan dan lesen memandu (sbb ada sesetengah syarikat yang ambil berat mengenai lesen ni..ikut kepada tugas yang korang mintak la).. oh ya,.. kena fotostat jugak tau yg ni..

Semasa ditemuduga
·         Sampai ke tempat temuduga lebih awal daripada waktu yang ditetapkan.. ( ini menunjukkan attitude kita)
·         Duduk diam-diam di tempat menunggu...tunggu giliran sehingga dipanggil..
·         Masuk ke dalam bilik penemuduga dengan sopan.. ( ketuk terlebih dahulu.. yang penting, jangan menghempas pintu tersebut.. ketika berjalan ke hadapan penemuduga, jgn membelakangkan penemuduga)
·         Bersalaman dengan penemuduga yang bersamaan jantina saja
·         Gunakan bahasa badan
·         Mengucapkan kata-kata aluan kepada penemuduga..
·         Jangan duduk selagi penemuduga tidak suruh duduk
·         Jika penemuduga membenarkan untuk duduk.. duduklah dengan sopan dalam bentuk H.. jangan cross leg tau...
·         Mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh penemuduga
·         Jaga eye contact
·         Sell yourself ( bukan menjual maruah tau..tetapi meyakinkan penemuduga dengan kebolehan dan kemahiran yang kita ada)
·         Bersikap jujurlah dalam setiap persoalan yang diutarakan
·         Bercakap mengikut mood penemuduga
·         Jangan cakap banyak sangat ( takut nanty penemuduga hilang tumpuan dan mula boring)

Selepas ditemuduga
·         Ucapkan terima kasih
·         Bersalaman dan memberikan senyuman yang paling manis
·         Hantarkan ucapan terima kasih melalui email dan surat
·         Keluar dari bilik tersebut dengan baik
·         Lakukan solat syukur kerana melepasi tahap genting
·         Teruskan melakukan solat hajat dan istiqarah


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Mahligai impianku...

1.       Syurga Firdaus
Syurga yang diciptakan dari emas yang merah dan diganjarkan kepada  orang yang khusyuk  dalam solatnya (kosongkan minda...minta perlindungan daripada Allah dari syaitan..memandang ke arah tempat solat sahaja..membaca surah lazim sekadar didengari oleh telinga sendiri dengan memahami maknanya..tidak banyak pergerakan dalam solat yang membolehkan terbatalnya solat..tidak solat dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu letih) , menjauhkan diri daripada perbuatan sia-sia  , sentiasa menunaikan zakat ( zakat zahir = zakat harta, zakat emas, zakat pelajaran dan sebagainya... zakat jiwa = sentiasa berzikir kepada Allah..sentiasa memohon keampunan daripada Allah.. sentiasa berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w ) , sentiasa menjaga kemaluannya (tidak melakukan zina :- zina kecil iaitu zina mata = melihat perkara yang diharamkan, zina telinga = tidak mendengar sesuatu keburukan dan keaiban , zina mulut = memperkatakan tentang sesuatu perkara yang mengaibkan diri sendiri mahupun orang lain , zina hati = berkeinginan untuk melakukan perkara yang diharamkan yang akhirnya membawa kepada zina besar..yakni disaat seseorang tidak lagi menjaga kemaluannya) , memelihara amanah  , menepati janji , dan memelihara solatnya ( solat di awal waktu ).

2.       Syurga ‘Adn
Syurga yang diciptakan dari intan putih dan diganjarkan kepada orang yang bertakwa kepada Allah  , orang yang beriman dan beramal soleh  , banyak membuat kebaikan dan meninggalkan perkara keburukan , sentiasa bersabar , sentiasa menginfaqkan hartanya (zakat) , dan membalas kejahatan dengan kebaikan.

3.       Syurga Naim
Syurga yang diciptakan dari perak putih dan diganjarkan kepada orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah dan orang yang beramal soleh.

4.       Syurga Ma’wa
Syurga yang diciptakan dari zamrud hijau dan diganjarkan kepada orang-orang yang bertakwa kepada Allah , orang yang beramal soleh , seseorang yang takut dan mempercayai dengan kebesaran Allah , dan seseorang yang mampu menahan hawa nafsu.

