Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sejak daripada saya mula bertunang sampai ke hari ini, ramai yang telah bertanya mengenai status perkahwinan yang bakal kami hadapi.
Memang ini merupakan salah satu dugaan untuk saya hadapi semua jenis persoalan yang timbul. Alhamdulillah selama 3 bulan lebih ni saya lebih selesa dengan status saya sekarang.. malah terasa lebih berhati-hati dalam setiap pergerakan dan percakapan dengan lelaki lain yang bukan mahram saya.
Ramai yang bertanya,"bila nak kahwin?"
Apa yang boleh saya katakan untuk mereka, "sabar...lambat lagi.. nanti kalau kad kahwin sampai ke tangan ang nanti maksudnya nak kahwin dah la tu."
Mendengar pertanyaan macam tu, hati saya menangis je,, tak mampu nak kata apa-apa. Saya bukan siapa-siapa yang dapat menentukan takdir saya, saya hanya mampu merancang tapi Allah yang menggerakkan hati kedua ibubapa kami untuk menyatukan kami. Jadi, saya tak mampu nak berkata lebih tentang perancangan Allah terhadap kehidupan kami.
Mengikut perancangan saya, lebih kurang 2 tahun lagi untuk kami disatukan. Mungkin ada pihak yang menyatakan bahawa ia satu tempoh yang agak lama dan mempertikaikan mengapa kami mengambil tempoh yang panjang untuk bertunang.
Alhamdulillah saya bersyukur sangat dengan golongan yang amat prihatin dengan saya ini. At least menunjukkan mereka sangat teruja untuk melihat saya disatukan dalam ikatan yang sah.. terima kasih kawan-kawan. Saya anggap kata-kata semua itu sebagai satu doa untuk saya.
Kenapa nak bertunang awal? Sedangkan masih belajar lagi?
Seperti yang telah saya beritahu beberapa orang rakan saya, Sejujurnya saya sendiri dah penat bercinta dan bercouple bertahun-tahun, tak berfaedah dan tak de matlamat langsung. Mengikut nasihat daripada beberapa orang ustaz dan ustazah secara langsung atau tidak langsung kepada saya yang menjelaskan bahawa melalui pertunangan ini sedikit sebanyak kami mengumpul pahala daripada bercouple tanpa tujuan.
Saya sendiri pon menginginkan pernikahan antara kami dipercepatkan malah saya sendiri letih menyayangi dan merindui insan yang belum halal bagi saya kerana saya tahu perasaan saya itu hanya melalaikan saya. Bahkan hanya Allah saja yang tahu betapa hampir setiap hari saya mendoakan agar kami bersama. Jauh dari sudut hati saya lebih mengharapkan kami segera disatukan seperti yang telah diperkatakan oleh orang lain.
Ni saya sertakan kata-kata daripada my senior yang dah kahwin...
Saya ambil kata-kata ini sebagai pendorong untuk saya dan tunang saya.
Terima kasih my senior, Puan Che Shiema
Hampir setahun berkahwin (kahwin muda), mgkin dah tiba masenya utk jwb semua soalan demi soalan drp sanak saudara, sahabat & mrk disekelilingku yg kdng2 buat diri trsenyum sendri, sebak dll.
S: Knp awal sgt kawin?
J: Sbb sy dh letih cintakan seseorang yg blum halal bg sy. Wlpn sy sering sembunyikan rse cinta itu, namun hati kerap merintih merinduinya. Lalu sy memilih utk dptkan redha Allah wlpn ada insan2 mengeji.
S: Knp kahwin klau msih nk blajar? Org yg dh kahwin ni, memori confirm full, mcmn nk fokus belajar?
J: Sy merencanakan sebuah kehidupan yg lebih bermakna. Bkn sparuh jalan. Ada impian sendiri wlpn laluannya x semudah org lain.
S: Dah kahwin, sibuk bwk perut boyot ke sana ke mari, nk belajar lagi, nk fikir suami lagi, rumahtangga lg, ni anak nk keluar lagi..larat ke nk tanggung semua? Sape suruh kawin awal.
J: Allah swt beri sy kekuatan yg mungkin tidak ada pada semua org, sbg manusia adakalnya sy terasa sgt letih & tidak bermaya..sy tetap yakin bahawa sy msih ada Allah sbg tempat utk merintih, lalu sy kembali bersemangat dan tersenyum.
S: Awk msih belajar, suami keje gaji ckup2. Nk tanggung mkn minum awk, anak, pelajaran awk..awk tak kesian kat suami awk ke?
