Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada kali ini saya akan menyentuh tentang kesihatan diri wanita.. Sebagai seorang wanita, kita harus memahami akan keadaan diri sendiri dari segi tahap kesihatan luaran dan dalaman. Percaya atau tidak, ramai wanita yang memandang remeh tentang hal kesihatan dalaman mereka, kebanyakkannya hanya mementingkan kesihatan, kecantikan dan kebersihan luaran sahaja untuk menarik golongan adam. Hakikatnya kesihatan dan kebersihan dalaman tidaklah sewajarnya diabaikan. Sekiranya kebersihan dalaman tidak dijaga, akan menyebabkan pelbagai faktor kepada terjejasnya tahap kesihatan dan kebersihan.
Tahukah anda, sekiranya kawasan sulit wanita tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan berlakunya jangkitan vagina?
Dua Jenis jangkitan =
Masa jangkitan = Biasanya berlaku ke atas wanita yang masih subur dan jarang berlaku ke atas wanita menopaus.
Jenis kulat ini dijumpai di = mulut, usus dan faraj
Wanita yang berkemungkinan menghidapi jangkitan ini ialah
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

- Jangkitan kulat vagina @ Candida Albicans ini adalah pembiakan sejenis kulat yang berlebihan ke atas vagina tetapi bukannya penyakit kelamin.
- Jangkitan Bakteria jenis Neisseria Gonorrhoeae yang menyebabkan penyakit kelamin berjangkit.
Fokus Jangkitan 1
Masa jangkitan = Biasanya berlaku ke atas wanita yang masih subur dan jarang berlaku ke atas wanita menopaus.
Jenis kulat ini dijumpai di = mulut, usus dan faraj
Wanita yang berkemungkinan menghidapi jangkitan ini ialah
- penghidap penyakit HIV
- wanita mengandung
- kegemukan
- diabetes mellitus
- rawatan antibiotik
- wanita yang tidak menjaga kebersihan
- menggunakan rawatan kanser
Tanda-tanda jangkitan berlaku =
- gatal dan rasa tidak selesa
- sakit semasa hubungan seksual
- sakit semasa membuang air kecil
- berlakunya irritasi (kerengsaan)
Fokus Jangkitan 2
Cara Jangkitan : melalui hubungan seksual , boleh dipindahkan oleh ibu yang dijangkiti kepada anak yang baru dilahirkan
Golongan yang berisiko : bukan hanya wanita tetapi juga golongan lelaki yang aktif dalam hubungan seksual berumur 15 tahun - 29 tahun
Tempoh gejala : 3 hari - 2 minggu selepas jangkitan
Tanda-tanda berlakunya jangkitan =
- kerap membuang air kecil dan diikuti rasa sakit
- berlakunya pendarahan sekali-sekala
- berlakunya lelehan dari faraj atau zakar
- demam dan sakit perut yang mendalam
- ketidakselesaan semasa melakukan hubungan kelamin
- pendarahan antara tempoh haid
- jangkitan boleh berlaku di tekak ( sakit tekak) dan dalam rektum
Cara untuk mencegah berlakunya jangkitan ke atas faraj / vagina =
- Mencuci vagina dengan air yang bersih setiap hari terutama setelah membuang air besar
- Mengeringkan vagina setelah membuang air kecil atau air besar
- Ketika mandi, basuh kawasan uretra dan klitoris dengan air bersih..
- Gunakan sabun pelembap yang khusus untuk mencuci kawasan vagina bukan sabun mandian biasa ye.
- Hindari pakaian dalam yang dibuat daripada sintetik dan poliester
- Elakkan dari meletakkan produk wangi-wangian di kawasan sulit
- Kalau penyakit diabetis, pastikan paras glukos terkawal
- Jika pesakit HIV, CD4 yang tinggi dan viral load yang rendah boleh membantu.
- Sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin (bagi wanita yang telah berkahwin), hendaklah membersihkan vagina terlebih dahulu selama 20 minit.
- Ganti penggunaan seluar dalam minimum 2 kali sehari
- Mencukur bulu kemaluan secara kerap kerana bulu kemaluan yang lebat akan menyebabkan kawasan vagina menjadi lembap.
- Semasa haid, ganti tuala wanita sekurang-kurangnya 3-4 jam sekiranya beraliran banyak.
- Hindari penggunaan tampon semasa haid.
- Jangan pakai seluar dalam yang ketat atau telah basah.
- Semasa menggunakan tandas 'duduk' , bersihkan permukaan tandas agar kering dan tidak kotor.
- Hindari memakan daging terlalu kerap kerana menyebabkan vagina berbau
- Makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan serta minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari
Sekiranya tidak berkesan dan semakin teruk, berjumpalah dengan pakar sakit puan/ tuan, supaya jangkitan ini dapat dipulihkan segera.
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~
No comments:
Post a Comment
~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~