Pages

Saturday, 13 June 2015

Surprise planning??????

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

hari ini saya masih nak bercerita mengenai hal kehidupan saya.. maaf kepada pembaca sekelian.

alhamdulillah.. dah genap umur tunang saya 23 tahun.. 

apa-apa pun saya lagi tua dari awak ye,. hehehe..

tua ke muda ke tu bukan soal utama dalam sebuah percintaan..

entry ni saya nak tulis lama dah... tapi saya tunggu untuk melepasi hari lahir si dia dulu.. hehehe..

anyway, saya nak ucap lagi sekali,

SELAMAT HARI LAHIR TUNANG TERSAYANG..


Dari bulan 5 hari tu lagi dok fikir, apa nak buat untuk surprise birthday kat dia. mungkin awak2 juga boleh cuba perkara yang sama~~~

1st Planning ~~> ingat nak pergi ke shah alam naik flight turun kat klia2 tapi takut sebab tak biasa lagi jalan kat sana. lagipun bila tengok dalam maps kena naik dua kali pengangkutan awan.. hah? takut la.. nanti daripada nak jadi buat surprise terus tak jadi sebab sesat.. hahaha.. tapi memang tengok harga tiket airasia murah time ni dalam rm35 cam tu.. kalau naik bas pon lebih lagi rasanya..

bila fikir2 balik macam susah je nak buat  plan 1 tu.. then, cancelkan je...

2nd Planning ~~>  ingat nak call agent surprise planner yang saya search kat fb, kat insta dengan en. google.. 

bagi siapa2 yang tengah mencari agent surprise planner.. kat sini saya selit sikit antara yang boleh dipercayai (utk whatsapp @ msg agent saja ye) :-
1) surprise for love (selangor, kl)
2) KL Surprise Planner : 014-2350996
3) Penang Surprise Lovely : 010-8260471
4) Surprise Planning & Delivery (belah utara saja) : 019-4224473
5) Surprise Planner Utara : 012-9040966 / 019-3519290
7) Surprise Planner Comel (by cik noura) : 014-9717935  / 017-3442415
8) Sweet Surprise ( melaka & johor) : 013-6588061 / 012-993164
9) Zue Chocolate House (kampar,perak) : 019-7347789
10) Shafar Gift : 019-7417523

ni antara 10 agent yang saya berani rekomenkan.. mereka menyediakan fresh flower @ choco @ box candy bonquet... baloon  helium tu.. ada sebahagiannya yang menawarkan kek @ teddy bear sebagai pilihan untuk diberikan kepada yang tersayang.. dan yang paling penting, kad ucapan...paling murah rm100 untuk perkhidmatan ni.. tapi kena tanya dengan agent la.. ada pelbagai pakej dalam ni.. kena pandai2 pilih.. 

pada pendapat saya, agent ni memudahkan urusan bagi sesiapa yang nak buat surprise kat kesayangan masing-masing untuk menyemarakkan lagi rasa cinta dalam sesuatu perhubungan.. amat berkesan untuk hubungan jarak jauh.. 

bila difikirkan kembali selepas tanya beberapa kawan saya, saya ingat yang ni hanya untuk kepuasan seorang individu saja.. jadi, saya terfikir untuk buat surprise party daripada jauh..

hah>?? macam mana tu??

okey, first skali, dapatkan nom tel orang yang rapat dengan kesayangan kita.. yang si dia paling percayai.. kalau si dia percaya, jadi kita pun kena letakkan kepercayaan jugak untuk orang yang bakal tolong kita tu.. 

2nd, bagitau kawan si dia yang kita nak minta tolong untuk buat surprise party untuk si dia. kalau orang tu setuju, teruskan niat. kalau dia tak setuju, awak2 sekelian kena buat planning ke-2 tadi je la jawabnya.

dalam kes saya ni, alhamdulillah , kawan si dia mampu menolong, berdebar jugak sebenarnya nak minta tolong sebab tak pernah meseg dan tak pernah cakap pon dengan kawan si dia tu. tapi just buat berani je. bukan mudah nak percayakan orang yang baru kita kenal, risiko dia amat tinggi tapi dengan doa dan kepercayaan dengan kuasa Allah yang menggerakkan hati kawan si dia, saya  teruskan juga niat walaupun tebal muka ya rabbi. 

mesti kawan dia ingat saya ni tak tahu malu kan.. tapi aku tak kisah semua tu sebab niat aku hanya nak membahagiakan orang yang aku sayang. aku percaya, bila kita membahagiakan orang lain, Allah akan berikan kebahagiaan yang kita nak suatu hari nanti. insyaAllah.. aku yakin semua tu..

macam yang jadi kat aku sebelum-sebelum ni, aku risau sangat kalau-kalau surprise planning aku tak menjadi. menangis aku menantikan keputusan daripada mulut orang yang aku sayang. alhamdulillah, dalam pukul 9 lebih panggilan daripada tunang.. aku tersenyum lagi. rasa puas hati sangat2..

terima kasih kawan kepada tunang saya.. awak amat berjasa kepada kami berdua.. untung tunang saya ada kawan macam awak.. baik dan tidak berkira untuk menolong orang lain. alhamdulillah.. semoga Allah membalas jasa baik awak sehingga ke hari akhirat nanti...amiin..

semoga kami ada jodoh yang panjang sampai syurga..amiin..

No comments:

Post a Comment

~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~