1. Syurga Firdaus
Syurga yang diciptakan dari emas yang merah
dan diganjarkan kepada orang yang
khusyuk dalam solatnya (kosongkan
minda...minta perlindungan daripada Allah dari syaitan..memandang ke arah
tempat solat sahaja..membaca surah lazim sekadar didengari oleh telinga sendiri
dengan memahami maknanya..tidak banyak pergerakan dalam solat yang membolehkan
terbatalnya solat..tidak solat dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu letih)
, menjauhkan diri daripada perbuatan sia-sia
, sentiasa menunaikan zakat ( zakat zahir = zakat harta, zakat emas,
zakat pelajaran dan sebagainya... zakat jiwa = sentiasa berzikir kepada Allah..sentiasa
memohon keampunan daripada Allah.. sentiasa berselawat keatas Nabi Muhammad
s.a.w ) , sentiasa menjaga kemaluannya (tidak melakukan zina :- zina
kecil iaitu zina mata = melihat perkara yang diharamkan, zina telinga = tidak
mendengar sesuatu keburukan dan keaiban , zina mulut = memperkatakan tentang
sesuatu perkara yang mengaibkan diri sendiri mahupun orang lain , zina hati =
berkeinginan untuk melakukan perkara yang diharamkan yang akhirnya membawa
kepada zina besar..yakni disaat seseorang tidak lagi menjaga kemaluannya) , memelihara
amanah , menepati janji , dan
memelihara solatnya ( solat di awal waktu ).
2.
Syurga ‘Adn
Syurga yang diciptakan dari intan putih dan
diganjarkan kepada orang yang bertakwa kepada Allah , orang yang beriman dan beramal soleh , banyak membuat kebaikan dan meninggalkan
perkara keburukan , sentiasa bersabar , sentiasa menginfaqkan
hartanya (zakat) , dan membalas kejahatan dengan kebaikan.
3.
Syurga Naim
Syurga yang diciptakan dari perak putih dan
diganjarkan kepada orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah
dan orang yang beramal soleh.
4.
Syurga Ma’wa
Syurga yang diciptakan dari zamrud hijau dan
diganjarkan kepada orang-orang yang bertakwa kepada Allah , orang
yang beramal soleh , seseorang yang takut dan mempercayai dengan
kebesaran Allah , dan seseorang yang mampu menahan hawa nafsu.
5.
Syurga Darussalam
Syurga yang diciptakan dari yakut merah dan
diganjarkan kepada orang-orang yang mempunyai keimanan yang kuat dalam
keislamannya , sentiasa membaca dan melihat ayat-ayat suci Allah ,
dan beramal soleh.
6.
Syurga Darul Muaqaamah
Syurga yang diciptakan daripada permata putih
dan diganjarkan kepada orang yang sentiasa bersyukur kepada Allah.
(orang-orang yang tinggal di dalamnya tidak pernah merasa lelah dan lesu )
7.
Syurga Al- Maqamul Amin
Syurga yang diciptakan daripada permata putih
dan digandarkan kepada orang-orang yang sentiasa bertakwa kepada Allah.
8.
Syurga Khuldi
Syurga yang diciptakan daripada marjan merah
dan kuning dan diganjarkan kepada orang yang taat menjalankan perintah Allah
dan menjauhi segala larangan-Nya.
semua orang memiliki impian yang sama sepertiku..
jadi...janganlah kita mensia-siakan kehidupan kita yang sementara ini...
marilah kita sama-sama memenuhinya dengan beribadah kepada Allah supaya kita dapat tinggal mahligai yang serba indah itu..semasa kita berada dalam kehidupan baru selepas dihidupkan kembali sesudah kita meninggal dunia..
insyaAllah...amin..
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~
No comments:
Post a Comment
~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~