Assalamualaikum dan salam sejahtera..
bagi sesiapa yang ada mengalami cirit birit dan ada tanda-tanda keracunan makanan..
jom cuba salah satu daripada cara kat bawah ni.. in shaa Allah , boleh cepat sembuh.. yang penting, niatkan kerana Allah dan percaya dengan kuasa Allah.. kita cuma ikhtiaq ja.. okey,,
- Masak lobak
dengan api kecil selama 2 jam ( 1kg lobak dengan 1 ½ liter air) .. tambahkan 3g
garam halus dan minum setelah sejuk.
- Goreng 2/3 sudu besar beras tanpa minyak sehingga
hangus, masukkan ke dalam secawan air panas, biarkan selama beberapa minit
kemudian minum ke semuanya.
- Celur beberapa
biji kurma dengan sedikit air mendidih. Lumatkan dengan cara menekannya
menggunakan sudu. Campurkan sedikit madu kemudian minum 3 kali sehari.
- Basuh dan
bersihkan akar anggur. Rendam dalam air masak selama beberapa minit kemudian
minum.
- Buang kulit dua
biji delima putih. Panggang sehingga kering dan tumbuk halus. Masukkan satu
sudu besar bahan ini ke dalam air panas, kacau hingga rata lalu minum 3 kali
sehari.
- Makan buah
delima putih muda dengan madu lebah.
- Tumbuk halus
kulit batang delima dan 3 sudu besar biji habatussauda. Masukkan air perahan
rizom halia dan madu. Kacau hingga rata. Minum satu sudu besar setiap kali
selepas makan setiap hari.
- Campurkan daun ,
kulit berbatang kayu, buah muda, dan kulit buah delima yang masak. Rebus
sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu minum.
- Rebus kulit buah
delima sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu minum.
- Kupas 7 – 9 biji
epal, kemudian parut setelah dibersihkan dan buang biji yang ada di dalamnya.
Berikan kepada kanak-kanak sehingga kenyang sebanyak 3 kali sehari dalam tempoh
2 hingga 3 hari. Jika terdapat tanda untuk pulih, kurangkan jumlah epal dan
tambahkan rebusan oat. Jauhi daripada pemakanan lain selain epal selama dia
cirit-birit.
- Hiris 3 biji
epal dengan kulitnya, kemudian rebus dalam 1 liter air selama ¼ jam. Minum
rebusan tersebut sebanyak 4 gelas setiap hari. In shaa Allah dapat mengubati
segala penyakit dalam perut.
- Kupas epal dan
parut kemudian rebus dengan air bercampur gula. Setelah sejuk, berikan kepada
kanak-kanak yang cirit birit tanpa mencampurkan dengan makanan lain.
- Parut lobak
merah dan campurkan ke dalam makanan atau susu kanak-kanak. Kemudian berikan
sesudu madu selepas bangun tidur dan sebelum tidur.
- Kupas kulit 2 ulas
bawang putih, cuci kemudian rebus dengan segelas air. Setelah sejuk, minum air
rebusan sebelum makan. Lakukan 3 kali sehari sehingga sembuh.
- Kupas kulit 5
ulas bawang putih dan remdam didalam air panas selama 10 minit dan makan.
Lakukan 2 kali sehari.
- Kupas kulit
kunyit , bawang besar dan bawang putih lalu rebus. Minum air rebusan tersebut.
- Bakar 5 ulas
bawang putih, kupas kulitnya dan makan. Lakukan dua kali sehari.
- Makan biji habatussauda ( 7 biji) setiap pagi bersama sesudu madu.
No comments:
Post a Comment
~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~