Pages

Monday, 20 June 2016

Mutiara Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Emas permata tidak akan mencantikkan kita tanpa akhlak sebagai harta kekayaan ..
Esok akan merekah bunga yang harum aromanya yang mampu menghilangkan segala kesedihan dihati lantas menjadi penghibur hati..
Yang berlalu biarlah berlalu..
Cinta dan cita adalah harapan yang belum pasti bagiku..
Hanya menghadapi jalan yang sedang dilalui kini..
Janganlah hati, engkau berputus asa..
Jika jalan keluar tidak kau temui..
Tiada kegembiraan yang kekal bagimu..
Tiada kesedihan yang dapat mengembalikan sesuatu yang telah hilang..
Semua orang , baik yang memiliki istana mahupun rumah yang kecil..
Pasti akan menempuh kehidupan yang berliku..
Tempat yang paling dibanggakan di dunia..
Akan hilang seiring berlalunya waktu..
Ambil hikmah dan penerangan..
Kerana teman terbaik adalah buku..
Sabar itu baik dan indah..
Ungkapan yang biasa ku dengar..
Namun, sukar untuk aku rungkai..
Bagi si miskin, cukuplah hanya sepotong roti untukku..
Bagi si kaya, cukuplah hanya semahal baldu alas pakaianku..
Serahkanlah orang yang zalim ke mahkamah akhirat yang dihakimi Allah s.w.t..
Bertuahnya wahai insan yang bersyukur dan bersabar..
Mampukah aku?
Benar-benar meraih kebahagiaan dalam hidup..
Ku lihat kebahagiaan bukanlah milik orang yang kaya itu..
Tetapi kebahagiaan milik orang yang bertakwa..
Aku terlalu menuruti  hawa nafsu ku..
Ternyata ia sedang memperbodohkan aku..
Jika aku menerima apa adanya,
Pasti aku kalangan mereka beruntung itu..
Wahai masa, jika engkau mempunyai sisa rencana..
Mahu aku undurkan waktu merencana semula jalan hidupku..
Rasa sakit itu masih tajam..
Rasa sakit itu masih berbisa..
Membunuh misi pembawa berita gembira..
Mudah-mudahan malam ini..
Sesudah perpisahan yang lama..
Menempatkan kita di bawah naunagan yang disukaiNya..
Sesungguhnya aku benar-benar berharap kepada Allah s.w.t dengan kesabaran yang baik..
Seakan-akan aku dapat melihat segala sesuatu yang telah dilakukan Allah s.w.t kepadaku..
Semoga di sebalik kesusahan yang menimpa diriku ..
Terdapat kemudahan dalam waktu yang terdekat..
Kerana..
Pertolongan akan datang ketika kita berputus asa..
Sebagai anugerah Yang Maha Lembut lagi Maha Memperkenan Doa..
Setiap kejadian , betapa parahnya pun..
Pasti akan mempunyai hubungan langsung dengan kelapangan..
Mengapa?
Setiap bahagian kehidupan kita..
Pasti ada sudut yang gelap..
Bukan menanti orang lain menyerikannya..
Tetapi kita yang patut menyalakan pelita dalam diri..
Aku cuba percaya..
Banyak perkara yang kita cuba hindari..
Makin banyak perkara yang diharapkan mendatang..
Kamu mungkin seperti aku..
Kehilangan kata untuk bertaut..
Janganlah berputus asa..
Lambat laun jumpa jua hasrat dan cita..
Yang pasti..
Kita perlu menanggungnya..
Bukan melarikan diri darinya..
Kadang-kadang Allah s.w.t beri nikmat..
Sebelumnya Allah uji dengan dugaan yang besar..
Untuk menilai rasa kesyukuran kita..
Senyumlah wahai hati..
Kesulitan sekeras manapun…
Ringan dengan senyuman ikhlas..
Semoga  kebahagiaan itu ada dalam diri kita..
Jika kecintaan kita benar..
Semuanya akan terasa mudah dan indah..
Yang penting..
Berbahagialah hari ini , bukan hari esok..
Wahai Tuhan semesta alam..
Sesungguhnya aku berserah diri kepada Engkau..
Ya Tuhanku, kasihanilah kelemahan kami..
Engkau adalah Yang Maha Penyayang..
Aku tahu..
Sesungguhnya kelmarin bagaikan mimpi yang telah berlalu dan tamat waktunya..
Sedangkan hari esok, ada harapan yang indah..
Namun hakikatnya..
Hari ini adalah realiti sebenar hidupku..
Biarlah hari berlalu sehendaknya,
Semoga aku redha dengan takdir Allah s.w.t  atas ketetapan sesuatu..
Aku cuba hiburkan hati ini dengan pelbagai harapan yang dinantikan..
Supaya aku tenang  dengan ujian..
Kerana aku sedar..
Hidup ini sangat singkat untuk aku pendekkan..
Jadi aku cuba untuk tidak menyingkatkannya lagi..
Ya..