J: Suamiku, maaf klau sy menjadi beban pd awk. Namun, utk semua org jgn rsau krn sy sudah punya simpanan sblum dirikan rumahtangga, alhamdulillah sampai skrg simpanan itu blum habis. Dia suami yg baik, nafkah diberikan dgn cukup..wlpn gajinya biasa, namun setiap bulan ada duit yg dihulurkan utk beli gincu, bedak, baju dll. Setiap hari msih ckup mkn 3x sehari. Malah lebih dr ckup, krn setiap bulan kami ada ruang utk bercuti bersama.
S: Soalan utk suami sy, tk ssh ke kahwin tp keje sorg2?
J: Sy sering dgar suami jwb, wlpn hdup kami tk mewah, pakai kereta viva shj, tak dapat pakai Honda, tp kami bahagia.
Sy dh jwb semua soalan kalian, lpas ni hrp jgn ada lg yg mengeluh melihat kehidupan sy. Jgn sshkan diri memikirkan betapa sshnya sy melalui hidup krn sy rasa ckup tenang dan bahagia dgn apa yg Allah berikan pd sy.
P/s: Bg yg ingin berumahtangga awal, nak belajar tp nak kahwin, rancang semuanya dgn baik, simpan duit ckup2, bkn utk sebulan tetapi utk bertahun2. Kuatkan semangat, berkahwin bkn suka2, ianya amanah dan tanggungjawab.
Sekian, wassalam.
Ni pula feedback daripada En. Tunang..
terima kasih nasihat dr senior ayg.. insyaAllah b cba sdaya mampu tok kuatkn smgat.. dgn izin Allah, klu niat kita baik untk dirikan masjid, Allah akan permudahkan..
b pn pham.. kdg kdg b pn sndiri kna soalan soalan mcm ni.. b sllu egatkn diri b.. klu kita nk wat smethg yg baik.. mmg sllu org akan prtikai.. tp b aggap smua ni ujian dr Allah tok kita..
Susah untuk memuaskan hati orang lain sedangkan hati kita pula terabai. Kami memiliki cabaran yang besar untuk bersama tapi saya harap kami mampu bertahan atas apa yang telah kami lalui bersama sepanjang hidup ini. Takkanlah kami akan mudah goyah sedangkan bukan setahun dua kami menghadapi cabaran malah telah bertahun sudah jadi saya berharap kalau saya mampu bertahan, tunang saya juga mampu bertahan.
Kenapa kami merancang untuk bertunang dalam tempoh yang lama?
- Saya percaya jodoh, pertemuan, takdir dan kematian adalah hak milik Allah, jadi saya hanya merancang untuk yang terbaik sahaja.
- Semasa perbincangan, kedua-dua pihak dah bersetuju kami akan bertunang dalam satu tempoh yang panjang, jadi kenapa orang lain nak mempertikaikan.
- Kami mementingkan restu ibubapa kami melebihi keperluan dan kepentingan diri kami sendiri kerana kami menghormati kedua ibubapa kami dan kami mengharapkan kebahagiaan daripada rumahtangga kami bukannya desakan nafsu semata-mata. (sedangkan kami tak terdesak sangat pon nak kahwin)
- Kami ingin menamatkan pembelajaran kami dengan baik terlebih dulu sebelum berkahwin.
- Tuntutan kerja perlu kami utamakan terlebih dahulu sebelum kahwin.
- Banyak persediaan mental, fizikal dan rohani yang belum dimantapkan sepenuhnya jadi diharapkan selama 2 tahun ni kami dapat memperbaiki diri kami mendai seorang yang lebih baik sebelum kami berkahwin. (sebab bila dah kahwin nanti nak bentuk khalifah baru macam mana kalau diri sendiri pon tak mampu nak bentuk kan)
InsyaAllah, segala ilmu yang bakal saya perolehi mengenai agama, diri sendiri dan isu rumahtangga akan saya kongsikan dalam blog saya ni. Prinsip saya mudah, ilmu untuk dikongsi bukan untuk simpanan sendiri.. Jadi, saya mintak sangat lepas ni jangan lah hujani saya dengan pertanyaan tentang perkahwinan lagi sebab saya tak dak jawapan untuk itu. Hanya yang mampu saya katakan adalah tolong doakan hubungan kami berjalan lancar dan urusan pernikahan kami dipercepatkan dan dimudahkan oleh Allah s.w.t. Itu saja luahan hati saya yang sangat kecewa untuk hari ni. :'(
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~
No comments:
Post a Comment
~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~