Pages

Sunday, 13 September 2015

Matangkah kita sebagai ahli akademik ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya akan menyambung entry saya yang telah lama terbiar dalam draf ni.

Baiklah setelah melakukan penyelidikan ke atas ' kematangan itu suatu kebanggaan?'.

Banyak pendapat yang telah saya perolehi hasil feedback daripada rakan-rakan fb dan blog. Alhamdulillah terima kasih atas kerjasama semua ye. Baiklah malam ni saya akan mengupas sedikit apa yang diperkatakan tentang MATANG.

Kematangan merupakan satu fasa dalam proses perkembangan manusia. Seseorang itu dianggap matang, apabila seseoarang itu telah melalui fasa perubahan fizikal secara biologi (sudah baligh).

Misalnya:-

Alya (Cashier) : semua barang harga rm150 kak.
Ayu : awak panggil saya kak? awak tak nampak ka saya muda lagi? umur saya baru 20 tahun. awak umur berapa?
Alya : Errgh... saya umur 23 tahun. maaf ye saya nampak muka awak, muka matang, macam dah umur 30 tahun.
Ayu : umur 30 tahun? _ Ayu tergesa-gesa membayar dan berlalu pergi_
Alya : maaf ye.

situasi di atas telah menjadi kebiasaan dalam hidup kita.. Seseorang yang memiliki badan sasa dan bertubuh tinggi serta memiliki raut wajah yang cantik atau kacak akan dianggap telah matang berbanding dengan seseorang yang berwajah kecik , bertubuh pendek atau berbadan gempal dilihat sebagai individu yang belum matang atau masih dalam kategori kanak-kanak.

Ini adalah mentaliti masyarakat kita sama ada kita sedar atau tidak.

Sebenarnya maksud Matang ni mempunyai definisi yang lebih luas dan terbuka..

Seseorang itu dikira matang apabila mampu berdikari dalam membuat keputusan yang terbaik dengan mengambil kira semua aspek terhadap semua pihak. Malah apabila berlakunya sebarang ujian dan cabaran, seseorang itu mampu menanganinya dengan baik tanpa cuba mengelak dari menyelesaikannya.Hal ini kerana seseorang itu mampu berfikir secara kritis, mampu menyelesaikan masalah dengan efisien, mampu berkomunikasi dengan semua lapisan masyarakat dengan baik.

Kematangan seseorang itu menjadikan peribadi seseorang itu lebih berkeyakinan tinggi dan berpandangan jauh. Jadi kematangan bukanlah diukur melalui tahap umur seseorang tetapi lebih kepada kemampuan seseorang berfikir dan ketabahan serta kesabaran dalam menempuh kehidupan dan menjadikan sesuatu ujian tersebut sebagai pengalaman yang berharga dalam hidup.

MATANG = ILMU + PENGALAMAN.

Ada sesetengah orang mampu berfikir secara matang sejak berusia 7 tahun. Perkara sebegini memang dilihat luar biasa atau mustahil. tapi ianya tidak mustahil dengan adanya didikan daripada ibubapa dan orang sekelilingnya yang memberikan info yang baru bagi kanak-kanak tersebut dan mendedahkan mereka tentang dunia dewasa. secara tidak langsung, anak-anak ini mampu mempelajari yang lebih luas daripada zaman kanak-kanaknya.

saya tertarik untuk menceritakan tentang seorang kanak-kanak berumur 5 tahun yang begitu yakin menasihati kawan sebaya dengannya. saya dengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh kanak-kanak tersebut.

contoh di bawah bukan nama sebenar..

Amin : Alamak, makanan dah jatuh atas tanah. (amin tunduk dan ambil makanan tu lalu ditepis oleh Ali).
Ali : jangan ambil makanan ni dah ada kuman. nanti bila makan senang sakit perut. mama selalu cakap nanti senang dapat keracunan makanan.

Amin mengangguk dan membuang makanan tadi.

Jelas disini, kalau didikan yang diberikan oleh ibubapa dengan baik, anak-anak akan lebih mudah mengingatinya kerana semasa zaman kanak-kanak, mereka banyak membesar dengan meniru perlakuan dan percakapan ibubapa. jadi kalau kita memberikan ilmu yang sewajarnya anak-anak akan membesar sebagai kanak-kanak yang bijak dan tidak mustahil mampu berfikir dengan matang seawal usia setahun jagung.

Apabila kita memiliki ilmu, kita mudah bergaul dengan orang lain.

 sebab apa? sebab lumrah manusia suka berdampingan dengan orang yang berilmu.

Ilmu ini pula tidak terhad untuk setiap orang dan tak semestinya setiap orang memiliki ilmu yang sama. ilmu dunia yang Allah bagi sangat luas untuk diteroka. Percaya atau tidak, dengan adanya ilmu ini kita akan lebih matang dalam membuat keputusan. setiap keputusan itu akan dilakukan dengan lebih rasional dan lebih berfokus.

Kematangan yang diukur melalui ketinggian ilmu ini juga bukan hanya mengikut status akademik dan bidang-bidang kepakaran tertentu tetapi pengalaman dalam kehidupan juga pengukur kematangan.

Tidak keterlaluan kalau saya katakan kematangan saya lihat mengikut zaman.

Maaf bagi yang kurang menyenangkan dengan pernyataan saya ini..

Benar atau tidak, zaman sebelum kecanggihan teknologi menular ke negara kita, rakyat di Malaysia lebih berdaya saing dan bersikap matang untuk majukan negara di mata dunia. Status akademik yang dimiliki amat menyakinkan tahap kematangan seorang individu itu kerana adanya pengalaman hidup yang pahit semasa sebelum negara maju. berbekalkan keyakinan itu mereka mudah bersikap lebih optimis dan bertindak matang dalam mengambil keputusan atas sesuatu perkara. Misalnya kelulusan PHD , MASTER dan DEGREE seolah-olah menjadi satu status yang tinggi yang hanya dimiliki oleh golongan elit. Jadi kematangan dan kebijaksaan seseorang tidak dapat dipertikaikan lagi.. semasa ini umur meningkat dianggap lebih matang kerana adanya peningkatan status akademik dan status sosial dalam masyarakat.

Berbeza dengan zaman teknologi kini, rakyat berada dalam ZONE SELESA dimana rakyat hanya berminat untuk mengejar kekayaan dari sudut harta benda yang menjanjikan kemewahan sementara sehingga ada segelintir masyarakat yang tidak kisah untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan bagi membolehkan mereka memiliki status akademik yang tinggi supaya mereka memiliki pekerjaan yang terbaik dengan mengejar pointer yang tinggi dengan cara yang salah. Oleh sebab itu, pelajar yang memiliki status akademik yang tinggi ini tidak dianggap telah matang pada masa kini. Perkara ini terjadi kerana kematangan mereka tidak seiring dengan status akademik mereka.

Sepatutnya lebih banyak ilmu, lebih bertindak lebih matang tetapi oleh kerana ilmu yang dimiliki itu tidak memiliki keberkatannya maka ilmu itu menjadi sia-sia dan tiada gunanya.


tepuk dada tangan hati, Matangkah kita sebagai ahli akademik atau hanya membawa nama golongan elit  yang terdahulu?

#renung-renungkanlah



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~