Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya masih ingat lagi setelah saya putus cinta dengan Mr. T,
kehidupan saya banyak berubah dari segi pemakanan dan penjagaan kesihatan.
Perubahan ini ketara pada bulan pertama setelah kami berpisah pada 27/12/2011.
Kenapa kami putus??
Biarlah rahsia ~~~lagu siti berkumandang~~~
Erm.. sebenarnya sukar untuk menerima kenyataan ini sebab
kami dah bersama hampir 4 tahun sebelumnya lagi. Jadi, pendek kata dah macam
kamcing dah. Banyak benda yang saya buat mengingatkan saya kepada mr. T. Selepas kami putus, saya cuba untuk contact
si dia kembali. (tak malu kan).. entah lah,.. saya beranikan diri.. tapi
responnya negative..
selepas beberapa hari, si dia menghubungi saya kembali, tapi
saya tidak dapat menerimanya kembali sebab saya rasa si dia tidak betul-betul
bersedia untuk menerima saya kerana saya berpendapat kalau dia ingin menerima
saya mengapa tidak dia member respon positive masa saya hubungi dia kembali..
walaupun di mulut saya cakap tidak mahu sambung balik tetapi hati saya
sebenarnya menginginkan kami bersama lagi walaupun sekadar kawan rapat sebab
saya dapat rasakan apabila kami putus cinta, kami seolah-olah putus kawan
sekali. Dia seolah-olah menganggap saya orang asing. Saya tak nak la macam tu.
Selepas daripada kejadian saya tidak menerima ajakan si dia
untuk menjalinkan hubungan percintaan, dia terus menyepikan diri tanpa khabar
berita. Saya sangat sedih dengan keadaan ini. Saya menganggap bahawa
sememangnya dia tidak serius sewaktu menginginkan kami bersama semula. Saya
amat sedih waktu itu. Kesedihan saya berlanjutan sehingga 3 bulan lebih.
Kemudian, saya mendapat keputusan stpm. Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi.
Sejak itu saya jarang bersedihan lagi, kak saya cakap tak guna sedih untuk
orang yang tak tahu menghargai kita. Saya ambil kata-kata kak saya dan saya
simpan dalam minda saya. Setiap kali saya bersedih, saya akan ingat kata-kata
kak saya itu.
Pada bulan mac 2012, saya mengenali seorang lelaki (Mr. X)
dari laman sosial. Saya bertanyakan pendapat kak saya mengenai hubungan melalui
laman sosial . kak saya tidak menyetujui akan hubungan sebegitu, katanya
hubungan sebegini hanya akan mengundang padah. Aku berkawan dengan lelaki itu
dengan harapan aku dapat bina hidup baru. Tak nak lagi sedih2 macam dulu. Selepas aku mengenali lelaki itu dalam beberapa
hari, suatu hari mr. X memberitahu bahawa dia akan menghadapi peperiksaan pada
sebelah petang, saya membacakan yasin untuknya sewaktu exam itu bermula.
Apabila dia habis menjawab exam, dia memberitahu bahawa dia dapat menjawab
soalan dengan baik dan saya terberitahu tentang surah yasin yang dibacakan itu
kemudian dia berasa sangat terharu sehingga meminta saya menjadi pasangannya.
Saya pada ketika itu belum dapat menerima mr. X kerana hati saya masih lagi ada
pada mr. T. Susah saya nak tafsirkan.
Pada penghujung bulan mac itu, saya mendapat tawaran ke
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Seri Kandi. Saya tidak begitu kerap mesej
mr. X kerana sangkaan saya, kami Cuma kawan biasa tak lebih dan tak kurang.
Lagipon, kami hanya mesej menggunakan fb saja. Di rumah saya tiada kemudahan
internet jadi agak sukar untuk berkomunikasi tetapi sebelum saya bertolak ke
plkn sri kandi, saya membuka fb sekejap sebelum pergi ke sana. Kebetulan dia
online, saya beritahu dia yang saya hendak pergi latihan plkn. Dia meminta
nombor telefon saya , alasannya supaya dia dapat menghubungi saya lagi.
Bulan April - Apabila sampai di plkn, saya terpaksa
menyerahkan handset kepada warden yang bertugas. Hujung minggu, bila saya bukak
handset, saya dapat banyak mesej dan miscall. Saya tidak memberitahu dia dengan
andaian dia Cuma kawan tak perlu tahu apa-apa pon. Dia bertanyakan tempat saya
menjalani latihan dan sebagainya. Saya menjawabnya seperti kawan biasa yang
ingin tahu mengenai diri saya. Lagipon masa tu saya sentiasa teringat kepada
mr. T. Teddy bear yang mr. T berikan saya bawa bersama untuk mengubat rindu
saya kepada tuan yang memberinya. Mungkin sebab itu juga saya tidak begitu
mengambil serius dengan mr. X.
Minggu kedua saya berada di PLKN, saya terkejut dengan
kehadiran mr. X ke tempat latihan saya. Dia datang pada hari sabtu dan
sememangnya hari itu merupakan hari lawatan kepada ahli keluarga penghuni sepi
ini. Saya sangat terkejut. Dia sanggup datang dari jauh semata-mata untuk
melihat keadaan saya di sana. Saya sangat terharu. Hari itu, dia menyatakan
hasrat hatinya untuk lebih serius dengan saya tapi saya belum dapat menerimanya
sebab saya masih mengingati mr. T. Dia memahami saya dan dia tidak memaksa saya
membuat keputusan. Dia telah memberikan sim kad baru kepada saya supaya dia
dapat menghubungi saya dengan mudah. Ketika itu, digi buat promosi 24 jam berbual..
tapi bukan 24 jam pon kami berbual sebab saya masih terikat dengan latihan
dalam PLKN tu. Jadi kami hanya berkesempatan berbual hujung minggu sahaja.
