Pages

Sunday, 28 December 2014

Pendermaan & Pemindahan Organ dalam Islam (BHG. 3)

assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sambungan bagi entry yang lepas.. 
http://solehahkahaku.blogspot.com/2014/12/pendermaan-pemindahan-organ-bhg-2.html ..

Kali ini saya nak rungkai persoalan umum bagi setiap muslim tentang Hukum Pemindahan Organ Manusia...

  1. Adakah manusia itu memiliki dirinya sendiri sehingga dia berhak berbuat apa-apa sahaja seperti menderma dan sebagainya?

    Sememangnya anggota badan manusia adalah amanah Allah s.w.t terhadap dirinya sendiri. Manusia sememangnya tidak berhak melakukan sesuatu ke atas dirinya kecuali dengan izin Allah s.w.t tambahan pula sekiranya sesuatu perkara tersebut mampu mendatangkan mudharat ke atas dirinya sendiri. tetapi sekiranya manusia ingin melakukan sesuatu yang mendatangkan kebaikan ke atas dirinya dan manfaat kepada orang lain itu amatlah dituntut.

  2. Bolehkah seseorang muslim mengorbankan anggota badannya yang zahir untuk sesuatu perkara?

    Ya boleh. misalnya, seseorang yang terjun ke dalam lautan untuk menyelamatkan orang lain atau seseorang yang masuk ke celah-celah api yang menjulang tinggi untuk menyelamatkan mangsa didalamnya dan memadam kebakaran tersebut walaupun kemungkinan besar dirinya sendiri tercedera atau mungkin menemui ajal.
  3. Wajarkah terdapat segelintir manusia yang mendiamkan diri apabila berlaku sesuatu bala yang menimpa ke atas seseorang lain atau sekumpulan manusia lain sedangkan pada waktu itu dia mampu untuk menghindarnya dengan alasan, " Saya perlu menyelamatkan diri saya kerana tubuh saya adalah amanah saya  dan saya tidak berhak melakukan apa-apa yang mampu memudharatkan diri saya dan nyawa saya."

    Maaflah sekiranya saya menyatakan golongan yang berpandangan sebegini dan hanya berpeluk tubuh disaat insan lain dalam kesusahan merupakan insan yang kejam dan pengecut. sepatutnya kemudharatan ini kita hadapi bersama-sama dan menghapuskannya semampu mungkin. kita digalakkan untuk menolong orang lain yang dalam kesempitan, membebaskan tawanan, merawat pesakit serta menyelamatkan makhluk yang hampir mati atau yang hampir musnah anggota badannya. Jangan takut untuk menolong orang lain kerana setiap perbuatan itu akan dipuji serta diganjari dengan pahala kerana anda berjaya mengasihi makhluk di bumi dan layak mendapat rahmat daripada penghuni langit.

  4. Apabila kita mengatakan bahawa harus menderma anggota badan semasa hidup, adakah ia harus secara mutlak atau bersyarat?

    Hukum harus ini bersyarat. tidak harus menderma anggota badan sekiranya perbuatan itu mampu memudharatkan dirinya dan orang lain. Maksudnya, sekiranya seseorang itu memiliki penyakit berjangkit yang mampu memudharatkan dirinya, jadi dia tidak boleh menderma anggotanya sekalipun dia berniat untuk melakukan sedemikian kerana kemungkinan besar dengan pemindahan organ itu mampu memudharatkan orang lain. jadi, ianya adalah dilarang sama sekali. hal ini kerana seseorang itu mempunyai hak dan tanggungjawab ke atas dirinya.

    Tidak harus juga bagi seseorang yang ingin mendermakan anggota zahir seperti mata, kaki dan tangan semasa hidup untuk menghilangkan kesusahan orang lain tetapi mampu memudharatkan dirinya sendiri dengan menjadikan dirinya yang zahir cacat dan fungsi anggota tersebut hilang. kononnya nak buat macam drama korea yang menyerahkan matanya untuk orang tersayang.. dalam islam tak suruh sampai memudharatkan diri sendiri melainkan nak buat macam tu lepas dah meninggal dunia. mungkin adalah wajar.

  5. Pendermaan organ ini merupakan sesuatu yang baik. " Bolehkah saya mendermakan buah pinggang saya kepada saudara saya sedangkan suami saya melarang saya berbuat sedemikian?"

    Sesungguhnya seorang suami mempunyai hak ke atas isterinya, maka walaupun pendermaan organ ini merupakan sesuatu yang baik tetapi sudah tentu si suami terpaksa menanggung kos perbelanjaan di hospital yang mampu membebankannya dan juga suami akan kehilangan beberapa hak lain. oleh itu, adalah perlu untuk mendapatkan keizinan suami.

  6. Bolehkah seorang kanak-kanak menderma organnya?

    menderma anggota ini hanya diharuskan bagi mukallaf yang baligh dan berakal dan tidak diharuskan untuk kanak-kanak. Wali juga tidak berhak menderma bagi pihak anak-anak mereka.

  7. Bolehkah memindahkan anggota @ organ orang kafir kepada orang islam?

    Boleh. tiada larangan untuk pemindahan organ orang kafir kepada orang muslim. Anggota badan tetapi milik Allah dan sentiasa menunaikan tanggungjawabnya seperti yang diperintahkan oleh Allah. walaupun orang itu kafir/kufur, tetapi anggota badannya tidak terkesan dengan kekufurannya malah anggota ini sering bertasbih dan memuji Allah s.w.t. Jadi, tiada sebab orang kafir tidak boleh memindahkan kepada orang islam.

  8. Bolehkah orang islam mendermakan organ / anggota badan kepada orang bukan islam?

    Boleh. hukumnya sama seperti orang mendermakan harta benda sama ada nak derma kat orang islam @ bukan islam. tetapi tidak diharuskan menderma kepada orang kafir harbi iaitu orang kafir yang memerangi umat islam dengan senjata atau perkataan atau apa sahaja. tidak juga diharuskan kepada orang yang murtad @ pengkhianat agama

Derma Organ



Sumber : Buku Pemindahan & Pendermaan Organ
Oleh : Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
~ Terima kasih Dr. Zulkifli atas info ni ~

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments:

Post a Comment

~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~