Aku cuba…


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 15 June 2016

Jodoh itu rahsia Allah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. .

Hari ni kita bercerita tentang jodoh..

Janganlah terlalu berharap bahawa seseorang itu kompom kita akan dapat..

Sebab apa?

Sebab.....

Ada orang , Allah nak pisahkan mereka daripada bersama di dunia..berjodoh dengan maut.. sampaikan lagi sejam nak akad nikah, tiba2 Allah dah angkat untuk bersamanya,..

Ada orang , Allah benarkan mereka berjodoh... tapi jodoh mereka tidak kekal lama.. selepas seminggu berkahwin, Dikejutkan dengan kematian. .

Ada orang , Allah benarkan mereka berjodoh sehingga tua yakni sehingga maut menjenguk.. Ya pernikahan seperti ni sentiasa diidamkan oleh semua pasangan yang baru berkahwin.. tambahan pula, kalau kita meninggal bersama2 pasangan kita dan ditanam di dalam satu liang lahad.. mmg itu yang diimpikan..

Tidak kurang jugak,

Ada orang , Allah tidak pisahkan mereka melalui maut tetapi Allah pisahkan mereka dengan ujian demi ujian,.. lantas mereka bercerai atau tidak sempat berkahwin dan berkahwin pulak dengan orang lain..

Ada orang, Allah duga berpuluh tahun kahwin baru nak dapat anak... dugaan ni amat berat.. tapi lepas dpt anak tu,, hanya Allah tahu kebahagiaan tu.. tapi ada orang tidak sabar dan tidak mahu terima kenyataan, lantas memilih jalan mudah bercerai..

Ada orang dah berkahwin bahagia,, tetapi dugaan dengan mak mertua atau keluarga mertua.. berpisah kerana adanya dugaan mak mertua dan keluarga mertua.. jodoh sekerat jalan..

Ada juga orang yang berkahwin dah 10 tahun tapi akhirnya diduga dengan Kehadiran orang ketiga... berpoligami direlakan.. akhirnya bila diri tak mampu, akhirnya diceraikan..

Aku dah mengkaji banyak perkara sebelum berkahwin..

Doaku hanya satu...

" Ya Allah,  jika dia Muhammad termizi bin mohamad jamil merupakan jodoh ku.. baik untuk urusan duniaku dan urusan akhirku.. baik untuk masa depan ku dan kepada kedua ibubapaku.. maka Kau jadikanlah dia jodoh pertamaku dan jodoh terakhirku sebagai suamiku di dunia dan di syurga,, tapi sekiranya dia bukan yg terbaik untuk masa depanku dan kepada kedua ibubapaku,  maka Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala ketentuanMu, hanya Engkau yang mengetahui rahsia langit dan bumi.. Aku memohon Kau perkenankanlah permintaan ku ini.. aamiin.. "

Ni doa yg aku amal setiap hari.. sebab aku pernah baca buku tentang perkahwinan,  ni antara doa yg diamalkan oleh ustazah tu sebelum berkahwin dengan suaminya.. kata ustazah itu, pada mulanya ibu bapanya tidak benarkan mereka berkahwin tapi lepas sebulan dia amalkan doa ni,. Allah bukakan pintu hati kedua ibubapanya untuk terima lelaki tu yg sekarang merupakan suaminya.. selepas merisik dan bertunang.. mereka diijab qabul kan..