5.       Syurga Darussalam
Syurga yang diciptakan dari yakut merah dan diganjarkan kepada orang-orang yang mempunyai keimanan yang kuat dalam keislamannya , sentiasa membaca dan melihat ayat-ayat suci Allah , dan beramal soleh.

6.       Syurga Darul Muaqaamah
Syurga yang diciptakan daripada permata putih dan diganjarkan kepada orang yang sentiasa bersyukur kepada Allah. (orang-orang yang tinggal di dalamnya tidak pernah merasa lelah dan lesu )

7.       Syurga Al- Maqamul Amin
Syurga yang diciptakan daripada permata putih dan digandarkan kepada orang-orang yang sentiasa bertakwa kepada Allah.

8.       Syurga Khuldi
Syurga yang diciptakan daripada marjan merah dan kuning dan diganjarkan kepada orang yang taat menjalankan perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

semua orang memiliki impian yang sama sepertiku..

jadi...janganlah kita mensia-siakan kehidupan kita yang sementara ini...

marilah kita sama-sama memenuhinya dengan beribadah kepada Allah supaya kita dapat tinggal mahligai yang serba indah itu..semasa kita berada dalam kehidupan baru selepas dihidupkan kembali sesudah kita meninggal dunia..

insyaAllah...amin..


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Aku...kamu..kita... apa bezanya???

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entry kali ini saya terasa tertarik untuk membincangkan mengenai persahabatan...

 “ Aku lebih gemar bersendirian dan bagi aku, bersendiri tu adalah satu kebebasan. Tak banyak buat dosa.”

Luahan kata-kata daripada seorang gadis yang pendiam yang ku kenali..

Mungkin kata-kata ini membuatkan kita menganggap si dia sebagai seorang yang sombong atau mungkin seorang yang ulat buku atau mungkin seseorang yang tak pandai berkomunikasi dalam sesebuah masyarakat...mereka juga merupakan golongan  yang sukar menolak perlawaan orang lain dan lebih senang menerima perlawaan tersebut..pendek kata, golongan ini senang didiskriminasi oleh golongan tertentu..

Saya percaya ‘ MENYENDIRI’ ini agak penting kerana kita dapat mengelakkan diri kita daripada perkara-perkara yang akan menjurus kita ke arah kerosakan dan kejahatan. Jadi, kita perlu tahu waktu bila kita nak bersama kawan...waktu bila kita nak bersendirian... kita juga dapat memuhasabah diri dikala kita bersendirian.

Tidak pula saya menyokong 100% konsep menyendiri ini...

 Mengapa saya katakan begini???

Sedar atau tidak... apabila kita sering bersama dalam satu kumpulan, kita akan lebih cenderung untuk membuat fitnah ke atas orang lain. Hal ini akan membuatkan jiwa kita mati dari mengingati Allah..
Tetapi ada sebahagiannya yang bertindak dalam satu kumpulan..memiliki perwatakan yang unggul dan berintegrasi...

Semuanya bergantung kepada pemilihan kawan @ sahabat @ rakan @ teman @ member yang dapat membawa kepada kebaikan.. hal ini kerana individu lain yang mendampingi kita akan menjadi cermin kepada diri kita...

Maksudnye????

Pengaruh rakan sebaya ini besar pengaruhnye dalam diri seseorang.. sebagai contoh, apabila kawan kita ingin mengikuti sesuatu majlis agama..sudah tentu dia akan mengajak kita...hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi pemikiran dan sikap kita...begitulah sebaliknya..

Apa bezanya kawan, teman, rakan, member dan sahabat ni???

Kawan  -  orang yang bersama-sama melakukan sesuatu kegiatan @ pekerjaan yang sama dalam satu organisasi.. ( dalam pergaulan seharian)..mengenali tetapi tidak begitu rapat @ tidak mengenali kita secara detail.. kebiasaannya bukanlah golongan yang sesuai untuk kita ceritakan rahsia mengenai diri kita.