Pada detik 12 malam, semasa hari lahir saya, dia telah
menghubungi saya dan menyatakan keinginan hatinya untuk menjadikan saya
tunangnya. Saya bergurau dengannya
sambil memintanya agar menelefon ibu saya dan beritahu keinginannya itu. Keesokkan
harinya selepas solat jumaat, dia menelefon saya semula dan memberitahu bahawa
dia telah menghubungi ibu saya. Saya menelefon ibu saya bagi memastikannya
kerana saya ingatkan dia hanya main-main saja. Ibu saya memberitahu bahawa dia
telah menghubungi ibu saya. Dia memberitahu saya bahawa ibu saya memintanya
menjaga saya dengan baik dan menjaga batas pergaulan kami. Dia memberitahu bahawa
dia serius dengan saya. Memandangkan ibu saya telah memberi restu kepadanya
untuk bertunang dengan saya. Saya menjadi serba salah sama ada saya patut
terima atau tidak. Saya bimbang kalau-kalau dia ingat saya Cuma nak permainkan
dia sedangkan saya tidak berniat begitu. Cuma malam tu saya hanya ingin menguji
ketulusan hatinya untuk mengambil saya menjadi tunangnya. Sebab saya tak nak
jadi macam saya dengan mr.T dulu. Saya serik sangat sbb saya dapat rasakan mcm
mr.T hanya nak mempermainkan saya kerana bila saya Tanya dia, dia buat mcm
endah tak endah ja. Sbb tu la saya mintak putus dengan mr.T sbb perhubungan
kami seperti tiada matlamat kea rah perkahwinan sehingga membuatkan saya
benar-benar kecewa.
Saya minta masa 7 hari untuk memikirkan hal tersebut,
sepanjang seminggu tu kmi langsung tidak berhubung. Kerana saya perlukan masa dan
ketenangan untuk berfikir tentang perkara ini. Rasa sangat serba salah. Pada hari
ke 7 saya menelefon mak saya, mak memberitahu agar saya menerima dia kerana mak
saya khuatiri selepas ini tidak akan ada orang lain datang meminang saya lagi. Jadi mak saya menyuruh saya menerima
dia. Saya dengan rasa serba salah memberitahunya melalui mesej yang saya
menerimanya. Saya tidak dapat meluahkan dengan kata-kata kerana saya tak
sanggup sedangkan masa tu hati saya masih ada pada mr.T lagi. Saya mendakap
erat botet sambil menangis. Saya berkata pada hati saya usah dikenang kepada
orang yang tak sudi.. kalau betul mr.T sukakan aku, sudah tentu dia takkan
pernah putus asa mencari aku kembali. Ini tidak.. sudah 5 bulan berlalu, dan
mr.T pon berlalu bersama masa yang beredar.
Saya ambil
al-quran tafsir dan membaca yasin memohon agar Allah memberikan petunjuk. Saya Cuma
mengenang kembali jasa mr.X terhadap saya. Dia sangat baik. Setiap malam
sebelum tidur dia akan menelefon saya dan membacakan doa untuk kebahagiaan
kami. Selepas dia membaca doa, dia akan menerangkan tentang sepotong hadis
kepada saya. Memang saya akui dia sangat baik sampai saya tak sanggup nak buat
dia macam ni. Tapi Allah itu maha kaya..
Dia telah
menelefon saya pada hujung minggu itu dan memberitahu rasa kesyukurannya kepada
saya. Saya hanya mengiyakan dan mendiamkan diri. Tak nak bercakap banyak. Sejak
hari itu kami banyak berkongsi suka dan duka tentang kehidupan kami sehinggalah
saya masuk ke universiti. Dia datang ke USM dan menemui saya bagi melihatkan
keadaan saya di sana. Dia menyatakan rasa seriusnya untuk menyunting saya
menjadi isterinya, dia telah memperkenalkan saya dengan ibunya dan membelikan
saya sebentuk cincin untuk dijadikan cincin tunang. Dia minta saya
menyimpankannya sehingga ibunya menetapkan tarikh untuk kami bertunang. Saya memegang
cincin tersebut dan serba salah dengan perasaan saya. Sebenarnya macam mana
perasaan saya ni? Saya sukakan dia dengan kebaikan yang dia dah buat kepada
saya tetapi pada masa yang sama, saya masih mencintai mr.T. saya menerimanya
hanya kerana ibu saya sahaja.
pada hujung
tahun, dia telah menghidapi jangkitan kuman dalam darah. Saya tidak sampai hati
untuk meluahkan kepadanya yang saya masih mencintai mr.T. Selama sebulan mr.X
sakit, saya hanya membantunya melalui doa dan yaasin sahaja. Saya tak mampu
menjenguknya kerana kekangan masa dan wang. Selepas seminggu mr.X sembuh dari
sakitnya, saya telah mintak dilepaskan kerana saya tak sampai hati untuk terus
bersamanya sedangkan hati saya ada pada insan lain.
Kepada Mr. X,
Saya minta maaf
atas segala kesilapan saya ke atasmu. Saya amat menghargai segala yang telah
dilakukan kepada saya. Saya minta dihalalkan segala yang telah saya makan dan
minum dari yang telah dibelanjakan kepada saya. Saya amat bersyukur kerana
pernah mengenali insan sebaikmu. Saya mendoakan agar Allah mengurniakan isteri
yang solehah kepadamu. Untuk cincin tu, nanti saya akan pulangkan kembali. Cincin
ini bukan hak saya. Ia merupakan hak bakal isterimu. Maafkan saya ye. Saya Cuma
ingin melakukan yang terbaik untuk mu.. maafkan saya ye..
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~
No comments:
Post a Comment
~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~