Alhamdulillah. . Best kan,..

Kita ikhtiaq.. Allah ja yg tentukan yg terbaik untuk kita..

Kadang2 kita rasa sesuatu tu dah terbaik untuk kita, padahal Allah kata tidak.. tapi diakhirnya Allah bagi yang lebih baik daripada apa yg kita nak..

Biasalah...

Jodoh tu rahsia Allah..

Inni akhi fullah...

Monday, 13 June 2016

Perkahwinan terlarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya ingin menceritakan tentang perkahwinan terlarang yang umumnya rata-rata kita memberi anggapan bahawa perkahwinan ini yang dilarang oleh ibubapa terhadap sepasang kekasih. Kiranya percintaan pasangan kekasih tersebut tidak direstuilah oleh ibubapa mereka. Lebih tepatnya, percintaan terhalang.. ceewah.. gitu..

Dalam islam, seorang lelaki wajib mengikuti segala arahan ibubapa nya terutamanya ibunya melainkan yang bercanggah dengan islam. Jadi, jelas disini apabila ibu si lelaki berkenaan tidak menyukai pasangan lelaki itu, maka lelaki itu perlu menuruti kehendak ibunya melebihi kehendaknya sekiranya ibunya memiliki bukti atau alasan yang kukuh yang diyakini dapat memusnahkan kebahagiaan anaknya di masa hadapan. Sebagai contoh, mungkin si ibu rasa bakal menantunya itu berpotensi menyusahkan anaknya atau tidak menghormati orang tua.

Malah di sebut dalam suatu hadis, seorang sahabat Rasulullah s.a.w bertanyakan kepada baginda, ibunya memintanya menceraikan isterinya, jadi perlukah dia menceraikan isterinya? Rasulullah s.a.w menjawab dia perlu menceraikan isterinya kerana yang lebih utama bagi lelaki itu adalah ibunya. Ditambah lagi, ibunya tahu apa yang terbaik untuk anaknya. Jadi, wujudlah perkahwinan yang dilarang atau tanpa izin.

Itu hanya secara umum saja..

Dalam islam, perkahwinan terlarang ini ada 4 jenis iaitu Misyar, Urfi, Sirri dan Mut’ah.

Antara 4 ni biasa kita dengar Mut’ah ja kan. Okey, apa dia jenis-jenis perkahwinan macam ni? Kenapa dikatakan terlarang dalam islam? Apa yang menyebabkan ia menjadi haram?

Perkahwinan Misyar ( perkahwinan dalam perjalanan )

Perkahwinan Misyar ini merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan wanita yang kaya ataupun berada. Misyar bermaksud berjalan atau perjalanan. Atau juga dipanggil sebagai pemergian.
Perkahwinan ini cukup segala rukun nikah. Ada pendapat yang mengatakan perkahwinan ini sah. Namun ada yang kata tidak sah. Kenapa?

Perkahwinan ini membenarkan lelaki berkahwin dengan seorang wanita tanpa perlu menafkahi wanita itu terutama dari segi pakaian, makanan dan tempat tinggal. Wanita itu masih terus tinggal bersama keluarganya. Dikatakan kerana wanita ini telah mampu memiliki segala kemewahan Cuma memerlukan lelaki untuk memenuhi fitrah biologinya saja.

Perkahwinan ini juga dilakukan oleh lelaki yang terpaksa berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat. Sebagai contoh, lelaki ini perlu tinggal di Johor untuk tempoh setahun atas urusan kerjanya, lelaki ini mengambil keputusan untuk bernikah misyar dengan seorang wanita. Setelah habis tempoh setahun, dia pon pergi ke tempat asalnya di Kedah dan meninggalkan isterinya tanpa nafkah dan lelaki itu berkahwin pula dengan wanita lain tanpa pengetahuan isterinya tadi tetapi dia tidak pula menjatuhkan talak ke atas isterinya. Malah meninggalkan isterinya berbulan-bulan. Kemudian, bila dia rasa dia memerlukan isteri pertamanya, dia kembali pula ke Johor.