Teman – orang yang bersama-sama melakukan sesuatu kegiatan dalam kehidupan seharian sehingga ke akhir hayat.. atau lebih tepat kawan akrab.. TERHAD kepada seorang sahaja...golongan ini biasanya menjadi pelengkap hidup individu lain..boleh jadi golongan ini merupakan suami sendiri... atau mungkin kawan lelaki (bagi lelaki yg bujang)... kawan perempuan ( bagi wanita yg bujang)..golongan ini kebiasaannya diberikan kepercayaan penuh terhadap sesuatu rahsia..mereka sering berkongsi suka dan duka..dan menjadi tempat luahan hati individu lain..kebiasaannya mereka tinggal bersama dibawah satu bumbung @ mungkin rumah bersebelahan..sentiasa menerima kelebihan dan kekurangan individu lain..

Rakan – kawan dalam sesebuah perkongsian (persatuan, jabatan @ organisasi dll)..golongan ini kita hanya mengenali mereka dari segi rupa paras..bentuk badan.. cara pertuturan..maksudnya kita hanya menyedari kehadiran golongan ini....tidak begitu mengenali golongan ini malah ada sebahagiannya kita tidak tahu nama dan alamat mereka..

Member – golongan@ ahli @ pengikut yang menganggotai sesebuah kumpulan @ persatuan.. perkataan member ini dikutip daripada istilah bahasa inggeris yang berperanan sama seperti kawan..maksudnya..kita mengenali mereka tetapi bukan secara detail...

Sahabat -  golongan yang bersama-sama melakukan setiap aktiviti ke arah kebaikan dan mengajak meninggalkan keburukan... peranan nya sama seperti teman.. tetapi tidak terhad kepada seorang..boleh jadi 2 orang @ 3 orang @ lebih..mengikut kepercayaan kita kepada mereka..Cuma mereka tidak tinggal sebumbung atau tinggal berdekatan.. tapi cukup dihubungkan melalui teknologi moden dan sering bertemu dan bersama..

Jadi ... yang mana yang patot kita percayai???

Jawapannya ialah ‘ sahabat ‘ dan ’ teman ‘......

Ciri-ciri SAHABAT @ TEMAN  ini ialah.....
·         Sentiasa mengajak ke arah kebaikan
·         Mampu menasihatkan kita
·         Bersama tak kira waktu susah atau senang
·         menziarahi sahabatnya sama ada diwaktu sahabatnya sakit atau tidak
·         mengecapi kejayaan dan kebahagiaan bersama-sama
·         saling bantu-membantu
·         boleh dipercayai
·         sentiasa menerima kelebihan dan kekurangan seseorang lain
·         membantu membaiki kekurangan orang lain dengan hikmah..
·         sentiasa bertoleransi
·         saling sayang-menyayangi...
·         segera memohon kemaafan antara satu sama lain juga tercetus perselisihan faham
·         tidak menganggap sesuatu masalah itu sbg serius..
·         mampu berfikir secara rasional
·         tidak menyebarkan keaiban dan rahsia individu lain

Akhir kalam.... TWO IS BETTER THAN ONE...


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Berjuang di Medan ilmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ni saya nak menceritakan bagaimana untuk kita berjuang habis-habisan di medan ilmu...

Memandangkan saya telah habis peperiksaan, jadi saya ingin kongsikan serba sedikit amalan yang selalu saya lakukan pada musim peperiksaan..

Ok...kita sedia maklum...study week ni... antara seminggu atau seminggu setengah kan.. ikut kepada subjek yang telah habis dipelajari..

Sebelum  study week (buat jadual)
·         Senaraikan jumlah buku dan topik yang perlu dipelajari
·         Aturkan juga sesi ulangkaji bersama kawan2..
·         Agihkan jumlah buku mengikut hari

Sbg contoh : katakan ada 5 subjek..
hari
buku
ahad
sejarah
isnin
ekonomi
selasa
geografi
Rabu
Falsafah sains sosial
khamis
Pendidikan islam

·         Agihkan topik mengikut jumlah jam dalam sehari..
Masa
Jumlah jam
aktiviti
Tandakan (/) bg yg siap
6.00 pg – 7.30 pg
1 1/2 jam
Sej – bab 1 dan 2 (hafal)
/
7.30 pg – 8.00 pg
½ jam
Rehat (uruskn diri)
 (dalam proses)
8.15pg – 10.15pg
2 jam
Sej – bab 3 dan 4










