Pages

Tuesday, 6 January 2015

cinta, wanita dan seks


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa yang saya nak ceritakan pada pagi ini lebih menyentuh soal kita sebagai wanita, kita sebagai pencinta manusia...

terlebih dahulu ingin saya katakan cinta itu buta,tetapi usah buta kerana cinta..

kenapa saya katakan sebegini?? saya begitu tertarik dengan salah satu confession di atas yang mengetengahkan tentang cinta dan seks terhadap wanita.. saya letakkan status tersebut bukan untuk mengaibkan disini tapi saya lebih kepada nak berkongsi dan nak komen tentang hal ini yang saya rasakan sering berlaku terhadap pasangan couple yang lain dan mungkin sebahagiaan kecilnya amat menjaga hubungan mereka daripada perkara maksiat.. tahniah! tapi bagi wanita yang masih berada dalam tahap hubungan yang 'BAIK' itu perlu jugak ambil tahu tentang hal ini dan tidak sepatutnya meletakkan kepercayaan 100 % terhadap lelaki-lelaki kat luar sana even sayang macam mana pun letakkan 40% rasa tidak percaya terhadap pasangan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pertama sekali, kita perlu kenal dulu lelaki ini macam mana gender dia...

seperti yang kita tahu, perbezaan antara lelaki dan wanita ini amat jauh beza..

perwatakan lelaki - fizikalnya 2X ganda lebih kuat dari wanita, agresif, kebanyakkannya jenis suka menyembunyikan perasaan, cepat marah, lebih tenang ketika selesaikan suatu masalah, berkeyakinan tinggi, dilatih sebagai pemimpin, memiliki tanggungjawab yang besar dan mudah mempengaruhi orang lain, pandai mengawal perasaan..

perwatakan wanita - lembut, biasanya wanita dianggap lemah, mudah bersikap terburu-buru, emosi berubah-ubah dan tak terkawal, mudah terpengaruh, senang menunjukkan emosi, pasif.. cepat menangis, memiliki naluri keibuan  yang tinggi, penyayang dan mudah mesra.

namun, pengalaman saya dalam separa askar ini berpendapat bahawa wanita tidak sepatutnya diperlakukan ' ALL WOMEN ARE EQUAL WITH MEN'... sangat bertentangan dengan naluri wanita.. we are not equal with men.. tetapi saya tak salahkan wanita yang berminat untuk memasuki bidang ketenteraan, go ahead! malah saya kagum dengan anda.. tahniah kerana anda tunjukkan wanita tidak lemah tapi percayalah cakap saya.. sekuat mana pun anda, anda still wanita yang lemah dalam konteks naluri.

Kenapa saya katakan sebegini?

kerana... wanita juga mempunyai hak.. hak ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi milik yang bebas dan samarata dari segi maruah dan kebendaan. 

kita boleh tengok hak asasi bagi wanita yang masih ditekankan pada masa kini ialah 
# hak untuk hidup (/) , 
# hak untuk beragama (/) , 
# hak pekerjaan (/) , 
# hak pendidikan (/) ,
# hak kesihatan (/) ,
# hak kekeluargaan dan pemilihan pasangan (/) ,
# hak perlindungan (X)

Mengapa saya katakan tiada hak perlindungan terhadap wanita? 
cuba anda fikirkan, mengapa masih berlaku diskriminasi atau stereotaip gender terhadap wanita?? 

Stereotaip gender : satu imej yang telah ditetapkan keatas gender yang berlainan. contohnya : wanita itu lemah..

Diskriminasi : apabila seseorang itu menerima layanan yang berbeza disebabkan oleh stereotaip negatif itu tadi... maksudnya, apabila seorang lelaki itu beranggapan wanita ini lemah maka mereka merasakan mereka mampu mendiskriminasikan golongan wanita.

kenapa kita nak kembali ke zaman jahilliah dimana wanita diperkotak-katikkan??? kenapa??? lelaki tidak sedarkah bahawa anda adalah pemimpin wanita??? 

sepatutnya kaum lelaki lebih bertindak memimpin wanita dan menjaga maruah seorang wanita.. inilah merupakan hak perlindungan terhadap wanita yang tidak sepatutnya diabaikan bukan hanya mengharapkan persatuan tertentu dalam menjaga hak perlindungan wanita tetapi sepatutnya lelaki di Malaysia ini juga mesti turut alert tentang perkara ini.

Diskriminasi yang kaum lelaki lakukan terhadap wanita ini sama seperti keganasan terhadap wanita dimana kaum lelaki menyalahgunakan kuasa dalam perhubungan. keganasan terhadap wanita merupakan satu tindakan yang dikenakan terhadap wanita atau kanak-kanak perempuan adalah semata-mata kerana mereka wanita.

Bentuk-bentuk diskriminasi / keganasan terhadap wanita :
# penderaan
# pelacuran kanak-kanak
# keganasan rumah tangga
# kahwin di bawah umur
# gangguan seksual
# rogol
# sumbang mahram


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments:

Post a Comment

~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~