Dikatakan perkahwinan jenis ini sah kerana yang pertama cukup rukun ijab  qabul , yang kedua, sewaktu pernikahan berlangsung, si lelaki telah mensyaratkan kepada wanita bahawa wanita itu tidak boleh menuntut apa-apa hak yang berhubung dengan nafkah harta daripada suaminya dan sekiranya isterinya menyetujuinya. Namun, dikatakan tidak sah, kerana mendiskriminasi golongan wanita.

Perkahwinan ini berbeza dengan mut’ah kerana tiada spesifik tahun atau bulan yang menyebabkan terbatalnya perkahwinan itu. Namun begitu, perkahwinan ini masih hadnya hanya beristeri empat sahaja. Sekiranya suami berkahwin dengan wanita berlainan tempat, si isteri tidak berhak menuntut hak penggiliran malam bersama suami. Suami juga boleh memilih dengan wanita mana yang ingin bersamanya.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong perkahwinan misyar kerana berpendapat perkahwinan misyar juga dibenarkan dan tidak bercanggah dengan hukum Islam, asalkan seseorang wanita itu bersetuju. Bagaimanapun, beliau menasihatkan pasangan yang ingin berkahwin misyar membuat perjanjian bertulis mengenai kesediaan wanita yang ingin dikahwini itu bagi mengelak masalah berbangkit pada masa depan.
“Wanita perlu membuat pengakuan bertulis bahawa dia sanggup tidak diberi nafkah zahir atau melakukan giliran kerana bersedia menanggung risiko. “Soal menghina wanita tidak berbangkit sama sekali kerana wanita sudah bersetuju berkahwin dengan cara itu, tambahan pula ia tidak salah dari segi hukum. “Itu hak wanita, jika dia kaya bukan setakat duit malah rumah pun dia boleh beri kepada suami yang hendak dikahwininya,” katanya.
Maksudnya, perkahwinan ini pada asalnya dilarang kerana tidak menjaga kemaslahatan dan hak wanita tapi dibolehkan sekiranya wanita itu bersetuju untuk hidup bersama suaminya tanpa perlu menuntut nafkah harta dari suaminya. Kiranya perkahwinan jenis ini hanya untuk menghalalkan seks sahaja tanpa perlu lelaki tersebut memegang sebarang tanggungjawab. Sekiranya wanita itu mengandung, suaminya tidak dipertanggungjawabkan untuk menafkahi anak tersebut kerana telah dipersetujui oleh wanita itu.

Kelebihan bagi wanita yang berkahwin Misyar ini :-

Pertama, lelaki hanya diperlukan sebagai penderma sperma sahaja tetapi si suami tidak berhak menuntut bayaran atas sperma yang dikeluarkan mereka seperti lelaki gigolo.

Kedua, wanita tidak perlu membuat atau menerima perintah mahkamah untuk memfailkan perebutan penjagaan anak. Kerana lelaki tersebut tidak mempunyai hak langsung ke atas anak. Namun, anak boleh berbintikan si suami kerana pernikahan mereka tetap sah. Cuma lelaki tiada sebarang tanggungan la.

Ketiga, pernikahan ini sememangnya dinantikan oleh wanita yang fobia untuk berkahwin atau fobia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ingin bebas dengan kesibukan kerjanya dan wanita ini pula telah mampu untuk menampung hidupnya dengan anak nya secara ibu tunggal.

Keempat, wanita tidak perlu melayan lelaki dari segi makan, pakaian mahupun kerenah lelaki kerana lelaki tersebut hanya datang untuk memberi khidmat seks kemudian kembali ke tempat asalnya atau menemui isteri lain pula.

Kelima , lelaki itu tidak boleh menuntut harta sepencarian kerana dia tidak menyumbang kepada pendapatan keluarga.