Semasa study week

·         Follow je table yang dah dibuat..
·         Kalau ada perubahan apa-apa, means korang ada event yang kena ikut ka...maksudnya akan menyebabkan perubahan dalam time table.. korang boleh tambahkan jam pada waktu yang korang tetapkan untuk rehat... ( berkorban sikit apa salahnya kan)..
·         Jangan study lewat malam.. sekiranya keesokkan harinya ada peperiksaan...
·         Study smart dan gabungkan dengan study hard.. maksudnya... study smart = kita ada jadual terancang.. study hard = kita belajar dengan lebih gigih sedikit berbanding hari biasa..
·         Mulakan perbincangan dengan kawan-kawan dan pensyarah subjek  yang berkenaan.
·         Sebelum mula study..amik wuduk dan baca doa penerang hati terlebih dahulu...sediakan sebotol air putih..
·         Subjek yang perlu penekanan dan hafalan yang banyak...ulangkajilah di waktu pagi sesudah subuh..
·         Subjek yang perlukan pengiraan dan penelitian, eloklah diulangkaji pada sebelah petang..
·         Banyakkan ulangkaji soalan past year.. (sbb kebiasaannya soalan dy ada yang ulang-ulang)
·         Sebelum tidur, ingat kembali formula yang telah dihafal.. (refresh minda)... * awas... kadang2 boleh jadi tertidur tau tak..hehehe...

Sehari sebelum  peperiksaan

·         Semak semua nota.. dan soalan past year..
·         Pastikan alatan penting seperti alat tulis.. kad matrik... kad pengenalan... slip pengambilan peperiksaan..kalkulator.. semua tersedia di atas meja study..
·         Mohon maaf dan juga restu daripada ibu bapa,..ahli keluarga.. pensyarah..penasihat akademik..kawan-kawan..
·         Jangan banyak berbual kosong dan bergelak ketawa keterlaluan..
·         Pastikan sudah siap diseterikakan baju untuk dipakai keesokkan harinya..

Semasa musim peperiksaan.
·         Membawa semua alatan dengan lengkap ke dewan peperiksaan..
·         Membaca doa sejak dari mula keluar dari rumah..sehingga duduk didalam dewan peperiksaan.
·         Elakkan mempunyai perasaan gemuruh yang keterlaluan..
·         Untuk elakkan gemuruh.. beristighfar banyak-banyak...dan bacalah.. rabbi yasir wala tu assir..
·         (30 minit ke bawah) Sebelum masuk dalam dewan peperiksaan.. elakkan daripada menyemak kembali nota.. (tindakan ini akan menyebabkan diri kita lebih nervous)..
·         Masuk dewan dengan melangkah menggunakan kaki kanan terlebih dahulu dan membaca bismillah..
·         Duduk di kerusi dengan tenang.. dan mula membaca doa.. jgn buka kertas soalan lagi..( utk elakkan diri jadi cemas)
·         Bila bukak kertas soalan...1st thing... semak muka surat betul ke tak.. ada soalan macam kabur2 ke tak...baca semua soalan sepintas lalu..baca arahan yang paling penting..memang la kita dah faham format peperiksaan..tapi mana lah tahu dia ubah soalan pulak..then..barulah mula menjawab..
·         Kalau soalan berbentuk esei @ karangan..lakarkan dulu point kat kertas soalan..
·         Kalau soalan berbentuk fakta tapi dy mintak dalam point..tetap kena hurai macam biasa tau..
·         Kalau soalan berbentuk kira-kira..nyatakan jalan kira dari A to Z ... kita anggap je pemeriksa macam budak baru belajar...
·         Kalau soalan berbentuk graf...pastikan paksi y dan paksi x dy betul dan semak kembali semua titik yang digabungkan.
·         Yang paling penting, pastikan kita memenuhi kehendak soalan...bukan soalan yang ikut kehendak kita,,.hahahha...

Selepas musim peperiksaan
·         Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat
·         Bertawakal setelah berusaha bersungguh-sungguh
·         Tunggu result dengan sabar ye...

Itulah diantara tips untuk korang semua... saya sayang sangat anda-anda sekelian..


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~