Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Emas permata
tidak akan mencantikkan kita tanpa akhlak sebagai harta kekayaan ..
Esok akan
merekah bunga yang harum aromanya yang mampu menghilangkan segala kesedihan
dihati lantas menjadi penghibur hati..
Yang berlalu
biarlah berlalu..
Cinta dan cita
adalah harapan yang belum pasti bagiku..
Hanya menghadapi
jalan yang sedang dilalui kini..
Janganlah hati,
engkau berputus asa..
Jika jalan
keluar tidak kau temui..
Tiada kegembiraan
yang kekal bagimu..
Tiada kesedihan
yang dapat mengembalikan sesuatu yang telah hilang..
Semua orang ,
baik yang memiliki istana mahupun rumah yang kecil..
Pasti akan
menempuh kehidupan yang berliku..
Tempat yang
paling dibanggakan di dunia..
Akan hilang
seiring berlalunya waktu..
Ambil hikmah
dan penerangan..
Kerana teman
terbaik adalah buku..
Sabar itu baik
dan indah..
Ungkapan yang
biasa ku dengar..
Namun, sukar
untuk aku rungkai..
Bagi si miskin,
cukuplah hanya sepotong roti untukku..
Bagi si kaya,
cukuplah hanya semahal baldu alas pakaianku..
Serahkanlah orang
yang zalim ke mahkamah akhirat yang dihakimi Allah s.w.t..
Bertuahnya wahai
insan yang bersyukur dan bersabar..
Mampukah aku?
Benar-benar
meraih kebahagiaan dalam hidup..
Ku lihat
kebahagiaan bukanlah milik orang yang kaya itu..
Tetapi kebahagiaan
milik orang yang bertakwa..
Aku terlalu
menuruti hawa nafsu ku..
Ternyata ia
sedang memperbodohkan aku..
Jika aku
menerima apa adanya,
Pasti aku
kalangan mereka beruntung itu..
Wahai masa,
jika engkau mempunyai sisa rencana..
Mahu aku
undurkan waktu merencana semula jalan hidupku..
Rasa sakit itu
masih tajam..
Rasa sakit itu
masih berbisa..
Membunuh misi
pembawa berita gembira..
Mudah-mudahan
malam ini..
Sesudah perpisahan
yang lama..
Menempatkan kita
di bawah naunagan yang disukaiNya..
Sesungguhnya aku
benar-benar berharap kepada Allah s.w.t dengan kesabaran yang baik..
Seakan-akan aku
dapat melihat segala sesuatu yang telah dilakukan Allah s.w.t kepadaku..
Semoga di
sebalik kesusahan yang menimpa diriku ..
Terdapat kemudahan
dalam waktu yang terdekat..
Kerana..
Pertolongan akan
datang ketika kita berputus asa..
Sebagai anugerah
Yang Maha Lembut lagi Maha Memperkenan Doa..
Setiap kejadian
, betapa parahnya pun..
Pasti akan
mempunyai hubungan langsung dengan kelapangan..
Mengapa?
Setiap bahagian
kehidupan kita..
Pasti ada sudut
yang gelap..
Bukan menanti
orang lain menyerikannya..
Tetapi kita
yang patut menyalakan pelita dalam diri..
Aku cuba
percaya..
Banyak perkara
yang kita cuba hindari..
Makin banyak
perkara yang diharapkan mendatang..
Kamu mungkin
seperti aku..
Kehilangan kata
untuk bertaut..
Janganlah
berputus asa..
Lambat laun
jumpa jua hasrat dan cita..
Yang pasti..
Kita perlu
menanggungnya..
Bukan melarikan
diri darinya..
Kadang-kadang
Allah s.w.t beri nikmat..
Sebelumnya Allah
uji dengan dugaan yang besar..
Untuk menilai
rasa kesyukuran kita..
Senyumlah wahai
hati..
Kesulitan sekeras
manapun…
Ringan dengan
senyuman ikhlas..
Semoga kebahagiaan itu ada dalam diri kita..
Jika kecintaan
kita benar..
Semuanya akan
terasa mudah dan indah..
Yang penting..
Berbahagialah hari
ini , bukan hari esok..
Wahai Tuhan
semesta alam..
Sesungguhnya aku
berserah diri kepada Engkau..
Ya Tuhanku,
kasihanilah kelemahan kami..
Engkau adalah
Yang Maha Penyayang..
Aku tahu..
Sesungguhnya kelmarin
bagaikan mimpi yang telah berlalu dan tamat waktunya..
Sedangkan hari
esok, ada harapan yang indah..
Namun hakikatnya..
Hari ini adalah
realiti sebenar hidupku..
Biarlah hari
berlalu sehendaknya,
Semoga aku
redha dengan takdir Allah s.w.t atas
ketetapan sesuatu..
Aku cuba
hiburkan hati ini dengan pelbagai harapan yang dinantikan..
Supaya aku
tenang dengan ujian..
Kerana aku
sedar..
Hidup ini
sangat singkat untuk aku pendekkan..
Jadi aku cuba
untuk tidak menyingkatkannya lagi..
Ya..
Aku cuba…
nice entri
ReplyDelete