Jangan pelik, kerana memang ada perkahwinan jenis ini tetapi tidak ramai wanita yang sanggup menerima risiko, wanita yang mengamalkan perkahwinan ini hanyalah wanita yang kaya raya dan tidak mahu ada komitmen sebagai isteri.

Perkahwinan Al-‘Urfi ( perkahwinan bawah tangan )

Perkahwinan antara seorang lelaki dengan wanita yang memenuhi syarat ijab qabul sahaja. Ada saksi, ada wali, ada mahar. Perkahwinan ini biasanya menggunakan wali hakim untuk berkahwin. Namun, ada juga sesetengah pasangan bapa wanita itu sudi untuk menjadi wali. Tidak diadakan majlis secara besar-besaran kerana perkahwinan itu ingin dirahsiakan tetapi pernikahan tersebut tetap sah. Ataupun perkahwinan ini disebut sebagai perkahwinan tidak rasmi. Hal ini kerana perkahwinan ini bukan sahaja tidak melakukan majlis tetapi tidak jugak didaftarkan secara rasmi di pejabat agama sebagai pengesahan perkahwinan.

Konsep perkahwinan ini banyak dilakukan oleh golongan pelajar bagi mengelakkan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung untuk melakukan majlis atau sekiranya berlaku penceraian pada masa hadapan kelak. Terdapat juga golongan kaya yang menggunakan perkahwinan ini untuk berkahwin dengan golongan wanita yang miskin yang tinggal di pinggir bandar terutamanya di negara arab. Namun, lelaki itu tetap tidak boleh memiliki isteri lebih daripada empat orang. Secara tidak langsung, dapat melihat perkahwinan ini hanya dilakukan untuk berseronok dan memuaskan nafsu sahaja.

Walaupun perkahwinan ini sah, namun tiada jaminan untuk pihak isteri dan anak-anak sekiranya berlaku penceraian, keganasan rumah tangga atau sebagainya. Namun, perkahwinan ini tidak seperti perkahwinan misyar. Hal ini kerana pihak lelaki masih perlu menjalankan tanggungjawab seperti biasa , beri nafkah harta dan batin kepada isteri dan isteri perlu taat kepada suami seperti biasa. Cuma, mereka tidak mendaftarkan perkahwinan kerana bebanan adat perkahwinan yang memaksa untuk melakukan majlis dan sebagainya.

Masalah perkahwinan Urfi ini ialah :-

Pertama, tiada dokumen yang sah untuk bukti pernikahan menyukarkan pihak suami isteri untuk menginap di hotel awam atau rumah sewa persendirian.

Kedua, boleh menyebabkan kemarahan ibu bapa pasangan , jiran-jiran yang tidak mengetahuinya dan berlaku fitnah dalam masyarakat.


Ketiga, masalah apabila wanita itu hamil dan terbiar, anak yang dilahirkan itu tidak dapat didaftarkan dan tidak akan memiliki sijil lahir yang membolehkannya untuk melanjutkan pelajaran. Kecuali si suami membuat permohonan rasmi kepada pejabat agama untuk mendapat perkahwinan dan mendaftar kelahiran anak. Tetapi mereka tidak perlu diijab kabul semula. Namun, ianya agak menyusahkan bagi kedua-dua pihak.

Keempat, sekiranya berlaku penceraian, wanita ini tidak boleh menuntut apa-apa hak daripada si suami kerana tidak didaftarkan secara bertulis. Malah, untuk proses penceraian pun merumitkan.

Perkahwinan As-Sirri (perkahwinan rahsia)

Perkahwinan ini berbeza dengan perkahwinan urfi kerana perkahwinan urfi sah tetapi yang salah, Cuma tidak didaftarkan secara rasmi. Manakala perkahwinan sirri ini pernikahan hanya dilakukan bersaksikan dua orang saksi, tanpa pengetahuan wali si wanita,tanpa pemberian mahar, tanpa pemberian nafkah, tanpa walimah dan tanpa tempat tinggal khusus buat si isteri. Perkahwinan ini dicatatkan dalam kertas kecil atau malah tidak dicatatkan langsung. Perkahwinan ini juga tidak didaftarkan di pejabat agama

Perkahwinan ini dianggap tidak sah kerana tidak memenuhi syarat pernikahan yang betul. Sekiranya mereka melakukan hubungan seks,mereka dianggap berzina kerana pernikahan mereka tidak diiktiraf oleh agama dan berkemungkinan juga anak yang lahir akan dianggap sebagai anak luar nikah kerana tidak boleh didaftarkan dengan rasmi. Kalau si suami ingin mengusahakan sijil lahir untuk anaknya, mereka perlu akad nikah semula dan mendaftarkan pernikahan tersebut.

