Pages

Sunday, 7 December 2014

Pendermaan & Pemindahan Organ Dalam Islam (BHG. 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entry kali ini merupakan sambungan kepada entry yang lepas..
http://solehahkahaku.blogspot.com/2013/12/pemindahan-pendermaan-organ.html

Hukum Pemindahan Organ ini diperkuatkan dengan beberapa dalil yang mengharuskan pembedahan ini..

# Keterangan Dalil Al-Quran (Naqli)
- Berlaku pengecualian hukum pengharaman yang dinaskan sekiranya situasi darurat
- Seseorang insan yang memerlukan perpindahan organ ini juga dianggap sebagai darurat.
- Sesiapa yang memelihara kehidupan seseorang manusia maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya. hal tersebut bersifat umum. Ia bermaksud menyelamatkan seseorang dari setiap perkara yang membinasakan.

# Keterangan Dalil Akal (Akli)
- Harus merawat dengan memindahkan anggota manusia kerana wujud keperluan ke arah itu.
- Harus membedah perut si mati untuk mengeluarkan permata orang lain yang ditelan oleh si mati
- Kekalnya anggota manusia bagi orang lain yang boleh dimanfaat dengannya selepas kematian tuannya yang dianggap sebagai sedekah jariah yang sudah pasti mendapat pahala di sisi Allah.
- Pengorbanan anggota badan seseorang untuk menyelamatkan saudaranya  pasti dimuliakan dan dipuji oleh Allah

Pemindahan Organ ini perlu mengambil kira dua sebab utama :

SAMA ADA 

Seseorang itu mendermakan organnya ikhlas untuk menolong dan memelihara jiwa yang dihormati dan menolong seseorang yang dalam kemudharatan yang berat, maka sudah pasti amalan yang dilakukannya diberi pahala dan dipuji pelakunya.

ATAU

Seseorang itu menerima pemindahan organ dengan niat untuk menghina dan menyakiti mayat yang mendermakan organ itu, orang itu akan dipandang keji oleh Allah.

Hukum Pemindahan Organ dari dalil yang tidak mengharuskan pembedahan ini :

# Dalil Al-Quran
- Seseorang yang 'bertabarruj' dengan sebahagian anggota jasadnya dalam pemindahan organ ini boleh membawa kepada kebinasaan dan hilangnya manfaat ke atas dirinya sendiri. 
(Bermegah dengan kebaikan yang dilakukan)
- Memindahkan anggota badan manusia untuk tujuan mengubah ciptaan Allah hukumnya Haram 
( Pembedahan Plastik )
- Membunuh orang lain @ diri sendiri dengan sengaja untuk mendapatkan sebahagian anggota badan hukumnya haram.
( Pemerdagangan Organ Manusia)

# Dalil Hadis
- Riwayat Muslim = sesiapa yang menggunakan sebahagian anggotanya untuk didermakan atau yang lainnya, maka dia dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan kurang anggota tersebut sebagai suatu balasan.
( cth : orang yang mencuri yang dikenakan hukuman potong tangan, maka semasa hari kiamat dia dibangkitkan dalam keadaan sebegitu)
- Riwayat Muslim = haram bagi seorang wanita yang mengambil manfaat daripada rambut orang lain.
( menyambung rambut dengan rambut palsu)
- Riwayat Muslim = Haram mencincang @ memotong manusia lain atau binatang semasa peperangan berlaku dan haram bagi orang yang hidup memecahkan dan mematahkan tulang si mati.


Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang utama : http://www.dermaorgan.gov.my/

Derma Organ

Sumber : Buku Pemindahan & Pendermaan Organ
Oleh : Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
~ Terima kasih Dr. Zulkifli atas info ni ~


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments:

Post a Comment

~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~