Perkahwinan Mut’ah ( perkahwinan atas perjanjian)

Mut’ah adalah bersenang lenang dengan wanita tetapi kamu tidak menginginkannya kekal bersamamu dan kenikmatan kahwin.  

Perkahwinan mut’ah ini adalah akad perkahwinan yang dilakukan dalam tempoh waktu tertentu dengan mahar yang ditetapkan  sama ada dalam tempoh yang panjang mahupun tempoh yang singkat. Perkahwinan ini tamat setelah tempoh akad itu berakhir walaupun tanpa menjatuhkan talak.

Dalam perkahwinan ini tetap sah sepanjang pernikahan berlangsung kerana adanya mahar, saksi, dan majlis namun yang tidak dibenarkan dalam islam kerana ia tidak menjaga hak wanita itu sendiri dan juga hak nasab keturunan anak-anak. Hal ini kerana perkahwinan ini tidak mewajibkan pihak suami untuk menanggung pemberian nafkah atau tempat tinggal buat isterinya dan tidak berlaku proses perwarisan harta sekiranya salah seorang meninggal dalam tempoh perkahwinan itu berlangsung.

Status wanita yang melakukan nikah mut’ah ini sama seperti wanita sewaan atau hamba abdi kerana perkahwinan ini hanya bertujuan untuk menghalalkan seks sahaja bukan untuk berkongsi kehidupan. Tempoh pernikahan mut’ah ini paling singkat ialah sehari atau sekali persetubuhan sahaja.

Dalam pernikahan mut’ah ini, lelaki tersebut tidak perlu menyelidik sama ada wanita tersebut telah berkahwin atau belum. Mut’ah ini biasanya diamalkan oleh penganut syiah.

#maaf panjang sikit.

thanks sudi baca ye.. :)

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Kepentingan Bulan Madu dalam Perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada kali ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang perkahwinan yang ilmu ini saya perolehi daripada buku perkahwinan.

Bulan madu merupakan waktu untuk pasangan suami isteri mengenali antara satu sama lain lebih dekat setelah sah diijab kabul kan. Hal ini kerana untuk menimbulkan rasa kecintaan terhadap pasangan masing-masing yang sebelum nya tidak mengenali antara satu sama lain.

Ramai yang tidak tahu, sebenarnya ‘bulan madu’ merupakan hak mutlak isteri dan wajib didahulukan berbanding hak yang lain. Kalau tidak sempat untuk berbulan madu pada awal perkahwinan, ia hendaklah digantikan dengan hari yang lain yang senggang. Kerana ia merupakan hak isteri.

Seperti mana yang diperkatakan oleh Imam Nawawi yang telah menghurai sebuah hadis daripada H.R. Muslim :


“ Bulan Madu itu ditetapkan sebagai hak perempuan, dan haruslah didahulukan dari yang lain, apabila wanita itu masih ada dara, maka dia berhak untuk berbulan madu selama tujuh hari tujuh malam dengan tidak terkecuali. Kalau dia seorang janda atau  bukan anak dara lagi, maka dia boleh memilih untuk berbulan madu selama tujuh hari tujuh malam juga , dan suaminya perlu akur dengan kehendak isterinya. Bagi lelaki berpoligami, sekiranya dia berbulan madu bersama isteri baru nya selama tujuh hari, maka, dia perlu bersama dengan isteri lain selama tujuh hari juga atau hanya tiga hari saja.”

#entry paling pendek.. hahahah..

thanks for reading.. :*

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~